VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 5 December 2013

19,573 mangsa di Pahang sehingga awal pagi ini


Mangsa banjir di Pahang setakat jam 1 pagi tadi mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 19,573 orang.


Menurut jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang, Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 12, 161 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4, 234 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan, membabitkan 1,110 buah keluarga.

Manakala di Pekan seramai 3,037 mangsa banjir, masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Sementara itu di Maran mangsa yang terjejas banjir ialah 105 orang yang ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan.

Di Jerantut pula, seramai 25 orang mangsa, daripada dua buah keluarga, ditempatkan di dua buah pusat pemindahan.

Jalan-jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah:
- Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan.
- Kilometer 36 Jalan Gambang berhampiran Gambang Resort
- Jalan Cherating- Kemaman (berhampiran Chendor)
- Jalan Utama Jerantut - Kuala Lipis
- Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat
- Jalan Paya Sepayang dan simpang sepayang di Rompin


PM kita tersayang... Hj Najib dan Hajah Rosmah melancarkan Tabung Amal Banjir Kuantan sempena PAU di PWTC .. tengok la betapa prihatinya PM dan pemimpin kita .. rakyat dilanda musibah mereka sibuk duk meyalak dalam Perhimpunan Agung Umno ... setengah tuh dalam dewan parlimen menyalak sakan... siap lancarkan Tabung Amal lagi... ini yang di laungkan Rakyat Didahulukan... huhuhu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.