VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 29 March 2014

Memali: Berharap Karpal Singh Saman Mahathir Yang Dikaitkan Dengan Pembunuhan Beramai-ramai Umat Islam

MEMALI BERDARAH: SAYA DOA KARPAL SINGH TENTANG MAHATHIR

Zairil Khir Johari selalu sebut, "DAP bukan parti agama atau bangsa..."

Justeru, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi, rakyat Malaysia tidak perlu takut kerana parti tersebut tidak akan memperjuangkan kepentingan satu-satu kelompok sahaja atas dasar agama atau bangga.

Apabila ada pemimpin parti itu turut meluahkan bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai Ikhwan Muslimin oleh rejim Mesir atas dasar hak asasi manusia, fahamlah saya bahawa atas dasar demokratik sosialis sekular pun, pembelaan atas golongan tertindas dilangsungkan.

Oleh kerana Karpal Singh antara pemimpin utama DAP yang kuat melawan rejim zalim Umno BN, saya berdoa agar dia memulakan usaha menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali dikaitkan dengan pembunuhan rakyat di Memali (jika boleh).

Ini antara doa saya di BBlue Club, sambil-sambil layan live band seorang diri.

Umat Islam bersedia untuk melopong jika bukan Islam tampil dalam menentang Mahathir dalam kes Memali ini. In sha Allah!

Tulisan ZAINULFAQAR YAACOB


Posted via Blogaway

Memali: Mahathir Ada di Malaysia Bukan China Ketika Pembunuhan Beramai-ramai Orang Islam

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa melakukan lawatan rasmi ke China sewaktu berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 1985 yang mengakibatkan 18 orang terkorban.

Dan hampir tiga dekad selepas peristiwa itu berlaku, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu malam tadi dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Apabila mendengar ini, forum moderator Mohammad Agus Yusof berkata: "Oh my God."

Kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan Ibrahim kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.


Posted via Blogaway

Thursday 27 March 2014

Liwat II: Jawapan Menteri Menjurus Kepada Penyalahgunaan Kuasa


Baca soalan Yb Samsul. Pembiayaan terpilih untuk aniaya musuh politik.

Baca jawapan dari pihak eksekutif BN selaku pentadbir negara.

Telah berlaku SALAH guna wang pembayar cukai disini.

Jawapan tu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa right?

Boleh tak bukak file report dan dakwa siapakah yang telah culas dan dakwa supaya wang pembayar cukai tidak dicuri sewenang-wenangnya?

Sebab mengapa Dr Mahathir mahu sekat internet


Jadi Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan jika beliau kembali sebagai perdana menteri, beliau akan menapis internet. Ia langsung tidak menghairankan.

Jika Dr Mahathir memerintah Malaysia pada zaman internet, beliau akan bertahan tidak lebih daripada satu penggal. Bercakap besar, kata-kata kosong, rasuah berleluasa, pelaksanaan songsang Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan menelan beliau.

Mereka yang zalim, diktator dan sebagai, semua mahu kembali ke zaman pra-internet. Dan mereka menyembunyikan niat sebenar mereka dengan mengatakan internet merosakkan anak muda, blah blah blah.

Tetapi mengapa Dr Mahathir, yang menggalakkan pertumbuhan internet dan akses awam di Malaysia, dan juga berjanji untuk memastikan ia bebas, kini berubah fikiran?

Berikut adalah sebab sebenar mengapa beliau mahu menapis internet:

1) Supaya kerajaan dapat terus berkuasa dengan memperdaya rakyat Malaysia dengan cerita separuh benar dan pembohongan yang dicetak dan diterbitkan oleh abettors-in-chief: media arus perdana.

Banyak akhbar dan stesen televisyen yang dimiliki parti politik Barisan Nasional dan mereka memberi gambaran negara ini yang mempunyai sedikit persamaan dengan realiti.

Liputan kehilangan pesawat MH370 adalah contoh yang jelas. Di saat media seluruh dunia mendedahkan Malaysia dan asas utama yang buruk, media arus perdana memaparkan sebaliknya.

2) Supaya kerajaan dapat terus bersikap pilih kasih kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dan keluarga ahli politik.

Bolehkah kemelut Pusat Fidlot Nasional menjadi pengetahuan umum jika kita berada di zaman pra internet Malaysia? Pastinya tidak.

Editor akhbar akan memberitahu Putrajaya untuk menutup cerita itu. Dalam hal ini, The Star dan lain-lain tidak mempunyai pilihan tetapi memberi liputan kerana liputan yang dibuat oleh banyak portal dan blog.

Menapis internet akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membuat kembali tawaran penswastaan berat sebelah seperti konsesi tol.

3) Supaya kerajaan dapat mengawal wacana penting isu-isu seperti pengharaman akhbar Katolik, Herald kerana menggunakan perkataan Allah.

Jika tidak kerana internet, rakyat Malaysia akan terus disuap dengan pembohongan Utusan Malaysia tentang terdapatnya konspirasi besar oleh orang Kristian untuk mengambil alih Malaysia; bagaimana Katolik mahu menggunakan kalimah Allah untuk memurtadkan umat Islam.

Rakyat Malaysia tidak akan mempunyai sisi cerita yang lain: penganut Katolik dan Kristian di Malaysia Timur menggunakan perkataan Allah lebih  100 tahun; terdapat beberapa penukaran berharga dan para ulama antarabangsa mengenai Islam tidak mempercayai  larangan kerajaan mengenai penggunaan Allah.

4) Supaya kelemahan dan ketidakcekapan menteri kabinet dan para pemimpin kerajaan lain boleh disembunyikan daripada orang awam.

Fikirkan orang-orang seperti Hasan Malek, Idris Jala, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahmad Zahid Hamidi.

5) Supaya ahli keluarga ahli politik boleh membeli barangan mewah seperti cincin berlian gergasi dan beg berjenama, membeli hartanah mahal di luar negara dan tiba-tiba menjadi sebahagian daripada ahli perniagaan paling kaya di Malaysia tanpa sebarang penelitian.

Adakah kita terfikir di mana golongan kaya ini mendapat wang mereka? Atau kereta sport dan hartanah mereka di seluruh dunia?

6) Supaya pembangkang tidak mempunyai tempat mengetengahkan propaganda dan berita mereka kepada rakyat. Internet menyamakan kedudukan dari segi akses media pembangkang dan mereka yang yang dahagakan berita tersebut.

Tanpa internet, pembangkang hanya mempunyai ceramah, artikel dan kenyataan difaks yang hanya beberapa pihak sahaja mempunyai akses kepadanya. Namun, dengan internet, ditambah dengan telefon mudah alih, menyebarkan maklumat adalah hak semua. – 26 Mac, 2014.

Ulasan The Malaysian Insider

Wednesday 26 March 2014

Belum Angkat Sumpah, Wan Azizah Dah Buat Hal


Melawat Desa Mutiara, Bandar Kajang menyelesaikan masalah penduduk tempatan.

Bumbung rosak akibat hujan/ribut, lantai retak/pecah akibat hujan air yang bertakung.

Air bertakung juga menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.

MH370: Selebriti Dan Warga China Seru Boikot MAS Dan Barangan Buatan Malaysia

Warga China Seru Boikot MAS & Barangan Buatan Malaysia Termasuk Selebriti

Kedutaan Malaysia ke China pagi ini, mengeluarkan notis amaran keselamatan warganegara Malaysia yang berada di Beijing.

Persatuan termasuk Presiden Student_Union Malaysia ke China, Kwok Ching Ching, mengesahkan menerima notis amaran tersebut daripada pihak kedutaan Malaysia Dimaklumkan, sekumpulan warga China akan mengadakan demonstrasi dengan panji-panji yang memaki hamun MAS dan Malaysia di depan Kedutaan Malaysia di negara itu.

Lebih buruk lagi, selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.

Sumber Penjaga Kubur


Posted via Blogaway

MH370: Rakyat Malaysia Dakwa di Layan Seperti "Anjing Kurap" di Negara China

Tiada perkata yang sesuai dengan tindakan seperti ini.. Kenapa rakyat jadi mangsa? Rakyat tidak salah.. Kenapa perlu di layan seperti ini?

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada 8 Mac.


Posted via Blogaway

SAMM Mengecam Tindakan Pengusiran Pemimpin Pakatan Rakyat Oleh Kerajaan Negeri Sarawak

Demokrasi Terus Hancur, Pimpinan PR Dihalang Masuk Sarawak Untuk Berkempen

Solidariti Anak Muda Malaysia Sarawak (SAMM Sarawak) mengecam keras ke atas penafian pimpinan PR yang dihalang untuk memasuki salah satu negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Hak sebagai anak watan telah dinafikan dengan angkuh oleh seorang ketua menteri yang memerintah di atas mandat yang diberikan oleh rakyat demi kelangsungan politik yang sempit.

Setelah kita merdeka dan bersama dalam satu gagasan persekutuan, undang-undang dracornia masih dikekalkan oleh rejim pemerintah dengan alasan dangkal. Di dalam masa yang sama, rakyat di seluruh negara di arah bersatu hati dalam menghadapi pelbagai maslahan yang kian meruncing namun, rejim penguasa begitu angkuh menggunakan undang-undang di zaman penjajah.

Tindakan pengusiran terhadap tiga pimpinan PKR iaitu Setiausaha Agung Dato Saifuddin Nasution, Naib Presiden Tian Chua dan Pengarah Strategi PKR Rafzi Ramli yang datang untuk bersama dalam Pilihanraya Kecil N51 Dun Balingian. Tindakan ini adalah jelas bahawa pihak rejim kini ketakutan setelah banyak kepincangan dan kelemahan yang didedahkan bagi membendung amarah kebangkitan rakyat setelah menyaksikan kebangkitan rakyat yang berlaku di PRK N25 Kajang yang baru saja melabuhkan tirainya.

Sekali lagi, pihak SAMM Sarawak mengutuk dengan keras hak demokrasi yang seringkali dilaungkan oleh rejim pemerintah berlandaskan semangat demokrasi berparlimen yg didokong oleh seluruh rakyat negara ini.

Norazarizah Rahman
Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak


Posted via Blogaway

MH370: Islam Memberi Tempoh 4 Tahun, Majlis Fatwa Kata Syahid Akhirat


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian bagi kehilangan seseorang yang tidak diketahui kedudukannya.

Beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Abdul Hadi berkata maklumat yang dihasilkan daripada satelit adalah tidak terperinci.

"Tetapi itu terpulang pada kerajaanlah untuk menentukan hal-hal (sabit kematian) seperti ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam laporan utusan pulak berkata
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar syahid akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat selepas Muzakarah Khas yang diadakan di sini hari ini.

Tuesday 25 March 2014

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terima Kunjungan Hormat Dari Menteri Besar Perlis


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pagi tadi menerima kunjungan rakan sejawat dari Perlis di pejabatnya di sini.

Menteri Besar Perlis, Azlan Man berkata, kunjungan hormat itu antara lain sebagai mempromosi Sukan Malaysia Ke-17 (SUKMA) selama 12 hari bermula pada 24 Mei depan di negeri berkenaan nanti.

"Perasmian pembukaan pada 26 Mei akan dirasmikan oleh D.Y.M.M. Raja Perlis (Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail), manakala, Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak) akan hadir untuk perasmian penutup.

"Dengan jemputan rasmi kepada Ketua Menteri (Guan Eng) pada hari ini, kita (Kerajaan Negeri Perlis) berharap lebih ramai orang Pulau Pinang sendiri berkunjung ke Perlis nanti...bukan sahaja untuk menyertai SUKMA, tetapi, juga untuk melancong ke Perlis," ujar Azlan pada majlis ringkas tersebut.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) turut menyertai pada majlis itu.

Manakala, delegasi Kerajaan Negeri Perlis pula disertai oleh Exco Belia & Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Abdul Jamil Saad, Romli Dai (Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis) dan Asmaiza Ahmad (Ahli Dewan Undangan Negeri Chuping).

Guan Eng dalam kenyataannya melahirkan penghargaan kepada delegasi Kerajaan Negeri Perlis atas jemputan rasmi ke SUKMA Kali Ke-17 2014 itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng turut menyambut baik hasrat rakan sejawatnya untuk kedua-dua pihak untuk mengadakan kerjasama strategik untuk sektor pelancongan dan sukan di negeri masing-masing.

Difahamkan, 19 sukan wajib dipertandingkan pada SUKMA kali ini, iaitu, akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimrama, hoki, karate, memanah, menembak, olahraga, pencak silat, perahu layar, sepak takraw, skuasy, tenpin boling, teakwando dan wushu.

Itu, tidak termasuk lima sukan pilihan, iaitu, golf, kanu, petanque, tenis dan tinju.

"Tomoi sebenarnya adalah antara sukan tradisional yang cukup popular di Utara (Semenanjung Malaysia) seperti di Perlis, juga di Pulau Pinang.

"Mungkin, ia perlu dikaji (sebagai sukan pilihan) dalam SUKMA kerana sukan ini mempunyai ramai peminat tersendiri di negara ini, bagus untuk sukan pelancongan," seloroh Guan Eng.

Budaya menghargai dan menghormati wanita mesti bermula di rumah


Sudah tiba masanya kita mengiktirafkan sumbangan suri rumah dalam pembangunan negara. Jangan sekadar memberi kata-kata manis kepada wanita. Kerajaan patut memberi pengiktirafan terhadap “care economy” ataupun ekonomi prihatin/penjagaan. Kerajaan mengukur pembangunan negara melalui instrumen seperti GDP dan GNI. Walau bagaimanapun, kayu-kayu pengukur ini mengenepikan sumbangan suri rumahtangga dan para ibu terutamanya dalam kerja-kerja “penjagaan” (care work) tanpa bayaran di rumah.

Apakah mereka ini tidak menyumbang kepada ekonomi?

Ekonomi penjagaan - Ekonomi “ghaib” RM36.4 billion setahun

Care economy - the invisible RM36.4 billion economy

Dalam Bajet 2014, peruntukkan paling besar, iaitu kira-kira 21% ataupun RM54.6 billion diberi kepada bidang pendidikan, dan daripada jumlah tersebut, kira-kira RM1.2 billion diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak. Ini menunjukkan betapa pentingnya asuhan dan pendidikan kepada anak-anak kita dari peringkat awal. Namun, kita semua sedar bahawa asuhan dan didikan yang paling awal adalah dalam konteks keluarga dan selalunya oleh si ibu. Justeru, mengapa tiada peruntukkan yang setara dalam bajet kerajaan kepada suri rumah dan ibu-ibu?

Menurut satu laporan media pada tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia menggangarkan daripada 9.57 juta wanita dalam kumpulan umur boleh bekerja, 4.98 juta daripada mereka berada di luar pasaran kerja dan daripada angka ini, 3.37 juta merupakan suri rumah. Kita buat satu pengiraan mudah, berdasarkan gaji minima yang ditentukan oleh kerajaan pusat pada kadar RM900 sebulan, 3.37 juta suri rumah di Malaysia sepatutnya mendapat RM36.4 billion setahun. Namun realitinya, mereka tidak dibayar sebarang gaji. Justeru, RM36.4 billion itu saya simpulkan sebagai “homemaker tax” ataupun “mommy tax”, suatu cukai yang dibayar oleh suri rumah dalam bentuk pendapatan yang hilang - they are taxed RM36.4 billion a year in the form of lost income.

Sebagai konteks, pada tahun 2012, pendapatan daripada cukai kerajaan pusat berjumlah RM151.6 billion di mana RM23 billion datang daripada cukai individu dan RM51.3 billion daripada cukai syarikat.

Pengiraan saya untuk cukai suri rumah sebanyak RM36.4 billion ini bukannya anggaran yang besar. Pada tahun 2004, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil sempena Sidang Kemuncak Wanita di Kuala Lumpur, menyatakan bahawa sumbangan kerja-kerja tanpa bayaran (unpaid care work) di negara ini ialah kira-kira 25.5% daripada KDNK tahun 2003, iaitu kira-kira RM100 billion. 76% kerja-kerja tanpa bayaran tersebut dilakukan oleh kaum wanita. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa secara puratanya, wanita menggunakan masa 4 jam 42 minit sehari untuk melakukan kerja-kerja tanpa bayaran, manakala lelaki hanya menggunakan masa 1 jam 36 minit sehari.

Sama ada RM36.4 billion mahupun RM76 billion, hujah saya ialah, sumbangan suri rumah dan ibu-ibu dalam kerja-kerja penjagaan (care work) bukan sahaja bernilai dalam bentuk sosial ataupun moral, tetapi juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

Iktiraf dengan cara praktikal bukan kata-kata manis: BN disaran laksana manifesto PR

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mula mengiktirafkan sumbangan wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Tahun ini, program Ibu Emas telah dilancar di mana ibu-ibu yang berupa suri rumah sepenuh masa akan diberikan RM100 setahun oleh kerajaan.

Ini merupakan kesinambungan daripada manifesto Pakatan Rakyat serta Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di mana sejumlah RM3 billion dicadangkan untuk program Caruman Sosial Wanita.

Program Caruman Sosial Wanita melibatkan kerajaan memberikan sumbangan RM600 setahun sebagai dana persaraan (pension) kepada suri rumah dan ditambahkan dengan sumbangan daripada pasangan mereka dari RM120 sehingga RM1200 setahun

Budaya diskriminasi gender ini mestilah ditangani dari unit paling asas dalam masyarakat iaitu keluarga. Suri rumah sudah terpaksa bayar cukai suri rumah dan bakal dikenakan cukai baru GST, nampaknya, mereka hanya menyumbang tanpa mendapat manfaat yang berpadan dengan sumbangan mereka.

Perlaksanaan Caruman Sosial Wanita ini merupakan langkah pertama untuk mewujudkan budaya menghormati dan menghargai sumbangan wanita. Jika kerajaan negeri Pulau Pinang boleh mulakan program Ibu Emas dan Anak Emas. Dan jika kerajaan negeri Kedah yang di bawah BN pun sudah mulakan program Skim Insentif Kelahiran Anak, saya menyeru kerajaan pusat untuk melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat iaitu Caruman Social Wanita.

Saya akan menjadi orang pertama menyokongnya jika Perdana Menteri membentangkan dasar ini kelak.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Ketua Pemuda PAS Mengecam Lukisan Dinding di PWTC, Menghina Perjuangan PAS

"Saya mengecam penghasilan mural berniat jahat di PWTC yang menggambarkan seolah-olah PAS terlibat dengan keganasan" - Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Pusat.

Mana puak UG.. Mana puak Gabungan PAS-umno.. Mana Hassan Jati.. Mana Hafiz Nordin.. Mana Melayu umno..

PAS parti ajaran sesat.. PAS kuda tunggangan DAP.. PAS tau main hudud je.. PAS bla.. bla.. bla..

Sekarang pas dikutuk di PWTC tempat umno berkampung bodek pemimpin, kutuk musuh politik mereka..

Sampai satu masa PAS diajak Bergabung bersama UMNO dan mengatakan untuk menaikkan martabat Melayu dan Islam..

Baru saya tau kenapa speaker Kelantan pernah cakap.. Bukan sekali 2 Pas ditipu oleh mereka..

Sampai tahap ni, memang kita boleh tengok dengan jelasnya nampak permainan kotor mereka..

Allahurobbi~


Posted via Blogaway

Monday 24 March 2014

Kisah Sebenar Disebalik FITNAH Komrad SAMM Ganggu Perniaga Bawal di Kajang


Cerita dari Brader Nizam komrad SAMM yang berhadapan dengan perniaga bawal goreng kononnya di ganggu oleh Komrad SAMM

Sebelum baca kisah di bawah baca dulu kisah ini:
"KISAH SEBENAR DISEBALIK FITNAH WAN AZIZAH HALAU PENIAGA UPTOWN BANDAR PERDA" http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/03/kisah-sebenar-disebalik-fitnah-wan.html

Nama peniaga bawal goreng itu mat... Memang kenalan di bandar perda tak lah rapat sangat dan dia adalah sealiran dengan kita dalam PR sewaktu berniaga di bandar perda.
Anak aku yang sulung pernah kerja partime di gerai dia sebagai tukang masak char keow teow.. Walaupun anak aku baru 16 tahun, bekerja partime jumaat sabtu, hari lain aku tak izinkan.

Ada satu masa gerai dia di perda pernah kena halau sebab tak dibenarkan berniaga disitu.. Atas sebab di uptown hanya barang kering..

Dia pernah mengadu kat aku dan aku banyak tolong dia untuk membolehkan dia menjalan bisnes dekat situ bersama gerai-gerai lain.
Akan tetapi kawasan tersebut memang tak boleh berniaga.. Oleh itu gerai-gerai lain bertindak bijak dan cuba cara lain untuk berniaga.. Ada yang sewa kedai dan ada yang minta tempat sesuai untuk berniaga dan diluluskan..

Tetapi si mat bawal goreng+char keow teow ni ketegaq dan teruskan berniaga juga kat situ.. Bila kena halau marah semua orang.. Kata PR tak mahu jaga melayu la...apa la....
Lepas dari peristiwa itu dia berpindah dan membuka perniagaan baru di Kajang.. Aku tak tau kat mana dia berniaga kat kawasan mana di kajang.. Aku terjumpa dia pun terjumpa dia secara kebetulan kat kajang.. Malaysia ni kecik ja.. Kuasa allah...boleh terjumpa....

Masa aku sampai sana.. Dia sampai dia sambut aku dengan salam kat aku dan dia peluk aku.. Lama tak jumpa.. Aku pun sambut baik lah.. Yang lepas tu lepas lah..

Dalam masa yang sama di sudah kalih beri sokong umno... Mungkin yang support dia mai makan puak-puak umno masa tengah rancak PRK Kajang ni..

Dia kena ingat kawasan tu pun dia tak boleh berniaga kerana kawasan itu di larang untuk berniaga.. Dia pernah kena suruh pindah dari mpkj kajang dan pernah kena roboh.. Sebab berniaga depan sekolah tetapi ketegaq dan tidak ikut saluran yang betui untuk berniaga.. Pihak MPKJ tawarkan kepada dia astaka tetapi dia menolak, bagi tempat kesesuaian meniaga pun takmau..

Dekat sana dia jaja habis kat puak-puak umno yang PR penang tak jaga melayu.. Mungkin ada puak-puak umno nak tolong luluskan dia bisnes kat situ.. phuiiiii.. Puak umngok bila nak sokongan janji macam-macam.. Tetapi bila dah habis PRK kajang semua lari.. Dia kena ingat.. Yang mai makan kat situ dari semua lapisan puak..

Sepatutnya dia tak boleh ada politikal thinking dalam bisnes.. Pilihan undi simpan ja dalam hati.. Siapa pun taktau.. Orang PR mai makan kena senyum.. Umno mai makan kena senyum.. baru betui..

Ok ini salah satu ayat yg aku sound kat dia masa aku p jumpa dia.... "Mat..awat hang buat mcm ni...yg hang p halau habis semua org buat apa...hang marah kat sapa.... Yg hang p jaja cerita penang tak reti jaga melayu pasai pa... Hang ni peniaga mat... Bila orang tak bagi berniaga hang ketegaq nak berniaga.. Benda dah tak boleh hang nak meniaga buat apa...awat hang ingat puak2 umngok ni semua nak tolong hang.. Weiii mat hang kena ingat mat.. Hang tu dulu sama-sama sokong PR... Bila hang dah tersepit dengan perangai ketegaq hang.. Hang kalih habih.. Hang salahkan PR.. Untuk kepentingan hang sendiri.. Hang mau ingat mat...rezeki Allah yang bagi.. Rezeki ada kat mana-mana kalau hang ikhlas mat...rezeki tu ada.. Toksah dok jaja cerita macam-macam yang tak betul tu.. Kita hidup ni sat ja mat weiii... Ingat sama kat masa depan anak-anak..
Kalau hammg buat mcm ni.. Hang tak kemana mat weiii.. Allah kalau nak tarik rezeki.. Anytime boleh kena tarik.. Jangan bongkak sangat....dalam diri hang pun hang tak tau apa pendirian hang mat...." lepas aku blah...
Akuada perasan ada yang ambik video.. Ada wartawan mai ambik gambaq la apa la... Bab makan tak bayaq.. Curi meja kerusi tu semua fitnah.... Tak berlaku pun.. Semua komrad SAMM tak p dok pun kedai dia.. Langsung tak masuk.. Fitnah dah memang sebati dengan puak-puak umno ni.. Astagfirullah..... Kebenaran akan tetap di tangan kita satu hari nanti.... Sekian terima kasih....

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Najib Sahkan Penerbangan MH370 Berakhir di Selatan Lautan Hindi


Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini

Sunday 23 March 2014

TAHNIAH Wan Azizah, Tawan Dua Kubu Kuat UMNO


KEPUTUSAN RASMI:

PKR - 16,741
BN - 11,362
 
Majoriti - 5,379

PKR berjaya menang atau mengurangkan majoriti empat kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.

Menurut PKR merampas daerah mengundi Sg Sekamat dengan 45 undi (sebelum ini tewas dengan 239 undi) dan juga daerah mengundi Taman Delima dengan 3 undi (sebelum ini tewas dengan 123 undi).

"Di Sg Kantan dulu kita kalah 420 undi tetapi sekarang berkurang kepada 225 manakala di Daerah Mengundi Batu 10 Cheras (157) sekarang berkurang kepada 151," kata beliau.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan Langkah Kajang berjaya" kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.

Pagar Kawat Berduri, FRU, dan Anjing Pengesan Penuhi Pusat Penjumlahan Undi






Sekitar 4.30 pm Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi bertukar menjadi kubu untuk mengawal pusat penjumlahan undi.

Kawasan tersebut dilengkapi sekatan pagar kawat berduri dan dikawal anggota pasukan keselamatan, termasuk dengan unit anjing pengesan.

Situasi Kecoh Penyokong UMNO Cuba Serang Anwar Ibrahim di Pusat Pengundian Sungai Sekamat


Ketua Umum KEADILAN,DatukSeri Anwar Ibrahim cuba diserang sekumpulan pengundi BN sebaik sahaja beliau tiba di Sungai Sekamat.

Menurut Pengarah Pilihanraya PAS,Dr Mohd Hatta Ramli berkata serangan tersebut cuba dilakukan sebaik sahaja Anwar turun daripada kereta dan berjalan menuju ke pusat pengundian Sungai Sekamat.

“Kiri kanan ada penyokong BN, penyokong Pakatan pun ada, tapi tiba-tiba mereka datang kearah DatukSeri Anwardan cuba untukmemukul beliau, tapi keadaan itu sempat ditepis oleh Datuk Seri(Anwar) sendiri dan beberapa penyokong yang lain.

“Mereka dilihat tidak menggunakan apa-apa objek semasa menyerang Datuk Seri, tapi tindakan mereka tu memang tidakada sebab, datang menyerbu secara tiba-tiba.”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Namun selepas itu,keadaan masih lagi terkawal selepas pihakpolis dan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba bagi meleraikan pergaduhan di kawasan tersebut.

Isu Kekeluargaan Dalam Politik Tidak Timbul, Syaratnya Ialah Kelayakan dan Diterima Khalayak, Kata Tuan Guru Nik Aziz

Kenyatan Dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Ada bekas pemimpin tertinggi UMNO menyatakan bahawa undi untuk PKR khususnya di Kajang hanya berpusing-pusing antara Anwar dan ahli keluarganya sahaja.

Saya katakan, tiada masalah amanah kepimpinan berpusing-pusing di antara ahli keluarga sekiranya mereka layak dan diterima oleh khalayak.

Bahkan para khulafa' ar-rasyidin pun berpusing-pusing antara mertua dan menantu Rasulullah SAW sahaja.

Jika benar ahli keluarga tidak dibenarkan memegang kuasa, bagaimana pula dengan Perdana Menteri yang sepupunya juga menjadi Menteri?

Satu ketika pernah menantu Presiden UMNO sendiri memegang jawatan di dalam Pemuda UMNO.

Dan jangan dilupa jawatan Menteri Besar Kedah juga disandang oleh individu yang melangkaui senioriti, bukankah kerana hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tertentu?

Kerana itu saya katakan, syaratnya ialah kelayakan dan diterima oleh khalayak, isu hubungan kekeluargaan tidak timbul.


Posted via Blogaway

PRK KAJANG KECOH! Anwar Ibrahim Hampir di Tumbok








Suasana PRK Kajang makin panas apabila DSAI hampir ditumbuk oleh penyokong UMNO di salah sebuah pusat pengundian. Polis serta FRU ditambah bagi mengawal keadaan

LOKASI PENUTUPAN JALAN SEMPENA PRK N.25 DUN KAJANG

Adalah dimaklumkan beberapa jalan akan ditutup iaitu:-
1. Persiaran Wawasan bermula daripada Bulatan Universiti.
2. Jalan Mahkamah menghala keluar. 3. Lorong kedai bersebelahan Stesen Minyak Petronas.
4. Persiaran Wawasan menghala ke Plaza Tol Bangi.

Jalan tersebut akan ditutup pada 23/03/2014 (Ahad) bermula jam 4.00 pagi hingga 8.00 pagi. Jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang laluan dibuka sementara. Jalan akan ditutup semula pada jam 4.00 petang hingga selesai proses penjumlahan undi.

NASIHAT DAN SARANAN
Pihak polis mansihatkan kepada semua pengguna jalan raya yang sering menggunakan laluan tersebut agar menggunakan jalan alternatif pada waktu yang dinayatakan bagi mengelakkan kesulitan dan kesesakan lalulintas.


Posted via Blogaway

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.