VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 9 November 2012

UMNO Perkasa Membantah Anwar Ibrahim Solat Jumaat Di Kerteh


PERKASA demo bantah Anwar Solat Jumaat di Kerteh.. (Video Inside)








Pelik tapi benar, itulah kejadian yang disaksikan oleh pemimpin-pemimpin KeAdilan yang berada di dalam bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dalam perjalanan ke Terengganu hari ini.



Sekumpulan manusia yang dipercayai Ahli-ahli PERKASA dan juga UMNO Kemaman, Terengganu yang sudah semestinya berugama Islam telah dilihat mengadakan bantahan ditepi jalan kerana membantah kehadiran DS Anwar Ibrahim untuk kesitu bagi menunaikan solat Jumaat.

Kumpulan yang melebihi 20 orang itu mengadakan bantahan sejurus ketika bas Jelajah Merdeka Rakyat menghampiri kawasan Masjid Tengku Mizan.

Dengan aksi seumpama kera kena belacan mereka melompat-lompat di tepi jalan sebagai membantah kehadiran rombongan ke Masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat..


Yang peliknya ialan mereka dari pertubuhan yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi dalam masa yang sama membantah seorang Islam yang lain menunaikan kewajipannya.. - ASD




Komen AmenoWorld

Seme pakat2 tunjuk ibu jari kat bawah. Lepas tue duduk tengah2 jalan. Ganggu lalu lintas. Yang sebenarnya peserta2 BERSIH buat gini gak time demo hari tue. Maksud aku yang duduk kat tepi2 jalan raya tue. Kemain kaw penyokong2 umno sembang kencang kutuk2 orang begitu la begini la.. seme ayat maki hamun sumpah serakah undang2 seme terkeluar..

Kalau baca pehhh memang bajet neraka la peserta2 bersih tue. Penyokong2 umno plak cam suci habis. Alih2 diri sendiri buat apa yang dia kutuk2kan orang sebelum neh bila berdemo bantah dsai kat terengganu. Aik.. boleh plak? Mana pergi ayat2 berjela2 bahawa rakyat malaysia kena hormati undang2? Tak dak kan? Or dah terlupa?


kah kah kah


Rekod, at least peserta2 bersih duduk tepi jalan dan minta sokongan. Begitu juga dengan peserta2 hijau. Minta sokongan dengan mohon dorang picit hon kenderaan. Yang penyokong2 umno neh berbeza. 

Dorang duduk tengah2 jalan then boo orang. Lepas tue buat isyarat2 mengarut. Loncat2 cam beruk. Lepas tue dok mencarut2 dengan aksi badan seme siap. Kalau kena langgar then mati kat situ time2 tue juga tatau la aku nak cakap apa. Tatau nak kesian ke apa..

kah kah kah

Tapi oleh kerana ini negara demokrasi, sesiapa pun berhak sokong sesiapa dan berhak untuk buat apa2 demo so memang takde masalah langsung untuk penyokong2 umno berdemo bantah kehadiran dsai dan pkr kat situ. Cuma yang menjadi tanda tanya aku ialah kemain besar terengganu tue.. kemain ramai orang duduk kat sini.. banyak tue jek ke penyokong2 umno yang bantah kehadiran pkr dan dsai ke terengganu? Apsal sikit sangat? Kelakar siottttt..

Banner kemain siap dengan print apa seme.. alih2 yang mai berdemo 50 orang pun tak sampai? Buat lawak ke apa tue? 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.