Universiti sepatutnya terkenal dengan pusat berkumpul orang cerdik pandai dan bertamadun. Akan tetapi apa yang berlaku kepada pelajar UKM yang masuk bertanding untuk pilihan raya kampus UKM amat memalukan.
Mangsa adalah calon ProMahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Siti Aishah Shaharudin, 21.
Menurutnya, sebelum kejadian, kira-kira jam 3.30 pagi, dia bersama 19 rakan yang juga calon bagi Pilihan Raya Kampus 2013 UKM sedang berehat di rumah sewanya itu sebelum terdengar bunyi enjin motosikal di luar rumah.
Dia bagaimanapun tidak mengendahkan bunyi itu kerana menyangka ia adalah motosikal pengawal keselamatan yang bertugas meronda setiap malam.
“Tetapi selepas beberapa minit, saya hairan kerana bunyi enjin itu seolah tidak bergerak. Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi seperti letupan di pintu utama rumah.
“Saya bergegas keluar untuk memeriksa dan terkejut mendapati api sedang marak di depan rumah. Saya terus mengejutkan rakan lain yang sedang tidur kerana menjadi panik selepas melihat kebakaran itu,” katanya.
Mangsa juga turut diugut apabila ada nota diletakkan di kereta mangsa yang tertulis ‘Tarik diri atau mati‘.
Mengikut orang kuat UKM, perkara ugutan sebegini sudah biasa berlaku setiap tahun tetapi setakat ini belum ada kejadian bunuh yang betul-betul terjadi.
Kepada mahasiswa, tidak usahlah serius sangat sampai nak bunuh dan bakar rumah calon lain. Jika anda tahu tiada pengaruh dan akan kalah dalam pertandingan, terima sahaja jangan buat kerja tidak bertamadun seperti ini. Kalau menang bukan boleh elaun beribu ringgit pun.
Sokongan Penuh Kepada Pro-Mahasiswa
“Dari MAHASISWA untuk MAHASISWA!”
No comments:
Post a Comment