VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 20 February 2015

Mengecam Tindakan Umno Menganjurkan Forum Lucah


Institusi Pendidikan Dijadikan Tempat Pembodohan Mahasiswa.

Merujuk kepada situasi Politik semasa, kami berpandangan bahawa Program Penerangan Pemuda UMNO yang dijalankan oleh YAB Khairy Jamaludin bersama Peguam Pendakwaraya Kes Fitnah Liwat II, Tan Sri Shafie Abdullah adalah bermotifkan politik.

Institusi pendidikan dijadikan tempat untuk menyebarkan dakyah politik kebencian UMNO terhadap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, DS Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan politik (Political Prisoner) di Sungai Buloh atas dakwaan Kes Fitnah Liwat II.

Kami mengecam sekeras-kerasnya institusi pendidikan seperti Universiti Awam dan Politeknik dijadikan platform untuk menyebarkan dakyah yang jijik dan kotor sehinggakan menggunakan pendekatan lucah dalam program tersebut.

Oleh yang demikian, kami akan menggerakkan kekuatan anak muda dari Pulau Pinang untuk membanteras segala program yang bersifat LUCAH dan sekaligus menjadi medan UMNO untuk terus memperbodohkan mahasiswa serta menjadikan institusi pendidikan bebas dari segala pengaruh politik.

Kami menyeru semua mahasiswa serta anak muda yang mempunyai jiwa yang besar untuk terus melawan anasir-anasir yang jahat daripada UMNO dari terus bermaharajalela.

Ayuh semua, bersatulah untuk REFORMASI!

Mohd Ikhwan Nasser
Koordinator Lang-Gar!

[BONGKAR] Siapa Sebenarnya Shafee Abdullah Dulu, Kini & Selamanya?


Siapa tidak kenal Shafee Abdullah?

Peguam Umno, peguam tauke lembu & kondo, peguam raja judi - semuanya dia.

Sekarang mencuba nasib membawa kisah lucah ke seluruh pelosok negara. Nantikan kehadiran Shafee.

Demi wang, kedudukan dan pangkat semua boleh!

Sebarkan

Thursday, 19 February 2015

Ahad (22/2/2015) Majlis Hi Tea Bersama Che'gu Bard & Nurul Izzah di Galeri Pejuang Cherok To'kun


Salam, saya baru dapat maklumat Cikgu Bard nak mai Galeri petang AHAD (22/2/2015) ni di Galeri Pejuang Cherok To'kun untuk Majlis Hi Tea. Masa 4:50 Petang

Petang digaleri dan malam di Bukit Gedung Bayan Baru.

Nurul Izzah juga InsyaAllah akan ada sama petang di Galeri.

Majlis Perbandaran Seberang Perai Pertama di Malaysia Mengeluarkan Syarat Penjualan Arak Yang Lebih Ketat



Oleh David Marshel

Majlis Perbandaran Seberang Perai PBT Pertama di Malaysia yang mempunyai Syarat terhadap penjualan arak runcit di Seberang Perai...
Sebelum ini lesen arak hanya mempunyai Syarat syarat di bawah Akta Eksais 1976 iaitu 

1) waktu perniagaan lesen 7 pagi hingga 9 malam
2) premis tidak berhampiran dgn rumah Ibadat atau sekolah 
3) tidak benarkan penjualan /pembekalan arak kepada pelanggan berusia 18 tahun bawah atau pun org islam
Syarat ini adalah termaktub dalam Akta Eksais 1976 yg hanya boleh di guna pakai oleh Pihak Kastam untuk mengambil tindakan jika sebarang salah dilakukan oleh pihak perniaga atau pembekal ..
Tetapi kini selepas membuat beberapa mesyuarat dalaman mpsp yang dipengerusikan oleh saya sendiri bersama 4 Ahli Majlis lain akhirnya kita dapat satu penyelesaian dan syarat baru diterap supaya dapat mengatasi masalah penjualan lebih masa dan mengikut syarat yg ditetapkan oleh pihak berkuasa...

Untuk mana mana pihak ingin berniaga atau pembekal arak mereka perlu dapat 2 lesen iaitu 

1)LESEN ARAK dari lembaga perlesenan di bawah Kastam 
2) LESEN PREMIS dari MPSP supaya boleh jalan kan mana mana perniagaan...

Syarat sedia ada hanya untuk LESEN ARAK dibawah Akta Eksais...tetapi kita di MPSP telah selaraskan syarat ke LESEN PREMIS supaya kita dapat mengambil tindakan dibawah undang undang kecil MPSP..ia tidak ada dimana mana PBT di Malaysia .
Kita juga mengubah dan menambah beberapa syarat mengikut masa kini iaitu: 

SYARAT SYARAT DIBAWAH UNDANG2 KECIL BAGI LESEN PREMIS MPSP

1) tidak benarkan sama sekali premis perniagaan arak dibawah Flat/apartment /Kondo atau rumah kediaman yg sama jenis. 

2) waktu operasi penjualan arak secara runcit hanya dari jam 10 Pagi hingga 9 Malam termasuk premis beroperasi 24 jam, setiap kabinet yg menempatkan arak perlu di kunci sebelum atau selepas masa yg ditetapkan

3) Tidak di benarkan menjual kpd pelanggan berusia bawah 18 tahun atau org islam

4) perniaga perlu sediakan maklumat larangan dan masa di papan Tanda. 

5) PREMIS YG MENERIMA ADUAN DARIPADA PENDUDUK SETEMPAT AKAN DIPERTIMBANGKAN UTK DIBATALKAN LESEN.

6) mematuhi syarat2 yg ditetapkan oleh Lembaga perlesenan Eksais Negeri PP 

Syarat syarat baru untuk lesen premis ini telah diluluskan dalam mesyuarat penuh pada 19 Dis 2014 dan ia akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2015 ...

Kami di MPSP telah membawa satu langkah ke hadapan di bawah kuasa kuasa kita sebagai Ahli Majlis telah membuat dasar ini supaya kita di MPSP boleh mengetatkan syarat supaya warga Seberang Perai Sihat dan sejahtera. ...

Jika ingin haramkan arak murah ia perlu dilakukan oleh Ahli Parlimen dan Kerajaan Persekutuan ...Jika kita haramkan arak murah maka kita akan membawa masyarakat malaysia lebih Sihat ...

Ia bukan isu politik atau Pas mau pun Hudud tetapi ia lebih kepada masalah social yang kini hadapi oleh kaum india khasnya...saya dengan kuasa yg kita ada hanya boleh melakukan syarat di peringkat MPSP Sahaja tetapi jika kita ingin melihat masyarakat kita lebih Sihat maka kerajaan perlu memgubah AKTA EKSAIS 1976 dan perlu haramkan Arak Murah...

Setiap kali ada pihak membawa isu arak ia dikaitkan dengan PAS dan Negara islam ...isu sebenar ditutup dengan selimut oleh Politik sempit MCA atau Gerakan mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dipengaruhi oleh PAS...sebenarnya hampir 80% penguna adalah terdiri dari kaum India dan ia tidak kena mengena dengan PAS mau pun Islam. ..
Saya akan membuat kempen kesedaran dan Pengerakkan anti Arak Murah pada bulan March ...banyak road show bakal diadakan sepanjang Tahun ini supaya memaksa supaya kerajaan Persekutuan haramkan arak murah...

Kita di MPSP membuat terbaik untuk mengawal penjualan dengan kuasa sedia ada ..kenapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh memikir mau pun mengharamkan Arak Murah...

Kita perlu bantuan Ahli Parlimen supaya menyuarakan isu ini di Parlimen...

Wednesday, 18 February 2015

Matinya Sistem Kehakiman


Ceramah Umum ' Matinya Sistem Kehakiman ' bersama YB Nurul Izzah Anwar, Nurul Nuha Anwar, Chegu Bard, Major Zaidi dan beberapa Pimpinan lagi pada 22hb Feb'15 (Ahad) jam 9.00 malam di Tanah lapang Bukit Gedong (sebelah surau ubudiah atau jalan pasar malam bukit gedong) Semua dijemput hadir...

Hari ini Anwar ibrahim, Major Zaidi menjadi mangsa fitnah dan ketidakadilan sistem kehakiman , tidak mustahil di masa akan datang kita atau anak cucu kita pula akan menjadi mangsa...

Mohon share dan sebar sahaja, anda tak perlu susah payah panjat tiang, panjat pokok untuk pasang banner...cuma share dan sebar...thank you...

Tuesday, 17 February 2015

Kenyataan Akhbar Gabungan KITA LAWAN (Utara)


Kenyataan Akhbar Gabungan KITA LAWAN (Utara)
17 Februari 2015
 
1.)  Satu resolusi telah diumumkan oleh gabungan anak muda daripada NGO-NGO dan parti politik diseluruh Malaysia pada 15hb Februari 2015 bertempat di Kuala Lumpur, dan gabungan ini diberi nama “KITA LAWAN”. Untuk memenuhi kesinambungan dan menjayakan agenda gabungan ini, NGO-NGO dan pemuda-pemudi pelbagai latar belakang dari bahagian utara Malaysia juga akan membuat satu gabungan “adhoc” yang terdiri daripada masyarakat sivik, mahasiswa, pejuang hak asasi, pembela kebajikan, pertubuhan pendidikan, kepelbagai kaum, politik dll.
 
Empat tuntutan yang digariskan oleh Gabungan KITA LAWAN akan menjadi asas kepada perjuangan kami. Selain itu, kami menawarkan diri untuk mengumpulkan dan menggembleng tenaga anak muda dan NGO di bahagian utara Malaysia bagi mencapai matlamat tuntutan tersebut.
 
2.)  Selepas mesyuarat diadakan, kami bersepakat mengkritik sekeras-kerasnya tindakan ketidakadilan institusi Kehakiman di Malaysia yang menjatuh hukuman 5 tahun penjara ke atas Ketua Pembangkang Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim walaupun dengan bahan bukti yang lemah.
 
Kami berpendapat, isu ini bukan sahaja isu peribadi Dato Sri Anwar Ibrahim ataupun keluarganya, tetapi sistem kehakiman kita diketawakan oleh masyarakat antarabangsa akibat daripada ketirisan yang berlaku. Kerajaan negara Switzerland telah menyuarakan pendapat untuk membawah isu ini ke persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pembelaan terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim. Dan terbaru bekas Presiden Turki H.E. Abdullah Gul juga meminta kerajaan BN untuk menimbang balik keputusan yang dibuat terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim. Kerajaan BN perlu mengambil serius pandangan antarabangsa dan juga suara rakyat di Malaysia di mana rata-rata hilang kepercayaan dengan sistem kehakiman Malaysia.
 
Dalam isu ini, kerajaan BN pimpinan Dato Sri Najib Razak tidak harus mendiam diri, tetapi perlu memberi respon yang munasabah kerana ia berkaitan dengan maruah dan kredibiliti kerajaan.
 
3.)  Dalam masa yang sama, kami juga berpendapat kerajaan BN selalunya menggunakan taktik-taktik konspirasi sewaktu kemerosotan ekonomi negara dan rakyat mengalami masalah kos kehidupan yang tinggi bagi mengalih tumpuan rakyat. Pada kali ini, hukuman penjara terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim dibuat sebelum 2 bulan perlaksanaan GST pada 1 April depan yang bakal menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN.  Taktik-taktik lapuk ini diguna semula untuk alih perhatian rakyat, seperti yang berlaku pada tahun 1998, era Tun Dr Mahathir.
 
Kami juga ingin memberitahu kerajaan BN, jangan sesekali memenjarakan pemimpin pembangkang atau sesiapa sahaja  dengan menggunakkan Akta Hasutan. Jikalau seseorang dipenjara di bawah Akta Hasutan, beribu-ribu rakyat akan bangkit dan lawan.
 
 
4.)  Untuk menyemarakkan kesedaran rakyat terhadap isu Dato Sri Anwar Ibrahim, isu ketidakadilan sistem kehakiman Malaysia, isu Akta Hasutan, isu kepincangan pengurusan ekonomi dll, kami telah merancang beberapa aktiviti. Antaranya :
 
-Ceramah umum/kelompok di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
-Forum/Flashmob dengan kerjasama anak muda tempatan.
-Kempen tandatangan poskad sokongan kepada Anwar Ibrahim.
-Perjumpaan dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi tujuan  
 kesedaran.
-Penganjuran aktiviti di universiti awam dan kolej swasta.
 
Kami berikrar akan menjelajah ke setiap pelosok di Pulau Pinang,
          Kedah dan Perlis bagi tujuan ini dan kami telah siap sedia dengan bahan-    
          bahan penerangan.
 
Kami juga meminta rakyat Malaysia turun ramai-ramai ke himpunan besar menuntut kebebasan sistem kehakiman pada 7hb Mac 2015, jam 4.30petang di Pusat Beli-belah SOGO Kuala Lumpur.  Himpunan ini sangat bermakna untuk kita menyatakan pendirian bahawa rakyat Malaysia tolak sistem kehakiman yang nyata tidak adil dan juga dasar autokratik kerajaan BN yang menggunakan konspirasi jahat untuk menjatuhkan musuh politik.
 
 
5.)  Sebagai permulaan kepada kerjasama ini, satu ceramah kelompok akan diadakan pada ketetapan berikut :
 
Tarikh           : 22 Feb 2015 (Ahad)
Masa              : 9 malam
Tempat          : Tanah Lapang Pasar Malam Bukit Gedung,
                          Bayan Baru
 
Beberapa tokoh daripada NGO, masyarakat sivik, politik akan dijemput bersama termasuk Badrul Hisham Sharin (SAMM), Majer Zaidi, Kapten (B) Zamberi (Kerabat), ahli keluarga Dato Sri Anwar Ibrahim dan wakil rakyat Pakatan Rakyat.
 
Kami menyeru semua lapisan masyarakat di bahagian utara bersama dengan kami, agar kita dapat menegakkan keadilan di bumi tercinta ini. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Afnizam (), Lee Boon Heng (012-597 6019) dan Kumaresan Aramugam (014-945 9621).
 
Dalam waktu cuti sempena Tahun Baru Cina ini, kami juga meminta rakyat Malaysia sampaikan mesej kepada sahabat karib, saudara-mara, bahawa kita perlu bangkit dan lawan kezaliman kerajaan BN. Satu Fans Page di Facebook () telah dibuat dan akan kami memaparkan ucapan terakhir Dato Sri Anwar Ibrahim di mahkamah pada 10hb Februari 2015 serta maklumat program kami

Ngo-ngo yang menyokong-

1. Unit Ehsan - Amrin
2. Samm Penang - Afzanizam
3. Persatuan Progresif India Malaysia Pulau Pinang - Kumar
4. Kelab Perpaduan Rakyat - Aidil
6. PasMa - Zainulfaqar Yaacob
7. Jingga 13 - Ikhwan
8. Kerabat - Major Zaidi / Azizan
9.Gocas - Andrew
10. Suaram - Jin Cheng
11. Penang Youth Club - Khairil Anuar
12. Bersih (Wilayah Utara) Dr Toh Kin Woon
13. Anak Muda Harapan M'sia - Lee Jin Yang
14.Mama Bersih
15.Northern Youth Group
16.Student Progressive Front UsM

Monday, 16 February 2015

Hambar di Sogo Bukan Satu Pengakhiran, Tetapi Satu Permulaan Yang Baik



Tulisan Umum

16 Feb 2015

Hambar di Sogo Bukan Satu Pengakhiran, Tetapi Satu Permulaan Yang Baik

Beberapa laporan media mengatakan himpunan melawan kezaliman Sabtu lalu di perkarangan pusat membeli belah Sogo agak hambar. Dengan penyertaan yang tidak sampai angka ribu, pastinya ia diluar dugaan pengamal media tempatan mahupun media antarabangsa.

Himpunan yang hanya dimobilisasi selama dua hari oleh sekumpulan anak muda akhirnya mampu juga berpesta di jalanan dengan satu jumlah yang cukup. Jika jumlah tidak cukup, mana mungkin mereka berarak menari zumba di jalanraya. Bukan satu kejayaan yang besar, namun ia satu permulaan yang baik dan mampu menarik lebih banyak pihak untuk aksi akan datang, termasuklah pihak polis.

Kehadiran beberapa sosok politik termasuk Nurul Izzah dan Nik Nazmi tidak banyak memberi impak. Hadir untuk menunjuk muka semata-mata kemudian hilang, adalah lebih baik tidak muncul langsung. Tidaklah saya halang untuk mana-mana sosok politik hadir ke demonstrasi kecil ataupun besar, tetapi mengapa tidak ikut anak muda turun ke jalanraya dari Sogo hingga ke Puduraya? Apa beza kamu dengan Azmin?

Kehadiran sosok parti ini juga sedikit sebanyak menukar tajuk berita, samada di portal online atau TV3, himpunan anak muda menentang kezaliman dan ketidak-adilan sudah menjadi himpunan pihak pembangkang menuntut pembebasan Anwar. Ada bezanya, gerakan anak-anak muda dan aktivis untuk menumbangkan regim tidak boleh disamakan dengan usaha memenangkan Pakatan Rakyat. Hanya secara tidak langsung ia selari. 

Begitu juga perbezaan antara himpunan melawan kezaliman dan himpunan bebaskan Anwar, tetap ada perbezaan walaupun sedikit. Kita lawan sistem dan keputusan penghakiman yang berat sebelah selain polisi kerajaan yang menindas rakyat, manakala pula Anwar menjadi salah satu subjeknya iaitu dizalimi. Harus diingat, bukan Anwar seorang sahaja yang dizalimi. Anda semua turut dizalimi, hanya sedar atau tidak sedar yang membezakan fikrah. Atau mungkin saja sedar dalam kepasrahan.

Berbalik kepada soal kehadiran, ya benar tidak dinafikan jumlah yang hadir itu agak hambar. Ia sedikit pun tidak mengecewakan anak muda yang memilih untuk muncul pada hari tersebut, mungkin hanya yang dikecewa ialah himpunan tidak diserikan dengan kehadiran pihak polis berseragam. 

Pihak polis juga telah berevolusi. Mereka langsung tidak respon kerana sedar setiap respon akan menggandakan kehadiran. Jika dulu pihak polis akan membuat benteng manusia bagi menghalang anak muda masuk ke Dataran Merdeka contohnya, kini ia tidak berlaku lagi. Mereka sedar setiap halangan akan menyebabkan perlawanan menjadi sensasi.

Keadaan ini bukanlah satu pengakhiran bagi anak muda, ia membuka ruang untuk anak muda mengatur perlawanan baru dengan lebih tersusun. Barangkali anak muda akan memberi isyarat kepada orang ramai supaya turunlah ramai-ramai selepas ini kerana polis takkan kacau kita lagi. Tiada lagi gas pemedih mata, hanya yang dijanjikan ialah pesta lebih besar di atas jalanraya.

Saya faham, ramai aktivis dan anak muda membangkitkan hujah-hujah yang membantut hasrat mereka hadir dalam himpunan kali ini dan mungkin juga akan datang. Antara hujahnya, hadir demonstrasi tidak akan membuahkan hasil bermakna, datang himpunan hanya beberapa jam dan berakhir di kedai kopi, hanya akan turun ke jalanraya jika ia mampu menumbangkan regim dan lain-lain lagi yang semaksud.

Mari saya jawabkan, jika turun demonstrasi dengan harapan tidak mahu berakhir di kedai kopi, boleh sahaja berakhir di lokap jika kamu mahu. Contenglah dinding bas polis, jika bernasib baik kamu akan diberkas. Katakan kepada polis bahawa insiden tersebut adalah satu ekpresi spontan di atas 'jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman' dan ia satu mesej kepada regim bahawa anak muda sedia bangkit dan lawan.

Hadir demonstarsi kecilan juga umpama menghadiri perlawanan bolasepak di stadium. Perlawanan pertama liga super edisi 2015 umpamanya, kita turun ke stadium untuk memberi sokongan. Kita tahu jika menang perlawanan pertama ini, belum tentu akan menjadikan pasukan tersebut juara musim tersebut. 

Begitu juga dengan demonstrasi, Sabtu lalu adalah perlawanan pertama, kita tahu tanahair ini dizalimi, kita sebagai anak muda turunlah ke jalanraya. Ini soal masa depan kamu, janganlah kata hanya ingin menonton perlawanan ini dari kaca smartfon di rumah melalui facebook dan twitter.

Dalam masa sama, adalah tidak adil untuk membandingkan antara dua era 1998 dan 2015. Kejutan budaya berlaku pada 1998, dalam keadaan rakyat ketika itu penuh energetik. Namun hari ini anak muda sedang bergelut menyalakan api perlawanan ketika rakyat letih diharuk pelbagai hala oleh regim. Masing-masing memikirkan survival, sedangkan kunci kebahagiaan terletak di tangan regim.

Jika ditanya kepada saya apakah semuanya sudah berakhir, saya katakan ia baru sahaja bermula dan ini adalah satu perlawanan yang panjang. Jika era 1998 bermula dengan gelombang pertama yang dasyat, di manakah gelombang tersebut selepas beberapa tahun? 

Saya optimis gerakan anak muda era kali ini mempunyai harapan yang tersendiri. Biarlah ia bermula dengan satu cetusan yang kecil, momentum disusun dan dibina mampu bercambah secara organik. Masih banyak lagi frontline dan penggerak anak muda belum campur tangan. 

Jika mahu diharapkan parti politik, tunggulah mereka hilang negeri maka ketika itu barulah mereka benar-benar muncul dari mula hingga akhir demonstrasi. Saya tidaklah kata mereka-mereka ini lupa diri, tidak juga saya kata mereka umpama kacang lupakan kulit walaupun mereka sedar kedudukan mereka ini asalnya dari perjuangan jalanraya.

Sekurang-kurangnya mereka tidak menabur janji untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak merengkok dalam penjara walaupun sehari, kecuali Azmin Ali. Janji Azmin itu dilafazkan dengan penuh dramatik pada hari Anwar dijatuhkan bersalah sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Kajang. Mungkin ketika itu kerana Azmin belum lagi menjadi Menteri Besar maka berjanjilah dulu, agar akhirnya mendapat restu.

Hari ini, sudah masuk hari ke enam Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara. Belum ada isyarat dari Azmin untuk merempuh mana-mana penjara, merempuh yang kena dengan maksudnya. Apakah takut terlucut kerusi empuk? 

Janji tetaplah sebuah janji, ia dilafazkan dengan saksi dan rakaman. Manusia berpegang kepada janji, Azmin berpegang pada kerusi. Jika ditanya mengapa harapkan Azmin semata-mata, di mana yang lain? Jawapannya juga berbentuk persoalan - Apakah Azmin yang menabur janji dan mendapat habuan, che'GuBard pula yang harus ke depan?

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
SAMM

Sunday, 15 February 2015

Resolusi Anak Muda Malaysia


Resolusi Anak Muda Malaysia
15-02-2015

Demi mempertahankan sistem kehakiman Negara kita, anak muda yang berasal daripada golongan mahasiswa, masyarakat sivil, parti politik, kumpulan aktivis, professional, pekerja dan sebagainya telah berhimpun dan membentuk sebuah gabungan anak muda Malaysia yang diberi nama KITA LAWAN.

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan konspirasi politik yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan UMNO BN telah sekali lagi menyalahgunakan jentera kerajaan dan memusnahkan keyakinan anak muda Malaysia terhadap sistem kehakiman Negara kita.

Kita juga ingin menyeru rakyat Malaysia supaya menyertai himpunan yang bakal diadakan pada 7hb Mac 2015, jam 4.00 petang, hingga 8hb Mac 2015, bermula di SOGO, Kuala Lumpur.

KITA LAWAN mengemukakan 4 tuntutan anak muda Malaysia:
1.) Kami menuntut agar Perdana Menteri, Najib Razak meletak jawatan dengan segera kerana beliau bertanggungjawab atas konspirasi politik perbicaraan kes Anwar Ibrahim.
2.) Kami sedia menggembling semangat dan tenaga anak muda Malaysia untuk bersama melawan sehingga rejim zalim UMNO BN tumbang.
3.) Kami menuntut reformasi sistem kehakiman Negara bagi menjamin kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman.
4.) Kami menggesa semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berjawatan dan telah mendapat mandate daripada rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 supaya turun bersama ke Himpunan Rakyat yang bakal dilangsungkan nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.