VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 25 January 2014

Harga Hantaran Tinggi! Apa Kata Orang Bujang?


Kebenaran, aku rasa mentaliti masyarakat kena berubah. Tak usah nak membazir dalam perkahwinan.

Duk letak hantaran tinggi-tinggi, yang mati nak mencarik lelaki. Pastu bila dah tak dapat nak carik, jiwa muda yang tak mampu tahan nafsu tewas. Lahir anak haram? Dibenci masyarakat. Walhal merekalah yang menyusahkan 'benda yang baik'.

Jujur cakap, letak tinggi-tinggi sampai ada yang berhutang. Lupakah korang yang nak bayar tu nanti adalah PASANGAN hidup korang. Kalau dari awal dah menyusahkan dengan hantaran tinggi aku rasa perlu direnungkan semula....

TURUNKAN HANTARAN PERKAHWINAN!

Cuba Teka Nilai Barangan Dalam Troli ini?


Cuba anda teka berapa nilai barang dalam troli ni?

Dulu nilai RINGGIT NAIK sekarang Nilai RINGGIT dah TURUN.

Kenapa tak puji kerajaan??

boleh macam tu..

PANAS! Himpunan TURUN 2.0 di Teruskan Walaupun Guan Eng Suruh Tangguh


Keputusan Mesyuarat NGO-NGO malam ini sebulan suara memutuskan program TURUN yg dijadualkan pada Ahad 26 Jan 2014 di Bandar Sunway Carnival jam 2 Petang diteruskan walaupun Lim Guan Eng nasihatkan untuk tangguh.

Antara pimpinan yang setuju untuk TURUN bersama ialah YB Rafizi Ramli, Mat Sabu, YB Dr Mujahid Yusoff Rawa, YB Dr Afif Bahardin, YB Lee Khai Loon, YB Dato' Rashid TKM 1 P.Pinang, Cikgu Fariz Musa Koordinator Jingga 13 Malaysia, Chegubard dan pimpinan lain.

Rakyat tak perlu pemimpin yg penakut, rakyat tak perlu pemimpin yang lupa asal usul...rakyat tak perlu pemimpin yg ibarat kacang lupakan kulit...

Ayuh rakyat...jom TURUN Ahad ini...jumpa di sana....

Friday 24 January 2014

Isu Penjualan Daging Babi Secara Terbuka Tepi Jalan, MPPP Lebih Peka Dengan Sensitiviti Umat Islam Pulau Pinang

Siasat peniaga daging khinzir terbuka ikut garis panduan - Exco Agama

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN- Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diminta menyiasat kes perniagaan daging khinzir secara terbuka di beberapa lokasi sebagaimana yang dibangkitkan oleh Pertubuhan Perpaduan dan Kebajikan Islam (ISCO), pagi tadi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, operasi tiap-tiap gerai terbabit perlu dilihat sama ada mengikut garis panduan MPPP atau sebaliknya.

"Memang ada garis panduan MPPP tentang penjualan daging khinzir di luar pasar, jadi, saya akan minta MPPP siasat aduan ini.

"Kita perlu meneliti situasi penjualan khinzir sebagaimana dalam memorandum itu, sama ada ikut garis panduan MPPP atau tidak," ujar Abdul Malik pada satu sidang media bersama-sama Ahli Lembaga Perbadanan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (Halal Penang), Datuk Mohd.Salleh Man pada tengah hari tadi, di sini.

Abdul Malik berkata demikian pada satu sidang media mempromosi Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidon yang dijadualkan pada 1 Februari depan bermula jam 8.00 malam di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) dekat Bayan Lepas.

Heliza Helmi, 'Iman Muda' Asyraf, 'Pencetus Ummah' Rahmat, Halim Ahmad (dari kumpulan nasyid Devotees dan Daqmie antara artis yang akan turut dijadualkan mengisi pentas konsert islamis itu.

Pagi tadi, ISCO menyerahkan memorandum isu perniagaan babi secara terbuka kepada wakil Ketua Negeri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan wakil Datuk Mohd.Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I) serta Mohd. Salleh (Yang di-Petua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP).

Mereka turut menghantar aduan bertulis serta memorandum serupa kepada Yang di-Pertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail.

Dalam memorandum itu, mereka memberitahu, perniagaan khinzir secara terbuka antaranya di Lebuh Chulia, Jalan Kuantan, Jalan C.Y. Choy serta beberapa kawasan lain di sekitar pulau.

Justeru, mereka meminta MPPP supaya lebih peka dengan sensitiviti umat Islam di negeri ini dengan mengharamkan aktiviti tersebut, termasuk mengambil tindakan tegas ke atas peniaga tanpa lesen.

Edisi Kena Tipu, Janji Mukhriz Hentikan Penebangan Balak Hanya Tinggal Janji


BALAK BALAK BALAK BALAK BALAK

Hangpa nampak tak apa yang aku nampak? Bukan setakat batang BALAK panjaaang. Tak main dah lori-lori BALAK. Sekarang dah pakai trelar-trelar BALAK. Dah tu Berjela-jela bergerak. Hangpa nampak tak nuu....

'Kita hentikan segera pembalakan di negeri Kedah lepas PAS kalah'.

8 Gambar Menunjukan Bahawa Kerajaan Pulau Pinang Tidak Anti Islam dan Orang Melayu Dalam Menyampaikan Bantuan.. Tolak Politik Perkauman Sempit..
















LAWATAN KE RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI SUNGAI BATU, BAYAN LEPAS.. BERSAMA EXCO KERAJAAN NEGERI..

Lihat dengan mata kepala sendiri, fikir dan nilai akan rakam gambar-gambar diatas .. tolak ketepi fahaman politik yang dianuti ... inilah rupa bentuk kepimpinan yang kita mau ..  membantu rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik.

Lihat betapa sempoi dan perihatinnya YAB Lim Guan Eng dan exco kepada keluarga magsa.

Bukan jenis cakap berdegar-degar lain skrip dikelompok yang berlainan dan situasi yang berbeza.

Rakyat boleh berfikir dan menilai negeri Pulau Pinang semasa pemerintahan UMNO/BN dengan DAP/PR.

Isu perkauman sempit dan agama jijik yang dimainkan oleh pihak tertentu tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang ..

Lagi kuat diserang dengan dakyah jijik makin kuat sokongan rakyat berikan.

Untuk memberi bantuan, boleh hubungi mangsa di alamat 291, Mukim 11, Sungai Batu, Teluk Kumbar atau melalui akaun CIMB 0714-0187-9975-23 (Shahini bin Shafie) 

Semoga mangsa kebakaran sabar menghadapi dugaan. pada rakan-rakan semua jangan takut untuk bersedekah.

Ingat janji Allah tidak akan papa orang yang rajin bersedekah...

ISU RAPID PENGERANG KEMBALI PANAS.. SELEPAS SIMBAH ASID, KECOH DI TAPAK PERKUBURAN




Belum pun reda insiden simbah asid ke atas bas yang membawa 30 orang penduduk Pengerang di depan Menara cyberport JB jam 11 pagi semalam, berlaku pula kekecohan di di tapak Perkuburan Cina Sg Kapal sekitar jam 1.30 tengahari semalam.

Ia ekoran kehadiran beberapa wakil pemaju yang ada kaitan dengan projek RAPID Pengerang membuat aktiviti menanda dan menyemak jumlah kubur di situ. Hampir 100 orang penduduk dipercayai mengepung wakil pemaju dan mengusir mereka keluar. Mujur ada anggota polis yang mententeramkan keadaan.

Tindakan wakil pemaju yang menceroboh kawasan perkuburan ada kaitan dengan notis memindah kubur oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi yang dibantah oleh penduduk.

Isu pemindahan kubur, pengambilan tanah penduduk, masadepan persekolahan anak2 dan penempatan baru menjadi panas mutakhir ini. Ia harus diredakan dengan semua pihak terbabit seperti kerajaan negeri, dialog group, petronas, ngo dan penduduk pengerang kembali ke meja rundingan.

Dari awal lagi pendirian PAS, projek RAPID mestilah dibuat atas tanah kerajaan. Kedegilan kerajaan yang bertegas mahu meneruskan projek di kawasan penempatan penduduk telah membawa padah. 

P/s mengiringi penduduk membuat laporan polis di Balai polis Pengerang. Turut hadir Cik Anis Afida Azli, beberapa aktivis Ngo Pengerang seperti Sdr Ah Cye dan Zakba. Kebetulan, OCPD Kota Tinggi dan beberapa pegawai kanan polis Kota Tinggi hadir sama membuat pemantauan. Usaha pihak Polis mengawal keadaan sangat dihargai.

Mazlan Aliman

Kes Mata Lebam! Seorang Penuntut UPNM di Belasah Teruk Oleh Pegawai Perpangkat Kapten dan Buat Laporan Polis


Kiriman Wira Damai

DINGIN SUNGGUH UDARA DI KAWASAN KEBUN. TAPI HATI PANAS APABILA TERIMA BERITA DARI U.P.N.M.

DILAPORKAN SEORANG PEGAWAI BERPANGKAT KAPTEN
TELAH BERTINDAK MEMUKUL SEHINGGA CEDERA SEORG KADET.

PELAJAR TERBABIT TELAH MEMBUAT REPOT POLIS & PERUBATAN.

NAMPAKNYA MASIH ADA LAGI SPESIS PEGAWAI BODOH
BERTINDAK TAK RETI NAK GUNA AKAL.

[TERINGAT AKU KES MATA LEBAM ANWAR IBRAHIM]

Tiada istilah ragging dalam askar..semua yang dibuat adalah sebagai latihan..

Tetapi kalau dah keterlaluan mencederakan ataupun mendatangkan kecacatan kepada anggota boleh diambil tindakan..

Semua anggota askar pernah rasa teruk.. Kalau dah sampai mata lebam silap-silap mata pula buta kan sia-sia orang tu berlatih..

Kalau keluarga aku masuk askar kena teruk aku pon tak kisah sebab kawan aku sendiri pernah rasa tapi kalau dah sampai tahap macam ni dah lain dah ni..

Ni bukan nak mengajar bukan nak melatih tapi ni macam sengaja untuk mencedrakan..

Thursday 23 January 2014

PANAS! RON95 Hanya Untuk Orang Miskin Kata Ku Nan


Takkan asyik rakyat sahaja yang kena berkorban, kena ubah cara hidup, dipaksa dan ditekan untuk mengikut telunjuk menteri? Tugas kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyat, bukan hanya nak kejarkan pembangunan yang tidak menampakkan hasil ekonomi.

Kenyataan Penuh: 
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Kalau macam tu.. Nak beli minyak RON95.. Kena tunjuk slip gaji lah nampaknya.. Kalau tak macam mana nak tau orang tu layak ke tidak.

Apa-apa pun, apa pandangan anda dalam cadangan terbaru ini?

SAMM Menyokong Himpunan TURUN 2.0 Pada 26 Januari 2014

Kenyataan Media 
23 Januari 2013

SAMM Menyokong Himpunan Turun 2.0 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong sepenuhnya usaha gerakan masyarakat marhaen untuk membantah kenaikan harga barang, bantah GST dan tolak politik perkauman.

Pada 26hb January 2014
Tapak Parkir Sunway Business Center, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Jam 2.00 - 4.00 petang 
Orang ramai yang hadir digalakkan memakai pakaian kuning hitam sebagai warna tema.

SAMM dengan ini menyokong penganjuran ”HIMPUNAN TURUN 2.0” yang dipimpin oleh SAMM, Jingga 13, TURUN, Lang-Gar dan NGO-NGO serta Yb Rafizi Ramli dan Pemimpin-pemimpin rakyat Pulau Pinang.

Perhimpunan ini untuk memprotes terhadap kenaikan harga dan sikap tidak bertanggungjawab PM Najib. 

Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kenaikan harga. 

Walau bagaimanapun, ia kelihatan bahawa kerajaan lebih suka untuk mencuci tangannya dengan berkata bahawa ia tidak harus dipersalahkan kerana kenaikan harga.

Bagi SAMM ini isu ekonomi, kemiskinan rakyat dan membantah kenaikan harga barang. Tak ada kena mengena dengan isu perkauman.

Bagi Rakyat dan mana-mana parti politik yang ingin menyokong perhimpunan ini, sepatutnya turut terlibat sebagai gagasan rakyat yang prihatin terhadap isu ekonomi dan menolak politik perkauman.

SAMM menggalakkan ahli-ahlinya untuk turut terlibat dalam usaha ke arah mobilisasi rakyat bagi menjayakan perhimpunan TURUN 2.0.

SAMM ingin menegaskan bahawa perhimpunan ini akan digerakkan secara aman dan berharap tiada provokasi dilakukan oleh mana-mana pihak.

Pihak polis yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan mestilah dilihat sebagai tidak mengganggu perjalanan himpunan ini.

SAMM mengingatkan ahli-ahlinya untuk sentiasa menjaga disiplin dan ketinggian akhlak sepanjang perhimpunan.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (Pulau Pinang)

Orang Muda Tertekan! Kaji Semula Program PR1MA


Skim Rumah PR1MA

Pendapatan RM2,500-RM7,000 isi keluarga untuk layak memohon.. Jadi ini akan di monopoli oleh golongan yang bergaji RM2,500 ke atas..

Ini tidak adil kepada rakyat bergaji terkumpul di bawah RM2,500.. Contoh jika laki bergaji RM900 dan Bini bergaji RM900.. Baru RM1,800.. Bermakna mereka tidak layak..

Tujuan PR1MA itu sendiri untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki perumahan kos rendah dan pemilikan hartanah kediaman sendiri..

Mereka yang gaji di bawah RM2,500 mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga dan hutang-hutang untuk meneruskan kehidupan..

Adakah kerajaan membuat kajian terlebih dahulu bagi golongan yang berpendapatan RM2,500 kebawah..?

Jika tidak.. Golongan bergaji sederhana akan terus di anak tirikan, masuk loan bank nak beli rumah pon tak lepas sebab komitmen, berbanding yang bergaji RM2,500 keatas sebulan

Wei Seram Nyihh.. Sikit-sikit 13 Mei, Sembelih Orang


Wah....seram nyihhhh..macai dah bagi amaran 13mei mungkin akan berulang,melayu-melayu umno kini bangkit mempertahankan agama dan bangsa..

Sampai sanggup nak sembelih bangsa sendiri sebab di bodohkan dengan politik perkauman haram jadah.. Phuiii..

Kenapa mesti sebut 13 Mei? Kenapa nak api-apikan politik perkauman.. Suka sangat kalau jadi 13 Mei..

Sebelum nak meroyan macam nie tahu dulu hujung pangkal.. Jangan semberono nak hentam cakap.. Nampak kebodohan di situ..

Kami tak berpakat dengan bangsa lain nak juai tanah orang melayu pada bangsa lain..

Aku rasa kat penang nie yang tolong jual tanah orang melayu kat bangsa lain hanya tok musa dan kawan-kawan dia saja..

Walaupon aku anak jati Pulau Pinang.. Aku baca 3 kali masih tak paham apa natang dia nak kata..
"Pukui lubang sapa dulu pukui lubang"

Aku rasa macai suka lubang.. Macai dan lubang tak dapat di pisahkan..

Siapa Pemilik No. Plat W1N Yang Berharga RM748,000.00?


No Plat W1N. Tengok nama atas tu.

Sebelum ini Sultan Johor berjaya memiliki No. Plat WWW1 dengan harga hampir separuh juta.

Sekarang dengan harga RM748,000.00.

Walauapapun aku ucapkan Tahniah kerana berjaya..

W1N memang sesuai.. Win bermaksud menang..

PANAS! Nurul Izzah Menafikan Tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah


Nurul Izzah Anwar dikatakan memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya selepas perkahwinan selama 10 tahun.

Permohonan berkenaan dikatakan dibuat pada Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah.

Suami kepada anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 dikatakan menerima notis berkenaan pada 16 Januari dan memohon penangguhan perbicaraan cerai di mahkamah, Isnin lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menafikan perkara berkenaan di laman mikro blog Twitter miliknya, @n_izzah apabila pengguna Twitter bertanyakan berkenaan perkara itu.

"Wasalam. Nope," kata Nurul Izzah menjawab pertanyaan pengguna Twitter dengan nama Mohd Saiful Ahmad.



Sementara itu, pengguna Twitter dengan nama Ibnu K, @ibnukhusairi juga menuntut Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Harap YB boleh keluarkan statement berkenaan kekecohan ini. Terima kasih @n_izzah @msaiful82." – TMI

Atas sebab apa Izzah nak tuntut fasakh?

Terdesak! Budak Tadika Jadi Mangsa Alat Kempen Puak Penyokong GST


Kiriman dari waris yang menghantar anaknya mendapat pendidikan di Tadika KEMAS

Salam.
Nak share sesuatu y ank sy bg time dia balik dr tadika td.
Fyi,ank sy skola tadika KEMAS.
Tp xsangka lak diorang guna kan bdk2 sbg medan berkempen sbb balik je skola ank sy asik sebut GST memanjang.

betul ka bohong? Kalau macam ini gayanya.. terdesak betoi puak-puak GST.. kahkahkah..

Baik hantar anak ke PASTI
akhirat dapat dunia pon dapat..

Dari belajar menari dan menyanyi..

Terkejut! Harga Udang di Putrajaya Tidak Masuk Akal


Kiriman dari inbox

Harga udang macam udang besar.. Alih-alih udang kecik..

Udang RM36/kg kecikkk tersangat amat... Lokasi halal fresh mart p8 putrajaya, 22/1/2014... Rahsiakan identiti saye... tQ

Ini belum lagi harga barangan basah yang lain.. Di mana-mana pon kita tetap rasa tekanan dengan kos sara hidup yang kian meningkat..

Harap noh udang dapat membantu masalah harga udang yang tidak masuk akal ini..

Edisi Malu!!! Pertanyaan Ahmad Maslan di Twitter di Pertikai Rakyat


Gambar tweet ahmad maslan berlegar-legar di alam maya..

Gambar menunjukan jumlah bilangan menteri yang ramai dengan jumlah penduduk 30juta orang.. Malaysia pemenangnya.. Tahniah..

Dari pertanyaan ahmad maslan.. Bagi aku kenaikan harga barang perlu seiring dengan kenaikan gaji.. Baru rakyat mampu membeli.. Bukan ikot saranan menteri tak suka harga ayam naik.. Jangan makan ayam.. Phuiiii

Soalan yang sepatutnya ahmad maslan tanya:
Sila bagitau negara mana yang mempunyai bilangan menteri yang ramai dgn bilangan penduduk 28.3juta tapi pendapatan perkapita tak naik2?

Macam mana boleh dapat first degree ni?

Sayur Murah.. Tapi Kangkung Tak Dak Pun..


SAYUR MURAH ... Penjual sayur Sam Tan menunjukkan tanda harga RM1 bagi sebungkus sayur di Pasar Pekan Lama.

Beliau menjual dengan harga murah untuk meringankan beban para pelanggan yang kini sukar mendapatkan sayur-sayuran dengan harga berkenaan.

Sayur-sayuran yang dibeli dari Perak, dijual dengan harga RM1 sebungkus dari 8 pagi hingga 1 petang manakala pada 4 pagi hingga 8 pagi beliau menjual dengan harga timbang setiap hari.

Sam Tan berbuat demikian kerana sayur-sayuran yang dibelinya dapat dijual sepenuhnya daripada rosak.

Kat tempat lain pon ada yang juga yang murah macam nie.. Sebab kalau simpan lama-lama qualiti sayur ini akan jatuh.. Nak jual pon tak laku.. Last-last masuk tong sampah.. Baik jual murah, biar untung sikit, sentiasa ada pembeli..

Dalam banyak sayur yang cina ini jual kangkung tak dak pon.. Najib kata dah murah..

Kepada yang rasis aku rasa dia pon akan beli kat cina nie.. Hahahaha..

Wednesday 22 January 2014

Ayuh Sertai Himpunan TURUN 2.0, Bantah Kenaikan Harga Barang dan Tolak Politik Perkauman Bangsat!


Ayuh sertai Himpunan TURUN 2.0 Pada 26/1/2014 (Ahad)
Tempat Tapak Parkir Bandar Sunway Seberang Jaya.

Jam 2 petang hingga 4 petang.

YB Rafizi Ramli akan bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang serta AMK, Wanita dan NGO-NGO.

Himpunan membantah kenaikan harga barang, GST dan Tolak UMNO Rasis! TURUN ramai-ramai.

Ayuh Sebarkan!

Operasi Roboh Gerai Kecoh, TKM Pulau Pinang Jawab Isu Ini


Kenyataan Akhbar oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon Mengenai Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Gerai Haram yang Kosong, Sedang dan Baru Dibina

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang,  semalam. Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku.

Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina. Oleh itu, tindakan penguatkuasaan semalam ditujukan kepada 14 buah gerai kosong, sedang dibina dan yang baru dibina.

Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan. Tidak ada seorang pun ditahan sungguhpun rakaman video adalah amat jelas sekali tentang siapa yang melakukan tindakan jenayah tersebut.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 2  tahun atau denda sebanyak RM10 ribu atau kedua-duanya sekali kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman 3 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan kerana mencederakan penjawat awam.

Adalah dikesali bahawa tindakan penguatkuasaan semalam yang tidak melibatkan gerai haram sedia ada yang sudah lama berniaga telah dihalang oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menghubungi Ketua Polis Negeri, Senior DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi untuk meminta tindakan tegas diambil kerana ia adalah perkara amat serius yang melibatkan kewibawaan pentadbiran kerajaan dan seorang pegawai awam.

Dasar Kerajaan Negeri adalah memberikan kuasa budi bicara kepada Pegawai Daerah untuk menguatkuasakan undang-undang untuk gerai haram yang sedang dibina, baru dibina atau kosong. Pejabat Daerah hanya bertindak selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan.

Bagi gerai haram yang sudah berniaga untuk tempoh melebihi setahun, ia bukanlah dalam budi bicara Pegawai Daerah. Maka tindakan penguatkuasaan diserahkan kepada keputusan Kerajaan Negeri atau ahli EXCO berkenaan.

Kerajaan Negeri kesal bahawa parti politik dan pertubuhan telah memainkan sentimen perkauman yang bahaya dan jahat untuk menghalang setiap tindakan penguatkuasaan. Baru-baru ini tindakan penguatkuasaan telah diambil di Bukit Mertajam terhadap penjaja haram yang berniaga ditengah jalan dan menghalang lalu lintas. Penjaja haram tersebut telah diminta untuk berpindah ke bahagian tepi jalan dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka.

Sungguhpun ada juga penjaja haram bukan Melayu terlibat,  mereka masih terus berniaga tetapi perniagaan tersebut adalah  di bahagian tepi dan bukan di tengah jalan raya tetapi pertubuhan dan ahli parti politik berkenaan membakar sentimen perkauman dengan mendakwa hanya gerai Melayu dirobohkan. Kejadian berulang di Teluk Bahang apabila 14 buah gerai kosong dan sedang dibina pula dihalang tindakan penguatkuasaan. Hanya siasatan tegas oleh pihak polis dapat mengatasi masalah yang berleluasa ini.

MOHD RASHID BIN HASNON

Makin Panas! Adun Machang Bubok Beri Jawapan Balas Berkenaan Keprihatinan Lim Kit Siang


Terima Kasih Atas Keprihatinan Lim Kit Siang

Saya amat berterima kasih kepada cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang atas keprihatinan beliau ke atas flash mob kangkung yang telah diadakan. Sebagai salah seorang anggota dalam Pakatan Rakyat, saya juga amat marah serta khuatir dengan tindakan UMNO dan penyokongnya yang selalu memainkan isu perkauman untuk mengalihkan fokus.

Dalam pelbagai himpunan yang diadakan oleh UMNO dan bersekutu mereka seringkali penuh dengan perkauman dan keganasan. Orang ramai memang tidak berpuas hati dan bantah perbuatan UMNO yang ganas dan keras. Pimpinan UMNO juga terpaksa memisahkan perkaitan di antara UMNO dengan himpunan pada Ahad yang lepas yang telah menjadi ganas dan kekerasan. Ini bermakna kad perkauman yang sering dipermainkan tidak berkesan serta politk negara kita dalam tren yang progresif dan matang.

Berkenaan dengan cara flash mob kangkung diadakan, seperti apa yang disebutkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, “sebagai seorang Melayu, saya tidak terasa terhina”. Flash mob kangkung adalah simbolik yang mengharapkan Perdana Menteri boleh prihatin terhadap perasaan rakyat yang susah dan tidak bermaksud untuk menghina sesiapa. Flash mob tersebut adalah respon kepada isu harga barang naik dan ia merupakan isu rakyat yang mempengaruhi semua kaum.

Oleh itu, saya tidak akan tunduk kepada kenyataan perkauman dan keganasan UMNO. Mereka adalah pencetus yang sebenar kepada apa yang berlaku baru-baru ini. Saya menegaskan bahawa yang paling mustahak sekarang adalah meneruskan gerakan rakyat membantah harga barang naik serta cukai GST dan seterusnya mendesak kerajaan Persekutuan untuk mendengar suara dan kesusahan rakyat.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberi oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat, sahabat seperjuangan saya di Jawatankuasa Backbenchers Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Persatuan-persatuan NGO serta pengundi-pengundi saya.  

LEE KHAI LOON
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang

Tuesday 21 January 2014

PANAS! Adun Machang Bubok Akan di Siasat Polis Mengenai Isu Kangkung






Hari ini Pejabat Adun Machang Bubok telah menerima sepucuk surat "Cinta" dari pihak penegak undang-undang negara..

Dalam surat ini meminta Khai Loon untuk menghadirikan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam bagi membantu siasatan..

Aku syak ini bersangkut paut mengenai isu kangkung.. Tapi tak sangka boleh membawa ke pada memfitnah..

Siapa yang buat laporan? Apa yang khai loon fitnah? Sama-sama kita nantikan apa cerita sebenarnya dari laporan memfitnah ini..

Dan hari juga dari pihak NGO SAMM Pulau Pinang turut membuat laporan polis atas tindakan puak pelampau membelasah orang awam di hadapan pejabat adun machang bubok..

Kita tengok apa pulak tindakan penegak undang-undang akan ambik tindakan atas laporan ini..

Laporan Polis dan Sidang Media Oleh SAMM Pulau Pinang Mengenai Himpunan Ganas di Pejabat Adun Machang Bubok


Petang tadi NGO SAMM Pulau Pinang telah membuat laporan polis dan sidang media mengenai himpunan ganas puak perlampau.

Laporan Polis 'kebiadapan , keganasan dan kenyataan rasis di himpunan penyokong umno di hadapan pusat khidmat adun Machang Bubok' dibuat hari ini jam 5.30 petang ini di Balai Polis Bayan Baru disusuli dengan kenyataan media mengecam tindakkan bacul penyokong umno beramai-ramai memukul orang awam sesuka hati dalam himpunan tersebut..



Umno Partk Rasis, Anti Rakyat, Anti Melayu


Kenyataan media "UMNO parti Rasis, Anti-Rakyat, Anti-Melayu"

Perhimpunan secara aman adalah dijamin haknya dalam perlembagaan. Mana-mana pihak yang ingin bersuara diraikan. Namun demonstrasi yang berlaku sepanjang dua hari lepas - dianjurkan oleh UMNO Pulau Pinang; menunjukkan wajah sebenar UMNO yang rasis, anti-rakyat dan anti anak muda. Pimpinan UMNO dan penyokong mereka tanpa sembunyi-sembunyi; cuba untuk menganggu gugat keharmonian dan toleransi antara etnik di Pulau Pinang.

Sejarah nusantara dan umat Melayu membuktikan bahawa orang Melayu adalah satu bangsa yang beradab dan sopan dalam apa jua tingkah laku; 

Pujangga Usman Awang pernah menggambarkan bangsa Melayu sebagai; 

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun - Puisi "Melayu"

Perangai dan sikap juak - juak UMNO pada dua demonstrasi tidak langsung mencerminkan jiwa Melayu yang sebenar. Tingkah mereka adalah mencerminkan diri mereka sebagai orang UMNO, tidak mewakili jiwa sebenar bangsa Melayu yang agung. Andai Dato' Onn (pengasas UMNO) melihat tindak - tanduk ahli UMNO hari ini, pasti beliau hampa dan kecewa. 

Flashmob kangkung dan simbolik menyuap kangkung ke mulut Najib Tun Razak adalah manifestasi majoriti rakyat yang muak dan sebalnya rakyat dengan ucapan Perdana Menteri yang tidak sensitif dan gagal menyelami keperitan dan kesengsaraan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dan harga barangan asas yang meningkat.

Tindakan UMNO Pulau Pinang cuba untuk menghidupkan kembali sentimen 13 Mei dan menyemarakkan api perkauman di kalangan etnik di Pulau Pinang adalah dengan sendirinya tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang gila dipromosikan oleh Perdana Menteri dan secara langsung cuba menafikan asas penubuhan Negara ini yang dibina atas semangat toleransi di antara pelbagai kaum. 

AMK Pulau Pinang tuntut, Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican dan Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Bagan - untuk bertanggungjawab terhadap insiden kecederaan fizikal yang terjadi di Machang Bubok dan tindakan menghasut dan cubaan untuk mencetuskan insiden yang mengugat keharmonian kaum. 

Justeru itu, Angkatan Muda Pulau Pinang mendesak rakyat terus mengadakan bantahan kenaikan kos sara hidup dengan pelbagai cara kreatif untuk mendesak kerajaan tidak main-main dengan kuasa rakyat. Kerajaan akan senantiasa mencari sentimen supaya rakyat akur dan tunduk di atas desakan politik. Rakyat harus bangkit dan teruskan bantahan atas segala isu pun demi rakyat terbanyak.

Sekian, terima kasih

Dr Afif bin Bahardin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang

Monday 20 January 2014

Kenyataan Media Oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon


Kenyataan Media Oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 20 Januari 2014
 
UMNO Tidak Boleh Lari Daripada Tanggungjawab Akibat Keganasan Politik Yang Berlaku Di Depan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk
 
UMNO dan sekutu mereka telah mengadakan perhimpunan siri kedua di depan Pusat Khidmat Masyarakat saya semalam. Dalam perhimpunan tersebut, peserta himpunan tersebut telah bertindak ganas dan kekerasan termasuk menyerang dua orang awam serta mengeluarkan kenyataan yang bersifat rasis.
 
Kenyataan Naib Pengerusi UMNO Pulau Pinang Reezal Merican bahawa perhimpunan tersebut bukan dianjurkan oleh UMNO sebenarnya merupakan cubaan untuk memisahkan hubungan keganasan dan tidak terkawalnya himpunan tersebut dengan UMNO.
 
Akan tetapi, saya ingin menegaskan bahawa pemimpin yang mengetuai himpunan tersebut termasuk Setiausaha UMNO Pulau Pinang merangkap Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Rahim, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak, Ketua Wira PERKASA Ridzuan Azudin dan PEKIDA. Kesemua mereka adalah pemimpin dari UMNO, ahli atau persatuan yang pro-UMNO. Adakah dengan menafikan himpunan tersebut dianjurkan oleh UMNO boleh lari daripada tanggungjawab keganasan dan kekerasan yang telah berlaku?
 
UMNO telah berulang-kali mengguna taktik kotor iaitu mengguna persatuan-persatuan pro-UMNO sebagai samseng di barisan hadapan untuk mengapi-apikan semangat perkauman. Mereka telah menjadikan himpunan aman kepada keganasan dan kekerasan. Tindakan mereka membuli dan mengugut saya adalah cubaan untuk menakutkan saya dan seterusnya memberi amaran kepada rakyat yang berani bersuara. Kesemua taktik tersebut bertujuan untuk menakutkan dan menekan suara bantahan harga barang naik daripada rakyat.



Saya, dua orang awam yang diserang serta wacana politik yang sihat di Malaysia telah menjadi mangsa dalam himpunan yang ganas dan keras tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak akan tunduk kepada keganasan serta perkauman, malahan saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bangkit dan fokus kepada membantah harga barang naik serta cukai GST. Jangan membiarkan kerajaan Persekutuan mengambil kesempatan ini untuk lari daripada tanggungjawab mengawal harga barang serta menjamin kehidupan rakyat yang sejahtera.
 
Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Pusat
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN P. Pinang

Adakah pemimpin UMNO / BN telah derhaka kepada Raja apabila membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian di Sabah dan Sarawak?


Membaca titah Sultan Kedah yang menegaskan bahawa kalimah Allah hanya untuk kegunaan orang Islam semata-mata. Ia disiarkan di muka hadapan akhbar hari ini dan tidak disebut sebarang pengecualian di dalam titah itu.

Persoalannya, adakah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional boleh dianggap derhaka kepada Sultan ( yang juga Yang Dipertuan Agung) apabila membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian di Sabah dan Sarawak?

Jika benar derhaka, adakah darah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional telah halal?

Yb Terima SMS Ugutan Bunuh dan Berbaur Perkauman







Aku dapat maklumat dari pejabat Adun Machang Bubok bahawa Yb Khai Loon telah menerima SMS ugutan bunuh dan berbaur perkauman selepas geng samseng pendesak melayu berdemo dan memukul orang awam di depan pejabat Adun semalam..

Perkara ini disahkan oleh salah seorang pegawai yang berkhidmat di pejabat Adun saudara Ikhwan Nasser..

Dalam SMS yang di terima oleh beliau antaranya mampus, sial dan yang lain boleh baca sendiri..

Ikhwan telah memberi tahu akan membuat satu laporan polis ke atas perlaku yang menghantar SMS ugutan dan berbaur perkauman ini..

Semalam beliau jugak telah membuat laporan polis atas tindakan puak perlampau nie kerana memukul orang awam..

Sebelum ini Khai Loon berkata bahawa kami menganjurkan flashmob untuk memprotes terhadap kenaikan harga dan sikap tidak bertanggungjawab PM Najib.

Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kenaikan harga.

Walau bagaimanapun, ia kelihatan bahawa kerajaan lebih suka untuk mencuci tangan dengan berkata bahawa ia tidak harus dipersalahkan kerana kenaikan harga.

Apa tujuan sebenar oleh si perlaku ini menghantar SMS sedemikian? Adakah telah di tipu dengan momokan perkauamn yang di tanam dalam kepala setelah sekian lama?

Number telefon sudah ada..
Harap ada tindakan selanjutnya oleh pihak penegak undang-undang..

Tolak Politik Perkauman, Politik Bangsat!

Laporan Polis Terhadap Serangan Pendesak Melayu ke Atas Orang Awam yang Boleh Menimbulkan Ketegangan Kaum di Malaysia


Satu laporan polis sudah di buat selepas tindakan samseng kangkung yang kalah dengan hujah guna akal di balas dengan tindakan fizikal.. 

Laporan polis ini di buat oleh Ikhwan Nasser SUK Kerajaan Negeri Pulau Pinang.. Dalam laporan beliau

Sunday 19 January 2014

Anwar Ibrahim Mendesak Wisma Putra Menjelaskan Halangan Masuk ke Jepun


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang daripada memasuki Jepun hari ini, ekoran sesuatu yang berlaku tahun lalu, walaupun sudah memasuki negara itu tanpa halangan sebelum itu – pada 2006, 2009 dan 2012.

Khai Loon Kecam Tindakan Samseng Taik Kucing Umno


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon yang dikecam Umno gara-gara tarian parodi “flash mob” kangkung minggu lalu mendakwa pengikut parti itu bukan sahaja bertindak ganas malah turut memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, biarpun menghormati hak berhimpun bagi Umno dan pengikutnya, tindakan ganas memukul dua orang awam dalam kejadian pagi tadi merupakan perkara yang amat dikesali.

Selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, Lee berkata pengikut Umno juga memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan.

"Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya akan tetapi, tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah yang ganas serta kasar dalam demonstrasi mereka amat dikesali.

"Salah satu contoh risalah memanggil orang ramai menghadiri demonstrasi di mana menunjukkan seorang lelaki yang membawa senjata parang malah bahasa tertera dalam risalah berkenaan juga berbau ugutan dan provokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Lee itu mengulas mengenai dua siri bantahan yang diadakan pengikut Umno pada semalam di Bandar Sunway Seberang Jaya dan pagi ini di Alma, Pulau Pinang, di hadapan pusat khidmat masyarakatnya.

Beliau turut kesal apabila “flash mob kangkung” yang dianjurkannya itu biarpun diadakan secara aman dan kreatif diputarbelit oleh Umno.

Tambahnya tindakan Umno itu yang mencemarkan bantahan itu dengan kegananasan dan kekerasan menyebabkan politik negara ini telah mundur ke belakang.

"Demonstrasi Umno yang berlangsung di Bandar Sunway Seberang Jaya malam tadi serta Pusat Khidmat Masyarakat saya pada pagi ini telah menunjukkan bahawa ugutan tentang rusuhan 13 Mei selalu diungkitkan kembali oleh pihak mereka.

"Matlamat gerakan kami adalah bertujuan untuk berbincang secara membina tentang isu-isu berkaitan dengan kehidupan harian rakyat, tetapi Umno dan penyokong mereka telah berulang-kali menjadikan sesuatu demonstrasi tersebut kepada keganasan dan kekerasan dan hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Lee pada masa sama mempertahankan tindakannya yang menganjurkan “flash mob” tersebut dengan menyatakan ia sebahagian daripada usaha membantah sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang tidak ke atas siri kenaikan harga barangan.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu hati membantah kenaikan harga barang serta cukai GST supaya fokus perjuangan rakyat tidak dialihkan oleh segelintir ahli politik perkauman sempit," katanya.



Pada Rabu lalu, Lee menganjurkan parodi “flash mob kangkung” disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang.

Kumpulan tersebut berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu “Lenggang-Lenggang Kangkung”.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan ahli partinya dengan berkata terdapat perbuatan teruk dilakukan Umno berbanding dengan “flash mob” tersebut. – 19 Januari, 2014. - TMI

Isu Kangkung, Umno Samseng Tahi Kucing Serang Orang Awam


Seorang lelaki dikatakan telah terlibat dalam perang mulut dengan perusuh pro-Umno diserang oleh penunjuk perasaan yang berkumpul di Dewan Undangan Negeri PKR pusat perkhidmatan Lee Khai Loon di Bukit Mertajam, pagi ini.

Gaduh. Berpunca perang mulut. Merebak kepada pergaduhan fizikal. Penyokong PR kena belasah.

PEKIDA, PERKASA semua ada. Puas la nuh dok bantai2 orang nie? Dah tertegak ISLAM dah ke?


Dari isu kangkung mereka ubah jadi isu perkauman.. Ini lah perangai umno.. Kalau bodoh itu umno namanya..

Melayu Pulau Pinang di Tindas Pemimpin Umno Tak Dak Pulak Nak Berdemo Bagai


Yang gadaikan hak melayu, puak2 nie juga.

Yang tak tolong orang melayu, puak2 nie juga.

Yang tindas orang melayu, puak2 nie juga.

Alih2 puak2 nie meroyan sakan marah melayu kena tindas. Yang lebih teruk pergi salahkan pihak lain atas kesalahan diri sendiri.

Apa ke bangang nya sangat puak2 neh hah?

Mak saya pesan kalau bangang memang elok pun ditunjuk2. Senang sikit rakyat nak kenal orang bangang seterusnya boleh la rakyat menjauhkan diri dari puak2 bangang macam neh..

Terima kasih kerana membodohkan diri sendiri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.