VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 21 October 2013

AES “The More You Delay, The More You Pay” Suatu Kebodohan Yang Tidak Boleh Didakwa


Jadual terkini kadar kompaun AES mulai 10.10.13 dan boleh dibayar. 
Kadar baru ini berkuatkuasa pada saman yang dikeluarkan 18.09.13. Manakala saman yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut masih lagi menggunakan kadar lama.
SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK – AES
“The More You Delay, The More You Pay”
SUATU KEBODOHAN YANG TIDAK BOLEH DIDAKWA

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] Datuk Ismail Ahmad dalam sidang medianya pada 10 Oktober 2013 memaklumkan bahawa kadar baru kompaun yang diumumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Dato’ Seri Hishamuddin Hussein boleh mula dibayar melalui sistem mySIKAP. Katanya lagi kompaun mengikut prinsip lagi lama anda tangguh, lagi banyak anda bayar (“the more you delay, the more you pay”) diperkenalkan oleh Pemangku Menteri hanya melibatkan saman yang dikeluarkan bermula 18 September 2013 sahaja. Bagi penerima saman sebelum tarikh 18 September 2013, kadar kompaunnya masih maksimum RM300 bergantung kepada perbincangan di antara JPJ dengan Kerajaan kerana mengikut Ketua Pengarah JPJ ianya adalah kuasa Kerajaan untuk menentukan.

a)      Prinsip “Lagi lama anda tangguh, lagi lama anda bayar

Ketua Pengarah JPJ menyatakan prinsip ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi menggalakkan pesalah menyelesaikan saman dengan cepat. Saya ingin menjelaskan kepada Ketua Pengarah JPJ dan seluruh masyarakat Malaysia bahawa prinsip ini adalah suatu bentuk ugutan kepada pengguna jalanraya. Ia bukan suatu penyelesaian tetapi lebih kepada ugutan untuk mendapatkan duit kompaun dengan cara yang mudah. Setiap saman perlu dibawa ke Mahkamah untuk menentukan salah atau tidak. Mahkamah adalah tempat untuk menentukan seseorang perlu membayar denda atau tidak. Bukannya Kerajaan dengan konsep ugut lebih lama anda tangguh lebih banyak anda bayar.

Sudah acap kali saya nyatakan dan jelaskan sebelum ini malah saya telah beberapa kali mencabar Pemangku Menteri Pengangkutan atau Peguam Negara atau Ketua Pengarah JPJ atau sesiapa sahaja yang berkaitan untuk membuktikan kepada saya kewajipan membayar kompaun dan kewajipan membayar saman AES. Jika ada peruntukkan mewajibkan kompaun dan saman dibayar, saya bersedia untuk membayar semua kompaun dan saman yang telah dikeluarkan sebaliknya jika tiada maka saya memohon dibatalkan saman-saman AES yang telah dikeluarkan dan hentikan perlaksanaan AES sehingga semua kajian selesai. Sehingga hari ini tiada sebarang respon cabaran saya tersebut.

Untuk kesekian kalinya saya ingin maklumkan bahawa kompaun hanyalah suatu tawaran penyelesaian bukan suatu kewajipan untuk membayar. Justeru tindakan Kerajaan memperkenalkan prinsip “lagi lama anda tangguh, lagi banyak anda bayar” adalah suatu konsep ugutan kepada penerima saman untuk mendapatkan duit mudah. Ini suatu tindakan yang tidak berlandaskan undang-undang dan keadilan. Ia menjurus kepada konsep peminjam wang tanpa lesen atau Ah Long. Lagi lama tak bayar hutang lagi tinggi bunga.

Malah dengan melabel penerima saman sebagai pesalah juga adalah suatu label yang pra-matang dan tidak bertanggungjawab. Saman bukan bukti kesalahan. Saman hanya perintah untuk ke Mahkamah bagi membuktikan kesalahan. Setiap penerima saman bukan pesalah melainkan Mahkamah memutuskan mereka bersalah melakukan kesalahan. “Seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah”.

b)      “Lagi lama anda tangguh, lagi banyak anda bayar” hanya terpakai bagi saman yang dikeluarkan sejak 18 September 2013.

Kenyataan ini dengan jelas membuktikan dua (2) perkara iaitu prinsip “lagi lama anda tangguh, lagi banyak anda bayar” hanya untuk memungut duit mudah dan Kerajaan menipu secara terang-terangan kepada rakyat.

Seperti mana yang disebutkan sebelu ini, kompaun hanyalah suatu tawaran yang maksimumnya ialah RM300 tanpa minimum. Ini bermaksud bahawa kompaun boleh serendah RM0.01 sehingga RM300. Semuanya terletak kepada budibicara pihak berkuasa. Siapa pihak berkuasa? Semuanya telah diperuntukkan di dalam Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Apabila Ketua Pengarah JPJ mengatakan prinsip tersebut hanya terpakai kepada saman-saman yang dikeluarkan sejak 18 September 2013, ini dengan jelas memberikan ketidak-adilan kepada penerima saman sebelum 18 September 2013 sedangkan tiada bezanya saman sebelum atau selepas 18 September 2013.

Saya menyatakan Kerajaan menipu secara terang-terangan kerana pada 14 September 2013, Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Malaysia bahawa bermula tarikh tersebut, operasi AES telah diserahkan kepada PDRM. Ini disahkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan atas alasan Kerajaan mengambil-alih operasi AES. Jika telah diserahkan kepada PDRM, apa locus Ketua Pengarah JPJ keluarkan kenyataan berkaitan AES? Ini telah melanggar bidangkuasa. Adakah ini juga suatu kebodohan yang tidak boleh didakwa seperti yang dimaksudkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed? Bagaimana pula saman AES yang dikeluarkan sejak 18 September 2013? Adakah dikeluarkan oleh JPJ atau oleh PDRM?

c)      JPJ akan berbincang dengan Kerajaan berkaitan kadar kompaun untuk saman sebelum 18 September 2013.

Ini jelas adalah suatu ketidakfahaman kuasa mengikut undang-undang. Saya mohon Ketua Pengarah JPJ merujuk kepada peruntukkan Seksyen 120 Akta pengangkutan Jalan 1987. Peruntukkan seksyen tersebut dengan jelas memberikan kuasa kepada Ketua Pegawai Polis, Pesuruhjaya Polis, atau mana-mana pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada inspektor, Ketua Pengarah atau Pengarah JPJ atau pegawai JPJ yang diberikuaasa oleh Pengarah JPJ, Dato’ Bandar, Presiden atau pegawai Perbadanan Putrajaya, Ketua Pengarah Lembaga lebuhraya Malaysia atau pegawai pihak berkuasa kerajaan tempatan untuk menggunakan budi bicara dalam mengkompaun sesuatu kesalahan.

Seksyen 120 tersebut adalah kuasa ekslusif mereka yang disebutkan bukan kuasa Kerajaan. Jadi apabila Ketua Pengarah JPJ berkata kadar kompaun bukan dalam kuasa JPJ adalah suatu kebodohan yang tidak boleh didakwa.

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor
11 Oktober 2013. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.