VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Saturday, 7 December 2013

Satu Lagi Jambatan di Terengganu Bakal Runtuh


Isu keruntuhan ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh. Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.


Demikian juga, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta yang telah siap dibina pada Mei 2008 dan pernah digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut runtuh. Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Februari 2013 yang menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan. 

Inilah fenomena keruntuhan yang berlaku di negeri ‘Darul Iman’ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun  fenomena ini telah berlaku sejak beberapa tahun yang lepas, tidak ada langkah-langkah yang positif dan pro-aktif di ambil untuk menghalang berulangnya peristiwa-peristiwa sebegini.

Perkara ini bukan hanya di sebabkan masalah-masalah teknikal tetapi termasuk soal ‘nilai’ (values) yang di dokongi oleh pihak berkuasa dalam mengawasi dan memantau pembinaan projek-projek ini.


Pengawasan di tapak amatlah lemah dan banyak kerosakan boleh dielakkan. Profesional-profesional yang berkelayakan yang sepatutnya mengawasi kerja tidak diberi tanggungjawab dan kuasa di tapak.



Peraturan-peraturan profesional dan jabatan-jabatan kawalan ada kalanya tidak diikuti dan dipatuhi menyebabkan kelonggaran dan kerendahan faktor-faktor keselamatan dan mutu pembinaan.

Persoalannya, kenapakah keruntuhan ini begitu mudah boleh berlaku di negeri Terengganu di bawah pentadbiran yang ada sedangkan beratus-ratus juta ringgit wang rakyat telah dibelanjakan? 

Apakah kerana ‘kontraktor kroni’ yang tidak berwibawa langsung telah dikurniakan kontrak secara ‘know who’ dengan begitu mudah? Dan apakah ada unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa berlaku secara berleluasa di bawah pentadbiran yang ada ini di negeri ini?

Namun sehingga kini tidak ada yang di pelajari dari ‘siasatan’ demi ‘siasatan’ yang telah dijalankan termasuk dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  Yang terbaru dan terkini adalah bahaya yang dihadapi dalam kerja-kerja penambakan yang sedang berjalan di muara Kuala Sungai Terengganu di Bandar Kuala Terengganu walaupun kajian Kesan Alam Sekitar dan Kajian Terperinci “Hydrologi Study” masih belum diluluskan pihak berkuasa.  Kerja-kerja ini dianugerahkan kepada pemborong secara reka-bina (design and built) tanpa apa-apa tawaran terbuka di panggil.

Jelasnya, sehingga segala  peraturan-peraturan sedia ada dipatuhi dan “rule of good governance” dapat di laksanakan, ‘keruntuhan’ di negeri Terengganu akan terus berlaku.  

Menteri Besar serta pimpinan kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tragedi demi tragedi keruntuhan yang amat memalukan ini. Imej rakyat dan negeri Terengganu amat tercemar akibat dari pelbagai kejadian keruntuhan berterusan yang berlaku sejak kebelakangan ini. 

Negeri Terengganu sekarang bukan sahaja terkenal dengan kerepok lekor, sutera dan songket, ia kini juga terkenal sebagai negeri yang bergelar ‘Darul Runtuh’.

Jambatan Bukit Kuang Kemaman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.