VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 8 November 2012

Speaker mengamuk kerana boss kena hentam dengan Pakatan Rakyat..



Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan merupakan ahli parlimen.

Larangan lisan itu berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.

Beliau tidak berpuas hati dengan beberapa sidang media yang diadakan di situ antaranya pendedahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz ada hubungkait dengan jutawan balak Michael Chia.

Pandikar turut menunjukkan gambar sidang media tersebut yang sepatutnya tidak diadakan di situ.

Menurutnya lagi, walaupun parlimen adalah kawasan larangan untuk orang awam tetapi budaya rakyat Malaysia yang meraikan tetamu menyebabkan pihaknya tidak begitu tegas memantau mereka yang mengadakan sidang media sebelum ini.

Katanya, amalan itu akan menjejaskan nama baik parlimen Malaysia jika ia diteruskan.

"Jika mereka datang, guna kemudahan itu, ia tidak dibenarkan sama sekali," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Bagaimanapun Pandikar berkata orang luar yang hadir ke Parlimen dengan ditemani ahli parlimen masih dibenarkan mengadakan sidang media dengan syarat ia tidak diadakan di sudut itu.

"Kalau nak buat sidang akhbar boleh tapi berdirilah di penjuru yang tidak nampak perkara itu," katanya. ~mkini

Parlimen larang bukan MP adakan sidang media

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggunakan kuasanya untuk menghalangnya membuat sidang media di lobi parlimen.

NONERafizi menegaskan Nazri seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah 
institusi tertinggi milik rakyat dan larangan tersebut akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.
"Pada fikiran saya, Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan "konflik kepentingan" kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.
"Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi mengulas larangan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengenai penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan ahli parlimen.

NONELarangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.
Mengulas lanjut, Rafizi sebaliknya berkata Parlimen wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan.
"Tindakan Datuk Seri Nazri Aziz dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.