Aiikk..mesyuarat pemilihan sesama sendiri pon ada blackout?
Perwakilan Wanita UMNO Hempas Mikrofon
GUA MUSANG 12 Okt. - Pemilihan Wanita UMNO Bahagian Gua Musangi hari ini menjadi kecoh apabila perwakilan dari cawangan Paloh bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya ...
Video:
Adik Dato' Hamidah Osman mengamuk
⇨
PANAS!!! Adik kepada Ketua Penerangan Wanita Umno Pusat yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) Dato' Hamidah Osman mengamuk!
Mungkin kerana kakaknya tewas jawatan Ketua Wanita Umno Gopeng yang dia mengamuk nie?
Video:
Ingatkan hantu berkeliaran semasa PRU dan PRK ... rupa-rupanya hantu juga turut bangkit untuk menjadi perwakilan UMNO.
Dulu semasa Pakatan Rakyat bangkitkan isu pengundi UMNO .. bukan main lagi riuh rendah gegak gempita bising satu dunia kononnya para pemimpin Pakatan Rakyat mereka cipta isu .... Nah!!!! sekarang orang UMNO sendiri dedahkan kepada dunia betapa ada perwakilan hantu di UMNO Bahagian Gelang Patah, negeri tempat kelahiran UMNO.
UMNO bukan sahaja salah guna kuasa menggunakan jentera kerajaan ( POLIS ) demi kepentingan PARTI untuk pemilihan UMNO
SEKOLAH pun turut disalahgunakan
"Sekolah perlu menjadi kawasan larangan kepada sebarang unsur politiking" -titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah...
Bahkan undang2 yang di buat oleh puak UMNO sendiri tidak membenarkan SEKOLAH dijadikan tempat perhimpunan atas tujuan politik.
Undang-undang Perhimpunan Aman 2012 Fasal 4 melarang sebarang perhimpunan diadakan di tempat2 larangan dalam jarak 50 meter dan tempat larangan ini termasuk SEKOLAH..
dalam kata erti lain puak UMNO buat undang2 puak UMNO yang mendajalkan sendiri..
Memang MELAYU UMNO mudah lupa & derhaka..
Umno Dan Samseng Tak Dapat Dipisahkan, "Petugas Umno Bahagian Kota Raja Dipukul"
Beliau yang juga petugas calon Pemuda yang menang di kawasan itu mendakwa dipukul oleh dua orang abang kepada bekas calon Ketua Pemuda kawasan itu. -SH
Jadi memang betullah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad betapa rakyat yang cerdik dihalang dari masuk UMNO .. Yang tinggal kini hanya yang kurang cerdik .. tetapi kes ini lagi teruk..sampai buta huruf.. langsung tidak tahu membaca dan menulis.
Itu hari ratusan ahli UMNO yang menawarkan diri untuk jadi ketua didapati muflis ... maksudnya yang tahu membaca dan menulis jadi muflis.
Patutlah mudah sangat ahli-ahli UMNO di tipu dan di perdayakan oleh para pemimpinnya.
Sesama dia pun main tipu tipu apa lagi dengan pihak lain... kalau lawan sesama diri pun tipu kalau dengan pihak lain... fikir lah sendiri...
Luahan rasa dari pemimpin kecil UMNO... sudah terbukti pemimpin kecil tidak dipandang sangat oleh org atasan UMNO..
orang2 kecil walaupun hanya salah kecil cepat2 kena hukum orang2 besar walaupun salah besar belum tentu di hukum...
itu lah realiti dalam umno termasuk dalam kerajaan malaysia yang menjadi teraju utama juga UMNO...
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno dan mengakui perwakilan yang mengundi pada pemilihan kali ini didalangi dengan kerenah politik wang.
Meroyan sakan ketua para kaki spin UMNO
Pemimpin UMNO sendiri menyimpul RASUAH tidak berpisah dengan UMNO... apa lagi para geng otak karat biru nak pertahan?
Dato Shaifudin Abdullah calon MT UMNO yg tewas dlm mempertahankan jawatan sebagai Tim Ketua UMNO Bahagian Temerloh mengesahkan.. bahawa politik wang adalah punca beliau kalah....
Tok Pa kata dalam pemilihan Umno.. Pilih wibawa bukan wang bermakna selama ini geng Umno nie pilih wang la ya...
Apa salahnya pilih wang kerana dalam umno mana ada RASUAH hanya politik Wang.. Itukan budaya Umno selama ini.. Politik wang dan salah guna harta kerajaan..
"Satu sejarah dalam umno bahagian Arau tercatat pada hari ini 18 hb okt. Ismail Hashim @ ismail bangsawan di pecat sebagai ketua penerangan umno Bahagian Arau renung renunglah perwakilan...salam tranformasi" -Roslan Hashim
Cerita Dari Arau
Anak buah Mat Said buat pertunjukkan TOMOI semasa pemilihan UMNO bahagian Bahagian Dungun...
Ada LEMBU berkaki dua rupanya dlm UMNO... Tak da yang terasa ka nie?
Barisan Kepimpinan UMNO Pusat 2009-2012
Presiden : Dato’ Seri Mohd Najib Bin Razak
Timbalan Presiden : Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
Naib Presiden 1 : Dato’ Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi
Naib Presiden 2 : Dato’ Seri Hishamuddin Bin Hussein
Naib Presiden 3 : Datuk Mohd Shafei Bin Afdal
Ketua Wanita : Datuk Seri Shahrizat Jalil
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Puteri : Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Barisan Kepimpinan UMNO Pusat 2013-2016
Presiden : Dato’ Seri Mohd Najib Bin Razak
Timbalan Presiden : Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
Naib Presiden 1 : Dato’ Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi
Naib Presiden 2 : Datuk Mohd Shafei Bin Afdal
Naib Presiden 3 : Dato' Seri Hishamuddin Bin Hussein
Ketua Wanita : Datuk Seri Shahrizat Jalil
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Puteri : Mas Ermieyati Samsudin
***
Menang jadi arang, kalah jadi abu, Tak membawa apa-apa makna pada rakyat kalau nasib rakyat tak di perjuangkn, hanya yang di perjuangkn nasib orang keliling dan kroni2 terdekat, harga petrol dan barang-barang harian naik mendadak, pemimpin tak ambil kisah, nasib rakyat yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan, ada pemimpin ambil tahu? Jurang antara yang kaya dan miskin bertambah meluas, perwakilan yang memberi undi meminta di balas budi.. Tapi yang memberi undi semasa PRU, terus terpinggir! Harap ramai Menteri dan Pemimpin Melayu.. Tapi Melayu tak kemana-mana juga..
No comments:
Post a Comment