VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 27 December 2013

Akhirnya Kantoi!!! Perlaku Yang Menyebar Berita Palsu Bukit Aman di BOM


Polis semalam menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.


"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.

Hadi Ho berkata kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

PDRM perlu diberikan kebebasan secukupnya untuk menjalankan siasatan tanpa ada gangguan dan campur tangan dari political masters.

Begitu juga rakyat ingin menanyakan bila lagi pemilik akaun FB 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib yang membuat hebahan kononnya Bukit Aman kena serang oleh pengebom berani mati.

Nampaknya pemilik akaun tersebut langsung tidak menunjukan rasa hormat dan gerun dengan PDRM .. makin rancak dan laju membuat posting-posting di akaun berkenaan seolah-olah mencabar kewibawaan PDRM itu sendiri.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini yang menyebabkan kematian dan kecederaan.

Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Lai Lee Ching berkata, keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa.

Beliau menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan bertindak tegas terhadap pelakunya.

"Susulan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali, kata Lai. 

Beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.

Catatan di Facebook itu antara lain mendakwa Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom berani mati yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis. 

SUPT Lai Lee Ching 
SUPT Komunikasi Korporat
Urusetia KPN (Komunikasi Korporat) 
Bukit Aman

Apa lagi jalankan lah siasatan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.