VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 21 January 2014

Umno Partk Rasis, Anti Rakyat, Anti Melayu


Kenyataan media "UMNO parti Rasis, Anti-Rakyat, Anti-Melayu"

Perhimpunan secara aman adalah dijamin haknya dalam perlembagaan. Mana-mana pihak yang ingin bersuara diraikan. Namun demonstrasi yang berlaku sepanjang dua hari lepas - dianjurkan oleh UMNO Pulau Pinang; menunjukkan wajah sebenar UMNO yang rasis, anti-rakyat dan anti anak muda. Pimpinan UMNO dan penyokong mereka tanpa sembunyi-sembunyi; cuba untuk menganggu gugat keharmonian dan toleransi antara etnik di Pulau Pinang.

Sejarah nusantara dan umat Melayu membuktikan bahawa orang Melayu adalah satu bangsa yang beradab dan sopan dalam apa jua tingkah laku; 

Pujangga Usman Awang pernah menggambarkan bangsa Melayu sebagai; 

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun - Puisi "Melayu"

Perangai dan sikap juak - juak UMNO pada dua demonstrasi tidak langsung mencerminkan jiwa Melayu yang sebenar. Tingkah mereka adalah mencerminkan diri mereka sebagai orang UMNO, tidak mewakili jiwa sebenar bangsa Melayu yang agung. Andai Dato' Onn (pengasas UMNO) melihat tindak - tanduk ahli UMNO hari ini, pasti beliau hampa dan kecewa. 

Flashmob kangkung dan simbolik menyuap kangkung ke mulut Najib Tun Razak adalah manifestasi majoriti rakyat yang muak dan sebalnya rakyat dengan ucapan Perdana Menteri yang tidak sensitif dan gagal menyelami keperitan dan kesengsaraan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dan harga barangan asas yang meningkat.

Tindakan UMNO Pulau Pinang cuba untuk menghidupkan kembali sentimen 13 Mei dan menyemarakkan api perkauman di kalangan etnik di Pulau Pinang adalah dengan sendirinya tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang gila dipromosikan oleh Perdana Menteri dan secara langsung cuba menafikan asas penubuhan Negara ini yang dibina atas semangat toleransi di antara pelbagai kaum. 

AMK Pulau Pinang tuntut, Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican dan Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Bagan - untuk bertanggungjawab terhadap insiden kecederaan fizikal yang terjadi di Machang Bubok dan tindakan menghasut dan cubaan untuk mencetuskan insiden yang mengugat keharmonian kaum. 

Justeru itu, Angkatan Muda Pulau Pinang mendesak rakyat terus mengadakan bantahan kenaikan kos sara hidup dengan pelbagai cara kreatif untuk mendesak kerajaan tidak main-main dengan kuasa rakyat. Kerajaan akan senantiasa mencari sentimen supaya rakyat akur dan tunduk di atas desakan politik. Rakyat harus bangkit dan teruskan bantahan atas segala isu pun demi rakyat terbanyak.

Sekian, terima kasih

Dr Afif bin Bahardin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.