VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 15 June 2015

Saham FELDA Menjunam ke Paras Paling Rendah Dalam Sejarah


Saham ‪#‎FGV‬ menjunam paling rendah dalam sejarah !!!
DAH TINGGAL RM1.65.. hoooray !!!

FAKTA:
1) Sebelum hari terkahir FGV digantung sehari & telah dikeluarkan dari Indeks Komposit, saham terakhir yg tinggal RM1.86..

2) Semasa hari penggantungan FGV, FGV telah MELABUR RM2.55 BILION kuasai 37 peratus syarikat ladang Indonesia..

3) Hari ini setelah MELABUR RM2.55 BILION & saham FGV diniagakan semula, SEKALI LAGI SAHAM FGV JATUH TERUS MERUDUM LAGI 21SEN & BERBAKI HANYA RM1.65 !!

APA DAH TINGGAL RM1.65 drpd asal RM5.39 ???

Bersyukurlah... Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU 

PADAN MUKA KORANG YANG DEGIL TAK DENGAR KATA...

Sunday 14 June 2015

Dr.MAZA: Seakan Alam Tidak Serasi Dengan Malaysia


KEBERKATAN BAGAIKAN MULA HILANG

Sejak satu tempoh negara kita bagaikan ada yang tidak kena. Tiga kapal terbang menjadi trajedi, banjir paling besar melanda negara, helikopter terhempas dalam dan luar negara, gempa bumi dahsyat berlaku dan kini kapal laut kita pula menjadi mangsa. Ditambah pula dengan krisis 1MDB, kejatuhan mata wang dan lain-lain. 

'Seakan' daratan, udara dan lautan tidak serasi lagi dengan kita. Bagaikan diberi tanda bahawa keberkatan mula dicabut satu persatu dari negara tercinta.

Betapa kita semua perlu memohon agar Allah terus memberkati negara kita. Hendaklah kita semua sekelian warga negara, khususnya para penguasa menyemak apa yang telah mereka dan 'anak isteri' mereka lakukan agar tidak zahir kemurkaan ar-Rahman di udara, lautan dan daratan. 

Dalam sejarah zaman yang diberkati Tuhan seperti dibawah pentadbiran khalifah-khalifah soleh; bumi menjadi subur, rakyat menjadi makmur dan kedamaian diakur.

Marilah kita sentiasa berdoa dan berusaha mengubah punca-punca yang boleh menyebabkan bala turun kepada negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.