DR M JANGAN TERBURU-BURU
Oleh Mohd Sayuti Omar II ( MSO)
Ada ura-ura kerajaan negeri dikuasai BN ingin bersama kerajaan PH.
Dr Mahathir hendaklah tidak terburu-buru menerima penyertaan mereka sebelum segala urusan dalam PH termasuk penyusunan kerajaan negeri milik PH selesai dibuat.
Walaupun ada individu dalam BN ingin menemui Dr Mahathir bagi membincang penyertaan itu ia harus dikemudiankan.
Begitu juga dengan hasrat beberapa buah parti yang bertindak keluar dari BN untuk bersama PH, juga harus tidak disambut dengan mudah. Urusan pari-parti dalam PH mengenai pembahagian jawatan, pelantikan politik dan sebagainya hendak diselesaikan dahulu.
Masalah dalam PH hendaklah diberikan periority. Kita tidak mahu dengan peyertaan mereka ia membawa masalah kepada PH, takut berlaku pergaduhan dan rasa kecil hati sesama sendiri kerana itu tidak baik.
Soal orang luar boleh difikirkan setelah segala urusan rumah sendiri yang sedang dalam penyusunan itu diselesaikan sepenuhnya. Trims.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment