VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 23 October 2013

ROMPAK: Tragis.. Pegawal Keselamatan Bank Tembak Pekerja Am Bank

Video: Rakaman CCTV Pegawai Bank ditembak Pengawal Keselamatan di AmBank Subang Jaya 

Gambar Mangsa Aku Dah Padam.. 

Pegawai bank mati ditembak di kepala

SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.


Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui...

Mohon sahabat pakat-pakat sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa..
Al-Fatihah ...


Mendapat berita seorang pekerja Am bank Usj meninggal dunia... Rompakan yang dilakukan sendri oleh pngawal keselamatan mengunakan pump gun... Mangsa berada di bilik kebal ketika kejadian... Aku terfikir andai Hudud dilaksanakan adakah perkara ini akan terjadi.. Al Fatiha buat mangsa.. Takziah buat keluarga.... Kejadian petang tadi berlaku.. -Mohd Firdaus

Update

Harap Sebarkan 

Selamat malam tuan. Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jalan usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer AmBank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza U/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.semasa kejadian seramai 5 staf termasuk suspek, laporan lanjut akan menyusul.tel saspek no. 01133070204.tk tuan

sumber: kerabubersuara


SUBANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.

Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu. 

"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.


Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.


Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi. 

Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. 

Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal. 

Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan. 

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan. 

"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan. 

"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian. 

Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian. 

"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya. 

Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran. 

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit. 

Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Berita Palsu, Pembunuh "Pump Gun" ditahan di LCCT (SINI)

21 comments:

  1. Mohon jasa baik tuan buangkan gambar arwah...kasihan pada family arwah...bayangkan jika kita berada ditempat arwah atau family arwah...terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sgt setuju. Mana2 sumber yg memperolehi gambar arwah harap dpt menghormati keluarga arwah dgn tidak menyiarkannya. Hormatilah mrk yg tlh pergi dan keluarganya yg msh ada. AlFatihah

    ReplyDelete
  3. Sgt setuju. Mana2 sumber yg memperolehi gambar arwah harap dpt menghormati keluarga arwah dgn tidak menyiarkannya. Hormatilah mrk yg tlh pergi dan keluarganya yg msh ada. AlFatihah

    ReplyDelete
  4. Sgt setuju. Mana2 sumber yg memperolehi gambar arwah harap dpt menghormati keluarga arwah dgn tidak menyiarkannya. Hormatilah mrk yg tlh pergi dan keluarganya yg msh ada. AlFatihah

    ReplyDelete
  5. Ramai cakap hati2 ambik pekerja lelaki sabah sbb diaorang semua org Indon sebenarnya. Orang Indon tarap buruh ni kan kuat merompak.

    ReplyDelete
  6. Dari tawau confirm ini adalah pendatang tanpa izin ni...dapat ic palsu..tawau kan plg byk pendatang

    ReplyDelete
  7. hormatilah pd arwah n family....buang gmbar tu...sedih family arwah tgk

    ReplyDelete
  8. Ramai org Sabah yang berkerja di sekitar situ yang beli IC (sumber lama dapat dari rakan setempat). Cakap dari Sabah tapi tak tahu mana asal usul. Kerajaan kena ambil tindakan tegas tentang PATI. Al Fatihah buat keluarga mangsa. Semoga mereka redha & tabah dengan kejadian yang menimpa. Harap2 manusia yang bertopengkan binatang ini akan dapat balasan yang setimpal buat dia dan seluruh keturunan dia. Amin

    ReplyDelete
  9. Bole tak admin remove segera gambar arwah? Jagalah aib si mati

    ReplyDelete
  10. Al fatihah buat keluarga mangsa...setuju sgt, tlg remove gmbar mangsa..cian arwah..

    ReplyDelete
  11. setuju buang lah gambar arwah.. kita kirimkan lah Al-Fatihah pada arwah dan keluarganya...
    salam takziah buat keluarga arwah... amin...

    ReplyDelete
  12. Hormat pada keluarga arwah .. Buang gmbr trsbt

    ReplyDelete
  13. Aku dah remove gambar mangsa.. Aku minta maaf dan setuju dengan permintaan hangpa semua.. Terima Kasih kerana sudi menegur dan singgah di ruang blog aku..

    ReplyDelete
  14. ALfatihah .. Semoga arwah tenang di sana..Kerana duit gelap matamu wahai perompak ..selamat datang ke tali gantung ,

    ReplyDelete
  15. Tindakan tegas terhadap PATI dan kongsi gelap kerana ada kemungkinan ini adalah salah satu kerja kongsi gelap- style ganas dan tidak berperikemanusiaan. Saya sokong undang undang tegas membenteras jenayah. Biar sekali ini kita susah dan berlaku pertembungan dengan penjenayah tetapi masa depan yang lebih baik untuk anak cucu kita.

    ReplyDelete
  16. Minta ADMIN keluarkan or remove gambar mangsa dgn kadar yg segera.
    Alfatihah

    ReplyDelete
  17. Mana la admin nak. Admin nak naikkan blog dia la katakan. :-)

    ReplyDelete
  18. Alfatihah utk mangsa..
    Dari Tawau memang banyak pendatang asing terutamanya dari Indon, terlalu ramai indon di sana.Kdg2 klu org tempatan pi sana rasa macam kita pendatang asing. Ini lah gara-gara IC palsu.

    ReplyDelete
  19. Semoga allah mengampuni arwah menempat kn roh nya di kelangan orang orang beriman dan sabar amin,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.