VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 24 May 2014

Kemalangan Maut, Kereta Rempuh Superbike Ketika Membuat Pusingan U




KEMALANGAN melibatkan sebuah motorsikal berkuasa tinggi dan kereta di jalan menghala Batu 2 1/2 Binjai dari Bandar Chukai Kemaman.

Menurut sumber,kejadian berlaku apabila kereta yang datang dari arah bertentangan membuat pusingan U secara tiba-tiba dan penunggang motorsikal gagal mengelak lalu merempuh kereta tersebut.

Penunggang tersebut baru disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Susulan kemalangan bigbike di Kemaman.Mangsa yg meninggal tu ride Repsol Rabbit dan yg bawa Z800 masih di hospital Kemaman akibat kecederaan parah.

Calon Bebas PRK Bukit Gelugor Tarik Diri Kecewa Dengan SPR


'Aku kecewa, tiada harapan kalahkan DAP' Radzi Razak | 7:58PM Mei 24 2014 Kurang 24 sebelum pengundian pagi esok, calon bebas paling banyak gimik dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mengisytiharkan telah 'menang'.

Beliau malah meninggalkan Bukit Gelugor malam ini bersama penyokong-penyokongnya untuk ke pusat peranginan Langkawi, Kedah.

Menurut beliau calon bebas telah menjadi mangsa kerana tiada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi BN.

"Aku tarik diri dan tidak bertanding kerana kecewa dengan sistem pilihan raya negara ini," katanya di hadapan seorang lagi calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar di padang kampung Melayu Air Itam sebentar tadi.

Menurut Backer, sumber 'tertinggi' memberitahu beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP bagi membalas jasa mereka yang memberi laluan kepadanya di Pekan pada 1976.

Beliau turut mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertindak sambil lewa dan tidak membuka pejabat untuknya menghantar nama ejen pengundian dan pengiraan hari ini.

"Masa Najib bertanding di Pekan selepas kematian bapanya, semua parti bagi 'walkover' sekarang ini Najib nak balas jasa Karpal yang juga pemimpin besar," kata beliau.

"Sebab BN tak bertanding mereka (SPR) tak peduli," kata beliau.

Bagaimanapun Backer tetap ceria dan membuat majlis makan malam dan solat maghrib untuk penyokong dan pengunjungnya.

"Saya tak ada esok. Semua penyokong saya akan ikut saya ke Langkawi," kata beliau

Oh! Malaysiaku, Bertahun-tahun Makan Babi (Cabbury Dairy Milk)






Mohon NGO-NGO ke depan dalam isu..Kalau boleh sampai tahap saman syarikat tersebut kerana menipu umat Islam... Maaflah kepada kawan-kawan Non Muslim yang membaca

Luluh Hati Mengenangkan Nasib Anak Yatim Yang Baru Kehilangan Ibu Bapa Dalam Kejadian Kemalangan Pagi Tadi


Acp Sh Hawariah: Ibu dan bapa 5 anak ini maut dlm kemalangan di Jln Chan Sow Lin, 8 pagi tadi
[23/05 16:29] Acp Sh Hawariah: Report : 42431/14

Butir-butir simati:
(1) Jefri bin mohd zain.
Melayu
Lelaki
50 tahun.
(2) Norsalawati Binti Ibrahim
Perempuan
Melayu
40 tahun
M/sikal no: WDW7037 jenis honda ex5.
Ringkasan kes.
Kemalangan berlaku pada 23/5/2014@0800hrs dari arah Cheras menghala susur jalan Chan Sow Lin melibatkan 1 motosikal dan 1 lori nomber tidak pasti dipercayai m/sikal terbabit trjatuh akibat hilang keseimbangan lalu terjatuh dan dilanggar oleh 1 m/lori. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.waris telah dimaklumkan.
Tindakan awal:
1. Mengesan lokasi m/lori
2. Saksi bebas tampil dan rakaman prcakapan akan diambil.
3. Tiada CCTV di tmpt berhampiran.
4. Mangsa dihantar ke HKL utk dibedah siasat.
Kes disiasat dibawah Sek 41 APJ 1987. disiasat oleh Insp Idzam

Info tambahan berkaitan suami isteri yg meninggal krn kemalangan pagi tadi:
1. Anak2 mrk seramai 5 org dr 2 hingga 15 thn
2. Arwah ajk surau yg aktif
3. Kedua2 mangsa org susah dan bekerja di kilang percetakan
4. J.kuasa di surau tmn desa cheras ditubuhkan utk membela anak2 ini dan sedang mengumpulkan wang sebanyak RM15k setahun utk 5 tahun bagi perbelanjaan sekolah anak2 arwah dan keperluan harian
6. Sehingga kini pemandu lori yg melanggar belum ditahan

Friday 23 May 2014

Pandangan Nik Aziz Tentang PRK Teluk Intan


Teluk Intan : Pandangan Saya

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.

2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.

4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

6. Saya kira UMNO perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah PAS kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah UMNO bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?

7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat Pakatan Rakyat menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 23 Rajab 1435H

Cikgu Cedera Ditumbuk Murid Kerana Melarang Meraka Buat Bising Didalam Surau




Seorang Cikgu di sebuah sekolah di Kota Kulai cedera ditumbuk oleh anak murid tingkatan 2 sekolah berkenaan.

Difahamkan cikgu tersebut menegur murid itu membuat bising dalam surau..

Thursday 22 May 2014

Bongkar! Anak Ketua Polis Negeri Berstatus Pengangur Bermewah-mewahan


Hampir setahun selepas ditembak, pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini tampil dengan dakwaan rasuah dalam pasukan polis.

Ahli PKR itu mempersoal kekayaan luar biasa anak lelaki seorang ketua polis negeri.

Dakwanya, penganggur berusia 30 tahun itu membeli dua kerewa mewah tahun lalu – Jaguar dan Audi A5 – yang kedua-duanya bernilai RM1.1 juta.

Akaun banknya juga, dakwa Sanjeevan, mempunyai transaksi bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan sehingg April lalu.

“Kebetulannya di sini ialah dia mempunyai kaitan dengan syarikat senjata api. Syarikat senjata apa itu pula di negeri yang sama dengan di mana bapanya menjadi ketua polis,” katanya kepada pemberita di sebuah restoren di Kuala Lumpur.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama ketua polis negeri tersebut sementara menunggu komen rasminya.

Panda Dari China Disusukan, Rakyat Di Malaysia Mati Kelaparan




Selamat datang diucapkan kepada Fuwa dan Fengyi pasangan beruang panda yang baru tiba hari ini ke Malaysia dari negara China. Semoga selesa tinggal di Malaysia bagi menghabiskan percutian selama 10 tahun atas perjanjian pinjaman antara Malaysia dan China sebagai lambang keutuhan persahabatan selama 40 tahun. Begitulah yang dilaporkan.

Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, kedua mereka, jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Dimana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!

Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun. Sekiranya panda tersebut melahirkan anak, maka Zoo Negara sekali lagi mesti membayar sebanyak RM2 juta kepada China dan setelah dua tahun, anak tersebut mestilah diserahkan kembali kepada China.

Keseluruhan bagi 10 tahun kos pembiayaan panda ini ialah sebanyak RM70 juta jika mereka mandul. RM72 juta jika beranak dan jika sekiranya tanah itu bernilai RM250 ribu seekar, maka jumlah keseluruhan pasangan panda itu dan seekor anaknya ialah RM73 juta. Satu jumlah yang sangat besar bagi perjanjian membawa binatang tinggal, makan dan beseronok-seronok di “rumah” kita. Sekiranya diberikan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) jumlah wang sebanyak itu, berkemungkinanan rakyat Kuala Terengganu terselamat daripada kenaikan cukai pintu. Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Dan perlu diingat semua kos ini anda semua yang bayarkan. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan GST, tarif elektrik, harga petrol dan lain-lain lagi. Faham?

Saya juga bukan pakar binatang, tetapi sepanjang puluhan tahun saya tinggal di Malaysia, saya tidak pernah tahu yang Malaysia mempunyai panda yang tinggal secara semulajadi di habitatnya di Malaysia ini. Jadi untuk apakah penyelidikan yang hendak dijalankan? Kenapakah tidak sahaja dibiarkan pakar-pakar binatang dari China yang menguruskan panda-panda itu? Dan sememangnya di situlah tempat mereka. Fikirkan kembali kenyataan dari World Wildlife Fund (WWF) yang mencadangkan agar peruntukan sebesar itu lebih bagus disalurkan kepada usaha-usaha menyelamatkan binatang-binatang yang diancam kepupusan di Malaysia ini sendiri seperti harimau, badak Sumatera, penyu dan lain-lain lagi. Adakah akan kita mendapat peribahasa baru “Panda di China disusukan......”?

Saya juga tidak mengetahui sangat apakah maksud kedatangan beruang panda yang dibawa itu jika ingin saya kaitkan kepada kemiskinan dan kesempitan hidup rakyat serta masalah gejala sosial, atau akan membantu mendekatkan masyarakat yang semakin jauh daripada agama. Apakah ini mungkin cara penyelesaian terbaru bagi mengurangkan semua masalah negara tadi oleh kerajaan, saya tidak tahu. Tapi yang pasti hal ini tidak pernah dilakukan orang, dan ianya tiada dinyatakan dalam tujuan pinjaman panda ini.

Sedarkah anda semua, kehadiran beruang panda ini akan menjadikan sekumpulan manusia berwang kerana mereka cukup pandai dalam mencari peluang menambahkan wang mereka. Apa yang terjadi, nasib yang menimpa rakyat, tidak diendahkan. Buktinya dengan kenaikan harga petrol, harga barang-barang dapur, tarif elektrik dan lain-lain lagi selepas PRU. Sepatutnyalah rakyat bangun menyatakan sikap dengan pembaziran, penyelewengan, penipuan dan pemerasan ini. Ditambah dengan masalah kehidupan, gejala sosialnya, tekanan kerja, hambatan material dan pertambahan kejadian jenayah. Semestinya kita bersama-sama menghentikannya.

Solidariti Anak Muda Malaysia tidak bersetuju dengan kemasukan panda ke malaysia. Pembaziran berlaku dan kesusahan rakyat akan semakin meningkat.

Afzanizam Hashim

Penyelaras bersama
SAMM Pulau Pinang.

Wednesday 21 May 2014

SAMM Kecam Tindakan Penyokong UMNO Menyerang Dewan DUN Pulau Pinang




Solidariti Anak Muda Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mencipta kekacauan dan merusuh di dalam Dewan Legislatif ketika Dewan sedang bersidang seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Insiden tersebut telah mencatat satu episod gelap dalam sejarah politik tanahair selain berpotensi menghakis kepercayaan rakyat terhadap amalan Demokrasi Berperlembagaan.

UMNO telah menunjukkan bahawa sememangnya mereka tidak pernah menghormati institusi Dewan Undangan Negeri dengan perlakuan biadap merusuh di dalam dewan legislatif negara. Adakah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka adalah golongan yang mengatasi segala bentuk undang-undang?

Timbul persoalan mengapa Polis DiRaja Malaysia tidak mengambil tindakan tegas menghalang berlakunya perilaku rusuhan yang mengugat institusi demokrasi berperlembagaan negara. SAMM berasa amat kecewa dengan tindakan lemah pihak PDRM dalam berhadapan dengan konfrontasi daripada mereka-mereka yang punya hubungan dengan rejim UMNO/BN walaupun mereka itu sedang memijak kedaulatan negeri dan negara amnya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Polis DiRaja Malaysia segera menangkap semua pihak yang telah menceroboh dan mencetuskan rusuhan tersebut. Jika tiada tangkapan dalam tempoh 24 jam, maka Ketua Polis Negeri Pulau Pinang wajar melepaskan jawatan atas tidak kompeten dan hanya membiarkan mereka-mereka yang anti-demokrasi berperlembagaan dan ingin mencetuskan suasana huru hara dalam negara.

Insiden ini merupakan satu tindakan biadap yang tidak menghormati Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan juga satu cubaan memerangi kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan juga Yang Dipertuan Agong.

SAMM melihat kelemahan pihak PDRM dalam mempertahankan keselamatan Dewan Negeri Pulau Pinang ini seolah-olah sedang mempersendakan maruah TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Dewan Negeri merupakan dewan legislatif yang dipayungi oleh Sultan, Raja atau TYT Yang Dipertua Negeri. Mengapa tindakan tidak bertamadun ini sengaja dibiarkan?

Mencipta kekacauan merusuh dalam dewan yang tertinggi dalam negeri yang menggubal undang-undang di peringkat negeri dan yang membawa rang undang-undang Parlimen untuk diimplementasikan di peringkat negeri adalah satu bentuk usaha memperlekeh ruang demokrasi dan kedaulatan negeri itu sendiri.

Sekali lagi, SAMM mendesak PDRM segera mengambil tindakan terhadap perusuh berdasarkan kepada aspirasi No One Is Above The Law dan juga demi menjaga prinsip Rukun Negara ketiga, Keluhuran Perlembagaan daripada terus dipermainkan oleh pihak-pihak yang sekadar ingin melakonkan drama politik semata-mata. Kegagalan mengambil tindakan akan menyebabkan institusi legislatif ini berpotensi menghakis kepercayaan rakyat terhadap prinsip amalan Demokrasi Berperlembagaan.

Pemuda BN Lempar Kata-Kata Kesat Kepada Dyana Sofya


Dua pemuda BN menaiki motorsikal dengan no plat BJF 30 dan BHD 5514 menghamburkan kata-kata kesat kepada Dyana. -RoketKini

Kenyataan Media Berhubung Tindakan Biadap Memecah Masuk Dewan DUN Pulau Pinang




Tindak balas serta-merta ke Pulau Pinang DUN kejadian hari ini oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin:

Pemimpin UMNO-Perkasa memecah masuk ke DUN dan mengganggu prosiding Dewan Undangan Negeri, ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen Msia. Saya terkejut dan marah.

Saya mengecam perbuatan outrages ini. Saya menuntut UMNO mengambil penuh bertanggungjawab. UMNO mesti meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan memecat pemimpin-pemimpin UMNO. Saya melihat beberapa pemimpin Umno Bayan Baru di tengah-tengah mereka.

Rakyat Malaysia tidak boleh gentar dengan hukum rimba. Dewan Undangan Negeri adalah tidak boleh dipertikaikan. Lelaki DUN & wanita adalah wakil-wakil yang dipilih oleh pengundi melalui proses demokrasi. Ia adalah integriti parlimen demokrasi berisiko.

Saya menggesa pihak polis untuk mendakwa pelaku ini untuk mengancam demokrasi Parlimen di bawah seksyen 124 SOSMA C.

Celaka UMNO.. UMNO Celaka..
Kutuk umno tidak bermakna kutuk Melayu..

Orang melayu sudah muak dengan perangai umno yang bertidak sebagai parti perkauman..

Tuesday 20 May 2014

Only In Malaysia: Cara Meraih Undi Calon Bebas Di PRK Bukit Gelugor


Calon Bebas pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan, hari ini mencetuskan drama di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang apabila berpura-pura ‘dilanggar’ kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Insiden dilaporkan berlaku selepas Abu Backer Sidek gagal untuk bertemu dengan Guan Eng selepas menunggu untuknya lebih kurang satu setengah jam.

mStar melaporkan bahawa Abu Backer bertindak menahan kenderaan yang membawa Guan Eng dan apabila dihalang sekumpulan pengawal keselamatan DUN, beliau kemudiannya bertindak 'merempuh' keretanya.

Beliau dilaporkan memegang tulang rusuknya dan berkata beliau dalam kesakitan.

Walaubagaimanapun, Guan Eng dan pembantu peribadinya terus beredar tanpa mengendahkan aksinya.

Ambulans tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 2.30 petang untuk membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Sebelum kejadian ini, Abu Backer dilaporkan menangis di dalam satu sidang media dan berkata beliau ‘merajuk’ dengan media tempatan kerana kecewa kempennya tidak mendapat liputan media.

Beliau juga berkata beliau tidak takut diboikot media kerana CNN akan membuat liputan media tentangnya.

"Saya sudah sedia untuk diboikot. Boikotlah. Saya ada CNN. Mereka dah lama tunggu saya," beliau dilaporkan berkata.

Tengok lama-lama muka dia macam geng Pekasa pon ada.. Hahahaha..

Jawapan Ibu Dyana Sofya Kepada Tun Mahathir


"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina" Jawab ibu Dyana kepada Tun M.

Veteren Umno Desak Pecat Ibu Dyana Sofya Calon DAP Telok Intan


Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Yammy Samad menggesa U‎mno untuk lebih terbuka menyatakan pendirian selepas ahli veteran parti Melayu itu mendesak keahliannya‎ dilucutkan.

Yammy berkata tiada masalah jika veteran Umno serius mencadangkan keahliannya dilucutkan, namun semuanya perlu dibuat secara rasmi.

"Ada desakan veteran untuk memecat saya. Itu terpulang. Jika betul, hubungi saya. Mereka asyik menyalak sahaja.

"Kenapa tidak hubungi saya terus dan saya akan berikan jawapan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Media melaporkan Setiausaha Agung veteran Umno Datuk Mustapha Yaakob menggesa agar keahlian Yammy dilucutkan kerana menyokong dan membantu anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.

Katanya, perbuatan itu jelas menyalahi Perlembagaan dan menghina parti maka tindakan berkempen calon bukan daripada parti Barisan Nasional (BN) adalah menyalahi tata etika parti, sama ada keluar parti atau pun mesti dipecat. – 20 Mei, 2014.

Politik Umno kurang Matang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.