VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 25 March 2014

Budaya menghargai dan menghormati wanita mesti bermula di rumah


Sudah tiba masanya kita mengiktirafkan sumbangan suri rumah dalam pembangunan negara. Jangan sekadar memberi kata-kata manis kepada wanita. Kerajaan patut memberi pengiktirafan terhadap “care economy” ataupun ekonomi prihatin/penjagaan. Kerajaan mengukur pembangunan negara melalui instrumen seperti GDP dan GNI. Walau bagaimanapun, kayu-kayu pengukur ini mengenepikan sumbangan suri rumahtangga dan para ibu terutamanya dalam kerja-kerja “penjagaan” (care work) tanpa bayaran di rumah.

Apakah mereka ini tidak menyumbang kepada ekonomi?

Ekonomi penjagaan - Ekonomi “ghaib” RM36.4 billion setahun

Care economy - the invisible RM36.4 billion economy

Dalam Bajet 2014, peruntukkan paling besar, iaitu kira-kira 21% ataupun RM54.6 billion diberi kepada bidang pendidikan, dan daripada jumlah tersebut, kira-kira RM1.2 billion diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak. Ini menunjukkan betapa pentingnya asuhan dan pendidikan kepada anak-anak kita dari peringkat awal. Namun, kita semua sedar bahawa asuhan dan didikan yang paling awal adalah dalam konteks keluarga dan selalunya oleh si ibu. Justeru, mengapa tiada peruntukkan yang setara dalam bajet kerajaan kepada suri rumah dan ibu-ibu?

Menurut satu laporan media pada tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia menggangarkan daripada 9.57 juta wanita dalam kumpulan umur boleh bekerja, 4.98 juta daripada mereka berada di luar pasaran kerja dan daripada angka ini, 3.37 juta merupakan suri rumah. Kita buat satu pengiraan mudah, berdasarkan gaji minima yang ditentukan oleh kerajaan pusat pada kadar RM900 sebulan, 3.37 juta suri rumah di Malaysia sepatutnya mendapat RM36.4 billion setahun. Namun realitinya, mereka tidak dibayar sebarang gaji. Justeru, RM36.4 billion itu saya simpulkan sebagai “homemaker tax” ataupun “mommy tax”, suatu cukai yang dibayar oleh suri rumah dalam bentuk pendapatan yang hilang - they are taxed RM36.4 billion a year in the form of lost income.

Sebagai konteks, pada tahun 2012, pendapatan daripada cukai kerajaan pusat berjumlah RM151.6 billion di mana RM23 billion datang daripada cukai individu dan RM51.3 billion daripada cukai syarikat.

Pengiraan saya untuk cukai suri rumah sebanyak RM36.4 billion ini bukannya anggaran yang besar. Pada tahun 2004, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil sempena Sidang Kemuncak Wanita di Kuala Lumpur, menyatakan bahawa sumbangan kerja-kerja tanpa bayaran (unpaid care work) di negara ini ialah kira-kira 25.5% daripada KDNK tahun 2003, iaitu kira-kira RM100 billion. 76% kerja-kerja tanpa bayaran tersebut dilakukan oleh kaum wanita. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa secara puratanya, wanita menggunakan masa 4 jam 42 minit sehari untuk melakukan kerja-kerja tanpa bayaran, manakala lelaki hanya menggunakan masa 1 jam 36 minit sehari.

Sama ada RM36.4 billion mahupun RM76 billion, hujah saya ialah, sumbangan suri rumah dan ibu-ibu dalam kerja-kerja penjagaan (care work) bukan sahaja bernilai dalam bentuk sosial ataupun moral, tetapi juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

Iktiraf dengan cara praktikal bukan kata-kata manis: BN disaran laksana manifesto PR

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mula mengiktirafkan sumbangan wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Tahun ini, program Ibu Emas telah dilancar di mana ibu-ibu yang berupa suri rumah sepenuh masa akan diberikan RM100 setahun oleh kerajaan.

Ini merupakan kesinambungan daripada manifesto Pakatan Rakyat serta Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di mana sejumlah RM3 billion dicadangkan untuk program Caruman Sosial Wanita.

Program Caruman Sosial Wanita melibatkan kerajaan memberikan sumbangan RM600 setahun sebagai dana persaraan (pension) kepada suri rumah dan ditambahkan dengan sumbangan daripada pasangan mereka dari RM120 sehingga RM1200 setahun

Budaya diskriminasi gender ini mestilah ditangani dari unit paling asas dalam masyarakat iaitu keluarga. Suri rumah sudah terpaksa bayar cukai suri rumah dan bakal dikenakan cukai baru GST, nampaknya, mereka hanya menyumbang tanpa mendapat manfaat yang berpadan dengan sumbangan mereka.

Perlaksanaan Caruman Sosial Wanita ini merupakan langkah pertama untuk mewujudkan budaya menghormati dan menghargai sumbangan wanita. Jika kerajaan negeri Pulau Pinang boleh mulakan program Ibu Emas dan Anak Emas. Dan jika kerajaan negeri Kedah yang di bawah BN pun sudah mulakan program Skim Insentif Kelahiran Anak, saya menyeru kerajaan pusat untuk melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat iaitu Caruman Social Wanita.

Saya akan menjadi orang pertama menyokongnya jika Perdana Menteri membentangkan dasar ini kelak.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.