VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 22 February 2014

TERKINI!!! Mazlan Aliman Di Tahan Pihak Imigresen Sarawak


Terkini....ditahan Imigresen.

Saya di tahan oleh Pihak Imigresen setibanya di Airport Sibu jam 11.25 pagi ini. Alasan, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Saya tidak dikehendaki oleh Kerajaan Sarawak, kata pegawai Imigresen.

Saya yakin ia ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang dirasmikan, Presiden PAS di Beting Maro esok.

Friday, 21 February 2014

HIMPUNAN MENGECAM GOLONGAN ANTI HADIS KURANG MENDAPAT SOKONGAN UMAT NABI MUHAMMAD




Himpunan aman di depan Masjid Jamek Pengadang Baru, bersolidariti mengecam kassim ahmad dan penyokong sekutunya

Mana geng perkasa ulam pegaga yang sebelum neh sibuk pertahan kalimah Allah?

Sila tunjukkan solidariti anda, termasuk tunjukkan kesamsengan anda terhadap orang yang menyokong si jahanam kassim ahmad nie

Kalimah syahadah, belakang yang berbunyi "muhammadurrasulullah" hanya direka muhammad untuk mendewakannya. - kassim ahmad

Tidak sesatkah lagi ucapan gila nie? mane harussani? fathul bari? kerajaan sila tangkap penyokongnya sekali

Rambut wanita bukan aurat dan kerajaan kena kaji semula quran - kassim ahmad

Statement gila yang dibuat orang gila disokong Tun. Kerajaan sila ambik tindakan sama seperti ayah pin

Kassim Selamat hanya buta mata tetapi kassim ahmad buta mata hatinya.

Ayuh bersolidariti. Kerajaan sila ambil tindakan terhadap orang yang menyokong si jahanam ini.

Sumber JKKK Fan Club

BN Letak Chew Mei Fun Lawan Anwar Ibrahim Di Kajang


BN akan meletakkan bekas timbalan menteri, Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Mac depan.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mesyuarat parti komponen BN, tengah hari ini.

PKR telah mengumumkan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Kajang.

Manakala bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas di situ.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetap tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian akan diadakan pada 23 Mac.

HIMPUNAN 222: Amaran Kepada Pegawai Kerajaan Yang Pengecut


Himpunan 222: Mansuh PBS
Tarikh: 22 Februari 2014
Tempat: Masjid Bandar Baru Bangi
Masa: 1.00 tengahari hingga 4.00 petang
Pakaian: Baju Rasmi #MansuhPBS

OBJEKTIF:

1. Suara Guru-Masyarakat Malaysia mahu PBS dihentikan sementara atau dimansuhkan terus.

2. Kami dengan tegas mahu KPM MEMOHON MAAF kerana telah membuang masa, duit dan tenaga para guru, murid dan ibubapa kerana melaksanakan SISTEM YANG LEMAH dan PENANGGUHAN YANG TIADA KESUDAHAN berkaitan PBS.

Satu Suara ~ Admin menyeru semua para guru, andai seorang guru turun esok kerana risau masa depan anak muridnya, guru ini telah dikenakan tindakan tukar sekolah, bagaimana jika ada 100 orang guru yang datang esok?

Bagaimana pula jika 1000 orang guru hadirkan diri esok?

Kenapa guru yang bersungguh-sungguh mahu mansuh PBS?

Kerana guru saja tahu pelaksanaan kecelaruan PBS ini.

Ibubapa semua telah ditipu oleh KPM dengan maklumat yg salah!

Satu Sokongan!
Satu Usaha!
Satu Suara!

Turun #‎Himpunan222MansuhPBS!!!

Video Anwar Ibrahim Sedang di Putar Belit Cybertrooper BN


Video ini sedang dikontroversikan cybertrooper BN.. video penuh sila ke http://tv.selangorku.com/43644/dialog-anak-muda-selangor-anwar-diaju-soalan-panas-bahagian-1-3/

Sinar Harian Siar Berita Fitnah Bertajuk Direjam Kerana Facebook?


Fitnah! Akhbar sinar harian hari ini bertajuk "Direjam Kerana Facebook". Ini berita fitnah wahai saudaraku. gambar yg dipaparkan ialah dari filem "The Stoning of Saraya". Media sinar harian cuba memfitnah ISIS mujahideen yang menjalankan hukum syariat di tanah syria dgn menyebarkan berita yg salah.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Kiriman Wan Akmal

Mesti Cuba: Cara Bunuh Nyamuk

CARA BUNUH NYAMUK (BUATAN GENIUS)
==========================
Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan :

• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar


Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bahagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.

Kalau jadi habaq p..
Kalau tak jadi habaq mai..

Gambar Pemimpin Berjiwa Rakyat, Anwar Ibrahim Lepak Santai Bersama Peniaga Dan Pengunjung Uptown Bandar Perda






Selepas melawat penduduk di Cherok To'kun pada petang tadi.. Pada malamnya Anwar Ibrahim sempat bertemu rakyat dan peniaga-peniaga di uptown Bandar Perda..

Anwar Ibrahim pemimpin berjiwa rakyat turun ke bawah bertemu dan lepak santai bersama rakyat di sebuah kedai mamak.. Mereka sempat bergambar bersama Anwar Ibrahim..

Anwar Ibrahim berborak dengan beberapa orang peniaga di uptown dan mendengar malasah mereka alami..

Antara masalah peniaga sebelum ini, penganjur yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan wakil rakyat setempat seakan tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing sungguhpun usaha mengekalkan tapak komersial itu pernah beberapa kali dirujuk kepada mereka.

Thursday, 20 February 2014

Provokasi Purba: Anwar Ibrahim Dari Kajang Turun Ke Cherok To'kun










Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi ketawa apabila diminta mengulas mengenai insiden balingan daging babi ke dalam Masjid Qaryah Tok Kun Atas, di sini.

"Penyokong Umno dan Perkasa perlu tanya diri sendiri, mengapa mereka sahaja yang begitu sensitif mengenai insiden ini.

"Mengapa penduduk setempat langsung tidak terpengaruh dengan 'provokasi purba' ini," seloroh Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut kepada wartawan, selepas melawat lokasi kejadian.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merakamkan tahniah kepada komuniti setempat kerana menolak provokasi yang menguntungkan pembangkang Umno Barisan Nasional sahaja.

Sebelum itu, Anwar mengadakan interaksi dengan komuniti setempat serta mendapatkan membalas mengenai insiden itu daripada wakil AMK Cabang Bukit Mertajam, Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Nasser.

Hadir sama, Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK Malaysia) dan Dr. Afif Baharudin (Ketua AMK Pulau Pinang).

Dalam perkembangan sama, AJK PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim mendakwa kumpulan yang mendalangi insiden tersebut mungkin disebabkan terpengaruh oleh politik ekstrem Umno dan Perkasa belakangan ini.

BERITA PALSU REKAAN CIKGU PRO UMNO, 3 LELAKI EDAR BIBLE BAHASA MELAYU DI SEKOLAH




LAPORAN SINAR HARIAN BAHAWA PENGERUSI PIBG SEKOLAH MENENGAH HAJI ZAINAL ABIDIN MENDAKWA 3 LELAKI MENGEDARKAN BIBLE BAHASA MELAYU ADALAH PALSU SAMA SEKALI

Tolak Provokasi Melampau Oleh Golongan Pelampau

Golongan pelampau sama ada pelampau kaum, lebih-lebih lagi pelampau agama tidak ada tempat dalam mana-mana masyarakat. Ia perlu dibanteras sebelum benihnya tumbuh dan menjalar seluruh negara. Kini, golongan pelampau dan perosak dilihat cuba menganggu gugat keharmonian rakyat dengan provokasi fitnah berbaur perkauman dan agama.

Sebelum PRU-13, Pulau Pinang dijadikan sasaran pendemo pro Umno/BN yang hampir saban minggu cuba menyalakan api perkauman dan agama. Namun, ia ditolak melalui undi popular rakyat sebanyak 68% yang memberi mandat kepada kerajaan PR.

Kini strategi itu seolah-olah diubah dengan pendekatan yang berbeza namun matlamatnya yang sama. Kita yakin golongan perosak dan pelampau itu akan meneruskan agenda mereka lebih-lebih lagi ia seolah-olah direstui pihak tertentu.

Rentetan provokasi melampau dalam tempoh beberapa bulan melalui provokasi kain rentang, serangan bom api di gereja, di balai polis, kononnya pengedaran bible Melayu, kononnya ancaman ke atas masjid dan terkini penodaan masjid Cherok Tok Kun dengan daging dipercayai khinzir, adalah serangan provokasi 'bentuk baru,' semuanya bermotif jahat.

Edaran Bible Melayu ?

Kita juga masih ingat awal tahun lalu, heboh kononnya bible berbahasa Melayu diedarkan kepada pelajar sekolah di negeri ini. Namun, siasatan pihak polis kemudiannya mendapati ia tidak berasas. Kini skrip yang hampir sama diulang lagi.

Laporan akhbar Sinar Harian seorang guru menangkap tiga lelaki mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak-anak Melayu di Pulau Pinang, bukan sahaja mengelirukan malah menimbulkan persoalan kerana difahamkan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit.

Sepertimana kenyataan Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, pihak polis juga tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak.

Malah pihak yang berkenaan enggan memberikan kerjasama dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) yang turun padang menyiasat insiden itu. Ini menimbulkan keraguan tentang kesahihah insiden itu sepertimana dilapor akhbar berkenaan 16 Februari lalu.

Tambahan lagi Nor Amin Ahmad, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin yang bertanggungjawab atas kenyataan media itu difahamkan mempunyai kecendorongan fahaman politik yang berbeza dengan kerajaan negeri.

Siasatan pihak saya pula mendapati wartawan berkenaan mula menghidu kisah itu melalui laman muka buku Nor Amin, lalu menghubungi beliau. Nor Amin mengakui kepada wartawan berkenaan beliau hanya mendengar kisah itu daripada seorang ‘guru misteri,’ yang kini sedang dijejaki pihak polis.

Tinjauan pihak saya mendapati Nor Amin telah memadamkan kisah itu dari laman muka bukunya.

Saya menyeru pihak berkenaan bekerjasama dengan tampil mengemukakan bukti dan laporan, agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci.

Fitnah Haramkan Khutbah Jumaat

Kini tersebar pula dalam 'blog picisan' dan media sosial bahawa kerajaan PR Pulau Pinang sedang merancang untuk mengharamkan khutbah Jumaat. Ia fitnah yang begitu meloyakan kerana khutbah Jumaat adalah sebahagian rukun sah solat Jumaat. Mengharamkan khutbah Jumaat seumpama mengharamkan solat Jumaat dan menutup masjid. Hanya mereka tidak waras akan mengeluarkan tohmahan sebegitu.

Sebelum PRU lalu, pihak pelampau menghebohkan kononnya Pulau Pinang mengharamkan laungan azan. Fitnah itu termakan oleh sebahagian rakyat luar Pulau Pinang. Semua fitnah yang menjengkelkan itu langsung tidak berasas dan bermotif jahat.

Kerajaan negeri sentiasa yakin bahawa saling menghormati, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat yang pelbagai adalah asas untuk membina sebuah 'Pulau Pinang Baru.' Ia boleh dicapai apabila kita meraikan keunikan dan perbezaan sesama kita, bukannya melalui provokasi oleh pelampau kaum dan agama.

Rakyat perlu tolak provokasi melampau oleh golongan pelampau.

Jalan Gelap Dan Licin Punca Kemalangan, Kata Ainan Tasneem


For those who keep asking me about the accident that involved me with my 4 other dear friends which was happened at 9.30 pm yesterday, so basically this is the image of it. I took it from the google image. Sebab dah keluar dekat Berita Harian and NST online punya news. Alhamdulillah tiada siapa yg cedera parah. Cuma cedera ringan, luka2 sikit dan sakit2 badan kerana impact yg terlalu kuat.

Accident berlaku ketika dalam perjalanan drpd sg chuchuh ke wg ulu melalui jalan sg batu pahat. Jalan tu terlalu gelap, tiada lampu jalan, dan sangat lah licin. so org perlis please please please make sure bawak seslow yg mungkin dekat kawasan tu. Bahaya, jalan sgt licin dan bengkang bengkok. Senang je nak terbabas kalau terbawak laju sikit dan itulah yg terjadi kpd kami. Kwn baik sy which is the one yg drive mngalami sedikit trauma, dua kawan yg lain luka2 di muka dan tangan, dan sy dan seorang kwn lagi cuma mengalami lebam2 dan sakit2 badan yg teramat. Jgn risau tiada siapa yg cedera parah.

Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Jujur, sy terharu dan hargai sgt. Cuma berikan sedikit masa kpd sy utk berehat sbelum mengasak sy dgn pelbagai soalan2 utk ditemuramah. Harap anda semua faham ya. Terima kasih di atas doa anda semua.

Bangkai Ayam.. Jangan Tunduk Kepada Helah Perkauman!!!


Jangan Tunduk Kepada Helah Perkauman

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk perbuatan melempar bangkai ayam dan menabur cat merah di pejabat Teresa Kok. Perbuatan ini merujuk kepada politik perkauman melampau BN dan ia berlaku selepas cubaan sebelumnya tidak mendapat sambutan.

SAMM percaya tindakan ini juga adalah satu usaha menakut-nakutkan pihak YB Teresa Kok dengan harapan ada permohonan maaf akan dibuat.

SAMM menegaskan bahawa Teresa tidak harus tunduk kepada tekanan ini kerana rakyat yang celik perpaduan tetap menjaga keharmonian negara. Hanya segelintir yang 'sakit' sahaja tergamak ingin melihat rusuhan antara kaum berlaku.

SAMM menggesa pihak berkemahiran supaya menyiarkan semula video yang diterbit Teresa Kok dengan sarikata berbahasa melayu, agar semua pihak memahami satira politik yang ditonjolkan tiada unsur penghinaan terhadap agama dan bangsa lain khususnya islam dan melayu.

Apa salahnya kelemahan pemerintah itu ditonjolkan dalam bentuk satira selagi pihak kerajaan masih sombong dan bongkak tidak akui kelemahan diri?

Ia sinonim dengan aksi demo kangkung yang memperlihat kelemahan seorang Perdana Menteri, langsung tiada kaitan dengan penghinaan agama dan bangsa tetapi respon dari penyokong Umno berdemo dengan parang dan hasutan yang jelas, merupakan antara cubaan menimbul kebencian kaum.

Ternyata Umno terlalu lemah lantas mencari jalan perbalahan kaum maka apabila berlaku perbalahan apakah kononnya melayu akan bersatu? Ini satu dongeng dahulu kala, perpaduan yang diterap dengan baik oleh Pakatan Rakyat telah menjadikan rakyat tidak terpedaya dengan helah perkauman sepertimana YB Teresa Kok cuba dijadikan 'kambing hitam'.

SAMM seru semua rakyat bertenang dan SAMM yakin rakyat jauh lebih matang menilai permainan sentimen perkauman oleh pihak jahat.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kisah Sebenar! Kepala Murid Buta Sebelah Mata Dihentak Guru Kerana Tidak Siap Kerja Sekolah, Ayah Buat Laporan Polis


Kesian budak ni. Tak semua ibu bapa tu boleh bertahan kalau cikgu dah lebih-lebih perlakukan anak mereka dengan begitu teruk sekali. Nak mendidik ada caranya bukan dengan kekerasan.

Siapa yang ada tershare post tentang pakcik saman cikgu sebelum nie atau termaki atau termarah pakcik nie sila mohon maaf.. Mungkin masa tu kita tidak tahu perkara sebenarnya yang berlaku..

Pakcik, saya minta maaf sebab dulu saya ada share post tentang pakcik saman cikgu.. masa tu saya ingat tak dak kisah disebaliknya .. maafkan saya pakcik..

Sekarang baru aku percaya kata orang yang selalu berita fitnah datang dulu.. Baru cerita sebenar timbul..

Tajuk akhbar yang misleading: "Anak tak siap kerja sekolah, bapa buat laporan polis dakwa guru rotan"

Tajuk yang sepatut-patutnya: "Kepala murid buta sebelah mata dihentak guru kerana tak siap kerja sekolah, Ayah buat laporan polis"

Newspapers nowadays.

Wednesday, 19 February 2014

PERHATIAN!!! SELURUH AHLI-AHLI & PENYOKONG PAS UNTUK HADIR DEMONSTRASI KE ATAS KASSIM AHMAD


PERHATIAN !!!

Kepada :

SELURUH AHLI-AHLI & PENYOKONG PAS WILAYAH PERSEKUTUAN & LEMBAH KLANG

Tuan,

NOTIS UNTUK HADIR DEMONSTRASI KE ATAS DR KASSIM AHMAD😬😬Dengan segala hormatnya, perkara di atas mohon diambil perhatian.

Pemerhatian kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa satu program demonstrasi aman mengutuk kebiadaban Dr Kassim Ahmad. Demonstrasi ini dianjurkan oleh PAS Wilayah Persekutuan akan diadakan. Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri demonstrasi ini.

Berikut adalah maklumat mengenai hal tersebut :-

Tarikh : 21 Februari 2014

Hari : Jumaat

Masa : Selepas Solat Jumaat.

Lokasi : MASJID NEGARA

Peserta : Semua ahli PAS & penyokong dijemput hadir.

Aturcara : Ucapan Pimpinan PAS

Segala kerjasama dan perhatian yang telah, sedang dan akan diberikan oleh pihak Tuan/Puan saya dahulukan dengan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan Jazakumullahi khairan kathira dan semoga segala kerjasama dan perhatian yang telah, sedang dan akan diberikan oleh pihak Tuan/Puan akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T. InsyaAllah.

Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam

Yang menjalankan tugas,

AZHAR BIN YAHYA
Ketua,
Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.

Sk: Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

Gesa Putrajaya gagalkan projek huru-hara Pulau Pinang


Gesa Putrajaya gagalkan projek huru-hara P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Satu laporan polis dibuat pagi ini berhubung isu "Cina Lontar Daging Babi Depan Masjid Bukit Mertajam" yang disebarkan di laman sosial facebook Boikot Barang Cina DAP.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang turut diheret ke dalam laman kontroversi itu merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan polis supaya segera mencari jalan untuk menghentikan cubaan pihak tertentu daripada terus menggugat ketenteraman awam di negara ini.

"Kalau bukan kepada saya pun, provokasi ini ditujukan kepada kaum Cina untuk membangkitkan sentimen perkauman yang jahat," ujar beliau dalam kenyataan bersama-sama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari di perkarangan Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, P. David Marshel (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Jab Samat (wakil penduduk masjid Qaryah Tok Jun Atas) turut hadir pada sidang media tersebut.

Chee Keong pada sidang media sama turut mendedahkan kronologi insiden yang didakwa bukan isu terpencil, tetapi didalangi oleh penyokong Umno demi menggugat keharmonian kaum di negeri ini.

"(Laman Boikot Barang Cina DAP ) ini sumber Perkasa Umno Selangor. Saya tak kata mereka ini ahli Umno, jelas ini penyokong Umno.

"Ini (kes balingan daging babi ke dalam Masjid Tok Kun Atas) bukan kes terpencil, tapi, seperti satu suatu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berdasarkan beberapa kes provokasi lain yang dilakukan daripada penyokong mereka (Umno dan penyokong Perkasa)," tegas beliau.

Khai Loon pula dalam kenyataannya memohon rakyat terus bertenang serta tidak terpengaruh oleh siri-siri provokasi penyokong pihak Pembangkang Pulau Pinang belakangan ini.

"Saya mohon rakyat untuk terus bertenang dan beri peluang kepada polis untuk menangani isu provokasi ini," ujar Khai Loon, sambil menasihat respons serius daripada Najib.

Manakala, Jap Samat pula berkata, beberapa insiden provokasi itu langsung tidak menguntungkan mana-mana pihak.

"Ini bukan kes kecil, semua agama malu.

"Kami serah kepada pihak berkuasa untuk siasat isu ini, di Facebook pun ada naik isu yang tak betul, tetapi, kenapa tiada siasatan," ujar beliau.

Terdahulu, sekumpulan pemimpin dan penyokong Umno pada 18 Januari lepas melancarkan demontrasi "Mau Lagi Kaa?" di Seberang Jaya serta ugutan mencetus semula tragedi 13 Mei 1969.

Pada 26 Januari lepas, kain rentang provokasi "Jesus Anak Allah" pula digantung di lima gereja sekitar Pulau Pinang, hingga mencetus balingan bahan letupan buatan sendiri di Gereja Assumption, Jalan Farquhar 27 Januari lepas.

Di Kuala Lumpur pada 6 Februari lepas, sekumpulan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) mesra Umno melumuri darah ayam pada gambar muka beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, selain, tawaran maksimum RM1,200 kepada mana-mana pihak yang berjaya menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Terasa Kok.

16 Februari lepas, daging babi pula dilempar ke perkarangan Masjid Qaryah Ceruk Tok Kun Atas, sebelum cubaan mengaitkan Chee Keong dengan insiden terbaru ini, sehari berikutnya.

TKM 1 Pulau Pinang Melawat Mangsa Kebakaran Yang Meragut Nyawa Seorang Kanak-Kanak 2 Tahun di Cherok To'kun












Semalam YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon TKM 1 Pulau Pinang melawat mangsa kebakaran di Cherok Tok Kun.

Turut hadir bersama YB Adun Machang Bubok Lee Khai Loon, Pegawai beliau Saudara Ikhwan dan Pegawai-pegawai Cabang Keadilan Machang Bubok.

Dalam kejadian kebakaran itu seorang mangsa maut iaitu adik Nurul Ardiana Lateesya 1 tahun 10 bulan
Antara penghuni rumah ialah
1.Osman bin Mat Hasan. (Tuan Rumah)
2.Siti Zauyah bt Yaakub. (Isteri Tuan Rumah)
3.Muhamad Asri bin Zakaria. (Menantu)
4. Siti Salwani bt Osman.
5.Nurin Ardiana (cucu)
6.Nur Almelda
7.Muhamad Danial Mukri.

Dalam lawatan itu juga Dato' TKM 1 turut memberi sumbangan peribadi dan mengatur saluran saluran bantuan yang boleh di beri oleh kerajaan negeri.

Khutbah Jumaat Tolak Amalan Yang Merugikan Umat




Aku orang Pulau Pinang.....tak payah dok buat fitnah macam ni la...orang Pulau Pinang dok sengap aman damai .yang hang dok pi bubuh api buat apa.raplah jingga sungguh..


Khutbah Jumaat sewajarnya menjadi institusi penting rujukan, medium dakwah selain meredakan ketegangan dan mendidik umat Islam menghadapi pelbagai cabaran dewasa ini.

Dalam ceramah di Padang Pusat Komuniti Kg Sg Kantan malam tadi Anwar berkata,teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 14 Februari melegakan, selepas agak tegang dengan insiden provokasi agama yang cuba dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.

“Khutbah JAIS baru-baru ini agak melegakan,” kata Anwar mengulas bacaan khatib ketika beliau berjemaah di Masjid Jamek Sg Sekamat, minggu lalu.

“Setiap mimbar Jumaat mengingatkan kita umat Islam tentang keadilan…dan mesej keadilan itu bukan hanya perlu berlaku adil kepada orang Melayu,kerana keadilan dan rahmat itu untuk sekalian alam.

“Keadilan ini bukannya mengikut takrif Menteri Dalam Negeri yang bertentangan dengan amalan Islam,”kata Anwar dihadapan kira-kira 300 hadirin.

“Dalam tradisi Islam tak boleh menghina warna kulit atau menggelar orang dengan pelbagai nama. Kita mesti tolak amalan yang merugikan umat.

“Pengucapan tidakada makna sekiranya tidak ada penghayatan,”kata Anwar.

Justeru Selangor sebagai pusat keilmuan Islam penting di negara ini berperanan mengangkat martabat melalui program-program pendidikan, sahsiah dan pengupayaan ummah.

“Sebab itu perlu dilakukan sesuatu untuk menarik minat anak-anak muda. Penyebaran (ilmu), (progran (kesedaran.

“Orang bukan Islam juga kena faham.Apa yang dilakukan oleh sesetengah orang Islam (provokasi) itu tidak mewakili pandangan keseluruhan orang Islam,”tegasnya.

Kanak-kanak turut mengambi peluang bersalaman dengan Anwar

Dalam pada itu,Anwar turut menjelaskan kedudukan institusi penting negara yang menjadi tonggak perpaduan dan kestabilan terpelihara seperti yang ditunjukkan Pakatan Rakyat selepas mentadbir Selangor selama dua penggal.

“Dalam hal ini Pakatan Rakyat jelas. Kedudukan Raja-raja Melayu tidakdipertikaikan. Keudukan bahasa Melayu, saya tidak ada kompromi. Kedudukan agama Islam terpelihara,” tegas Anwar

King of Typo! Senarai Menu Makanan


Inilah masalahnya bila ramai warga asing membuka kedai makan di Malaysia..

Menu di Restoran area Batu Muda, Batu Cave. Banyak sangat nama menu baru yang dia kasi. Mungkin inilah dia King of typo!

Tuesday, 18 February 2014

Laporan Polis Baling Daging Babi Masuk Pekarangan Masjid Cherok Tokkun Atas


Dimaklumkan penemuan daging yg disyaki daging babi di masjid cherok tokun spt..

Laporan siasatan Machang Bubok repot:737/2014 @ 16/1/14-7:19hrs

Tempat kejadian:Di pintu hadapan masuk (pintu kedua) masjid Cherok Tokun Atas, Machang Bubok.

Jarak antara masjid dengan jalan utama lebih kurang 10 meter.Tiada rakaman CCTV di tempat kejadian.

Suspek di percayai melalui jalan utama dan membaling daging tersebut masuk ke tempat kejadian
Seksyen 295KK( membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan)

Pegawai penyiasat:Insp Nurul Farahida.

Pengadu:1 (L)(M) Saad bin Arop kp, umur:78tahun,bertugas sebagai penolong imam masjid

Fakta kes:
Pada 16/2/2014 jam lebih kurang 05:30 hrs semasa pengadu ingin memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat subuh,tiba-tiba terpandang seketul daging dihadapan pintu kedua masjid dan apabila diteliti disyaki daging tersebut disyaki daging babi.Pengadu buat laporan kerana tidak puas hati dengan kejadian dan tidak mensyaki sesiapa.Kejadian ini adalah kejadian kali pertama

Tindakan Polis:
1.IO bersama SIO dan team siasatan Forensik telah berada di tempat kejadian.
2.Percakapan pengadu telah dirakamkan.
3.Seketul daging dipercayai daging babi telah diambil di tempat kejadian dan dihantar ke Jabatan Verterinar Bukit Minyak untuk pengesahan.

Sekian dari KJSJ Png

Tiga Buah Rumah Flat Taman Machang Bubok Terbakar




Selepas kejadian awal pagi semalam yang mengorbankan seorang kanak-kanak 2 tahun, bakal ketua AMK Bukit Mertajam Saudara Ikhwan turun bersama melawat satu kebakaran di Flat Taman Machang Bubok.

Beliau dimaklumkan ada 3 buah rumah tinggal yang terbakar kira-kira jam 1200 malam. Sebanyak 10 jentera bomba sukarela turut terlibat dalam operasi ini.

Beliau mencadangkan supaya JKKK membuat laporan polis memandangkan pembeli atau tuan rumah tersebut tidak dikenali oleh penduduk disitu.

Menurutnya lagi, ini kali kedua kebakaran berlaku di tempat yang sama dikhuatiri berlaku pencerobohan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan boleh meningkatnya gejala sosial di kawasan kejiranannya.

Oleh hal demikian, beliau menyarankan agar Pasukan Peronda Sukarela yang baru ditubuhkan menumpukan perhatian terhadap keselamatan di flat tersebut dan kawasan kejiranannya.
Ia bagi menjaga keselamatan orang awam di flat tersebut dan kawasan kejiranannya.

Monday, 17 February 2014

Kebakaran Mengorbankan Kanak-kanak 2 Tahun Mendapat Perhatian Pimpinan Kerajaan Pulau Pinang






Kebakaran yang mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun pada pagi tadi di Jalan Rozhan Alma mendapat perhatian dari semua pihak. Ketua Menteri, Exco Masyarakat Penyayang, Yb Parlimen, YDP Majlis Agama, Pimpinan -pimpinan parti dan orang ramai hadir bagi meyalurkan bantuan.

Kejadian ini berlaku pada jam 11 pagi dan berpunca dari lintas pintas..

Bakal ketua amk BM yang juga Pegawai khas ADUN Machang Bubuk dalam reaksi ringkas sebentar tadi menyatakan beberapa bantuan awal telah disalurkan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti


Bantuan tabung TYT, baikpulih rumah., sumbangan zakat, JKM, rumah sementara akan dibayar sewa 3 bulan api air dan deposit, pejabat daerah..

SAMM Pulau Pinang Bersama Rakyat Sik Bantah Penurunan Harga Getah






































Alhamdulilah semalam satu demostrasi dan luahan hati penoreh getah yang terbeban dengan kos sara hidup yang kian menghimpit mereka di tambah pulak dengan penurunan harga getah kepada RM2.40/kg.. Mereka menuntut kerajaan menetapkan harga lantai kepada RM4.00 untuk membantu penoreh menampung kos sara hidup..

Tujuan kami ke sik semalam untuk merasai denyut nadi rakyat mencari rezeki dengan menoreh getah.. Bersama kami NGO Panglima dan NGO Revolusi Anak Kampung..

Luahan hati penoreh getah sungguh menyentuh hati kami.. Wakil penoreh getah dari kampung dalam daerah sik berucap dan meluahkan perasan marah kerana penurunan harga getah..

Antara luahan hati penoreh getah:
1. Rakyat miskin Bandar kerajaan bagi RM35/hari tetapi Rakyat miskin kampung (penoreh getah) kerajaan menurunkan harga getah.. BN tidak menghargai sumbangan orang kampung yang memenang mereka di PRU13 lepas..

2. Ada yang sayang nak buka pokok getah baru.. Kerana harga getah menurun.. Kerana akan merugikan mereka..

3. Dengan penuranan harga getah ini.. Bagi yang mengambil upah menoreh getah sekarang upah mereka dapat selalunya dari RM60 turun kepada RM30..

4. Ramai anak-anak penoreh getah tidak dapat meneruskan persekolahan mereka kerana kesimpitan hidup.. Sebagai contoh 5kg getah beku tidak dapat membeli barangan dapur dan wang saku kepada anak sekolah..

Kami SAMM akan terus berjuang untuk rakyat yang di tindas kapitalis..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.