VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 15 September 2018

REFORMASI MUDA MEMBERI SOKONGAN PENUH DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM BERTANDING DI PARLIMEN PORT DICKSON


Saya bersama rakan-rakan Reformasi Muda daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi sokongan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.

Setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat mandat sebagai Presiden KEADILAN, langkah agar Dato’ Seri Anwar kembali ke Parlimen secara tersusun akan memastikan peralihan kepimpinan negara dapat berlaku dengan lancar.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada mantan Ahli Parlimen Port Dickson, Dato Danyal Balagopal Abdullah atas kesediaan meletakkan kepentingan reformasi dan negara melebihi segala-galanya.

Walaupun rakan saya, saudara Afif Bahardin secara terbuka tidak bersetuju untuk Dato’ Seri Anwar kembali ke Parlimen ketika ini, saya melihat kepentingan agar Dato’ Seri dapat terlibat sebagai seorang Ahli Parlimen penyokong kerajaan (Backbencher) terutamanya dari segi penggubalan dasar dan _check and balance_ sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Saya mohon semua AMK memberi sokongan penuh kepada Dato’ Seri Anwar dan memberi komitmen untuk turun berkempen di pilihanraya kecil Port Dickson.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Calon #1 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.