VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 2 December 2015

Arahan Menghadkan Kebergantungan Kepada Tenaga Pekerja Asing


Dewan Undangan Negeri Sembilan Update :

Terlalu banyak kebergantungan terhadap pekerja asing seperti Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan dan lain-lain sekiranya keterlaluan ia akan menghilangkan punca-punca dan peluang pekerjaan penduduk tempatan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan supaya kilang-kilang industri tidak menggunakan pekerja asing melebihi 50 peratus.

Perkara ini dijelaskan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dalam Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan, hari ini.

Perkara dan arahan ini harus menjadi ikutan kepada seluruh negeri di Malaysia.

**Bukan soal anak kita malas tapi soal tidak diberi peluang untuk mencuba.

Mungkin ada dikalangan remaja yang rajin untuk bekerja tetapi tidak diberi ruang kepada mereka dan mengharapkan kepada tenaga asing yang boleh dibayar murah dan dikerah bekerja lebih masa.

Cuba tengok remaja sekarang apa yang mereka buat jika tiada kerja melepak dan terjebak dengan gejala sosial.

Mohon kerajaan fikirkan sesuatu untuk anak kita pemimpin yang seterusnya selepas kamu semua.

posted from Bloggeroid

Pengadil Perlawanan PKNS vs Kedah Digantung Buat Sementara Waktu


ISU PENGADIL PERLAWANAN TEMPOH HARI

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, semalam telah membuat keputusan untuk menggantung pengadil, Samsudin Ibrahim; penolong pengadil 1, Busrah Eri dan pegawai ke-4, Khairul Rizal Ismail buat sementara waktu sehingga satu tindakan lanjut diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang akan datang.

Penolong pengadil 2, Asmadi Noor Hasni pula digantung selama dua minggu.
Samsudin, Busrah dan Khairul Rizal dikenakan hukuman berkenaan kerana kesilapan dilakukan mereka dalam melaksanakan undang-undang permainan iaitu berkaitan syarat permulaan semula permainan selepas gol dihasilkan pada perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia 2015 antara PKNS FC dan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu lalu (28 November 2015).

Mereka bertiga jelas telah melakukan kesilapan dalam membenarkan pemain PKNS FC untuk melakukan sepak mula ketika dua pemain Kedah masih berada di kawasan pasukan lawan selepas gol kedua Kedah menerusi Sandro Da Silva pada minit ke-57.

Susulan daripada situasi itu, PKNS FC berjaya menjaringkan gol pertama mereka menerusi Mohd Faiz Isa pada minit ke-58 dan selepas perbincangan antara kesemua pegawai perlawanan berkenaan, gol PKNS FC itu tetap disahkan lalu Samsudin meneruskan baki permainan.

Asmadi pula hanya digantung dua minggu kerana kedudukannya yang jauh dari tempat insiden berlaku tetapi tetap dianggap bersalah kerana tidak menggunakan konsep untuk membantu pengadil dalam membuat keputusan berkenaan.

Keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pengadil FAM itu adalah berdasarkan analisis video dan juga laporan daripada penilai pengadil bagi perlawanan berkenaan, Zainal Abidin Yaacob.

FAM memandang serius perkara ini dan terus mengambil tindakan serta merta dengan membuat keputusan penggantungan ini tanpa perlu menunggu laporan atau aduan rasmi daripada pasukan terlibat.

Keempat-empat pegawai perlawanan ini akan dipanggil menghadiri kursus 'refreshment' dalam masa terdekat untuk pihak Jabatan Pengadil FAM menjelaskan lebih mendalam tentang undang-undang permainan kepada mereka.

Samsudin merupakan antara pengadil berpengalaman di negara ini dengan mengendalikan perlawanan-perlawanan penting Liga Malaysia (Liga-M) termasuk final Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United.

Keputusan dibuatnya pada perlawanan Sabtu lalu mungkin kerana beliau terlepas pandang serta terburu-buru dalam membuat keputusan.

Bagi memastikan para pengadil FAM yang lain sentiasa dapat mengendalikan perlawanan dengan baik, FAM dari semasa ke semasa melakukan kursus 'refreshment' sebanyak dua atau tiga kali setahun yang dikendalikan instruktor dari FIFA untuk menjelaskan undang-undang permainan dengan menggunakan klip-klip video dari liga domestik supaya lebih dekat dengan situasi sebenar.

Jawatankuasa Pengadil FAM juga telah memberi peringatan kepada pengadil-pengadil yang akan mengendalikan dua perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2015, malam esok supaya lebih fokus dalam melaksanakan tugas mereka bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang.

DATO' HJ HAMIDIN HJ MOHD AMIN
SETIAUSAHA AGUNG FAM
1 DISEMBER 2015

posted from Bloggeroid

Monday, 30 November 2015

Dr. MAZA: Khurafat Akad Satu Nafas


MENYUSAHKAN AKAD NIKAH

Saya juga amat sedih melihat ada kalangan tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz ijab qabul ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambarkan persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti mana yang disebut oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sarjana fekah zaman ini Dr Abd al-Karim Zaidan r.h. dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: "Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (rujukan: Al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi:

بَاب إِذَا قَالَ الْخَاطِبُ لِلْوَلِيِّ زَوِّجْنِي فُلَانَةَ فَقَالَ قَدْ زَوَّجْتُكَ بِكَذَا وَكَذَا جَازَ النِّكَاحُ وَإِنْ لَمْ يَقُلْ لِلزَّوْجِ أَرَضِيتَ أَوْ قَبِلْتَ

(Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”).

Juga al-Imam al-Bukhari (meninggal 256H) menyebut:

وَإِذَا قَالَ لِلْوَلِيِّ زَوِّجْنِي فُلَانَةَ فَمَكُثَ سَاعَةً أَوْ قَالَ مَا مَعَكَ فَقَالَ مَعِي كَذَا وَكَذَا أَوْ لَبِثَا ثُمَّ قَالَ زَوَّجْتُكَهَا فَهُوَ جَائِزٌ فِيهِ سَهْلٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

(Apabila bakal suami berkata kepada wali (bakal isteri) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya: “apa yang awak ada (mahar)?”, atau kedua mereka diam lalu wali itu berkata: “aku nikahkan engkau dengannya”, maka itu adalah harus (sah). Ada hadis mengenai hal itu yang telah diriwayatkan oleh Sahl daripada Nabi s.a.w).

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada cerita satu nafas atau sekali lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah. Apa yang jelas proses ijab dan qabul amatlah mudah. Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

KHURAFAT AKAD SATU NAFAS
Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

posted from Bloggeroid

SAMM: Pembangunan Tidak Terancang Punca Banjir Kilat Pulau Pinang


Kenyataan Umum
30 November 2015

Pembangunan Tidak Terancang Punca Banjir Kilat Pulau Pinang

Hanya beberapa jam sahaja Pulau Pinang dikejutkan degan limpahan hujan yang lebat daerah Barat Daya hampir lumpuh dengan banjir kilat. Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini lumpuh akibat dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan puluhan kenderaan terkandas ekoran hujan lebat lebih satu jam.

Antara jalan yang dinaiki air setinggi kira-kira 1 meter itu ialah Sungai Batu, Bayan Lepas, Batu Maung, Sungai Tiram, Sungai Arad an Bayan Baru yang menjadi tumpuan laluan orang ramai. Dianggarkan puluhan buah kenderaan dipercayai terperangkap dalam banjir kilat setinggi 1 meter.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), beranggapan proses pembandaran tidak terancang menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan dan perkampungan ditenggelami air. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebatkan air mengalir dengan banyak ke anak sungai atau perparitan.Jika dahulu anak-anak sungai dan perparitan dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah.

Kerajaan Pulau Pinang perlu teliti dalam perancangan pembangunan masa hadapan. Rancangan pembangunan tanpa perancangan teliti sama seperti amalan Kerajaan terdahulu di Pulau Pinang.

Bagaimana kita menyelesaikan masalah banjir untuk perancangan jangka pendek dan sederhana? Jawapannya mudah sahaja.

Setiap penyelesaian yang dirancang mesti ‘meniru’ kaedah semulajadi yang berlaku di alam sekitar kita. Air mengalir dari kawasan tinggi ke rendah sambil mengikut laluan paling logik (disebabkan graviti). Pada masa sama, ia perlu mengekalkan penyerapan air ke dalam tanah untuk membentuk air bawah tanah. Ini prinsip aliran air yang semulajadi. "Meniru" adalah kata kunci ketiga.

Jika prinsip ini gagal dilaksanakan, ia mungkin tidak akan menyelesaikan masalah banjir kilat tetapi memburukkannya lagi. Apabila kawasan tadahan sementara diwujudkan, ia perlu diselenggara dengan kerap. Pada masa yang sama aras air bawah tanah juga mempengaruhi fungsi kolam tadahan ini. Kaji dengan teliti sebelum melaksanakan mana-mana kaedah.

Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang mendokong amalan Cekap, Akauntabiliti dan Telus, agenda pembangunan dalam negeri ini haruslah menitikberatkan mengenai Pembangunan Lestari. Kerajaan yang bertanggungjawab bukan sekadar satu retorik politik tetapi mesti diiringi dengan tindakan. Sebarang rancangan pembangunan mesti dirancang sebaiknya bukan setakat untuk keuntungan dan kesejahteraan manusia tetapi juga turut menjaga keseimbangan ekosistem alam sekitar.

Sekian,
Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia

posted from Bloggeroid

Sunday, 29 November 2015

Punca Sebenar Penjaja Pisang di Pasar Bukit Mertajam Diperlakukan Seperti Ini


Tindakan ke atas 1 penjaja tanpa kebenaran telah diambil dengan tindakan rampasan barangan perniagaan seperti buah buahan, meja dan peralatan perniagaan. Tindakan adalah di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja MPSP 1995.

Penjaja ini degil dan tidak mahu menyimpan barang niaga walaupun telah diminta untuk berbuat demikian oleh anggota penguatkuasa / ML Pelesenan. Sebelum ni pun dah kena beberapa kali, tapi masih tak berganjak.Penjaja lain seperti penjaja buah di kanan jalan dan penjaja ikan di telah menyimpan barang niaga setelah diminta berbuat demikian oleh anggota penguatkuasa / ML Pelesenan. Tindakan rampasan telah dijalankan.

Lokasi perniagaan : Di hadapan Hotel Kim Sun, Jalan Bunga Raya, BM.

Tindakan penguatkuasaan rampasan penjaja di Jalan Bunga Raya ini adalah rutin Direktorat Penguatkuasaan / Jabatan Pelesenan sejak hampir 2 bulan yang lalu.

Tiap-tiap bulan Jab Pelesenan buat interview dan offer tapk, tapi depa tak mai interview.

Tiada bilangan yang tepat penjaja haram di Jalan Bunga Raya BM kerana bilangan penjaja yang menjaja tidak menentu. Kebiasaannya bilangan penjaja adalah seperti berikut :-
2 penjaja buah (Melayu)
3 penjaja ikan (Melayu)
2 penjaja ikan (Cina)
1 penjaja nasi lemak / kuih (Melayu)

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.