VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 11 May 2018

KETUA AMANAH SIK SAMBUNG PENGAJIAN SYARIAH DI UM



Sik - Ketua Amanah Kawasan Sik sdr leman Raja Lawak atau lebih sinonim dengan nama Leman Raja Lawan dalam bidang politik yang diceburinya membuat keputusan menyambung pengajian jarak jauh dalam bidang syariah bagi pengambilan Julai 2018 ini.

Leman juga merupakan Pengarah BIRO tanah, Pertanian dan Luar Bandar bagi Parti Amanah Negara Negeri Kedah telah membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya dimama pengajiannya sebelum ini tertangguh oleh kerana masalah kewangan .

Setelah menyertai politik hampir 9 tahun dan banyak pengalamannya ditimba , beliau memimpin Parti Amanah kawasan Sik sehingga menaikkan nama daerah Sik diseluruh negara dikenali ramai .Menengahkan pelbagai isu termasuk kemiskinan, kelemahan pembangunan dan kejatuhan harga getah .

Perjuangannya ke seluruh negara bagi membantu kemenangan PAS suatu masa dulu dan sekarang bersama dengan PAKATAN HARAPAN.Keputusannya untuk menyambung pengajian secara jarak jauh setelah BN tumbang di Malaysia telah menjadi kenyataan.

Sebelum ini leman juga pernah belajar di tempat yang sama tapi terpaksa membuat keputusan berhenti buat sementara waktu memandangkan ekonomi dan masa tidak mengizinkan beliau meneruskan pengajian .

Beliau akan menyambung jurusan Syariah di Universiti Malaya pada Julai 2018 ini bagi penambahan ilmu dimasa depan dan dalam masa yang sama akan bekerja dan meneruskan kariernya sebagai ahli politik seperti biasa.
( Bekerja Sambil belajar )

Ditanya , ' adakah beliau akan berada dalam dunia seni selepas ini selepas Kerajaan PAKATAN HARAPAN menang ?, dan beliau berkata 'Biarlah nama raja lawak itu sebagai kenangan terindah dan akan kekalkan nama panggilannya sebagai leman Raja Lawan hingga akhir hayat .

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Semuga Allah swt permudahkan segala urusan sdr Sulaiman Raja Lawan dan tamat nanti pulang dengan segulung ijazah.....Aminnnnn...!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.