VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 27 October 2018

Persuruhjaya PAS Perak Cuba Mengelirukan Rakyat


SEKALI LAGI lebai Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria cuba tabur fitnah dgn mengelirukan rakyat kononnya caj rawatan hospital kerajaan NAIK selepas PH memerintah..

#PASdanFitnahBerpisahTiada

TAHUKAH ANDA..

Sebenarnya kupon tersebut memang telah sekian lama digunakan di Hospital/Klinik Kerajaan.

Sebagai makluman, Hospital/Klinik Kerajaan menggunakan 5 jenis kupon iaitu

- Kupon RM1 (atasnya dicetak Perub. 316)
- Kupon RM2 (atasnya dicetak Perub. 400)
- Kupon RM5 (atasnya dicetak Perub. 315)
- Kupon RM10 (atasnya dicetak Perub. 401)
- Kupon RM15 (atasnya dicetak Perub. 404)

Kupon berkenaan diberikan kepada pesakit mengikut kadar bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan diperolehi.

Sebagai contoh mudah,

• Ali demam, dia pergi ke kaunter pendaftaran, bayar RM1 dan akan dapat Kupon RM1. Selepas itu Ali jumpa doktor atau MO dan ambil ubat di Farmasi.

• Ayah Ali ada darah tinggi. Dia ke hospital setelah dirujuk kepada Doktor Pakar. Di kaunter pendaftaran, Ayah Ali bayar RM5 dan akan diberikan Kupon RM5. Jumpa Doktor Pakar dan ikuti prosedur seterusnya.

• Kakak Ali mahu mendapatkan rawatan fisioterapi Mandi Lilin Kelas 1. Dia ke kaunter bayar RM10 dan dapat Kupon RM10.

Kesimpulannya, gambar kupon yang diviralkan sejak semalam itu memang kupon sah yang diberikan kepada pesakit atas kadar perkhidmatan diperolehi mereka. Ia bukan bermaksud kadar caj RM1 telah naik kepada RM5 atau RM10.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.