VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 25 December 2013

Veteran Umno: Peserta himpunan TURUN buta sejarah


JERANTUT - Individu yang akan menyertai Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini bukan sahaja dianggap penderhaka kepada negara, malah buta sejarah.

Veteran Umno, Abdul Manaf Abdul Kadir, 78, berkata, beliau sangat sedih apabila mengetahui ada pihak sanggup berbuat demikian.

Menurutnya, paling menyedihkan golongan tertentu menggunakan anak muda untuk mengkhianati pengorbanan nenek moyang mereka sendiri yang sanggup gadai nyawa demi kemerdekaan negara.

“Saya sedih kerana generasi hari ini sanggup menimbulkan pergolakan di bumi sendiri seolah-olah mereka tidak nampak apa yang telah berlaku di Mesir, Syria dan Thailand.

“Huru-hara di negara luar sepatutnya dijadikan iktibar dan teladan agar kita sama-sama menjaga keamanan yang dibina selama ini,” katanya.

Abdul Manaf berkata, generasi hari ini tidak pernah hidup susah seperti dialami nenek moyang mereka pada zaman sebelum merdeka.

Menurutnya, dia bersyukur kerana diberikan nikmat usia yang panjang supaya pengalamannya hidup di zaman penjajah dengan segala kepayahan boleh diceritakan kepada anak cucu dan generasi seterusnya.

“Dahulu nak keluar rumah pun takut, kerja susah, makan susah dan semuanya susah tapi anak-anak muda hari ini hidup dalam keadaan senang-lenang tanpa perlu rasa takut.

“Atas nikmat hidup senang itulah mereka tidak pernah kenal erti bersyukur, malah cuba untuk menghuru-harakan lagi keamanan dalam negara,” katanya.

Tambahnya, banyak pihak yang tidak membayangkan apa akan berlaku sekiranya kerajaan yang sedia ada digulingkan sesuka hati mereka.

“Generasi hari ini cukup mudah dipengaruhi perkara negatif tanpa menghiraukan baik buruknya.

“Sehubungan itu saya mahu pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas bagi menggagalkan demonstrasi tersebut di saat kita menghitung hari menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu segera menahan pihak yang merancang himpunan tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ulasan: Pakcik, sekarang ni nak keluar rumah sorang-sorang pun takut. Semalam ada kawan kena rompak dan dipukul ditepi jalan. Jadi ada beza tak zaman dulu dengan sekarang? Jenayah berlaku merata-rata.

Satu lagi, bila masa pulak perhimpunan ni tukar nama jadi Perhimpunan Gulingkan Kerajaan? Kita dah lama merdeka pakcik, tapi pakcik masih dijajah bangsa sendiri tanpa disedari.

Tuntutan kita: Menuntut supaya segala punca kenaikan kos sara hidup diturunkan segera. Ini matlamat protes.

5 Agenda Utama 

1. Membanteras Korupsi
2. Menstruktur Semula Subsidi Rakyat
3. Menangguhkan Perlaksanaan GST
4. Mendedahkan Perjanjian Konsesi Tol
5. Memecahkan Monopoli

Tujuan kita bangun nak bangkitkan amarah rakyat, bukan nak gulingkan kerajaan.

4 comments:

  1. pak cik cakap luar konteks.sekarang ni apa nilai gaji 5ribu.bil,tol,bil letrik air, internet, pembantu rumah n jaga anak. tak cukup gaji pak.cik sebab tu orsng tak dapat niaga kerana ramai yang gaji hanya mampu untuk keperluan asas nak beli barang lain semua dah dianggap mewah. apa yang rakyat minta supaya pemimpin yang dipilih merasai denyut nadi rakyat. rakyat tengah sesak pemimpin pergi lawatan keluar negeri guna duit rkyat. rakyat ditimpa banjir perlukan bantuan ketika tulah naik bil elektrik sedangkan TNB untung 1.7 billion. banyak lagi pak cik veteran umno banyaklah membaca dan memahami dengan hati terbuka. pakcik veteran umno duduklah kat KL baru rasa pergi sana pergi sini kena perangkap tol. laju sikit kena perangkap kamera. polak tu saman 300 ringgit. kalau gaji 6oo ringgit maknanya separuh gaji untuk bayar saman. banyak lagilah pak cik nak cakap.tak payahlah cakap pasal nostalgia.agama kita kit ajar boleh taat kepada pemerintah tapi ada syarat-syaratnya.pak cik dah 78 tahun.belajarlah agama untuk memudahkan kehidupan kita diakhirat dengan mengenal mana yang batil dan mana yang hak. ini sekadar nasihat. pak cik ingatlah anak bangsa agar berfikir dengan hati yang tenang agar allah memberi ilham agar nampak yang mana yang jahat yang mana yang batil. dan itulah tuntutan rakyat agar kenal akan kesusasahan rakyat. pemimpin kalau gaji 24 ooo tak payah bayar apa-apa lawatan keluar negeri rakyat bayar.tol rakyat bayar.makan minum rakyat bayar.bil api air internet astro rakyat bayar.pak cik kena sedar ni.semoga allah membuka hati pak cik veteran umno agar dengar denyut nadi rakyat yang gaji lima ribu tapi dalah tahap kemisikinan.

    ReplyDelete
  2. inilah otak yang telah diracun oleh umno...kalau negara ini diprintah selain dari umno kita makan ubi kayu...

    ReplyDelete
  3. Lulusan university of umno/bn...ramai lagI yg mcm ni...payahhh...

    ReplyDelete
  4. Bersyukur hanya kepada Allah. Turun demo kerana nak tunjuk kepada NAJIB yg rakyat tak suka harga barang naik. Menteri-menteri BN ni sebenarnya dia tak rasa susah rakyat. Sebab dia orng SUSAH untuk habiskan duit. Tanyalah dia orng. Tau tak harga sekilo tepung gandum dan se tin susu .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.