VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Tuesday, 3 December 2013

Bajet 2014 Pulau Pinang Lebih Kejam.. Apa Yang Rakyat Pulau Pinang Dapat?


Bajet 2014: Apa yang rakyat P.Pinang dapat?

HAMPIR 4,000 penjawat awat akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM700 bagi tahun 2013 lebih awam, iaitu pada Disember ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa membentangkan Bajet 2014 Pulau Pinang berkata, pembayaran bonus lebih awal itu diharap dapat membantu penjawat awam membuat persiapan anak-anak ke sekolah.


“(Bonus) yang akan dibayar bukan pada Januari 2014, tetapi, pada Disember semasa 2013,” ujar beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, guru-guru dan penyelia Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) turut akan menerima bonus RM400 seorang.

Terdahulu, 3,910 penjawat awam menerima bonus  setengah bulan gaji dengan minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Guru-guru dan penyelia KAFA turut menerima RM300 ‘bonus duit raya’.

Guan Eng berkata, kesemua pemberian bonus itu menelan belanja sebanyak RM4.4 juta.

Menurut beliau, pemberian bonus bagi tahun 2013 yang bakal diterima pada Disember ini sekaligus menyamai bonus satu bulan gaji.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Pusat turut mengumumkan bonus setengah bulan gaji, tetapi, dengan bayaran minumum RM500 yang akan dibayar pada awal Januari tahun depan.

Berikut adalah ringkasan Bajet 2014 yang bakal memberi manfaat kepada rakyat:   

Basmi Kemiskinan
Pendapatan bulan isi rumah bulanan dicukupkan RM790, berbanding RM770 sebelum ini. Kira-kira 33,887 terima RM5.6 juta (RM5,590,500) perbelanjaan sebelum ini.

RM75 juta Program Emas diteruskan
RM100 untuk Warga Emas, Ibu Tunggal, OKU, Pelajar Emas. RM200 untuk Anak Emas. RM1,000 waris warga emas meninggal dunia.

RM100 Ibu Emas, iaitu suri rumah sepenuh masa berusia di bawah 60 tahun baru diperkenalkan.

RM1.3 juta atau RM600 dalam dua bayaran tahun 2014 untuk pemandu teksi, teksi airport & kereta sewa. Julai lepas, RM300 telahpun dibayar kepada mereka.

Elaun JKKK, ADUN dan Ketua Pembangkang naik
Elaun bulanan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Komuniti (JKKK) masing-masing dinaikan RM200, menjadi RM650 dan RM550 bermula Januari tahun depan.

Pengurusan 287 JKKK bagi tahun 2013 berjumlah RM5.73 juta, iaitu tambahan RM1.38 juta daripada peruntukan tahun itu.

Elaun bulanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dinaikkan menjadi RM6,000 berbanding sebelum ini, RM4,112.79. sahaja berkuatkuasa Januari tahun depan.

Elaun bulanan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dinaikan menjadi RM2,000 berbanding sebelum ini, RM1,000 sahaja. 

Pembangunan Islam
RM11.17 juta untuk pembangunan institusi masjid, surau dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Jumlah itu meningkat 9.3 peratus berbanding tahun 2013, iaitu berjumlah RM10.22 juta.

RM6 juta untuk membina dua blok tambahan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Tambah 1,550 Penang Free WiFi
Pemasangan akan dilakukan dalam tempoh tiga tahun, selepas 1,550 hotspots siap dipasang pada Ogos 2012.

Cegah Jenayah
RM3.2 juta pasang 180 CCTV mula tahun ini dan tahun depan. 284 telahpun dipasang sebelum ini demi cegah jenayah.

Penyelidikan
RM25 juta untuk pendidikan sains dan teknologi melalui Penang Science Cluster dan Inisiatif Tech-Dome.

RM4 juta untuk Penang Institude (PI) di bawah Prof. Datuk Dr. Woo Wing Thye untuk misi Making Ideas Work.

Pendidikan
Peruntukan tetap RM12 juta tetap kepada semua sekolah bantuan modal.

Dengan kerjasama Kerajaan Pusat, sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan Air Putih atas tanah seluas 3-5 ekar. Kerajaan Negeri berhasrat sumbang tanah secara percuma jika Pusat setuju bina Sekolah Menengah Tamil di Bagan.
  
Pemeriksaan Mammogram Percuma
Peruntukan RM3.5 juta dengan sasaran pemulaan 52,000 wanita berumur 35 tahun ke atas tahun depan.

Pusat Dialisis CAT
Setiap rawatan RM30 sahaja, kadar terendah.

Satu Pusat Dialisis CAT dibina Balik Pulau dan mula beroperasi pada 10 Jun lepas. Manakala, satu lagi pusat serupa akan dibina Seberang Jaya.

Tingkat pemilikan rumah Kos Rendah (KR) & Kos Sederhana Rendah (KSR)
Kerajaan Negeri akan membina 385 unit KR di Mak Mandin dan Ladang Kaledonia, S.P. Chelliah (770 KSR), Teluk Kumbar (346 KSR), Jelutong (556 KSR), Pintasan Cecil (298 KSR), Bandar Cassia Batu Kawan (3,372 KSR), Kampung Jawa (353 KSR), Ampang Jajar (600 KSR), Bukit Mertajam (484 KSR) dan Juru (800 KSR).

Kerajaan Negeri memperkenal Skim Pemilikan Bersama Pulau Pinang dengan kadar pinjaman tanpa riba 30 peratus daripada harga rumah memandangkan rakyat sukar untuk mendapatkan kelulusan pinjaman bank antara 90 peratus hingga 100 peratus.

Tawar 30 peratus pinjaman tanpa riba
Pembeli perlu membuat pinjaman bank 70 peratus harga pasaran rumah RM38,000 untuk membeli 104 unit rumah KR jenis town house di Taman Sungai Duri Permai (SPS), manakala, baki 30 peratus lagi adalah pinjaman tanpa faedah daripada Kerajaan Negeri.

Sewa beli 51 KR
Kadar sewa adalah RM100 sebulan dengan kos penyelenggaraan RM20 sebulan kepada mereka yang layak memohon pembelian 51 unit rumah pangsapuri di Taman Seruling Emas, SPS.

Baik Pulih & Penyelenggaraan Perumahan
RM15.8 juta untuk kerja menaik taraf lif, pendawaian semula, membaiki kerosakan bumbung, mengatasi keretakan di tujuh Kmpleks Rancangan Perumahan Awam di Pulau Pinang. Tahun 2013, peruntukan sama berjumlah RM12.5 juta sahaja.

Penang Women Development Corporation (PWDC) tubuh Briged Wanita Pulau Pinang
Sasar 1,500 keahlian untuk membantu wanita berusia lebih 35 tahun menjalani pemeriksaan payudara secara percuma, selain, mendaftar suri rumah sepenuh masa untuk menerima sumbangan RM100 Program Ibu Emas.      

Pembangunan Belia & Sukan
RM250,000 untuk mengembangkan kegiatan sukan di kelima-lima daerah.

Naik kadar bayaran insentif sebanyak 50 peratus untuk pemenang di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA).
Fitness centre akan dibangunkan di Tingkat 47, Komtar untuk kakitangan kerajaan.

Membina Penang Youth Learning Centre bernilai RM4 juta di Kampung Buah Pala dengan kerjasama Yayasan ECM Libra.

Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Awam
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kewangan Negeri, MAINPP, Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PBAPP) dianugerah sebanyak RM15,000 kerana masing-masing berjaya mencapai penarafan empat bintang. 

Sumber Pakaq

Rakyat Negeri Pulau Pinang 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.