VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 15 September 2018

MB Selangor Pertikai Pengosongan Kerusi PD Untuk Anwar Ibrahim







Secara peribadi saya sedikit kuatir apabila "PD move" mengulangi sedikit kegopohan "Kajang Move" malah tanpa melalui proses musyawarah dalaman PKR itu sendiri. Bukan soal menang kalah tapi PKR perlu 'solid' dalam menghadapi pasca 'PRK PD' Yang lebih kritikal.

Cuma bila bab Amiruddin Saari komen tiada mesyuarat rasmi dalam memutuskan pengosongan kerusi PD maka nak tanya hang jadi MB melalui mesyuarat mana ? PKR dan semua komponen PH nak Dr.Idris tapi hang dan Azmin runding pintu belakang....

Bukan ke hang dan Azmin runding pintu belakang juga seperti masa Azizah dimalukan ketika "Kajang Move" ?

Parti dan PH putuskan Azizah calon tunggal tapi Azmin terus lobi pintu belakang, selepas Azmin dinamakan anggota kabinet parti namakan Dr. Idris tetapi sekali lagi Azmin & Amir runding pintu belakang... Tu kira macam mana pula wahai Amir ?

Ketika Azmin pandai - pandai putus calon PRN Sarawak hingga sebabkan pertembungan sesama sendiri , bukan sahaja tak mesyuarat tapi presiden tak tahu apa.

Ketika cheGuBard kena pecat dengan surat palsu pakai minit mesyuarat mana pula hahaha... - Chegu Bard

PENDAFTARAN PACA #REFORMASI20TAHUN PEMILIHAN KEADILAN 2018


Pemilihan KEADILAN akan bermula pada 22 September hingga 28 Oktober, mengharungi satu bulan setengah di kesemua 14 negeri dan wilayah persekutuan.

Pasukan #Reformasi20Tahun dengan ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, terutama yang pernah menjadi Ejen Tempat Undi & Kira Undi (PACA) pada PRU 14, untuk tampil menjadi Ejen PACA bagi Pemilihan KEADILAN 2018.

Martabatkan idealisme #Reformasi20Tahun, dengan menjadi sebahagian dari pasukan kami. Daftar sebagai PACA di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfbjgAoPcPE8ooSn5A12W1dq75ZQDDGXp8WEHSKc-mvxeRB1g/viewform Latihan dan baju akan diberikan.

#ReformasiMuda

REFORMASI MUDA MEMBERI SOKONGAN PENUH DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM BERTANDING DI PARLIMEN PORT DICKSON


Saya bersama rakan-rakan Reformasi Muda daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi sokongan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.

Setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat mandat sebagai Presiden KEADILAN, langkah agar Dato’ Seri Anwar kembali ke Parlimen secara tersusun akan memastikan peralihan kepimpinan negara dapat berlaku dengan lancar.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada mantan Ahli Parlimen Port Dickson, Dato Danyal Balagopal Abdullah atas kesediaan meletakkan kepentingan reformasi dan negara melebihi segala-galanya.

Walaupun rakan saya, saudara Afif Bahardin secara terbuka tidak bersetuju untuk Dato’ Seri Anwar kembali ke Parlimen ketika ini, saya melihat kepentingan agar Dato’ Seri dapat terlibat sebagai seorang Ahli Parlimen penyokong kerajaan (Backbencher) terutamanya dari segi penggubalan dasar dan _check and balance_ sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Saya mohon semua AMK memberi sokongan penuh kepada Dato’ Seri Anwar dan memberi komitmen untuk turun berkempen di pilihanraya kecil Port Dickson.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Calon #1 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

Gabungan PAS-UMNO, Tidak Bermakna 1 Campur 1, Akan Menjadi 2




Suasana di Muktamar PAS hari ini, Alhamdulillah.. Terbukti selama ini kami yanglg dituduh memfitnah kerjasama PAS dan UMNO dibuktikan sendiri oleh permain-permain politik ini.

Untuk sahabat yang selama 3 tahun ini mencerca dan melemparkan kata-kata, kesat menuduh kami memfitnah kerjasama PAS dan UMNO ini.. Jangan bimbang, sudah lama kami maafkan kalian..

Bila Pas dan Umno bersama, ia tidak bermakna 1 campur 1, akan menjadi 2. Tapi kita kena lihat secara keseluruhannya dan melihat ahli mereka sebenarnya boleh terima atau tidak.

Bagi sahabat-sahabat PAS terutamanya yang terkilan dengan keputusan kepimpinan PAS dan berhasrat untuk berhijrah, pintu kami di dalam komponen Pakatan Harapan terbuka luas untuk anda.


Mantik ayat dlm gambar tu,

"Anjing (Pas) dgn Anjing (umno) bergaduh berebut tulang (1mdb) tiba tiba datang seekor serigala (pakatan harapan)

Yang Aku pahamlah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.