VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 1 December 2013

Bantah! Tapak Sejarah Negara Candi Lembah Bujang Diruntuhkan Pemaju


Tadi aku terbaca Tweet Saifuddin Abdullah
"Ada tapak sejarah/arkeologi d Lembah Bujang telah diruntuhkan, katany olh pemaju. Harap kerajaan Kedah ambil tindakan sewajarnya."
Lepas tu aku jumpa kat blog siakapkeli 

Kesan tinggalan sejarah di Lembah Bujang yang berusia kira-kira 1,200 tahun dilaporkan sedang dimusnahkan secara rahsia oleh pemaju hartanah.

Ketika ini Badan Warisan Malaysia sedang berusaha untuk menempatkan lokasi itu sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Unesco.

Mengesahkan perkara itu ialah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy dan beliau mengakui terkejut dengan penemuan candi nombor 11 sedang dimusnahkan.

“Candi itu terletak di Sungai Batu dan dimusnahkan oleh pemaju yang sedang mengosongkan tanah ini untuk pembangunan lebih sebulan yang lalu,” katanya kepada The Malay Mail.

Beliau melakukan lawatan dan tinjauan ke tempat itu semalam.

Ramasamy menerima laporan tentang kerja pemusnahan itu minggu lepas dan mengambil keputusan melawat tempat bersajarah itu untuk memastikan dakwaan itu benar.

“Candi itu tersembunyi dari penglihatan kerana terletak di belakang estet kelapa sawit, kemungkinan pemaju memusnahkan candi itu dahulu sebelum memusnahkan semua pokok kelapa sawit yang ada,” katanya.

Lembah Bujang terletak dalam daerah Merbok, Kedah dan dikenali ramai dengan kesan khazanah arkeologi di Malaysia dengan lebih 50 candi di kawasan itu.


“Saya difahamkan Pejabat Tanah Merbok sudah memberikan keizinan kepada pemaju untuk meneruskan proses mengosongkan tanah kerana tiada kesan tinggalan sejarah di situ, jadi pejabat tanah perlu juga dipertanggungjawabkan untuk isu ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.