VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 9 November 2012

ISU Nurul Izzah: Bukti pembohongan media Umno, Papa Gomo Kantoi lagi


Izzah serah bukti pembohongan media Umno kepada Jais

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyerahkan transkrip ucapannya dalam sebuah forum Sabtu lalu kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin hari ini.
Ia adalah bukti pendedahan pembohongan media Umno yang memutar belit kenyataannya dan dijadikan senjata untuk menyerang beliau dan pembangkang.
“Saya memberikan aduan dan menyatakan penjelasan perkara sebenar kepada Pengarah Jais, Datuk Marzuki.
“Alhamdulillah…Jais memberi kerjasama yang baik,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selepas pertemuan tersebut di Shah Alam pagi tadi.
Beliau ditemani peguamnya, Fadlina Sidek.
Menurut Fadlina, saman Izzah terhadap akhbar Utusan MalaysiaBerita Hariandan beberapa blog tetap diteruskan kerana memutarbelit kenyataan beliau berhubung kebebasan beragama.
Isnin lalu, Utusan pada muka depannya memanipulasi kenyataan Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, sebarang laporan perlu diteliti dan diperjelas 100 peratus sebelum menyatakan pandangan, apatah lagi ia dilapor Utusan.
Pandangan Hadi disokong Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin yang menjelaskan, semakin dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman media Umno mereka semakin rendah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39239

Himpunan Pemuda PAS bantah Nurul Izzah dianjurkan oleh Papa Gomo

TERBACA berita tentang sebaran SMS palsu menjemput orang ramai menyertai himpunan aman serta penyerahan memorandum oleh Pemuda PAS membantah Nurul Izzah kononnya kerana menyamakan Islam dengan agama lain serta menyokong LGBT.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi mengesahkan bahawa SMS tersebut adalah SMS palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Di bawah ini petikan laporan akhbar Sinar Harian hari ini.



ReJaM© sendiri menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang hal ini. Ramai juga sahabat yang hampir percaya kepada SMS palsu ini. ReJaM© sendiri ada menerima SMS seperti ini melalui BBM (Blackberry Messengger).

Kalau tanya ReJaM©, siapakah dajal yang menyebarkan SMS palsu ini? Pada pendapat ReJaM©, SMS ini dicipta dan disebarkan oleh gabungan blogger lucah United Malays No Otak. Kerana mesej ini dikesan paling awal disebarkan oleh blogger lucah Papa Gomo.



ReJaM© terima mesej ini daripada Papa Gomo pada jam 4:27 petang hari Rabu lepas. Maknanya Himpunan ini kalau ada pun bukan dianjurkan oleh Pemuda PAS, sebaliknya dianjurkan oleh Papa Gomo. Kita dah faham sangat bahawa propaganda kononnya Pakatan Rakyat menyokong LGBT ini adalah propaganda blogger-blogger United Malays No Otak.

ReJaM© "Semua penyokong United Malays No Otak dijemput hadir kah kah kah..."


Read more: MiloSuam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.