VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 23 October 2013

Jom Bantah GST, Himpunan Aman di Parlimen Jumaat Nie..


Pakatan Rakyat dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan himpunan aman membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sempena pembentangan Bajet 2014, di Parlimen 25 Oktober ini.


Antara agenda yang akan diadakan pada himpunan itu adalah pidato daripada wakil parti politik dan NGO, flashmob dan penyerahan memorandum kepada Ahli Parlimen Pakatan di laluan masuk bangunan Parlimen, kira-kira jam 3 petang.

Sehubungan itu, orang ramai diseru supaya menyertai perhimpunan itu bagi menyatakan pendirian terhadap pelaksanaan GST yang membebankan dan satu sidang media juga dijadualkan akan diadakan selepas perhimpuan berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, protes seluruh negara akan diadakan jika Kerajaan Pusat melaksanakan GST pada Belanjawan 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pakatan meneruskan pendirian menentang keras sebarang usaha kerajaan Barisan Nasioanal (BN) bagi pelaksanaan GST yang hanya akan membeban rakyat.


"Amaran" ini dilakukan bagi menggesa kerajaan mengkaji semula keperluan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum pembentangan Bajet 2014, pada Jumaat ini.

Menurutnya, kerajaan boleh memperkasakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum melaksanakan GST.

Protes ini dilakukan demi untuk bantah kemungkinan GST diperkenal pada Jumaat yang bertujuan, ganti SST.

Cukai GST ini bukan cukai tetap tapi cukai tambahan, setiap pemberian cukai perkhidmatan hanya menguntungkan peniaga tetapi yang menjadi mangsa adalah pengguna.

Perlaksanaan GST akan membebankan rakyat, sepertimana yang berlaku di Singapura, kajian telah menunjukkan di Singapura harga barangan naik mendadak selepas perlaksanaan GST ini.

Mai Baca Dulu.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.