VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 11 May 2018

KETUA AMANAH SIK SAMBUNG PENGAJIAN SYARIAH DI UM



Sik - Ketua Amanah Kawasan Sik sdr leman Raja Lawak atau lebih sinonim dengan nama Leman Raja Lawan dalam bidang politik yang diceburinya membuat keputusan menyambung pengajian jarak jauh dalam bidang syariah bagi pengambilan Julai 2018 ini.

Leman juga merupakan Pengarah BIRO tanah, Pertanian dan Luar Bandar bagi Parti Amanah Negara Negeri Kedah telah membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya dimama pengajiannya sebelum ini tertangguh oleh kerana masalah kewangan .

Setelah menyertai politik hampir 9 tahun dan banyak pengalamannya ditimba , beliau memimpin Parti Amanah kawasan Sik sehingga menaikkan nama daerah Sik diseluruh negara dikenali ramai .Menengahkan pelbagai isu termasuk kemiskinan, kelemahan pembangunan dan kejatuhan harga getah .

Perjuangannya ke seluruh negara bagi membantu kemenangan PAS suatu masa dulu dan sekarang bersama dengan PAKATAN HARAPAN.Keputusannya untuk menyambung pengajian secara jarak jauh setelah BN tumbang di Malaysia telah menjadi kenyataan.

Sebelum ini leman juga pernah belajar di tempat yang sama tapi terpaksa membuat keputusan berhenti buat sementara waktu memandangkan ekonomi dan masa tidak mengizinkan beliau meneruskan pengajian .

Beliau akan menyambung jurusan Syariah di Universiti Malaya pada Julai 2018 ini bagi penambahan ilmu dimasa depan dan dalam masa yang sama akan bekerja dan meneruskan kariernya sebagai ahli politik seperti biasa.
( Bekerja Sambil belajar )

Ditanya , ' adakah beliau akan berada dalam dunia seni selepas ini selepas Kerajaan PAKATAN HARAPAN menang ?, dan beliau berkata 'Biarlah nama raja lawak itu sebagai kenangan terindah dan akan kekalkan nama panggilannya sebagai leman Raja Lawan hingga akhir hayat .

posted from Bloggeroid

ANWAR IBRAHIM AKAN DIBEBASKAN DALAM MASA TERDEKAT


TERKINI

ANWAR IBRAHIM AKAN DIBEBASKAN DALAM MASA TERDEKAT

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong bersedia memberi pengampunan diraja kepada Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Harapan itu juga akan dibebaskan SERTA MERTA sebaik proses pengampunan selesai dalam masa terdekat.

Beliau turut mengumumkan bahawa beliau telah hilang kepercayaan terhadap Peguam Negara, Mohamad Apandi Ali kerana menyembunyikan fakta skandal terbesar di dunia, 1MDB.

Apandi dijangka akan digantikan secepat mungkin dan difahamkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Suriyati Ibrahim turut menerima nasib sama.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 8 May 2018

65% Calon Melayu ISLAM Dalam Pakatan Harapan, Mohon Lawan Jangan Putar Belitkan Fakta



Bila UMNO Bersetongkal Bersama PAS
Bila PAS Bersetongkal Bersama UMNO...

Biar gambar & angka berbicara melawan pembohongan & putar belit UMNO-PAS selama ini..

Bersama MENANGKAN Calon ISLAM Pakatan Harapan!

posted from Bloggeroid

PERUTUSAN KHAS ANWAR IBRAHIM BUAT RAKYAT MALAYSIA MENJELANG PRU14



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saudara saudari yang saya muliakan,

Dari Hospital Cheras, dengan kawalan ketat pegawai penjara, saya mohon saudara saudari bersama dalam gerakan rakyat menuntut perubahan sempena PRU14.

Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijelaskan kerana berulang kali diungkit oleh pimpinan UMNO-BN dan lain-lain.

Paling mereka khuatiri adalah gandingan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim hinggakan TV3 menyiarkan pidato lama saya menyerang Tun Mahathir. Malah mereka lahirkan rasa aneh dan bingung mengapa saya dan keluarga sanggup berpakat dan mempercayai Tun Mahathir.

Sewajarnya sebagai Muslim dan naluri insani, kita gembira dengan semangat ukhuwwah, silaturrahim dan persahabatan yang terjalin.

Saya, Azizah dan sekeluarga tidak menafikan keresahan awal, namun pertimbangan - faaslihu baina akhawaikum - (Sebab itu, perbaikilah (damaikanlah), hubungan antara kedua saudaramu – Al-Hujurat Ayat 10) dan kepentingan negara dan rakyat mengatasi semua perkiraan lain.

Tun Mahathir membuktikan dengan kegigihan berjuang; menerima keterbatasan lalu; memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaga untuk mengangkat darjat dan martabat rakyat dan negara. Beliau bersabar menerima penghinaan UMNO-BN sambil menumpukan perhatian memperkukuh jentera Pakatan Harapan (PH).

Saya ingin menyeru agar rakyat memberikan dokongan untuk membolehkan beliau memperbaiki kebobrokan negara akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak.

Kempen UMNO-BN tertumpu kepada usaha menakutkan rakyat terutama masyarakat Melayu kononnya akan diperalatkan DAP.

Sentimen perkauman ditiup kerana kegagalan UMNO-BN menjawab skandal 1MDB, FELDA, dan keperitan rakyat akibat lonjakan harga setelah GST diperkenalkan.

Rakyat adalah penentu; bukan wang sogokan tauke atau saudagar kaya; bukan fitnah dan propaganda media yang dikuasai UMNO-BN.

Pakatan Harapan mendambakan perubahan; kepedulian rakyat dan pengukuhan institusi negara selaras dengan semangat Perlembagaan negara.

Kami bertekad untuk bekerja menggalas tugas dengan penuh amanah dan kesedaran.

Kami yakin kedudukan Islam akan lebih mekar dengan menjamin kebebasan beragama. Yang akan dibela adalah rakyat semua kaum. Umat Melayu dan bumiputera yang dibantu adalah di kalangan rakyat kebanyakan dan bukannya keluarga dan kroni kaya.

Dalam tempoh 24 jam, masa depan negara dan nasib rakyat akan di tentukan oleh saudara saudari.

Dengan lafaz Bismillah, undilah dengan bijak dan bertanggungjawab.

Rakan-rakan yang telah bersama sejak 2013 perlu bangkit menggerakkan rakyat dalam muafakat mantap Pakatan Harapan. Bantu ibu bapa, sanak saudara dan adik adik untuk turut mengundi.

Kepada Allah SWT kita pohon petunjuk dan keberkatan.

Anwar Ibrahim
7 Mei 2018

posted from Bloggeroid

Monday, 7 May 2018

PRU14: Harga Minyak Stabil Bila Tiada Kerajaan Umno/BN



Bila tiada Umno/BN harga minyak tiba-tiba jadi stabil kukuh tak naik-naik WALAUPUN HARGA MINYAK DI PASARAN GLOBAL TERUS MENINGKAT !!

Kenapa ?

Sebab Umno/BN Tiada, Malaysia Selamat

#RakyatMestiMenang
#KitaMestiMenang
#SokongHarapan
#UndiKEADILAN

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.