VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 27 October 2018

#REFORMASI20TAHUN MENDAHULUI SELEPAS 11 NEGERI


Saya cukup terkejut dengan keputusan pemilihan di Perak hari ini, yang memberi lonjakan terbesar dan meletakkan saya di hadapan mengatasi Saudara Azmin Ali.

Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Perak yang memberi 6,700 (61%) undi kepada saya, berbanding 4,359 (39%) kepada Saudara Azmin. Saya juga menang di 19 dari 24 cabang di Perak, satu keputusan yang paling besar di mana-mana negeri setakat ini .

Saya juga berterima kasih kepada pengundi-pengundi di Kedah yang menyaksikan saya mendapat 3,210 (47%) undi berbanding Saudara Azmin (3,653 undi, atau 53%).

Dengan 158 cabang dan 12 negeri telah mengundi Semenanjung & Wilayah Persekutuan (kecuali 6 cabang di Selangor yang akan mengundi esok), saya kini mendahului Saudara Azmin sebanyak 995 undi. Ini mengambil kira keputusan di cabang-cabang Negeri Sembilan dan Melaka yang telah dikeluarkan keputusan.

Kedudukan terkini adalah seperti paparan jadual keputusan yang saya sertakan.

Rafizi Ramli: Undi – 47,542 atau 50.5%, Cabang – 86 atau 54.4%

Azmin Ali: Undi – 46,547 atau 49.5%, Cabang – 72 atau 45.6%

Ini adalah satu keputusan yang sangat baik mengambil kira saya tiada sebarang kedudukan dalam kerajaan dan berkempen dalam serba kekurangan. Keputusan dari negeri-negeri (terutamanya Perak) memberi gambaran jelas ada tuntutan dari akar umbi yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan Pusat.

Saya berharap prestasi ini dapat diteruskan di 6 cabang terakhir di Selangor esok, dan disambung pula di Sabah dan Sarawak. Saya berharap sukarelawan dan jentera kempen #Reformasi20Tahun terus segar dan bersemangat untuk membuat pecutan terakhir.

Saya yakin dengan momentum yang ada, disambut pula dengan sokongan yang baik di Sabah dan Sarawak, agenda reformasi dalaman yang kita bawa melalui #Reformasi20Tahun boleh dilaksanakan.

Rafizi Ramli

Persuruhjaya PAS Perak Cuba Mengelirukan Rakyat


SEKALI LAGI lebai Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria cuba tabur fitnah dgn mengelirukan rakyat kononnya caj rawatan hospital kerajaan NAIK selepas PH memerintah..

#PASdanFitnahBerpisahTiada

TAHUKAH ANDA..

Sebenarnya kupon tersebut memang telah sekian lama digunakan di Hospital/Klinik Kerajaan.

Sebagai makluman, Hospital/Klinik Kerajaan menggunakan 5 jenis kupon iaitu

- Kupon RM1 (atasnya dicetak Perub. 316)
- Kupon RM2 (atasnya dicetak Perub. 400)
- Kupon RM5 (atasnya dicetak Perub. 315)
- Kupon RM10 (atasnya dicetak Perub. 401)
- Kupon RM15 (atasnya dicetak Perub. 404)

Kupon berkenaan diberikan kepada pesakit mengikut kadar bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan diperolehi.

Sebagai contoh mudah,

• Ali demam, dia pergi ke kaunter pendaftaran, bayar RM1 dan akan dapat Kupon RM1. Selepas itu Ali jumpa doktor atau MO dan ambil ubat di Farmasi.

• Ayah Ali ada darah tinggi. Dia ke hospital setelah dirujuk kepada Doktor Pakar. Di kaunter pendaftaran, Ayah Ali bayar RM5 dan akan diberikan Kupon RM5. Jumpa Doktor Pakar dan ikuti prosedur seterusnya.

• Kakak Ali mahu mendapatkan rawatan fisioterapi Mandi Lilin Kelas 1. Dia ke kaunter bayar RM10 dan dapat Kupon RM10.

Kesimpulannya, gambar kupon yang diviralkan sejak semalam itu memang kupon sah yang diberikan kepada pesakit atas kadar perkhidmatan diperolehi mereka. Ia bukan bermaksud kadar caj RM1 telah naik kepada RM5 atau RM10.

Friday 26 October 2018

PENAMBAHBAIKAN PROSES PEMILIHAN UNTUK CABANG PANDAN DAN CABANG-CABANG LAIN


26 Oktober 2018

Dato’ Rashid Din
Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan Pusat

Dr Syed Husin Ali
Pengerusi
Jawatankuasa Aduan dan Rayuan Pemilihan Pusat

PENAMBAHBAIKAN PROSES PEMILIHAN UNTUK CABANG PANDAN DAN CABANG-CABANG LAIN

Setelah proses pemilihan berlangsung hampir sebulan, ada banyak pengajaran yang boleh digunakan untuk memperbaiki lagi pengendalian di cabang-cabang yang akan datang.

Oleh kerana Cabang Pandan akan melalui proses pengundian pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 ini dan ia cabang yang dijangka panas, saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh dilaksanakan segera.

Setakat 10 negeri proses pemilihan berjalan, pasukan saya telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan berikut yang boleh menjadi risiko besar yang mencemarkan proses pengundian:

i. Pengeluaran kod QR berdasarkan nombor kad pengenalan yang dimasukkan ke dalam sistem, tanpa pengesahan individu yang hadir itu adalah benar-benar anggota:

Setakat ini, saya telah mendapat banyak aduan wujudnya pengundi-pengundi yang membawa 4-5 kad pengenalan dan mengundi bagi pihak orang lain. Modus operandi adalah dengan mengutip kad pengenalan ahli dan hadir mengundi.

Apabila ada collusion di pihak petugas yang mengeluarkan kod QR, individu yang telah disusun awal untuk membawa kad pengenalan ahli parti yang tidak hadir ini akan dibenarkan mengundi berkali-kali kerana kod QR dikeluarkan kepada mereka.

Saya telah berjumpa sendiri dengan satu kumpulan anak muda dari Kapar yang mengaku dibayar untuk melakukan perkara ini. Saya dalam proses untuk mendapatkan mereka membuat satu Akuan Berkanun mengenai perkara ini.

ii. Pengeluaran kod QR dibuat lebih awal dan diedarkan lebih awal, untuk membolehkan seorang anggota yang masuk mengundi 4-5 kali dengan membawa kod QR yang telah dicetak lebih awal

Bersama-sama ini saya sertakan satu gambar yang kini bocor kepada anggota-anggota KEADILAN Pandan, iaitu kod QR untuk anggota Pandan telah pun dicetak awal untuk diedarkan kepada anggota lain yang akan hadir.

Dengan cara ini, seorang anggota boleh mengundi untuk 4-5 orang anggota lain.

Kod QR untuk anggota yang bernama Danial bin Din ini dicetak pada 24 Oktober 2018.

iii. Pengawas yang berat sebelah atau tidak berani menguatkuasakan peraturan

Bantahan mengenai tindakan pengawas terus berlaku setiap minggu. Di cabang-cabang yang panas seperti Pandan, meletakkan Ketua Pengawas, petugas kod QR dan pengawas-pengawas yang benar-benar bebas dan adil adalah sangat penting.

Mengambil kira dua perkara di atas, saya memohon supaya penambahbaikan ini dapat dilaksanakan bagi pemilihan akan datang, terutamanya di Pandan (pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 ini):

i. Kod QR yang dikeluarkan tanpa kehadiran pengundi sebenar:

Supaya JPP menggunakan mesin pembaca kad pengenalan (IC Reader) untuk mengesahkan bahawa pengundi yang datang dengan kad pengenalan adalah ahli yang sah.

Saya difahamkan JPP sudah pun mempunyai lebih dari 100 mesin pembaca kad pengenalan dan penggunaannya telah dicuba di pemilihan Cabang Jasin.

Oleh yang demikian, saya mendesak supaya mesin pembaca kad pengenalan juga digunakan di Cabang Pandan dan cabang-cabang lain untuk mengurangkan risiko penipuan yang berlaku.

ii. Kod QR yang dicetak lebih awal untuk diberikan kepada pengundi yang akan hadir dan boleh mengundi 4-5 kali bagi pihak orang lain:

Supaya JPP memastikan sistem e-voting hanya membenarkan kod QR yang dicetak pada hari pengundian yang boleh diimbas oleh tablet untuk digunakan bagi membuka kertas undi elektronik.

Saya pasti sistem e-voting boleh diperketatkan untuk mengelakkan kod QR yang dicetak lebih awal dibenarkan mengundi.

iii. Bantahan mengenai pengawas:

Supaya JPP memaklumkan dahulu senarai pengawas untuk disemak dan mengelakkan berlakunya pengawas-pengawas yang berat sebelah ditugaskan di cabang-cabang lawan

Saya berharap perkara-perkara ini diambil serius, terutamanya yang melibatkan kod QR yang telah dicetak terlebih awal.

Saya menunggu jawapan rasmi dari pihak JPP mengenai aduan-aduan ini dan cadangan penambahbaikan.

Wassalam.

Yang benar

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden

Salinan Kepada:

1. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden

2. Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Bakal Presiden

3. Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung

#ReformasiMuda Merayu Sokongan dan Undian Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Perak & Selangor Fasa 3.


[PEMILIHAN KEDAH, PERAK, SELANGOR FASA 3]

Minggu ini merupakan pusingan terakhir Pemilihan KEADILAN 2018 di Semenanjung Malaysia sebelum memasuki pusingan di Sabah & Sarawak.

Sepanjang perjalanan dari mula sehingga memasuki fasa kali ini, sokongan dan dokongan padu telah diberikan oleh seluruh cabang-cabang bermula dari Perlis sehingga ke Johor.

Untuk Pemilihan hujung minggu ini di Kedah, Perak dan Selangor Fasa 3, kami dari pasukan AMK #ReformasiMuda ingin memohon dan merayu sokongan, dokongan dan undian dari rakan-rakan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) seluruh cabang Kedah, Perak & Selangor Fasa 3.

Semoga sokongan padu rakan-rakan dapat memberi mandat kepada kami untuk meneruskan agenda dan perjuangan nilai-nilai Reformasi yang kekal sepanjang zaman.

#REFORMASI
#REFORMASI20TAHUN

Ayuh.. Beri Sepenuh Sokongan dan Memilih Dato' Johari Bin Abdul


Pemilihan Keadilan 2018 @ Kedah /Sungai Petani.
Sabtu 27 Oktober 2018

Ayuh.. Beri sepenuh sokongan dan memilih Dato' Johari Bin Abdul :

➡️Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR) - No 8
➡️Calon Ketua Cabang Keadilan (PKR) Sungai Petani - No 2

Biodata :

Ahli Parlimen Sungai Petani
ADUN Gurun

*Dilahirkan pada 26 Mei 1955
Tikam Batu ,Sungai Petani Kedah.

*Pendidikan awal :

1-Sekolah Rendah Tikam Batu
2-Sekolah Menengah Tikam Batu
3-Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani

*Pendidikan Tinggi :

1- Diploma Pentadbiran Awam INTAN / Kadet PDT
2- BA (Hon) Universiti malaya
3- MA (Politic) Univesity Of Lancaster England.

Berkahwain dan mempunyai 8 orang anak.
5 lelaki dan 3 perempuan.
3 anak perempuan lulusan Doktor Gigi.
2 anak lelaki sedang menghabiskan pengajian Doktor Perubatan.
3 dari anak lelaki Hafiz al Quran.

*Perjalanan kerjaya & Perkhidmatan dalam kerajaan..

1- Pegawai bank
2- Penolong Pengarah Dewan Bandaraya kuala Lumpur
3- Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
4- Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Los Angeles USA
5- Pegarah Biro Tata Negra (BTN) Kuala Lumpur.
6- Ketua Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

* Pengalaman dan kerjaya politik.

- Antara pengasas Parti KEADILAN Nasional (PKN) bersama Dato Seri Dr wan Azizah bt Wan Ismail.
- Kini Penasihat Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Negeri Kedah.

#Reformasi20Tahun
#PemilihanKeadilan2018
#KedahMilikKita

Rashid Hasnon Harap Sokongan Padu Dari Keadilan Negeri Kedah


NOTA ISTIMEWA BUAT KEDAH

Ketika menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang dalam penggal lalu, Kedah adalah jiran saya. Sebagai jiran paling dekat, pimpinan dan anggota Keadilan Kedah sering berhubungan dengan saya. Kami berbincang dan mengatur strategi untuk memantapkan perjuangan Keadilan khususnya di wilayah utara Semenanjung Malaysia.

Kedah adalah negeri strategik yang wajar membina kekuatan daripada kesepakatan. Ibarat bekerja di bendang padi, padi akan hanya boleh ditanam dan dituai secara bergotong-royong. Usaha yang besar tidak boleh dilakukan sendirian.

Di dalam pemilihan Keadilan kali ini, saya sangat berharap dapat diberi sokongan padu dari Kedah. Sahabat-handai di Kedah tentu tahu sikap saya yang begitu rapat dan sedia berbincang selagi mana termampu. Buat kali ini, saya berharap agar diberi kesempatan bersama pimpinan tertinggi Keadilan untuk memperkuatkan lagi parti termasuk di Kedah.

“Bersepakat bertambah berkat,” itulah motto kita!

Sekian. Terima kasih.

DATO’ RASHID HASNON,
Calon MPP nombor 7.

Wednesday 24 October 2018

Surat Permohonan Bantuan Wang Tunai Kerajaan Negeri Kelantan Tersebar


Hari ni di Parlimen.. Lim Guan Eng dedah surat rayuan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan keperluan bantuan wang tunai untuk bayaran gaji Kakitangan awam Negeri pada Jun 2018.. Jelas dalam surat rasmi tu tulis, Ia bagi mengelak kelewatan bayaran Gaji kakitangan Awam Negeri..

Bagi aku kerahsiaan apa saja surat antara negeri dan Persekutuan, tak patut didedahkan.. ia umpama hubungan ayah dan anak dalam konsep Federalisme..tapi bila Lebai PAS cari pasal, minta dedahkan bukti Terima lah akibatnya.. Gatal sangat mulut bermain politik..

Sedangkan selama ini Lim Guan Eng sendiri menjaga maruah dan aib kerajaan Negeri Kelantan.. walhal jawapan LGE di Parlimen itu hanya dalam konteks kemampuan untuk teruskan projek ECRL.. tidak ada salahnya, bukan menghina MB PAS Kelantan macam Najib di hadapan kakitangan awam masa majlis bersama MB Kelantan Januari 2018 yg lalu..

Depa yang jadi ahli Parlimen PAS ni bukan tahu apa, IQ dah lah tak cukup tinggi..nak jadi hero tuduh Lim Guan Eng berbohong..apa lagi dituduh Hina Negeri Islam.. sampai depa buat sebaran whatsapp Doa Lim Guan Eng mati lagi..

Lim Guan Eng masa tu baru menjawat Menteri Kewangan terus meluluskan bantuan segera RM 22 juta.. bagi mengelakkan Kakitangan Kerajaan Negeri lewat menerima gaji..Itu pun ada lebai kata LGE anti Islam..anti Melayu...

hakikatnya bukan LGE yg berbohong.. yg bohong Selama ini adalah Pemimpin PAS sendiri.. Depa yang hina diri depa sendiri yang sememang hina tu... Depa bernasib baik sebab dapat tutup kehinaan itu dengan menjual agama.. :)

~Copy and Paste Green Beans Army 

Haji Hadi Bercakap Dalam Parlimen, Tetapi Tidak Sebut Hudud dan RRU355


YEH ..YEH AYAH CHIK KECEK DI PARLIMEN

Oleh Mohd Sayuti Omar II ( MSO )

Yeh.. Yeh Ayah Chik berkecek di parlimen hari ini. Sapa kata Ayah Chik ponteng dan tidak ambil bahagian. Ayah Chik ternyata lebih baik dari wakil Bachok.

Dalam tempoh 20 minit Ayah Chik berkecek tidak sepatah disebut Hudud dan RRU 355, sebaliknya perkataan Royalti dua kali disebut. Nak pitis juga Ayah Chik macam Wakil Rantau Panjang. Trims.

Monday 22 October 2018

Tiada Dalam Manifesto PH Hapuskan UBER/GRAB


"Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkukuh hak para pemandu e-hailing, dan pada waktu yang sama memastikan hak dan kebajikan para pemandu teksi juga turut terjaga" - Manifesto PH

Sejak bila PH berjanji nak hapus 'e-hailing' atau dalam manifesto PH ada mengatakan nak hapus GRAB/ UBER itu..?

Tak serik2 menipu & fitnah ka Najib Razak !!!

Uber, Grab diluluskan BN, PH pula jadi mangsa fitnah pembangkang !!

Rafizi Ramli, Tidak Pernah Berdendam Dengan Cacian dan Maki Hamun


Saya sering mendapat surat begini, atau pun mesej melalui Whatsapp atau Messenger. Jika saya mendapat surat yang dihantar khusus begini, saya akan menjawab kembali dengan letterhead yang cantik (ha3).

Saya berterima kasih kepada sahabat-sahabat di luar yang menghantar mesej atau surat kepada saya memohon maaf jika sebelum ini mereka bersangka buruk, atau menyebarkan perkara yang tidak benar.

Saudara-saudari tidaklah perlu berbuat begitu, kerana saya tidak pernah mengambil hati dan selalunya saya memaafkan sesiapa pun dengan pantas.

Sejak 2010 apabila saya kembali mendepani pimpinan KEADILAN, setiap masa saya diserang dan menjadi bahan kontroversi.

Banyak yang mulanya berkawan dan memuji saya ke langit, kemudian memusuhi saya. Banyak juga yang mulanya membenci saya dan akhirnya menghormati saya.

Selepas PRU14 baru-baru ini, ada juga penyokong PH yang sebelum itu memuji-muji saya ke langit, kemudiannya menghamburkan kata-kata yang kesat.

Hidup sebagai ahli politik yang mendapat perhatian awam, tidak akan sunyi dari cacian dan cemuhan. Ada yang akhirnya akan menghantar surat meminta maaf, ada yang menghantar mesej. Ramai hanya akan mendiamkan sahaja.

Itu lumrah dan jika saya tidak bersedia untuk menerima lumrah itu, saya tidak wajar menawarkan diri menjadi orang politik.

Sebab itu, dari awal lagi saya tidak pernah mengambil hati atau berdendam dengan sesiapa yang memaki hamun saya. Saya juga tidak pernah berasa bangga bila dipuji, kerana saya tahu orang yang terlalu senang memuji itu juga selalunya senang berubah mengeluarkan kata-kata kesat.

Kepada sahabat-sahabat di luar, kalau pun pernah anda menyebarkan perkara yang tidak betul mengenai saya, atau bersangka buruk, saya telah memaafkan semua yang pernah melakukan demikian.

Jangan bimbang - hidup yang terlalu diisi dengan rasa marah, benci dan perasaan serong terhadap orang lain, adalah hidup yang tidak bahagia.

Petua kebahagian yang saya amalkan - saya tidak pedulikan kata manusia, saya hanya takut dan pedulikan pandangan Allah SWT terhadap saya.

***
Yang banyak buat komen negatif di sini adalah yang belum boleh terima kenyataan Umno dan PAS telah kalah dalam PRU14. Sehingga mereka lupa pesanan agar bersederhana dalam mengeluarkan komen-komen kerana akhirnya boleh kena kembali ke batang hidung: contoh - dulu PAS mengkafirkan Umno, sekarang tidur sebantal.

#REFORMASI20TAHUN MENANG PERLIS, KALAH TIPIS DI SELANGOR II


Keputusan pemilihan di Selangor (7 cabang) dan di Perlis hari ini masih memberi saingan yang kuat.

#Reformasi20Tahun menang di Perlis dengan mendapat 54% undi dari anggota KEADILAN yang keluar mengundi di negeri itu hari ini.

Di 7 cabang Selangor, #Reformasi20Tahun hanya ketinggalan 594 undi dari jumlah keseluruhan undi di cabang-cabang Gombak, Selayang, PJ Utara, PJ Selatan, Klang, Kuala Langat dan Puchong. Ini satu keputusan yang cukup baik memandangkan cabang-cabang Selangor hari ini melibatkan cabang Saudara Azmin (calon Timbalan Presiden) dan Saudara Xavier (calon Naib Presiden).

Pemilihan hari ini melengkapkan pemilihan di 9 negeri dan 73% dari cabang-cabang Selangor. Dari keputusan setakat ini, suara anggota akar umbi KEADILAN menunjukkan:

1. Saya dan pasukan #Reformasi20Tahun menang di 7 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis

2. Saingan saya, Saudara Azmin hanya menang di Pulau Pinang, Johor dan mendahului di Selangor dalam margin yang kecil

Paling penting, mitos bahawa saingan saya, Saudara Azmin akan menang besar di Selangor juga tidak benar. Dengan 16 dari 22 cabang telah mengundi, keputusannya menunjukkan beliau hanya menang sekitar 1,300 undi sahaja di Selangor, dalam keadaan beliau tidak mendapat sokongan majoriti di negeri-negeri di luar Selangor.

Setakat ini, kelebihan kecil undi yang beliau dapat di Selangor itu telah diimbangi di negeri-negeri luar Selangor.
Dengan persaingan di Semenanjung hanya berbaki 6 cabang di Selangor berbanding 39 cabang di Perak dan Kedah minggu depan, saya yakin #Reformasi20Tahun ada peluang untuk menang di Semenanjung, sebelum pemilihan di Sabah dan Sarawak bermula dalam bulan November.

Saya juga optimis sokongan di Sabah dan Sarawak akan berpihak kepada #Reformasi20Tahun.

Oleh itu, saya menyeru semua pendokong #Reformasi20Tahun untuk meningkatkan usaha. Bagi cabang-cabang dan negeri-negeri yang telah selesai pemilihan, sertai sukarelawan kita untuk membantu di negeri-negeri Kedah, Perak dan Selangor (baki 6 cabang) yang akan mengadakan pemilihan minggu depan.

Bagi cabang-cabang yang akan melalui pemilihan di Selangor, Kedah dan Perak minggu depan – gandakan usaha untuk mengeluarkan seberapa ramai pengundi dan meraikan pesta demokrasi parti yang terbesar di negara ini.

Keputusan setakat ini sangat memberangsangkan: tanpa mengambil kira undi di cabang-cabang di Melaka dan Negeri Sembilan yang berpihak kepada saya, kita hanya ketinggalan 862 undi (tidak mengira undi ragu lagi), iaitu perbezaan 1% sahaja. Dengan 16 cabang-cabang di Selangor telah selesai mengundi, perbezaan 1% itu (In Sha Allah) akan dapat ditutup di Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.

Terima kasih atas kepercayaan saudara-saudari dengan agenda reformasi dalaman parti yang kami bawa.

Rafizi Ramli

Sunday 21 October 2018

ANTARA TEKSI DAN GRAB, SAYA MEMILIH GRAB



1. Bila pemandu teksi mengadakan protes membantah perkhidmatan Grab, ada yang menyalahkan kerajaan PH yang mengabaikan kepentingan orang Melayu. Kata mereka, ini kerana 90% pemandu teksi adalah orang Melayu, dan 90% towkay Grab adalah bukan Melayu.

2. Kata mereka lagi, inilah kesilapan Melayu dalam pilihan raya yang lalu. Percaya kepada kempen palsu PH. Sekarang tengok apa jadi pada orang Melayu: Menteri Pengangkutan Cina, dan di parlimen pula, ahli parlimen Melayu dari Semenanjung cuma 59 berbanding dengan bukan Melayu 66. Dengan bilangan ahli parlimen Melayu ini, jika mengundi di parlimen dalam soal Grab ini, bila Melayu mahu menang?

3. Mengapa perlu jadikan isu teksi vs Grab ini sebagai isu Melayu vs bukan Melayu? Ini bukan isu etnik tetapi isu perkhidmatan dan ragam pemandu teksi itu sendiri. Saya sendiri jika diberi pilihan memilih perkhidmatan Grab daripada teksi.

4. Sekarang peranan kerajaan ialah untuk memastikan persaingan sihat antara teksi dan Grab, bukannya untuk menidakkan perkhidmatan Grab. Kerajaan perlu menggubal polisi untuk menjaga nasib pemandu teksi dan Grab daripada dimonopli oleh syarikat yang hanya mementingkan keuntungan. In Shaa Allah dengan cara ini, nasib pemandu teksi dan Grab terbela.

~Prof Agus

Kenapa Teksi tidak mahu daftar sebagai Teksi Grab?

Tuduhan Rasuah, Perbezaan Riak Muka Antara Pemimpin Korea Selatan dan Malaysia


Pemimpin Korea Selatan dituduh rasuah...muka malu bertunduk...Pemimpin Melayu kena tangkap rasuah..jom gembira macam wira...

Reformasi Muda Menolak Budaya Politik Wang Dalam Pemilihan Keadilan 2018


[TOLAK POLITIK WANG]

Bersama kita tolak budaya beli undi dengan habuan wang dan tawaran jawatan!

“Kerja membeli undi itu adalah kerja haprak syaitan!

“Kamu tak hebat, akhlak kamu rendah. Orang sokong kamu kerana kamu ada wang.

“Kita lawan selama 20 tahun sistem ini (politik wang), dan kita tak harus izinkan ia kembali,”

- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Menanti KEADILAN

#Reformasi

https://m.malaysiakini.com/news/447847

Anak Zahid Hamidi Buat Perkara Bodoh dan Sia-sia


Anak Zahid Komedi kata.. berdemo satu kerja buang masa, tidak relevan, sia-sia dan KERJA BODOH !!

OGOS 2015: Demo kerja buang masa, tidak relevan, sia-sia dan KERJA BODOH !!

OKTOBER 2018: Anjur demo di ibu pejabat SPRM itu kerja apa ??!Maknya pula nak demo keliling satu negara tu kerja apa plok ??!

#KerjaBodohMakanTuan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.