VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 20 May 2014

Only In Malaysia: Cara Meraih Undi Calon Bebas Di PRK Bukit Gelugor


Calon Bebas pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan, hari ini mencetuskan drama di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang apabila berpura-pura ‘dilanggar’ kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Insiden dilaporkan berlaku selepas Abu Backer Sidek gagal untuk bertemu dengan Guan Eng selepas menunggu untuknya lebih kurang satu setengah jam.

mStar melaporkan bahawa Abu Backer bertindak menahan kenderaan yang membawa Guan Eng dan apabila dihalang sekumpulan pengawal keselamatan DUN, beliau kemudiannya bertindak 'merempuh' keretanya.

Beliau dilaporkan memegang tulang rusuknya dan berkata beliau dalam kesakitan.

Walaubagaimanapun, Guan Eng dan pembantu peribadinya terus beredar tanpa mengendahkan aksinya.

Ambulans tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 2.30 petang untuk membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Sebelum kejadian ini, Abu Backer dilaporkan menangis di dalam satu sidang media dan berkata beliau ‘merajuk’ dengan media tempatan kerana kecewa kempennya tidak mendapat liputan media.

Beliau juga berkata beliau tidak takut diboikot media kerana CNN akan membuat liputan media tentangnya.

"Saya sudah sedia untuk diboikot. Boikotlah. Saya ada CNN. Mereka dah lama tunggu saya," beliau dilaporkan berkata.

Tengok lama-lama muka dia macam geng Pekasa pon ada.. Hahahaha..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.