Pelik tetapi benar. Cuba anda cari apa yang pelik dan aneh dalam gambar ini ?
Pages
VOTE ONLINE PASCA PRU14:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.
Blogger Kool
Saturday, 10 November 2012
ROBOH: Penjelasan Dari MPPP, Binaan "Haram"
Pemuda umporno cuba jadi hero isu Roboh binaan 'haram' di Sg.Gelugor
BiNAAN 'haram' pada rumah pusaka ini undang rasa tidak
selesa serta mengganggu kediaman jiran-jran sejak lima tahun lepas.
|
Friday, 9 November 2012
UMNO Perkasa Membantah Anwar Ibrahim Solat Jumaat Di Kerteh
PERKASA demo bantah Anwar Solat Jumaat di Kerteh.. (Video Inside)
"PEMERAH KERINGAT RAKYAT" KENA SPRAY DI KM 85.5 JALAN IPOH- KUALA LUMPUR!!!!
AES kena 'spray' di kawasan Sungkai, KM85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur.
Secara peribadi, admin tidak setuju dan menyokong tindakan rakyat yang melakukan vandalisme ini..
Perbuatan vandalisme bukan budaya kita.
Tapi jika difikir dari sudut anti kezaliman, maka ramai rakyat akan melahirkan rasa kesyukuran atas dasar kerajaan UMNO 1M'sia, menghirup darah rakyat tanpa ada rasa belas kasihan.
BANTAH AES menyeru seluruh rakyat untuk hadir di perhimpunan bagi menyerah memorandum kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha pada hari ini, 9 November selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan, Perak.
Koordinator Bersama BANTAH AES, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, Himpunan Rakyat BANTAH AES ini mensasarkan fokus untuk mendesak Menteri Pengangkutan untuk mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.
Katanya, bantahan itu juga akan digerakkan ke seluruh negara bagi memberikan kesedaran rakyat berhubung salahlaku pemberian tender kepada syarikat kroni bagi mengendalikan sistem saman ini .
Malahan ujarnya sistem yang dilaksanakan ini membebankan rakyat.
“Rakyat akan terus bangun dan membantah sistem ini,” katanya.
Ujarnya, satu himpunan ke Parlimen akan diadakan lagi bagi menyatakan bantahan itu.
“Kita akan umumkan tarikhnya pada masa terdekat,” ujarnya.
Sejak dilaksanakan pada 23 September 2012, dalam masa 8 hari dengan 14 kemera AES sebanyak 63,558 buah saman dikeluarkan.
Sebelum ini Adun Teja, Chang Lih Kang mencabar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera Sistem Kamera Automatik (AES) kepada Beta Tegap Sdn Bhd.
Pada satu sidang media di Lobi Parlimen Chang mendakwa tender pemasangan AES dikuasai kroni Umno.
Menurutnya, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.
Katanya, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atikah Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno di Johor.
ISU Nurul Izzah: Bukti pembohongan media Umno, Papa Gomo Kantoi lagi
Izzah serah bukti pembohongan media Umno kepada Jais
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyerahkan transkrip ucapannya dalam sebuah forum Sabtu lalu kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin hari ini.
Ia adalah bukti pendedahan pembohongan media Umno yang memutar belit kenyataannya dan dijadikan senjata untuk menyerang beliau dan pembangkang.
“Saya memberikan aduan dan menyatakan penjelasan perkara sebenar kepada Pengarah Jais, Datuk Marzuki.
“Alhamdulillah…Jais memberi kerjasama yang baik,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selepas pertemuan tersebut di Shah Alam pagi tadi.
Beliau ditemani peguamnya, Fadlina Sidek.
Menurut Fadlina, saman Izzah terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Hariandan beberapa blog tetap diteruskan kerana memutarbelit kenyataan beliau berhubung kebebasan beragama.
Isnin lalu, Utusan pada muka depannya memanipulasi kenyataan Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, sebarang laporan perlu diteliti dan diperjelas 100 peratus sebelum menyatakan pandangan, apatah lagi ia dilapor Utusan.
Pandangan Hadi disokong Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin yang menjelaskan, semakin dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman media Umno mereka semakin rendah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39239
Himpunan Pemuda PAS bantah Nurul Izzah dianjurkan oleh Papa Gomo
TERBACA berita tentang sebaran SMS palsu menjemput orang ramai menyertai himpunan aman serta penyerahan memorandum oleh Pemuda PAS membantah Nurul Izzah kononnya kerana menyamakan Islam dengan agama lain serta menyokong LGBT.
Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi mengesahkan bahawa SMS tersebut adalah SMS palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Di bawah ini petikan laporan akhbar Sinar Harian hari ini.

ReJaM© sendiri menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang hal ini. Ramai juga sahabat yang hampir percaya kepada SMS palsu ini. ReJaM© sendiri ada menerima SMS seperti ini melalui BBM (Blackberry Messengger).
Kalau tanya ReJaM©, siapakah dajal yang menyebarkan SMS palsu ini? Pada pendapat ReJaM©, SMS ini dicipta dan disebarkan oleh gabungan blogger lucah United Malays No Otak. Kerana mesej ini dikesan paling awal disebarkan oleh blogger lucah Papa Gomo.

ReJaM© terima mesej ini daripada Papa Gomo pada jam 4:27 petang hari Rabu lepas. Maknanya Himpunan ini kalau ada pun bukan dianjurkan oleh Pemuda PAS, sebaliknya dianjurkan oleh Papa Gomo. Kita dah faham sangat bahawa propaganda kononnya Pakatan Rakyat menyokong LGBT ini adalah propaganda blogger-blogger United Malays No Otak.
Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi mengesahkan bahawa SMS tersebut adalah SMS palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Di bawah ini petikan laporan akhbar Sinar Harian hari ini.

ReJaM© sendiri menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang hal ini. Ramai juga sahabat yang hampir percaya kepada SMS palsu ini. ReJaM© sendiri ada menerima SMS seperti ini melalui BBM (Blackberry Messengger).
Kalau tanya ReJaM©, siapakah dajal yang menyebarkan SMS palsu ini? Pada pendapat ReJaM©, SMS ini dicipta dan disebarkan oleh gabungan blogger lucah United Malays No Otak. Kerana mesej ini dikesan paling awal disebarkan oleh blogger lucah Papa Gomo.

ReJaM© terima mesej ini daripada Papa Gomo pada jam 4:27 petang hari Rabu lepas. Maknanya Himpunan ini kalau ada pun bukan dianjurkan oleh Pemuda PAS, sebaliknya dianjurkan oleh Papa Gomo. Kita dah faham sangat bahawa propaganda kononnya Pakatan Rakyat menyokong LGBT ini adalah propaganda blogger-blogger United Malays No Otak.
ReJaM© "Semua penyokong United Malays No Otak dijemput hadir kah kah kah..."
Read more: MiloSuam
PENAKUT, Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana
Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu.
Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat.
“Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana.
“Kita masih tunggu Najib terima atau tidak berdebat dengan Anwar. Itu yang rakyat tunggu-tunggu untuk jadikan negara ini melalui proses demokrasi yang sihat.
“Kita tengok sahaja debat antara Obama dengan Romney. Itu yang kita juga mahukan. Ia akan beri harapan baru kepada negara,” katanya kepadaKeadilan Daily, hari ini.
Semalam, Syed Ali mendakwa Anwar tidak berani bertanding di Pekan sedangkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin hari, semakin bertambah hinggakan Najib Razak sehingga kini tidak berani membubar Parlimen.
“Isu pokok bukan bertanding di mana-mana tapi berani ke Najib nak bertanding dengan Anwar. Kita dahulukan debat, tengok macam mana, rasanya lebih ‘afdal’ buat apa yang rakyat mahukan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39165
PRU 13: Seiras Pilihan raya Presiden Amerika?
Dalam mendepani pilihan raya umum ke-13 ini, sebaiknya PM
belajar daripada proses pilihanraya Amerika Syarikat. Bermuhasabahlah dan
bandingkan tahap demokrasi negara ini dengan Amerika Syarikat. Terlalu banyak
jurang perbezaannya, sejauh langit dengan bumi dan PM boleh melihatnya sendiri.
Isunya, jika mahu menuruti proses pilihanraya seumpama AS, sanggupkah PM meletakkan jawatannya dan menyerahkan kuasanya kepada kerajaan sementara bagi mengendalikan kerajaan tatkala PRU berlangsung.
Mampukah PM turun berkempen atas nama ketua parti tanpa menggunakan kedudukannya dalam kerajaan dengan menabur janji, projek, habuan, imbuhan mahupun ugutan seperti yang berlaku selama ini?
Sanggupkah PM menggunakan jentera parti sendiri tanpa mengerahkan jabatan kerajaan turun berkempen bagi pihaknya? Adakah PM bersedia memastikan SPR tidak dikongkong atau dipengaruhi sehingga mebimbulkan kecurigaan rakyat bahawa ada tangan-tangan hitam yang mengganggu badan tersebut?
Kuatkah iltizam PM untuk membersihkan daftar pemilih, membuang undi pos, menghalang rakyat asing menjadi penguundi bagi memberi ruang pilihan raya yang benar-benar berwibawa?
Beranikah PM membenarkan media membuat liputan yang adil dan saksama kepada semua parti dan pemimpin tanpa berat sebelah atau fitnah?
Selain itu, tergamakkah PM turun berdebat dengan Ketua Pembangkang di pentas terbuka disaksikan oleh jutaan rakyat dan disiarkan di media utama sebagaimana Obama dan Romney lakukan.
Paling utama, bersediakah PM menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU13 dengan hati terbuka tanpa tindakan kotor meskipun beliau dan partinya akan kalah kepada PR?
Isunya, jika mahu menuruti proses pilihanraya seumpama AS, sanggupkah PM meletakkan jawatannya dan menyerahkan kuasanya kepada kerajaan sementara bagi mengendalikan kerajaan tatkala PRU berlangsung.
Mampukah PM turun berkempen atas nama ketua parti tanpa menggunakan kedudukannya dalam kerajaan dengan menabur janji, projek, habuan, imbuhan mahupun ugutan seperti yang berlaku selama ini?
Sanggupkah PM menggunakan jentera parti sendiri tanpa mengerahkan jabatan kerajaan turun berkempen bagi pihaknya? Adakah PM bersedia memastikan SPR tidak dikongkong atau dipengaruhi sehingga mebimbulkan kecurigaan rakyat bahawa ada tangan-tangan hitam yang mengganggu badan tersebut?
Kuatkah iltizam PM untuk membersihkan daftar pemilih, membuang undi pos, menghalang rakyat asing menjadi penguundi bagi memberi ruang pilihan raya yang benar-benar berwibawa?
Beranikah PM membenarkan media membuat liputan yang adil dan saksama kepada semua parti dan pemimpin tanpa berat sebelah atau fitnah?
Selain itu, tergamakkah PM turun berdebat dengan Ketua Pembangkang di pentas terbuka disaksikan oleh jutaan rakyat dan disiarkan di media utama sebagaimana Obama dan Romney lakukan.
Paling utama, bersediakah PM menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU13 dengan hati terbuka tanpa tindakan kotor meskipun beliau dan partinya akan kalah kepada PR?
Thursday, 8 November 2012
AES: SAMM Yakin Kerajaan Akan Tangguh, Penyokong UMNO BN Turut Tentang AES
Akar umbi Umno menyertai Pakatan dalam melawan AES Tindakan keras kerajaan untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melahirkan penentangan daripada akar umbi Umno dengan satu blog dan akaun Facebook diwujudkan minggu ini untuk menentang kamera kelajuan tersebut, menandakan kamera kelajuan beralih menjadi lumpur jerlus politik bagi Barisan Nasional (BN).
Pakatan Rakyat (PR) sudah memberikan notis tentang niat mereka untuk mengeksploitasi kontroversi AES dengan pilihan raya yang perlu diadakan beberapa bulan lagi, akar umbi Umno kini beralih menyertai penentangan terhadap apa yang telah dilihat sebagai inisiatif MCA.
aes-malaysia.blogspot.com, sebuah blog yang diwujudkan oleh penyokong Umno tanpa nama minggu ini, menggunakan skrip pembangkang persekutuan dalam posting menyerang kamera AES.
Dalam tulisan terbaru, penulis blog tersebut memasukkan dua gambar – salah satunya jalan raya utama Gambang-Maran di Kuantan yang terdedah kepada kemalangan, dan satu lagi lebuh raya utama ke Putrajaya.
Jalan di Gambang-Maran tidak mempunyai kamera AES dipasang akan tetapi kamera kelajuan itu dipasang di lebuhraya Putrajaya.
“Adakah masuk akal jalan dua lorang sehala di Putrajaya kelajuannya 70KM/J, sedangkan jalan persekutuan yang dua hala dari Gambang ke Maran yang terdedah dengan pelbagai simpang, orang melintas, lembu melintas, diletakkan had laju 90KM/J? Tiada AES.
“Jalan selebar ini di Putrajaya hanya diletakkan had laju 70 KM/J dan diletakkan AES. Berapa orang telah mati di jalan ini?” Kecurigaan meluas bahawa pengenalan AES didorong oleh keuntungan dan bukan keselamatan jalan raya digunakan sebagai kempen PR dan kemarahan orang ramai semakin meningkat.
Beberapa ahli politik BN juga bimbang isu ini akan menjadi bahan kempen besar bagi pembangkang dalam pilihan raya akan datang dan menuntut kerajaan supaya menangguhkan AES.
Pada awal minggu ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyertai penentangan terhadap AES.
“Kita perlu mengkaji (AES) .... adalah pelaksanaan yang hanya membawa keuntungan kepada sesetengah pihak? Seolah-olah ia hanya berorientasikan keuntungan. Itu yang sedang dipertikaikan,” katanya awal minggu ini.
Dua syarikat yang menerima kontrak untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan tersebut – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap kedua-duanya – akan membelanjakan diantara RM300 juta dan RM400 juta untuk memasang kamera trafik di 831 “lokasi hitam” di seluruh negara.
Kedua-dua Ates dan Beta Tegap berhak menerima RM16 bagi setiap saman sah bagi lima juta pertama dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan baki hasil sekata dengan kerajaan sehingga masing-masing mendapat sebanyak RM270 juta.
Kedua-dua syarikat akan mendapat 7.5 peratus daripada baki keuntungan dan kerajaan akan menyimpan selebihnya.
PR mengatakan syarikat berkait MCA dan Umno yang mendapat projek ini akan tetapi telah dinafikan.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa penyumberan luar kamera kelajuan dan saman kelajuan diilhamkan semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan walaupun bantahan daripada beberapa menteri yang berhujah bahawa penguatkuasaan dan saman harus kekal dalam domain kerajaan, projek itu telah diteruskan oleh Kementerian Pengangkutan.
Projek ini dicadangkan semasa Tan Sri Chan Kong Choy – kini menghadapi perbicaraan di atas tuduhan menipu dalam isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) – adalah menteri, tetapi telah dimuktamadkan semasa Datuk Seri Ong Tee Keat pada menerajui kementerian tersebut.
Datuk Seri Kong Cho Ha, kini Menteri Pengangkutan, telah menjadi penyokong paling lantang AES.
Selain aes-blogspot.com, beberapa blog pro-BN lain yang mewakili kepentingan Umno telah mula menentang AES.
Sebuah laman Facebook yang dikenali sebagai Tangguh-AES juga telah diwujudkan bulan ini oleh kumpulan tanpa nama yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong kerajaan.
Blog aes-malaysia.blogspot.com juga menyediakan pautan kepada berita dari Amerika Syarikat, Britain dan Australia tentang bagaimana kamera kelajuan telah menjadi bahan membuat wang bagi majlis tempatan.
Hujah-hujah dikemukakan oleh penyokong Umno menyerupai PR, menunjukkan kebimbangan bahawa kontroversi AES dapat menyatukan pengundi di belakang pembangkang persekutuan.
“Jika AES dibenarkan untuk diteruskan, akan menjadi sangat sukar bagi kita untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang. Ini adalah salah satu isu yang berpotensi menyatukan semua kaum melawan BN,” kata seorang pemimpin Umno bahagian dari Perak kepada The Malaysian Insider.
Ketika Kong dan pemimpin lain kerajaan mempertahankan AES diatas nama keselamatan jalan raya, kedua-dua syarikat berkenaan berdiam diri tentang kamera kontroversi tersebut.
Berdasarkan model perniagaan ini, kedua-dua syarikat akan mengumpul RM80 juta bagi setiap lima juta pertama saman yang dikeluarkan oleh setiap syarikat. Ini membolehkan sebanyak RM160 juta dikumpulkan.
Di bawah peringkat kedua perjanjian itu, syarikat akan mendapat sejumlah RM540 juta, menjadikan jumlah diterima kedua-dua syarikat kepada RM700 juta.
Berdasarkan pembahagian keuntungan dengan kerajaan, angka RM540 juta mewakili 3.6 juta saman RM300 setiap satu.
Untuk mencecah RM700 juta keuntungan diatas modal, sejumlah 13.6 juta saman RM300 setiap satu bagi kesalahan memandu laju perlu dikeluarkan melalui kamera AES.
Kedua-dua syarikat akan mempunyai lima tahun untuk mendapatkan 13.6 juta saman titik pulang modal sebelum keseluruhan sistem dikembalikan kepada kerajaan.
Bagi memastikan syarikat mendapat keuntungan daripada perjanjian dengan kerajaan, mereka hampir pasti perlu mengeluarkan lebih daripada 13.6 juta saman setahun.
Semua saman tambahan itu akan menyebabkan kedua-dua syarikat masing-masing menerima potongan 7.5 peratus.
Mengandaikan kedua-dua syarikat telah mensasarkan jumlah keuntungan sebanyak RM100 juta selepas lima tahun, yang akan menjadi 7.5 peratus daripada RM1.4 bilion daripada saman berjumlah RM300 setiap satu.
Ini memerlukan 4.6 juta saman lagi, menjadikan jumlah 18.2 juta saman bagi kesalahan memandu laju dan lain-lain kesalahan serius untuk kedua-dua syarikat mendapatkan RM50 juta setiap satu dalam keuntungan selepas lima tahun.
Menurut anggaran persekutuan dalam Bajet 2013, kerajaan menjangkakan untuk melihat tambahan RM1.02 bilion pendapatan daripada penguatkuasaan AES, tetapi tidak dinyatakan berapa banyak yang akan dibayar kepada kedua-dua syarikat.
Terdapat juga kebimbangan semakin meningkat di kalangan ahli-ahli politik BN yang berkeras AES boleh menyebabkan BN menanggung akibat dalam pilihan raya – perlu dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang.
Minggu lepas, Ahli Parlimen Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin menyeberangi jurang politik dan menyokong pakatan pembangkang PR dalam mendesak Putrajaya untuk menggantung menguatkuasakan AES, mengatakan ia boleh digunakan sebagai bahan kempen menentang BN.
Bung Mokhtar, ahli parlimen Umno yang berpengalaman, adalah ahli parti pemerintah paling kanan selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan persekutuan untuk menangguhkan penguatkuasaan sistem penguatkuasaan trafik baru itu.
Kedah, Penang, Kelantan dan Selangor – kesemuanya diperintah PR – telah memutuskan untuk menagguhkan kelulusan AES yang mengesan kelajuan dan mengeluarkan saman.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berpengaruh termasuk badan payung mewakili penjawat awam, Cuepacs, juga telah menentang penguatkuasaan, mengatakan sistem tidak sesuai buat masa ini.
Mereka juga mahu kerajaan mengkaji lokasi di mana AES akan beroperasi. -GB
AES: SAMM Yakin Kerajaan Akan Tangguh
Kerajaan Malaysia telah menerima tekanan yang hebat dari pelbagai sektor lapisan masyarakat supaya Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh dan dikaji terlebih dahulu. Daripada majoriti rakyat biasa hingga ke NGO yang berpengaruh, sistem saman AES didesak agar kajian menyeluruh dan pendapat awam diambil kira sebelum ia benar-benar dilaksana.
Pihak yang menentang perlaksanaan AES juga merentasi kepartian apabila ramai dari kalangan ahli Umno termasuk beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional turut tidak bersetuju AES dilaksana buat masa ini. Antara alasan utama MP kerajaan melontarkan sokongan terhadap penangguhan AES adalah kerana pilihanraya yang semakin hampir dan akan menyebabkan Barisan Nasional hilang pengundi malah turut menyuarakan kemungkinan kerajaan pemerintah tumbang dengan isu AES. Walaubagaimanapun kerajaan setakat hari ini tetap berkeras perlaksanaan AES diteruskan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berkeras mendesak sistem AES yang beroperasi 24 jam saman terhadap rakyat perlu dihentikan. SAMM tetap berpendirian bahawa banyak faktor lain perlu dititik-beratkan bagi menjamin keselamatan pemanduan di atas jalanraya selain saman halaju. Masalah jalan berlubang, tidak rata, selekoh yang masih tidak diterangi cahaya ketika malam, jalan berlopak air ketika hujan adalah antara faktor kemalangan yang terlebih dahulu perlu diperbaiki, diselesaikan masalahnya sebelum rakyat disaman semahunya.
SAMM juga tetap bertegas supaya keselamatan penunggang motorsikal diberi keutamaan kerana dari statistik kemalangan jalanraya yang menyebabkan kehilangan jiwa adalah majoriti penunggang, bukan pemandu. Ini membuktikan AES tidak releven jika dikait untuk mengurangkan kemalangan maut kerana AES yang menelan belanja jutaan ringgit adalah untuk kenderaan empat roda, bukan untuk motorsikal.
Kerajaan sepatutnya berbelanja lebih untuk membina laluan sikal dan perlu menggubal undang-undang jalanraya khas untuk melindungi penunggang motorsikal. Dengan kamera AES, dapatkah AES menyaman motorsikal yang laju?
SAMM yakin sistem saman AES akhirnya akan ditangguh oleh kerajaan untuk meredakan kemarahan rakyat ketika pilihanraya umum semakin hampir. Kononnya prihatin terhadap rakyat maka AES ditangguh dan dikaji terlebih dahulu menjadi ayat lazim memujuk rakyat supaya kembali mengundi Barisan Nasional. Namun SAMM percaya rakyat hari ini telah bijak apabila memikirkan AES pasti akan dilaksana secara besar-besaran sekiranya BN menang PRU-13.
Ini terbukti pada PRU yang lalu apabila kerajaan berjanji tidak naik harga minyak tetapi naik hingga 78sen selepas 3 bulan pasca PRU-12. SAMM menyeru kepada semua agar mengambil iktibar daripada peristiwa kenaikkan harga minyak pada PRU yang lalu.
Samada kerajaan tangguh atau tidak AES di atas apa jua alasannya, rakyat tetap menolak Barisan Nasional pada PRU-13 demi keselamatan dan sesejahteraan rakyat. Telah banyak kali perasaan rakyat diguris dengan keputusan ‘flip-flop’, rakyat bukan bahan ujikaji dan juga bukan bahan untuk kerajaan dan kroni menjana keuntungan.
Akhir sekali, SAMM mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada KASE yang menyediakan 100 peguam untuk berdepan saman AES. Dengan adanya bantuan rakyat sebegini, pasti ia melegakan orang ramai yang teraniaya dengan saman AES yang berorientasikan ‘perangkap’ ini. SAMM gesa rakyat dikenakan saman AES supaya jangan bayar saman tersebut, tetapi serahkan kepada KASE.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
Pengarah Propaganda SAMM
Speaker mengamuk kerana boss kena hentam dengan Pakatan Rakyat..
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan merupakan ahli parlimen.
Larangan lisan itu berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.
Beliau tidak berpuas hati dengan beberapa sidang media yang diadakan di situ antaranya pendedahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz ada hubungkait dengan jutawan balak Michael Chia.
Pandikar turut menunjukkan gambar sidang media tersebut yang sepatutnya tidak diadakan di situ.
Menurutnya lagi, walaupun parlimen adalah kawasan larangan untuk orang awam tetapi budaya rakyat Malaysia yang meraikan tetamu menyebabkan pihaknya tidak begitu tegas memantau mereka yang mengadakan sidang media sebelum ini.
Katanya, amalan itu akan menjejaskan nama baik parlimen Malaysia jika ia diteruskan.
"Jika mereka datang, guna kemudahan itu, ia tidak dibenarkan sama sekali," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Bagaimanapun Pandikar berkata orang luar yang hadir ke Parlimen dengan ditemani ahli parlimen masih dibenarkan mengadakan sidang media dengan syarat ia tidak diadakan di sudut itu.
"Kalau nak buat sidang akhbar boleh tapi berdirilah di penjuru yang tidak nampak perkara itu," katanya. ~mkini
Parlimen larang bukan MP adakan sidang media
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggunakan kuasanya untuk menghalangnya membuat sidang media di lobi parlimen.
Rafizi menegaskan Nazri seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah
institusi tertinggi milik rakyat dan larangan tersebut akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.
institusi tertinggi milik rakyat dan larangan tersebut akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.
"Pada fikiran saya, Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan "konflik kepentingan" kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.
"Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi mengulas larangan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengenai penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan ahli parlimen.
Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.
Mengulas lanjut, Rafizi sebaliknya berkata Parlimen wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan.
"Tindakan Datuk Seri Nazri Aziz dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen," katanya.
KEBERANIAN RAKYAT JOHOR BERMULA DI KG SG TELOR DALAM PARLIMEN TENGGARA, JOHOR!!!!!
Suasana ini bukan dirakam di Kelantan, Terengganu, Kedah maupun Selangor...tetapi di negeri kelahiran UMNO, negeri yang ketika dulu UMNO paling kuat sekali dalam dunia.
Dulu nak cari kampong-kampong tradisional di Johor sebegini meriahnya dengan pacakkan bendera PAS amatlah sukar.
Sekarang ini sudah semacam satu trend dan kemegahan pulak dikalangan penduduk dan rakyat Johor.Antara petanda sesebuah parti itu akan tumbang, adalah apabila syiarnya tidak ada atau kawasan kuatnya sudah berjaya ditembusi.
Itulah yang berlaku di sebuah kampong tradisonal 80% penduduknya kamu Melayu beragama Islam di Kg Sungai Telor, dalam parlimen Tenggara, Johor.
Selama ini, hanya bendera BN dan Umno sahaja berani diletakkan, namun kini kampong ini penuh dengan bendera PAS yang akan menentang UMNO/BN di kawasan ini.
Penduduk kampong tersebut tersebut sudah tidak gentar dan cuak menunjukkan parti mana meraka sokong secara terbuka.
Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.
TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG... NANTI JAWAB NAJIB... JOHOR DAH NAK TUMBANGGGGGGGG..
Seluruh Rakyat Bangkit Lawan Penipuan Pilihanraya Demi Selamatkan Negara
Kenyataan Terbuka
SAMM Gesa Seluruh Negara Bangkit Lawan Penipuan Pilihanraya Demi Selamatkan Negara
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap komited untuk melancarkan kempen besar-besaran demi mengekang penipuan pilihanraya khususnya yang melibatkan pemberian kewarganegaraan segera kepada warga asing.
Pemberian taraf warganegara yang membolehkan warga asing mengundi adalah perkara yang sangat serius kerana ia menggadai kedaulatan negara. Ia dibuktikan dengan beberapa laporan pada awal oktober lalu ketika mahkamah mengesahkan seorang warga asing dihukum penjara kerana memiliki kad pengenalan tidak sah sedangkan nombor kad pengenalan tersebut wujud dalam senarai pengundi SPR.
Juga tidak lama dulu pernah didedahkan beberapa kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tahun ’2013′ . Kad pengenalan tersebut juga telah diakui wujud oleh Jabatan Pendaftaran Negara dengan pelbagai alasan tidak logik. Tambah lebih malang kepada rakyat Malaysia apabila nombor kad pengenalan yang punya tarikh luput itu juga wujud dalam pangkalan data senarai pengundi SPR. Tahun 2013 juga merupakan tahun di mana mandat pemerintahan Barisan Nasional tamat. Apakah ini satu kebetulan?
Perihal warganegara asing mendapat kewarganegaraan segera juga seolah-olah dibantu oleh Jabatan Imigresen yang bekerja keras dalam proses pemutihan ‘projek 6P’, hingga menimbulkan persoalan apakah projek 6P dijadikan medan untuk mengenalpasti PATI yang boleh di’warganegara’kan?
SAMM sedari awal melihat seperti ada perikatan di antara SPR, JPN dan Imigresen untuk memastikan keberjayaan penipuan yang serba terancang. Dengan kerjasama tiga agensi kerajaan yang diperkuda ini, tidak mustahil proses kewarganegaraan segera dijadikan senjata Barisan Nasional untuk menang PRU-13 dengan penipuan. SPR dilihat menjadi dalang utama kerana akhirnya semua warga asing yang dapat taraf warganegara secara tidak sah diberi hak mengundi. Justeru, desakkan saban hari terus dibuat oleh SAMM supaya SPR dibubarkan sebelum bubar Parlimen Malaysia.
Baru-baru ini telah tersebar berita mengenai pemberian IC secara besar-besaran kepada warga asing. Ini satu ancaman kepada seluruh rakyat Malaysia apabila kewarganegaraan diberi secara melulu hanya kerana Barisan Nasional ingin terus kekal sebagai pemerintah. Kesannya, hak sebagai rakyat telah di’kongsi’kan secara tidak rela dengan warga yang bukan sahaja tidak lahir di sini malah tidak patriotik dan tiada kesetiaan terhadap negara dan hanya mencari duit di negara ini untuk dihantar ke negara asalnya.
Pemberian kewarganegaraan harus mengikut prosidur yang diperuntukkan. Jika tidak, ia satu pencurian hak rakyat Malaysia. Segala keistimewaan rakyat negara ini atas hasil bumi Malaysia akan turut dinikmati oleh mereka yang layak malah hak untuk memilih kerajaan juga lebur bersama.
Segala kecelakaan ini adalah berpunca daripada kerakusan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa, semua ini disusun berlaku khas untuk kemenangan Barisan Nasional secara penipuan paling dasyat dalam sejarah pilihanraya.
Ini hanya salah satu cara Barisan Nasional untuk menang daripada pelbagai jenis penipuan, namun SAMM melihat cara inilah yang paling kejam terutamanya terhadap rakyat sendiri yang akhirnya terpaksa bersaing dengan warga asing bersenjatakan IC biru. Jelas kerajaan hari ini sanggup gadai negara dan rakyat negara sendiri tidak dihargai ketika rakyat asing diberi keistimewaan bagaikan ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati tak makan’.
Halatuju negara tidak lagi boleh dilepaskan kepada syaitan-syaitan yang dikenali dengan bantuan warga asing sepertimana pernah berbunyi “I help you, you help me” dengan maksud, “Aku dapatkan kewarganegaraan segera kamu, dan kamu harus mengundi Barisan Nasional”.
Maka dengan ini, SAMM bersama sekutu organisasi massa menggesa rakyat khususnya anak muda untuk bersama dalam menjalankan kempen radikal melawan penipuan pilihanraya, sebuah kempen yang harus dikenang sebagai kempen menyelamatkan negara. Ia juga satu kempen rahsia yang bukan rahsia, dengan beberapa fasa yang disusun rapi. Apa dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat adalah lebih teruk dari konotasi ‘radikal’ maka kempen ini adalah setara bagi mengekang penipuan dan penindasan yang berterusan (jika Barisan Nasional terus memerintah).
Rakyat harus bangkit, rakyat harus sedar dari lamunan. Rujuk perkara ke-7 Resolusi SAMM 03/2012 yang menjadi garis pedoman anak muda yang terhasil dari Rapat Kebangsaan SAMM Oktober lalu;
Perkara ke-7 Resolusi SAMM 3/2012SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar. Sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen ‘Tangkapan dan Tindakkan Awam’ terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah. Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya seterusnya menyelamatkan ibu pertiwi dari dirogol oleh musuh dan pengkhianat.SAMM dalam rapat kebangsaan sebelum ini telah memberi amaran keras dan merancang kempen ‘Tangkapan dan Tindakkan Awam’ telah disambut hebat dan mendapat respon yang sangat positif supaya kempen ini dilaksanakan. Percayalah bahawa ada ketikanya semua agensi kerajaan yang seharusnya neutral tidak lagi boleh diharapkan apabila condong menjadi aparat pemerintah, ketika itu jugalah harapan untuk mempertahankan maruah kedaulatan negara ini dari tergadai hanya terletak di tangan rakyat sendiri.Rakyat pasti berani mengambil bahagian dalam kempen ini dan tidak mungkin akan membiarkan warga Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam menentukan masa depan negara dan anak bangsa. SAMM mengajak rakyat berfikir dalam satu contoh, bagaimana nasib rakyat Malaysia sekiranya ditangkap ketika cuba campurtangan mengundi dalam pilihanraya Indonesia? Sedangkan pertelagahan kecil antara dua negara ini menimbulkan ancaman bunuh terhadap rakyat Malaysia di Indonesia, inikan pula soal campurtangan menentukan halatuju negara.
Akhir sekali, SAMM menyeru agar kesedaran ini sampai ke seluruh pelusuk negara. Ambillah kesempatan perjuangan menyelamatkan negara dengan mengambil tanggungjawab menyebarkan kenyataan ini. Inilah senjata kita yang paling utuh – maklumat dan kesedaran.
“Perubahan itu harus didesak”
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
Pengarah Propaganda SAMM
Link rujukan kenyataan awal
Warganegara dapat IC - http://anakmudamalaysia.com/2012/10/warga-asing-beli-kad-pengenalan-palsu-diberi-peluang-mengundi-ayuh-desak-bubar-spr-sebelum-parlimen-dibubar/
Penipuan Pilihanraya semakin parah, SPR harus dibubar sebelum bubar parlimen - http://anakmudamalaysia.com/2012/09/penipuan-pilihanraya-semakin-parah-samm-desak-bubarkan-spr-sebelum-bubar-parlimen/
Bersedia ke jalan raya atau terus ditipu - http://anakmudamalaysia.com/2012/10/bersedia-untuk-ke-jalanraya-atau-ditipu/
Resolusi SAMM 03/2012 - http://anakmudamalaysia.com/2012/10/resolusi-samm-032012/
Wednesday, 7 November 2012
Tsunami Politik Bakal Melanda Johor Pada PRU 13.. BN Bakal TerKalih Di Johor.. Ini Buktinya
PETALING JAYA - Tsunami politik diramal berlaku di Johor
dalam pilihan raya umum ke 13 nanti membabitkan kerusi parlimen dan dewan
negeri, menurut satu NGO yang menghadiri perjumpaan tertutup anjuran Majlis
Keselamatan Negara (MKN) di Johor Baru baru-baru ini. Perjumpaan itu dihadiri
kira-kira 600 ahli NGO Melayu dan penasihat agama kerajaan Johor, Datuk Noh
Gadut anjuran Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor.
Dengan jangkaan 80 peratus pengundi Cina
menyokong pembangkang dan perpecahan di kalangan pengundi Melayu, 11 kerusi
Parlimen diramal dimenangi calon dari Pakatan Rakyat.
Ini bermakna 11 kerusi Parlimen sahaya yang kekal di tangan BN teramsuk kerusi Pagoh yang dimenangi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Walapun Johor kekal di tangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya dua kerusi,” kata NGO itu.
Ini bermakna 11 kerusi Parlimen sahaya yang kekal di tangan BN teramsuk kerusi Pagoh yang dimenangi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Walapun Johor kekal di tangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya dua kerusi,” kata NGO itu.
Belum daftar
Menurutnya, pendaftaran penguni baru yang dibuat oleh
Pakatan Rakyat khususnya DAP amat menggalakan tetapi kira-kira 73, 000 ahli
Umno masih belum mendaftar sebagai pemilih. Perkembangan ini katanya, boleh
menggugat kuasa politik orang Melayu.
“Kuasa politik Melayu semakin terancam kerana golongan
muda yang masuk ke dalam pengundi baru majortinya condong ekpada pembangkang
tanpa mengira kaum.
“Tuntutan yang melampau oleh bukan Melayu terhadap
kepentingan Melayu yang sudah tertulis dalam perlembagaan dipandang sepi oleh
orang melayu. “Mereka tidak lagi sensitif kerana kedudukan mereka yang boleh
dianggap selesa,” kata NGO itu./fmt
Ulasan:
Orang melayu asyik berkhayal dengan semangat
kebangsaan melayu tanpa menyedari bahawa melayu tidak diiktiraf oleh Allah
sebagai makhluk yang baik, Allah hanya mengiktiraf sejauh mana manusia itu
beriman kepada perkara keimanan
Jika orang melayu berbangga dengan islam, maka Allah
juga tidak berbangga dengan islam mereka kerana Allah tidak pernah menyeru
kepada orang-orang islam, akan tetapi Allah hanya menyeru kepada orang-orang
yang beriman
Di dalam Al Quran sebanyak 88 kali Allah menyeru
kepada orang-orang yang beriman sebagai mengingatkan mereka, dan tidak
sekalipun Allah menyeru kepada orang-orang islam, saya rasa sampai masanya
Allah hendak menunjukkan kuasanya kepada orang yang berbangga dengan semangat
bangsa
Demo lagi di Pulau Pinang.. Kali ini NGO desak perlaksanaan Hudud pulak..
Demo lagi di Pulau Pinang.. Kali ini NGO desak perlaksanaan Hudud pulak..
Kasihan mereka.. kerana tidak menyedari bahawa perlaksanaan Hukum Hudud dinegara ini telah ditentang pemimpin UMNO sendiri, mereka telah berjemur di bawah terik matahari menuntut perlaksaannya di Pulau Pinang.
Nak kata tak tahu takkanlah kat rumah depa tak ada TV kot, sebab Najib tolak perlaksanaan hudud tu disiarkan oleh Buletin Utama TV3.. sila lihat di ( SINI )
Hari ini kira-kira seramai 30 ahli Persatuan Muka Buku Pulau Pinang dan penjaja Padang Kota Lama mendesak Speaker Datuk Abdul Halim Hussain membentangkan usul pelaksanaan hukum hudud dan isu penjaja kecil Padang Kota Lama pada persidangan DUN kali ini.
Pengerusinya Salleh Ismail berkata beliau telah menghantar memorandum berhubung isu itu pada 1 Nov lepas namun sehingga hari kelima persidangan perkara itu masih tidak dibangkitkan di dalam dewan.

"Sejak hari pertama dewan bersidang dua orang wakil rakyat yang bertanggungjawab iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dan Adun Padang Kota Lama Chow Kon Yeow langsung tak buat apa-apa.
"Sekarang ini, kami nak beri surat celaan kepada Datuk Speaker sendiri kerana kedua perkara melibatkan kepentingan rakyat ini tidak dibincangkan dalam dewan," katanya.
Dalam perhimpunan yang berlangsung lebih sejam yang bermula pukul 12.20 tengah hari itu berlaku sedikit kekecohan apabila Speaker Dewan enggan bersemuka dengan kumpulan berkenaan.
Sumber: ASD
Isu Nurul Izzah Cuba Diputarbelitkan AkhbarYang Telah Kalah Banyak Kali Di Mahkamah
Sumber: Jeneral Yakuza Ogawa II
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.
"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.
"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.
Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.
Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.
Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.
Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.
Izzah lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.
"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.
"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini. -SH
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.
"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.
"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini. -SH
Jangan kalian pencacai UMNO apco putarbelitkan kenyataan TOKGURU nik aziz pula selepas ini ...sokong 100% ulasan tokguru , anda pula bagaimana ?
Terkejut Sultan "Terkejut" atas isu Nurul Izzah
Berikut penjelasan dari Nurul Izzah berkaitan isu tersebut..
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegask
an ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.
Nurul Izzah Anwar
4 November 2012
Kalau kita tak tahu apa yang terkandung dalam Surah Al Baqarah ayat 256 seperti yang dikatakan oleh Nurul Izzah tu..
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
- Surah Al Baqarah ayat 256
Bahayanya penyebar berita palsu (fitnah)
Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil di perbesarkan dalam berita yang di edarkan atau sebaliknya. Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang muslim. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya?
Dalam naskah berikut ini, penulis menjelaskan kepada kita, bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap berita-berita yang belum jelas kebenarannya itu.
Allah berfirman, maksudnya:-
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.
Allah berfirman, maksudnya:-
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”
Maksudnya, janganlah kamu menerima (begitu saja) berita dari orang fasik, sebelum kamu periksa, teliti dan mendapatkan bukti kebenaran nya.
(Dalam ayat ini) Allah memberitahu, bahwa orang-orang fasik itu pada dasarnya (jika berbicara) dia dusta, akan tetapi kadang kala ia juga benar. Karena, berita yang disampaikan tidak boleh diterima dan juga tidak ditolak begitu saja, kecuali setelah diteliti. Jika benar sesuai dengan bukti, maka diterima dan jika tidak, maka ditolak.
Kemudian Allah menyebutkan illat (sebab) perintah untuk meneliti dan larangan untuk mempercayai berita-berita tersebut. Allah berfirman.
“Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya”.
Kemudian nampak bagi kamu kesalahanmu dan kebersihan mereka.
Kemudian nampak bagi kamu kesalahanmu dan kebersihan mereka.
“Yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [Al Hujurat : 6]
Terutama jika berita tersebut boleh menyebabkan punggungmu kena rotan. Maksudnya isu yang kamu bicarakan boleh mengkibatkan kamu kena hukum had, seperti qadzaf (menuduh) dan yang sejenisnya.
Terutama jika berita tersebut boleh menyebabkan punggungmu kena rotan. Maksudnya isu yang kamu bicarakan boleh mengkibatkan kamu kena hukum had, seperti qadzaf (menuduh) dan yang sejenisnya.
Sesungguhnya semua kaum muslimin perlu menghayati ayat ini, untuk di baca dan renungi, lalu beradab dengan adab yang ada padanya. Betapa banyak fitnah yang terjadi akibat berita bohong yang disebarkan orang fasiq yang jahat! Betapa banyak darah yang tertumpah, jiwa yang terbunuh, harta yang terampas, kehormatan yang terkoyak, akibat berita yang tidak benar! Berita yang dibuat oleh para musuh Islam. Dengan berita itu, mereka hendak menghancurkan persatuan umat Islam , dengan menyemarakkan dan mengobarkan api permusuhan diantara umat Islam.
Betapa banyak dua saudara, berpisah disebabkan berita bohong! Betapa banyak suami-isteri berpisah karena berita yang tidak benar! Betapa banyak bangsa bangsa, dan kumpulan kumpulan, parti parti,jemaah jemaah dan negara negara saling memerangi, karena tertipu dengan berita bohong!
Allah Azza wa Jalla Yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui, telah meletakkan satu kaedah bagi umat ini untuk memelihara mereka dari perpecahan, dan membentengi mereka dari pertikaian, juga untuk memelihara mereka dari api fitnah.
Tetapi sayang tidak ada satu pun masyarakat muslim yang bebas dari orang-orang munafiq yang memendam kedengkian. Mereka tidak senang melihat kaum muslimin berbaik baik menjadi masyarakat yang bersatu dan bersaudara.
Wajib atas kaum muslimin untuk berhati hati dan berwaspada dengan musuh-musuh mereka. Dan hendaklah kaum muslimin mengetahui, bahwa para musuh mereka tidak pernah tidur (tidak pernah berhenti) merancang tipu daya terhadap kaum muslimin. Maka wajiblah atas mereka untuk senantiasa waspada, sehingga boleh mengetahui sumber kebencian, dan bagaimana rasa saling permusuhan dikobarkan oleh para musuh.
Sesungguhnya keberadaan orang-orang munafiq di tengah kaum muslimin dapat menimbulkan bahaya yang sangat besar. Akan tetapi yang lebih berbahaya, ialah keberadaan orang-orang mukmin berhati baik yang selalu menerima berita yang dibawakan orang-orang munafiq. Mereka membuka telinga lebar-lebar mendengarkan semua ucapan orang munafiq, lalu mereka berkata dan bertindak sesuai dengan berita itu. Mereka tidak peduli dengan bencana yang bakal menimpa kaum muslimin akibat percaya kepada orang munafiq.
Al Qur’an telah mencatatkan buat kita satu bencana yang pernah menimpa kaum muslimin, akibat dari sebagian kaum muslimin yang mengikuti orang-orang munafiq yang dengki, sehingga boleh mengambil pelajaran dari pengalaman orang-orang sebelum kita.
Bacalah Surat An Nur dan renungilah ayat-ayat penuh barakah yang Allah ucapkan tentang kebersihan Ummul Mukminin ‘Aisyah x dari tuduhan kaum munafiq. Kemudian sebagian kaum muslimin yang jujur terikut ikut menuduh tanpa meneliti bukti-buktinya. Allah berfirman.
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa ifki adalah dari golongan kamu juga.Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu.Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya adzab yang besar”. [An Nur : 11].
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa ifki adalah dari golongan kamu juga.Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu.Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya adzab yang besar”. [An Nur : 11].
Ifki maksudnya ialah berita bohong. Dan ini merupakan kebohongan yang paling jelek.
“Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu”. [An Nur : 11].
Tidak semua perkara-perkara itu boleh dinilai hanya melalui zahirnya saja. Karena terkadang kebaikan atau nikmat itu datang dalam satu bentuk yang kelihatannya menyusahkan. Diantara kebaikan (yang dijanjikan Allah buat keluarga Abu Bakar), ialah Allah menyebut mereka di malail a’la. Dan Allah menurunkan beberapa ayat yang boleh dibaca mengenai keadaan (keluarga Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu).
Tidak semua perkara-perkara itu boleh dinilai hanya melalui zahirnya saja. Karena terkadang kebaikan atau nikmat itu datang dalam satu bentuk yang kelihatannya menyusahkan. Diantara kebaikan (yang dijanjikan Allah buat keluarga Abu Bakar), ialah Allah menyebut mereka di malail a’la. Dan Allah menurunkan beberapa ayat yang boleh dibaca mengenai keadaan (keluarga Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu).
Dengan turunnya ayat ini, maka hilanglah mendung dan tersingkaplah kegelapan itu. Lenyap sudah gunung kepedihan yang berlegar dalam kalbu Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, suaminya, yaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ayahandanya. Sebagaimana juga hilangnya kepedihan si penuduh, iaitu seorang shahabat yang jujur Shafwan bin Mu’atthil.
Kemudian ayat selanjutnya mengajarkan kepada kaum mukminin, bagaimana menyikapi berita. Allah berfirman.
“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].
Wahai kaum msulimin, inilah langkah pertama yang harus engkau lakukan, jika ada berita buruk tentang saudaramu, yaitu berhusnuhan (berperasangka baik) kepada dirimu. Jika engkau sudah husnuzhan kepada dirimu, maka selanjutnya kamu wajib husnuzhan kepada saudaramu dan (menyakini) kebersihannya dari cela yang disampaikan. Dan engkau katakan,
“Maha Suci Engkau (Allah) , ini merupakan kedustaan yang besar”. [An Nur : 16].
Inilah yang dilakukan oleh sebagian shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika sampai berita kepada mereka tentang Ummul Mukminin.
Diceritakan dari Abu Ayyub, bahwa istrinya berkata,”Wahai Abu Ayyub, tidakkah engkau dengar apa yang dikatakan banyak orang tentang Aisyah?” Abu Ayyub menjawab,”Ya. Itu adalah berita bohong. Apakah engkau melakukan perbuatan itu (zina), hai Ummu Ayyub? Ummu Ayyub menjawab,”Tidak. Demi Allah, saya tidak melakukan perbuatan itu.” Abu Ayyub berkata,”Demi Allah, A’isyah itu lebih baik dibanding kamu.”
Kemudian Allah berfirman.
“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13].
Inilah langkah yang kedua, jika ada berita tentang saudaranya. Langkah pertama, mencari dalil yang bersifat batin, maksudnya berhusnuzhan kepada saudaranya.
Langkah kedua mencari bukti nyata.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].
Maksudnya mintalah bukti kebenaran suatu berita dari si pembawa berita. Jika ia boleh mendatangkan buktinya, maka terimalah. Jika ia tidak boleh membuktikan, maka tolaklah berita itu di depannya; karena ia seorang pendusta. Dan cegahlah masyarakat agar tidak menyampaikan berita bohong yang tidak ada dasarnya sama sekali. Dengan demikian, berita itu akan mati dan terkubur di dalam dada pembawanya ketika kehilangan orang-orang yang mau mengambil dan menerimanya.
Seperti inilah Al Qur’an mendidik umatnya. Namun sayang sekali , banyak kaum muslimin yang tidak konsisten dengan pendidikan ini. Sehingga jika ada seorang munafik yang menyebarkan berita bohong, maka berita itu akan segera disebarkan di masyarakat samada melalui percakapan atau melalui media termasuk melalui internet tanpa periksa dan meniliti kebenarannya. Dalam hal ini Allah berfirman.
“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut”.[An Nur : 15].
Pada dasarnya ucapan itu diterima dengan telinga, bukan dengan lisan. Akan tetapi Allah ungkapkan tentang cepatnya berita itu tersebar di tengah masyarakat. Seakan-akan kata-kata itu keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang memikirkan apa yang didengar, selanjutnya memutuskan boleh atau tidak berita itu disebar luaskan.
Pada dasarnya ucapan itu diterima dengan telinga, bukan dengan lisan. Akan tetapi Allah ungkapkan tentang cepatnya berita itu tersebar di tengah masyarakat. Seakan-akan kata-kata itu keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang memikirkan apa yang didengar, selanjutnya memutuskan boleh atau tidak berita itu disebar luaskan.
“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja.Padahal dia pada sisi Allah adalah besar”. [An Nur : 15].
Allah mendidik kaum mukminin dengan adab ini. Mengajarkan kepada mereka cara menghadapi berita serta cara membanterasnya, sehingga tidak tersebar di masyarakat. Setelah itu Allah mengingatkan kaum mukminin, agar tidak membicarakan sesuatu yang tidak mereka ketahui. Allah juga mengingatkan mereka, agar tidak menyertai bantu para pendusta penyebar berita bohong. Allah berfirman.
“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman”. [An Nur : 17].
Kemudian Allah menjelaskan, membantu para pendusta bererti mengikuti langkah-langkah syaitan. Allah berfirman.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syetan, maka sesungguhnya syetan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar”. [An Nur : 21].
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syetan, maka sesungguhnya syetan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar”. [An Nur : 21].
Dalam ayat selanjutnya Allah menerangkan, lisan dan semua anggota badan lainnya akan memberikan kesaksian atas seorang hamba pada hari kiamat. Allah berfirman.
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la’nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka adzab yang besar, pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka, bahwa Allah-lah Yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya)”. [An Nur 23-25].
Wahai para penyebar berita palsu (fitnah)! Wahai para pendusta! Hai orang yang tidak senang melihat orang mukmin saling berbaik baik sehingga dipisahkan! Hai orang yang tidak suka melihat kaum mukmin aman! Hai para pencari aib orang yang baik! Tahanlah lidahmu, karena sesungguhnya kamu akan diminta pertanggungjawaban kata-kata yang engkau ucapkan. Allah berfirman.
Wahai para penyebar berita palsu (fitnah)! Wahai para pendusta! Hai orang yang tidak senang melihat orang mukmin saling berbaik baik sehingga dipisahkan! Hai orang yang tidak suka melihat kaum mukmin aman! Hai para pencari aib orang yang baik! Tahanlah lidahmu, karena sesungguhnya kamu akan diminta pertanggungjawaban kata-kata yang engkau ucapkan. Allah berfirman.
“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan, melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir”. [Qaf : 18].
Tahanlah lidahmu! Jauhilah perbuatan bohong dan janganlah menyebar fitnah! Janganlah menuduh kaum muslimin tanpa bukti, dan janganlah berburuk sangka kepada mereka! Seakan-akan aku dengan engkau, wahai saudaraku, berada pada hari kiamat; hari kerugian dan hari penyesalan. Sementara para seterumu merebutmu. Yang ini mengatakan “engkau telah menzalimiku”, yang lain mengatakan “engkau telah menfitnahku”, yang lain lagi mengatakan, “engkau telah mengaibkanku”. Sementara engkau tidak mampu menghadapi mereka. Engkau mengharap kepada Rabb-mu agar menyelamatkanmu dari mereka, namun tiba-tiba engkau mendengar.
“Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabnya”. [Al Mukmin : 17].
Lalu engkaupun menjadi yakin dengan neraka. Engkau ingat firman Allah.
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang dzalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak” [Ibrahim : 42].
Kita berlindung kepada Allah dari kehinaan. Dan semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya.
Lalu engkaupun menjadi yakin dengan neraka. Engkau ingat firman Allah.
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang dzalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak” [Ibrahim : 42].
Kita berlindung kepada Allah dari kehinaan. Dan semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya.
Oleh
DR Abdul Azhim Al Badawi
[Diterjemahkan dari majalah Al Ashalah, edisi 34 tahun ke VI]
DR Abdul Azhim Al Badawi
[Diterjemahkan dari majalah Al Ashalah, edisi 34 tahun ke VI]
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN
Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.