VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 11 October 2013

Terbaru.. Pengawai JKM Kulim Gagal Turun Berjumpa OKU Kerana Nyanyian Lagu NegaraKu

Gambar-gambar yang disebarkan menerusi blog dan beberapa laman berita atas talian.

Laporan KeadilanDaily: OKU mengengsot serah memorandum kepada JKM Kulim
KULIM 6 OKT: Seorang Orang Kelainan Upaya dari Kumpulan OKU Setia Kulim nekad mendaki tangga dengan mengengsot kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu hari ini.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, OKU itu, dikenali sebagai Gnana Pragasan, 53 berbuat demikian  selepas Pengarah JKM Daerah Kulim enggan menemui  mereka dan menunggu lebih sejam. 
OKUKatanya, memorandum itu berhubung kemudahan OKU di pejabat JKM berkenaan yang didakwa tidak memuaskan hingga menyusahkan mereka untuk berurusan. 
Selain itu, kata Surendran, mereka juga mendakwa elaun antara RM150 hingga RM300 dipotong, serta layanan pegawai JKM yang disifatkan kurang mesra
“Pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah (pejabat JKM Kulim) untuk menemui Pengarah JKM Kulim yang berada di tingkat atas. 
“Selepas menunggu hampir sejam, seorang dari mereka nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu. 
“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respon mengenainya,” katanya yang menyifatkan tindakan JKM itu sebagai zalim. 
Katanya, Gnana terpaksa menggunakan tangga disebabkan tiada lif dan kemudahan laluan untuk kerusi roda ke tingkat satu pejabat yang terletak di Kompleks Bangunan Majlis Perbandaran itu. 
Sehubungan itu, Surendran berkata beliau akan membangkitkan insiden itu pada sidang parlimen 21 Oktober ini dan kumpulan itu juga bersedia untuk hadir. -Oleh: Masdar Wahid 

Laporan Sinar Harian: Kisah di sebalik pegawai JKM 'kejam'
AUTA
KULIM - Seorang OKU dari Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU) dikatakan nekad mendaki tangga dengan merangkak kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu pada 6 Oktober lalu. 
Beberapa blog dan berita dalam talian melaporkan, OKU itu yang juga Pengerusi PKSOSU, K Genggataran, 53, berbuat demikian selepas pegawai JKM Daerah Kulim dikatakan enggan menemui mereka walaupun setelah menunggu lebih sejam. 
Tajuk-tajuk yang digunakan dalam laporan ini seolah-olah menghentam JKM Kulim yang tidak prihatin dengan kesukaran seorang OKU. Antara tajuk yang disebarkan menerusi internet, 'OKU ketuk pintu JKM buat tak tau', 'Terpaksa merangkak ke pejabat Pengarah JKM' malah ada yang menggunakan tajuk, 'Pengarah JKM Kulim kejam paksa OKU merangkak naik tangga'. 
Berita portal turut memetik Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran sebagai berkata, pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah pejabat JKM Kulim untuk menemui pegawai JKM yang berada di tingkat atas. 
“Selepas menunggu hampir sejam, seorang daripada mereka (Genggataran) nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu kerana pejabat berkenaan tiada lif. 
“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respons mengenainya,” katanya. 
FAKTA
ALOR SETAR - Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Suraya Yaacob menafikan dakwaan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim enggan menemui wakil Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU), baru-baru ini. 
“Saya difahamkan, bukan pegawai JKM itu tidak mahu berjumpa dengan mereka. Tetapi kerana situasi pada ketika itu yang membuatkan pegawai itu takut untuk berjumpa mereka yang sengaja mencetuskan provokasi di bawah pejabat ketika itu. 
Mereka buat bising, menyanyikan lagu Negaraku dan sebagainya. Tambahan pula mereka datang dengan begitu ramai, memang menakutkan pegawai JKM untuk berjumpa mereka meskipun hanya untuk menerima memorandum itu,” katanya mengulas penyebaran gambar seorang OKU di laman sosial yang dibiarkan menaiki tangga untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kulim, Rohana Yusop, kerana didakwa enggan berjumpa kumpulan itu. 
Sebelum itu, salah seorang kakitangan JKM menemui Genggataran untuk meminta wakil bersesuaian menyerahkan memorandum itu kepada Rohana kerana hanya empat orang daripada hampir 15 orang dalam kumpulan itu berkerusi roda. 
Ini bermakna, masih ramai yang mampu berjalan menaiki tangga ke tingkat 1 bangunan itu, bukan sekadar membiarkan seorang OKU merangkak menaiki tangga. 
Bagaimanapun, Genggataran enggan berbuat demikian, sebaliknya dia sendiri yang mahu menyerahkannya. -MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI & SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI
Isu Kandungan  Memo OKU Kepada JKM Kulim

Susah sangatkah nak terima memo dari warga yang berstatus OKU? .. Mengapa perlu ada kakitangan awam yang kerjanya menjaga kebajikan rakyat yang susah dan daif langsung tiada rasa dan berjiwa perihatin? -Omak Kau!!!!
*** 
Mula-mula aku nak tanya Wartawan Sinar Harian mana satu nama yang betul?
Keadilan Daily lapor Gnana Pragasan atau Sinar lapor K Genggataran? 
Kalau Sinar Harian kata Auta kenapa nama tak sama? 

Kepada Kementerian berkaitan janganlah sewa tingkat 1,2 atau 3 untuk dijadikan pejabat..
Susah orang nak berurusan.. Yang berurusan dengan JKM ni biasanya orang orang tua, orang uzur dan OKU.. Ada la mereka yang perlukan tu.. Sian depa..

Beza orang miskin dengan golongan OKU adalah jurang diskriminasi. Orang miskin yang ada lengkap tubuh badan yang kuat dan mampu bekerja tu namanya PEMALAS tapi OKU pulak dia ada benda yang membatasi kemampuan mereka dan perlukan sokongan. At least beliau berusaha mencapai matlamat beliau walaupun dengan merangkak, hidup kalau tak ada misi/visi bek duduk Tanjung Rambutan. 

Mungkin ada yang mengkritik tindakan beliau kerana beliau dari kalangan kaum INDIA. Rasanya kalau MELAYU mungkin ada yang angkat keris cium cium depan Balai lepas buat laporan.

Kalau Menteri datang.... Bukan main lagi Pegawai, pegawai kanan menunggu kat pintu depan dan siap hidangan VVIP... Bila oku@ fakir miskin datang buat macam acuh tak acuh ja.. Membezakan darjat, hang masuk kubur nanti pun sama saja dengan orang miskin... Doakan Pegawai JKM muhasabah diri... Kita ni tak sentiasa di atas..

Kepada Pegawai JKM.. Dengan OKU pon hang takut ka.. awat semua dalam pejabat tu perempuan.. Orang laki-laki tak da ka? Baru dinyanyikan lagu NegaraKu dah takut! Kalau dibacakan Yassin atau Ayat Kursi tah macam mana la gamaknya kan?

Nah Lagu NegaraKU.. Berdiri Semua.. 

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar untuk perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com, There could be many reasons why you need access to some extra cash – from unexpected car or home repairs to paying for your wedding or a special holiday. But whatever you need it for, when you borrow between $5,000 USD to 100.000 USD above.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.