VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 26 October 2018

Rashid Hasnon Harap Sokongan Padu Dari Keadilan Negeri Kedah


NOTA ISTIMEWA BUAT KEDAH

Ketika menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang dalam penggal lalu, Kedah adalah jiran saya. Sebagai jiran paling dekat, pimpinan dan anggota Keadilan Kedah sering berhubungan dengan saya. Kami berbincang dan mengatur strategi untuk memantapkan perjuangan Keadilan khususnya di wilayah utara Semenanjung Malaysia.

Kedah adalah negeri strategik yang wajar membina kekuatan daripada kesepakatan. Ibarat bekerja di bendang padi, padi akan hanya boleh ditanam dan dituai secara bergotong-royong. Usaha yang besar tidak boleh dilakukan sendirian.

Di dalam pemilihan Keadilan kali ini, saya sangat berharap dapat diberi sokongan padu dari Kedah. Sahabat-handai di Kedah tentu tahu sikap saya yang begitu rapat dan sedia berbincang selagi mana termampu. Buat kali ini, saya berharap agar diberi kesempatan bersama pimpinan tertinggi Keadilan untuk memperkuatkan lagi parti termasuk di Kedah.

“Bersepakat bertambah berkat,” itulah motto kita!

Sekian. Terima kasih.

DATO’ RASHID HASNON,
Calon MPP nombor 7.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.