VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 22 October 2013

Alhamdulilah.. 7 resolusi Konvensyen Tanah Kebangsaan Dicapai


Berikut adalah tujuh resolusi yang dicapai dalam Konvensyen Tanah dan Perbandaraan Kebangsaan, di Shah Alam hari ini.


1- Konvensyen mencadangkan agar maklumat status hak milik tanah dan informasi berkaitan diberi akses secara telus. Peralihan rekod secara fail ke bentuk digital harus di segerakan ke seluruh negara. 

2- Konvensyen juga menggesa agar isu pemajakan pemilikan tanah dalam rancangan Felda; Felcra; Rancangan pembangunan tanah negeri serta tanah orang asal dapat dipantau dan keadilan pemilikan tanah mereka terjamin. 

3- Konvensyen mencadangkan satu kaedah untuk menghimpunkan bank tanah bagi tujuan memajukan tanah rezab Melayu yang terbiar dan tidak dimajukan.

4- Konvensyen mencadangkan pewujudkan tabung dana pengurusan hartanah berkonsepkan syariah untuk menguruskan tanah rezab Melayu. 

5- Kerajaan-kerajaan negeri perlu mengganti balik tanah-tanah rezab Melayu yang telah diambil balik dengan keluasan yang sama atau lebih. 

6- Konvensyen mencadangkan agar negeri Selat Pulau Pinang dan Melaka yang tiada peruntukkan tanah rezab Melayu mempunyai mekanisma alternatif dengan tujuan mengekalkan tanah warisan orang Melayu dan perkampung warisan Melayu daripada diambil alih dan bertukar hak milik kepada pihak lain. 

7- Konvesnyen mencadangkan kerajaan negeri membenarkan tanah kosong dan terbiar sama ada tanah Rezab Melayu, milik persendirian atau milik kerajaan negeri diberi kebenaran sementara untuk dibangunakn atau dimajukan secara kooperatif atau kolektif.

***
Alhamdulillah! Program berjaya membuka minda masaalah tanah setelah 56 tahun merdeka UMNO telah banyak menjual tanah REZAB MELAYU yang sudah banyak tergadai!!!! Hidup Melayu...

Antara Bukti Tanah Rizab Melayu Tergadai di Tangan UMNO.. Ada Lagi... 
Lihat dengan jelas permohonan Umno Puchong ditolak kerana ia satu cubaan merampas tanah rezab melayu 

PENDEDAHAN PENGKHIANATAN UMNO KEPADA TANAH MILIK MELAYU PULAU PINANG 
Merujuk kepada perkara di atas 
2. Pada 31 Januari 2012, seramai 31 pemilik tanah warisan (tanah melayu), di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang, telah menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd (849163-W) dengan harga RM8,563,983.12. 
3. 16 Mei 2012 yang lalu, Maison Heights Sdn Bhd (849163-W) telah menjual tanah tersebut pula kepada Kay Pride Sdn Bhd (177772-W) dengan harga RM13,457,664.00. Dalam masa 5 bulan sahaja Maison Heights Sdn Bhd telah mendapat keuntungan hampir RM 5 juta. 
4. Maison Heights Sdn Bhd dimiliki oleh Dato' Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang) dan Dato' Omar Faudzar (Pengarah Pilihanraya BN Pulau Pinang). Tanah tersebut mungkin akan dibangunkan dengan perumahan mewah yang hanya mampu dimiliki selain dari kaum melayu. 
Dengan fakta ini terbukti bahawa selama ini Pimpinan UMNO Pulau Pinang yang 'menghalau' orang Melayu keluar dari Pulau Pinang. 
Mohon kepada semua blogger Pro Pakatan Rakyat untuk menyebarkan fakta pengkhianatan ini kepada seluruh rakyat Malaysia. 
Perhatian tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. 
“CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(MOHD YUSRI BIN YAACOB)
Pembantu Khas Speaker
Dewan Undangan Negeri
PULAU PINANG.

Kalau kita dok tengok la nie ramai orang Melayu yang jadi broker ayaq hangat juai tanah orang Melayu.. Dok juai tanah.. Pastu tinggai apa kat kita.. Kalau si pembeli tu halau kita, mula la nak berdemo cium keris bagai.. Phuiiii............

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.