VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 2 December 2013

Jom Membantah Perobohan Candi Lembah Bujang Sekarang



Kami membaca laporan berita (terjemahan bahasa Melayu) “Tapak candi kurun ke-8 di Lembah Bujang dimusnahkan” di laman Free Malaysia Today (FMT) dengan penuh kebimbangan. Sebuah negara yang mempunyai sejarah ketamadunan yang begitu lama, tidak sepatutnya membiarkan perkara sebobrok ini berlaku, yakni meluluskan projek perumahan di atas tapak warisan sejarah bangsa. 


Candi Sungai Batu (atau Tapak 11) yang sedang dalam proses perobohan saat ini merupakan antara monumen kota tertua yang wujud di Asia Tenggara, jauh lebih tua daripada Candi Borobudur di Jawa dan Wat Angkor di Kemboja. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh sarjana arkeogeologi Malaysia, Prof. Dr. Mokhtar Saidin, kaedah pentarikhan radiokarbon telah membuktikan tapak Sungai Batu di Kedah sudah digunakan oleh manusia sejak kurun 1 Masihi lagi, bahkan menjadi pusat industri peleburan besi pada zaman purba. Lama berabad-abad sebelum Kesultanan Melayu Melaka wujud dan menguasai perdagangan Selat Melaka, tamadun Kedah Tua muncul terlebih dahulu dan mencapai kemajuan. Kami menyeru masyarakat Malaysia, terutamanya golongan anak muda, untuk menjalankan usaha semampu kalian agar bantahan terhadap projek perumahan ini didengar di serata pelosok negara. 

Badan-badan mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan semua gerakan anak muda perlu bertindak menyuarakan bantahan kepada pihak berwajib, terutamanya Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan kerajaan negeri Kedah sendiri. Pengalaman era kolonialisme sudah cukup menghakis jati diri masyarakat di negara ini sejak sekian lama, sehingga menyebabkan penghargaan terhadap sejarah tamadun sendiri berada pada tahap yang sangat rendah. Pemeliharaan dan penghayatan sejarah lampau adalah perlu untuk mengenal diri sendiri, demi perancangan masa depan yang bermaruah.

Buktikanlah bahawa kita anak bangsa yang berjiwa merdeka, yang cinta akan warisan nenda zaman-berzaman.

Jika anda rasa akan BUKAN dalam golongan Malaysia yang TIDAK sensitif soal nilai sejarah ini. mohon anda sign petisyen ini [ http://www.ipetitions.com/petition/membantah-perobohan-candi-lembah-bujang# ] . 

Bahkan sign petisyen ini tidak memadai. Hebohkan lah perkara ini!!. Hebohkan sebagaimana anda hebohkan bila ada orang terkenal mati, sepertimana anda hebohkan bila artis tertentu terpalit dengan kontrovesi. Hebohkan juga perkara ini. Biar pihak terbabit tahu, rakyat Malaysia ini sensitif dengan nilai sejarah negara bangsa mereka. 
"Pemeliharaan dan penghayatan sejarah lampau adalah perlu untuk mengenal diri sendiri, demi perancangan masa depan yang bermaruah. Buktikanlah bahawa kita anak bangsa yang berjiwa merdeka, yang cinta akan warisan nenda zaman-berzaman."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.