VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Saturday, 13 September 2014

Kenapa PAS Sokong Khalid Ibrahim dan Tolak Wan Azizah?


Oleh Teuku Zacharyah Iskandar

MENGAPA PAS SOKONG KHALID IBRAHIM

PAS sokong Khalid kerana Khalid tak ganggu segala aktiviti PAS di Selangor tidak seperti di zaman UMNO di mana para penceramah digam dan masjid dikepong. 

PAS sokong Khalid sebab Khalid lantik Ahli PAS jadi iman dan Muazzin masjid dan PAS boleh lantik org2 mereka jadi AJK Masjid dan Surau.

PAS sokong Khalid Kerana Khalid lantik hampir 80% Ketua Kampung dari kalangan Ahli PAS.

Kerana itu PAS bermati- matian mempertahankan Khalid dan cuba memutar belitkan fakta kononnya Khalid dianiaya oleh PKR.

Kenapa PAS sokong Khalid kerana Khalid melantik anak menantu pemimpin PAS duduk dalam GLC selangor.

Kenapa PAS sokong Khalid kerana Khalid tidak melayan sebarang arahan dari pemimpin PKR dan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri Selangor supaya rakyat melihat MB dari PKR tidak berfungsi dgn baik hanya tahu menyimpan duit sahaja. MB UMNO dahulu mengabiskan duit, MB dari PKR pula hanya simpan duit dan rakyat tetap tidak mendapat apa2 hasil dari kemakmuran negeri Selangor. DAN akhirnya rakyat akan menganggap kerajaan PR lebih kurang sama sahaja seperti UMNO.

KENAPA PAS TOLAK Wan Azizah? 

PAS tolak Wan Azizah kerana dikhuatiri Wan Azizah akan bertindak lebih adil dari segi pembahagian kuasa diantara PAS dan PKR di seluruh negeri Selangor..

PAS tolak Wan Azizah kerana dikhuatiri Wan Azizah akan lebih terkehadapan dalam menjalankan gerak kerja politiknya kerana beliau dibantu oleh Datok Seri Anwar Ibrahim.

PAS tolak Wan Azizah kerana dibelakangnya Datok Seri Anwar yg mempunyai banyak pengaruh dalam dan luar negara yg akan mampu menarik pelabur bagi meningkatkan ekonomi negeri Selangor dan dengan itu PAS khuatiri pengaruh PKR mengatasi pengaruh PAS di Selangor.

Kesimpulannya PAS tolak Wan Azizah adalah kerana takut kehilangan banyak jawatan dan kehilangan pengaruh di Selangor. 

Bekas Selebriti Popular Tanah Air Buka Warong Selepas Tinggal Bidang Lakonan






Oleh Aba F Noor

BOB LOKMAN & 'WARONG SARAPAN PAGI MENU KELANTAN'NYA . . .

Setelah dimaklumkan bahawa dari segi hukum, dia masih boleh berlakon atau seumpamanya dengan menjaga batas-batas syari'at untuk mencari rezeki, abang Bob Lokman masih mahu meninggalkan dunia itu. 

Bimbang, kalau-kalau tidak dapat menjaga hubungannya dengan Allah, abang Bob Lokman, sanggup meninggalkan dunia lakonan dan lain-lain yang bersangkutan; yang menjadi sumber pendapatannya selama ini.

Abang Bob Lokman, kini, gigih mengusahakan Warong Menu Sarapan Pagi Selera Kelantan di Kuang yang mula dibuka seawal 6:30 pagi hinggalah ke jam 11 pagi untuk melayani para pelanggannya. BUKA SETIAP HARI, KECUALI JUMAAT.

Masakannya, tidak usahlah diragui. Kita dijanjikan rasa enak dan kepuasan, apabila menikmati hidangan yang disediakannya itu.

Semua dijemput, memberikan sokongan kepada abang Bob Lokman di dalam usahanya mencari rezqi yang halal bagi menyara anak-anaknya yang sebahagian besar, masih kecil.

Warongnya, di tepi jalan sahaja. Jika dari simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis), berada di sebelah kanan selepas beberapa kilometer. Jika dari simpang 4 Kuang, berada sebelah kiri, juga selepas beberapa kilometer. Warong abang Bob menyewa di warong cendol; 'ILIN CENDOL HOUSE'.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi abang Bob sendiri di talian; 0192825555.

Semoga Allah memberkati anda semua...

[Mohon share untuk bantu abang Bob Lokman]

86% Sokong Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Hadi Awang


Oleh Al Husseyn

Buat masa kini Jam 9:30malam (semalam), 86% yang mahukan Muktamar mengusulkan undi tidak percaya terhadap Hj Hadi berbanding hanya 14% sahaja yang masih mahukannya sebagai presiden. Terlalu ramai yang tidak sukakannya...

Berundurlah dengan terhormat.

Friday, 12 September 2014

KEHADIRAN SAMM DI KEMENTERIAN KEWANGAN RANSANG PEMUDA UMNO TURUT MENYUMBANG PEMIKIRAN MUDA DALAM BELANJAWAN 2015





Kenyataan media
11 September

KEHADIRAN SAMM DI KEMENTERIAN KEWANGAN RANSANG PEMUDA UMNO TURUT MENYUMBANG PEMIKIRAN MUDA DALAM BELANJAWAN 2015

Pada 5 September 2014 SAMM telah diberikan temujanji dengan YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan untuk menerangkan sendiri beberapa dapatan hasil Bengkel Pengurusan Ekonomi Negara anjuran SAMM pada tahun 2012. Dimana beberapa cadangan tersebut telah disalurkan sebelum ini kepada perbagai pihak seperti ahli - ahli parlimen PR tetapi seolah tidak mendapat perhatian.

Namun apabila disampaikan kepada pihak Kementerian Kewangan kami mendapat respon positif serta diberi ruang bertemu dan menyampaikan sendiri idea praktikal tersebut .

Antara cadangan tersebut ialah Pindaan Perintah Levi yang kali terakhir dipinda 1983. Pindaan ini akan meningkatkan pendapatan negara sehingga RM300juta setahun dan bakal memberikan impak letusan ekonomi khususnya di kawasan selatan Semenanjung Malaysia.

Kami menghargai keterbukaan Kementrian Kewangan menerima kehadiran SAMM. Walaupun sebelum ini SAMM dikenali perbagai label negatif ganas dan radikal namun kami mahu buktikan anak muda dijalanan bukan tidak punya idea dan pemikiran tetapi kami memilih untuk berada didepan dan berlawan dengan cara serta nada anergatik muda.

Namun di Malaysia perlu diakui masih ramai yang pemikiran sempit politik kepartiannya. Bukan sahaja che'GuBard dilebel masuk Umno tetapi Datuk Ahmad Maslan sendiri teruk diserang khususnya oleh blogger Umno kerana bertemu SAMM. Namun kami percaya Ahmad Maslan tahu apa yang dilakukannya serta kami yakin kami melakukan perkara yang betul.

Jika dilihat dalam aspek perbezaan sudah tentu banyak titik pertembungan antara kami dengan pihak penguasa, namun jika kita boleh sama mengenepikan perbezaan dan mencari kesamaan saling menerima pandangan pasti impaknya positif. Menyedari impak kesan ekonomi global yang kesan langsungnya terus kepada rakyat maka cabarannya kini ialah menambah pendapatan negara dalam keadaan meminimakan impak kepada rakyat disinilah SAMM cuba bersama dan sudah tentu desakan mewujudkan urustadbir baik menjadi keutamaan.

Ternyata kehadiran SAMM juga membawa impak yang kami tak sangka, mungkin tertekan dengan kehadiran SAMM yang mereka lihat pembangkang. Maka Pemuda Umno sendiri beberapa hari selepas itu telah hadir pula bertemu Datuk Ahmad Maslan mengajukan pula cadangan anak muda Umno untuk Belanjawan 2015. 

SAMM melihat ini semua positif dimana perlu ada banyak pandangan dan sumbang saran dari perbagai pihak khususnya kelompok muda. Nampaknya kehadiran kami bukan sahaja membawa cadangan, memecahkan tembok pemisah pembinaan negara malah turut menjadi ransangan kepada kelompok muda lain turut terlibat aktif dalam menyumbang idea dan pandangan.

Tahun ini sekali lagi SAMM akan mengumpulkan pemikiran anak muda akar umbi dari teman muda mahasiswa sehinggalah teman anak muda dikampung dan bandar dalam membincangkan pandangan dan peranan anak muda berkait dasar fiskal negara, ekonomi dan urustadbir Kerajaan  pasca Belanjawan 2015  supaya garapan pandangan dan idea anak muda dapat diangkat dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara. 

SAMM berharap akan mengadakan bengkel dengan penglibatan semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang demi pembinaan negara.

Sekian

che'GuBard
Pengasas SAMM

GST: Anwar Ibrahim Jawab Tuduhan Najib Razak


Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa dipersetujui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1992 itu jelas mengelirukan.

Ketua Pembangkang itu menegaskan pelaksanaan GST perlu memenuhi prasyarat tertentu terlebih dahulu serta dilakukan dengan telus dan cekap sebelum ia boleh diperkenalkan tahun depan.

"Dalam Parlimen, saya juga telah menekankan bahawa GST harus bermula pada tahap yang rendah.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran serta mengelakkan daripada berlakunya amalan rasuah.

"Prasyarat ini tidak dipenuhi, sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan ketika saya menjadi Menteri Kewangan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Rabu lalu, Najib berkata, Anwar semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1992 telah menyokong pelaksanaan sistem cukai itu di negara ini.

Jelas Najib, pelaksanaan GST telah disokong oleh Anwar ketika usul itu dibentangkan dalam bajet tahunan negara ketika itu.

Najib ketika membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu berkata GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

SAMM Desak PM Lihat EPU Di Bawah Wahid Omar



Kenyataan Terbuka
26 Ogos 2014

SAMM Desak PM Lihat EPU Di Bawah Wahid Omar

Pada 26 Ogos 2014 SAMM telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa program Rasionalisasi Subsidi idea Perdana Menteri telah disabotaj dari dalam kabinetnya sendiri. SAMM telah bertemu sekumpulan ahli korporat dan mendengar sendiri bagaimana kegiatan menyalin kertas cadangan berlaku dibeberapa peringkat Kerajaan khususnya di EPU.

Lebih parah lagi dikatakan penyalinan (penyaduran) kertas kerja ini berlaku sehingga mengakibatkan kelewatan dan kecelaruan dalam hendak memulakan pelaksanaan Rasionalisasi Subsidi.

Desakan dan persoalan berkenaan perkara tersebut nampaknya tidak mendapat respon Datuk Sri' Wahid Omar iaitu Menteri yang bertanggungjawab. Namun keberanian SAMM ke depan menyatakan perkara ini telah menyebabkan beberapa maklumat berkenaan kecelaruan dalam EPU terus disalurkan.

SAMM kali ini mendesak Perdana Menteri Malaysia agar turun dan melihat sendiri apa yang berlaku di EPU, terlalu banyak sangat kecelaruan dan kekeliruan berlaku. Terbaru ada beberapa ahli korporat sendiri mengeluh mengenai Projek runding terus. Sekarang ini ramai pihak keliru tentang kaedah yang digunakapakai apabila mahu melaksanakan projek kerajaan sama ada secara inisiatif swasta atau tender terbuka. 

Difahamkan oleh kumpulan ahli korporat yang ditemui menyatakan pihak EPU, didapati sesuka hati sahaja tukar syarat peraturan bila  dilaksana secara direct nego / runding terus. Bukan sahaja peraturan boleh berubah - ubah menyusahkan tetapi runding terus membina kelompok kroni yang sama mendapat perbagai projek.

SAMM ingin mendesak agar semua kerajaan sama ada negeri atau pusat berhenti mengamalkan kaedah runding terus untuk mengelak amalan pilih bulu. maka SAMM ingin mencadangkan semua pemberian projek kerajaan dibuat secara tender terbuka supaya tidak ada kekeliruan.

Kepada YAB Perdana Menteri jangan ingat ini keluhan dari pembangkang tetapi ia keluhan dari kelompok korporat termasuk rapat dengan parti memerintah. Jangan nanti Perdana Menteri menuduh ini semua usaha pembangkang dan akan diambil kesempatan oleh pembangkang.

sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

UPSR Bocor, Apa Tindakan Kerajaan Malaysia?


Soalan Parlimen YB Sim: Kebocoran Kertas Sains dan B.Inggeris UPSR melibatkan 473,175 murid-murid. Satu kejadian yang sangat serious. Maka saya akan menanya Menteri Pendidikan dalam sidang Parlimen akan datang.

Soalan Parlimen:

YB Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Pendidikan menyatakan samaada Kerajaan akan memecat, memberhentikan atau mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Lembaga Peperiksaan atas insiden kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris peperiksaan UPSR serta langkah-langkah yang akan diambil untuk mengelakkan insiden ini berulang saban tahun?

Penjelasan Oleh ATM Berikutan Kegusaran Masyakat Berkaitan Tentera US Mendarat di Terengganu




Pegawai Pelesenan IPK PAHANG telah menjalankan pemeriksaan terhadap senjatapi milik tentera AMERIKA. Pemeriksaan turut dilakukan bersama dari pihak cawangan khas E6 IPK PAHANG.

Senjatapi perbagai jenis milik tentera AMERIKA yang disimpan dalam 4 kontena berjumlah 298 laras dikeluarkan dan diperiksa dengan teliti setelah memperolehi permit yang dikeluarkan oleh Pelesenan BUKIT AMAN.

Sejumlah senjatapi ini digunakan untuk tujuan latihan ketenteraan antara tentera AMERIKA dan 16 RAMD yang di panggil eksesais Keris Strike 18 / 14 di Pengkalan Chepa, KELANTAN.

Apakah Misi Pencarian MH370 Dibayar Dengan 'Kebenaran' P8-A Poseidon Guna Fasiliti Tentera Laut Di Sabah?



Kenyataan Umum
12 September 2014

Sea Power Magazine telah mendedahkan pengakuan US Chief of Naval Operations (CNO) Admiral Jonathan W Greenert bahawa Malaysia telah menawarkan kemudahan pangkalan tentera laut di Sabah. Portal berita The Rakyat Post pula telah mendedahkan bahawa pengkalan tentera laut Sepanggar akan menempatkan pesawat rondaan maritim milik Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu P-8A Poseidon.

Pesawat keluaran boeing ini merupakan pesawat peperangan jarak jauh, peperangan anti-kapal selam, anti-permukaan, perisikan, pengawasan dan pesawat peninjau yang mampu menjangkau kawasan maritim yang luas dan operasi pesisir pantai.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan penuh berhubung pengakuan CNO Amerika Syarikat ini. Adakah benar Malaysia telah bersedia untuk membenarkan aset-aset ketenteraan Amerika Syarikat diletakkan di pangkalan-pangkalan tentera kita?

Kenyataan ini bukanlah dibuat oleh pegawai biasa Tentera Amerika Syarikat sebaliknya oleh seorang Pegawai Tentera Kanan, seorang Laksamana 4 Bintang di Jabatan Tentera Laut. CNO ini juga merupakan Penasihat Tentera Laut Utama Kepada Presiden Amerika Syarikat. Maka sudah pastilah kenyataan beliau ini tidak boleh dipandang ringan sahaja.

SAMM melihat isu ini berkait dengan kedaulatan negara. Sebagai sebuah negara Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM) seharusnya kita tidak menunjukkan satu sikap berpaksi kepada mana-mana kuasa besar terutamanya dalam aspek ketenteraan. Apatah lagi dalam pertembungan di antara Amerika Syarikat-China-Russia ketika ini. 

Malahan, membenarkan sebuah pesawat yang mempunyai kelebihan risikan ini juga membuka ruang lebih besar untuk negara “Polis Dunia” itu melakukan intipan dan risikan terhadap keselamatan dan kedaulatan Malaysia secara langsung.

Greenert juga mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia sangat menghargai usaha dan respon Amerika Syarikat dalam misi Mencari dan Menyelamat MH370. Adakah ini bermaksud bahawa terdapat satu perjanjian untuk membenarkan pengkalan tentera kita digunapakai oleh Amerika Syarikat sebagai membalas bantuan Amerika Syarikat dalam misi tersebut?

Jika perkara ini benar, maka timbul satu lagi kecurigaan apakah pula bentuk perjanjian Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Ukraine dalam menangani krisis MH17 tempohari. 

Sebelum ini pun kita telah didedahkan bahawa tidak ada sebarang perjanjian dengan mana-mana negara dalam misi MH370. Tetapi, dengan pendedahan CNO ini menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia tidak telus dalam memberikan maklumat kepada rakyat.

Ini merupakan satu lagi sikap kemunafikan pemerintah Malaysia yang sering tidak berlaku telus dan membuat keputusan yang membelakangkan rakyat walaupun menyedari sentimen majoriti rakyat Malaysia yang tidak suka Malaysia menjadi tunggangan mana-mana negara lain apatah lagi negara kuasa besar Amerika Syarikat.

Roslee Mohd Sharif
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia 

[Loghat Kelantan] Buat Pilihan Yang Bijak Memilih Wakil Rakyat


Oleh : AdukaTaruna

Kawe tra nulih dale bahaso Klate. Mugo2 demo lagi cepak pehe.

Calon Pas ni kalu dop silap, kawe kenal maso mulo2 saim jamu Nasi Kromok. Ore meme sempoi. Berwajah tenang. Menyusur akar omputeh oyak. Tu la first impression dale bahaso Klate.

Pah tu lamo ke lamo ey, kena la sapo dio hok buak kijo sosial tempate Kale Kubor nu. Gi mari, gi mari ttumah ssitu. Dibantu unit radar atau dalam singkate nyo ROZA.

Meme la dio takdop kuaso peringkat pusat nuh. Calon BN pun ore baik2. Kito dop baloh atah peribadi ore. Tapi gak, maso PRU nu wi ko BN pun supo tulo jah. Kalu PRK, adik-kakok mikir sendiri la. Undi pun rahsio. Hadiah atau umpan gapo2, ambil jah lah.

Hok penting nyo, wakil adik kakok mudoh baso, sene jupo, dok karat hija / biru alah mano. Biru ko hija ko, ado masalah, bowok mari ko wakil, kito cari penyelesaie samo2.

Masaloh sosial kehidupan la. Masaloh hok pusat mace tebate banjir, jambate taba- kale kubor, royalti tu kena selesa peringkat pusat doh la. Mugo kuaso alik dio. Wi doh key sopengga duo. Takdop begapo pon.

Kesimpule finishing nyo, adik kakok ngundi kale kubur keno panda2 la. Pilih hok buak kijo. Hok hari2 buleh jupo. Pilih hok ttumah situ. Pilih hok dok karat warno parti alah mano. Insyaallah..

~*Aku paham sikit saja.. Sesuai untuk jadi bahan bacaan orang pengkalan kubor..

[5 Gambar] Anak Muda Desak Kerajaan Jelaskan Kedatangan Tentera US Ke Malaysia










Bagi pihak Anak Muda Malaysia, saya menggesa Menteri Pertahanan Malaysia memberikan penjelasan yg sepatutnya kepada rakyat Terengganu dan Malaysia JIKA BENAR berita 300 orang askar US yang mendarat di airport Kuala Terengganu. Kami mahu tahu;

1) Tujuan kedatangan
2) Mengapa memilih airport Terengganu
3) Kekuatan sebenar anggota
4) Berapa lama tempoh berada di Malaysia. 
5) Adakah kerajaan negeri Terengganu telah di maklumkan berkaitan hal ini
6) Apakah ini salah satu perjanjian Najib dengan Obama

Luahan Hati Calon UPSR Yang Kecewa Dengan Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia


Oleh Mohamad Zahiruddin Mohamad Basri.
Calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Tunjang.

Saya kecewa dan sedih kerana perlu buat semula kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 1 dan 2, hujung bulan ini sedangkan gigih mengulang kaji sehingga lewat malam dan disambung sehingga 4 pagi.

Sampai hati mereka (Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia) buat begini. Saya bermati-matian mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana begitu lemah dalam subjek itu.

Setiap hari saya berdoa agar peperiksaan UPSR berakhir cepat, namun ini pula yang berlaku. Bukan saya saja, malah rakan lain di sekolah turut mengalami perasaan sama.

Apa yang membimbangkan adalah semangat untuk menduduki semula peperiksaan kertas Bahasa Inggeris sudah tidak sama seperti hari ini (semalam).

Namun, saya akan cuba sedaya upaya untuk lulus dengan cemerlang.

Thursday, 11 September 2014

Kenapa Semasa Muda Hadi Awang Tidak Pernah DIUSIK Mahathir?




Oleh Teuku Zacharyah Iskandar

Yang hamba pelik sangat HAJI HADI lagi ganas di usia mudanya berbanding dengan mereka-mereka ini...

Antaranya :

1 ) Amanat HADI
2 ) Haram makan sembelihan Orang UMNO
3 ) Solat Dua IMAM
4 ) Tidak SAH Solat berimamkan UMNO
5 ) Tidak SAH Nikah jika mengunakan Tok Kadi UMNO
6 ) Haram menziarahi Jenazah orang UMNO

Dan macam-macam Fatwa lagi sehingga berlakunya penceraian suami Isteri, berantakan dalam keluarga sehingga membawa kepada perpecahan dalam Masyarakat..

ANEHnya HAJI HADI tidak pernah sekali pun Dicekup, Ditahan REMAN atau pun DIPENJARAKAN.. Beliau tidak pernah Didakwa oleh mana-mana pihak...

Pelbagai Opss yang telah dijalankan oleh Pihak Kerajaan di bawah Pimpinan Tun Dr. Mahather pada masa itu bagi menangkap golongan yang kononnya mengugat keselamatan negara, menghasut serta memecah-belahkan masyarakat tetapi HAJI HADI tetap mempunyai Keistimewaannya tersendiri sehinggakan beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang salah laku serta perlanggar di bawah Akta Hasutan atau di tahan di bawah ISA... 

Ramai dari kalangan pemimpin PAS yang lainnya pernah ditahan reman dan dipejara serta ditahan di Bawah ISA seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar.. Tetapi HAJI HADI tetap terlepas..

Apakah di pihak kerajaan pimpinan Tun Mahather dengan sengaja membiarkan HAJI HADI bermaharaja lela mengikut kehendak hati dan nafsunya sahaja kerana mungkin bagi Tun Mahather ianya adalah suatu yang menguntungkan buat UMNO dan Barisan Nasional kerana tindakkan HAJI HADI tersebut bukannya membawa kebaikan serta penyatuan ummah bagi mengugat Kerajaan UMNO BN tetapi hanya membawa kepada Kehancuran serta kebencian Umat Islam terhadap PAS serta berjaya menakut-nakutkan Masyarakat bukan islam terhadap PAS dan Pergeakan Islam...

Kini di era milinium pada tahun 2014 ini, mainan serta susan atur politiknya tetap juga sama, IAITU bagi melemahkan perpaduan dalam PAS serta menghancurkan kebangkitan suara rakyat bagi menumbangkan regime UMNO BN di dalam gabungan PR..

MAKA manusia yang bernama HAJI HADI amat diperlukan sekali lagi oleh UMNO bagi menjayakan Pelan Strategik demi menyelamatkan kekuasaan UMNO dari diganggu gugat serta ditumbangkan oleh rakyat jelata..

Persoalannya : 

Siapakah sosok tubuh Haji Hadi ini.?.
Apoakahperanan beliau yang sebenanya..?
Mengapa beliau terlalu Istimewa..?

Apa Masalahnya Dengan Hantar Satu Nama Menteri Besar Kepada Sultan?


Apa Masalahnya dengan 1 nama?
Yang bermasalahnya sebab Wan Aizah bukan pemimpin PAS itu saja..

Bekas Mufti Perlis Akan Ditahan Akta Hasutan, Kerana Petikan Kata-Kata Beliau Yang Lepas


Dr MAZA juga akan ditahan Akta Hasutan ??


Petikan kata-kata DrMAZA.com:

- Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. [2011]

- "Jiwa feudal melayu...nak hidup zaman macam ni pi hidup zaman hang tuah lah! Sampai Sultan Melaka suruh pi curi anak dara orang Tun Teja pun pi! Takkan itu contoh pahlawan Melayu..kalau itu contoh pahlawan melayu, teruklah melayu! [2011]

Twitter @realDrMaza:

- Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan memperhambakan diri. [30Mei2012]

- Apa jadi negaraku, penjenayah bertahta, pelapor direman dan didera. Kita wajib berubah n mengubah!! [8Julai2012]

- Ketika mata si zalim lena, mata yang dizalimi terbuka. Si zalim nyenyak beradu, pada Allah yang dizalimi mengadu. Harinya akan tiba jua. [9Julai2012]

- Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sebenarnya tidak derhaka tapi Sultan Melaka yg celaka. Menzalimi rakyat tapi mendakwa berdaulat. [9Julai2012]

Pautan twitter kaitan: https://twitter.com/realDrMAZA

"JEBAT tidak derhaka, sultan Melaka yang celaka!"

Kebocoran Soalan UPSR: Kelemahan Ketara Pengurusan Kementerian Pendidikan


Kebocoran soalan UPSR: kelemahan ketara Pengurusan Kementerian Pendidikan.

SAMM amat kesal dan memandang serius dengan kebocoran serta tersebarnya soalan Sains dan bahasa Inggeris 1/2 bocor yang mengakibatkan hampir 500 ribu murid darjah 6 terpaksa menanggung kesan dan perlu menduduki ujian semula Subjek Sains dan Bahasa In
ggeris UPSR.

Kebocoran soalan sains dan bahasa inggeris 1/2 di peringkat UPSR memperlihatkan kelemahan ketara sistem pengurusan peperiksaan di peringkat Kementerian Pendidikan. Menteri Pendidikan harus mengambil tanggungjawab bagi menjelaskan punca kelemahan ini.

Bagi memulihkan keyakinan orang awam, saya menggesa Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden. Tindakkan keras harus dikenakan kepada yang bertanggungjawab Pada masa yang sama, ketirisan dan kepincangan proses penyediaan soalan peperiksaan UPSR, malahan dalam peperiksaan yang lain wajib diperbetulkan dan dimaklumkan kepada rakyat. Biarpun peperiksaan UPSR akan dimansuhkan, keselamatan dan sistem pengurusan peperiksaan di Malaysia harus dikaji dan dinaiktarafkan sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin tinggi.

Bagi menangani krisis ini, SAMM  juga mengesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. SAMM berharap agar penyelesaian dan tindakan susulan dalam mengatasi isu ini tidak akan menambahkan lagi bebanan ibubapa, guru dan murid-murid.Penyelaras Kebangsaan SAMM

Azrizal Tahir
Ahli Majlis- Majlis Perbandaran Pulau Pinang MPPP
Penyelaras Kewangan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



APA YANG PERLU ANDA TAHU. Wahai Pengundi Pengkalan Kubor (N01)



Oleh : AdukaTaruna

15 Mei 1969 hingga 20 Februari 1971.

Kerajaan Persekutuan mengambil kesempatan pada peristiwa 13 Mei 1969 bagi mewartakan beratus-ratus undang-undang darurat. Di antaranya ialah sempadan penguatkuasaan keselamatan laut negeri-negeri Malaysia.

Untuk isu royalti petroliam, undang-undang darurat menghadkan sempadan laut negeri-negeri kepada 3 batu nautika (1 bn = 1.852 km) sedangkan darurat perkauman politik yang berlaku di Kuala Lumpur tiada kaitan dengan negeri-negeri pengeluar minyak (Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak).

09 Mei 1975.

Walaupun kerajaan pusat ‘sudah menjajah’ wilayah laut Kelantan melalui akta darurat, tetapi diadakan satu lagi perjanjian secara rasmi antara Kelantan (juga semua negeri) bersama Petronas pada 09 Mei 1975. Perjanjian Akta Petroliam 1974. Perjanjian jelas mencatatkan minyak yang ditemui dalam wilayah laut negeri akan diberikan 5% daripada hasil pengeluaran kepada negeri tersebut sebagai royalti (bayaran tunai). Kemudian perjanjian ini telah dikhianati sehingga sekarang. Antara alasannya ialah undang-undang darurat menghadkan kedaulatan laut Kelantan hanya 3 batu nautika.

24 November 2011.

Kerajaan persekutuan memansuhkan Akta Darurat. Ini bermakna, undang-undang dan warta-warta yang berlaku antara 15 Mei 1969 sehingga 20 Februari 1975 turut termansuh. Walaupun, ianya ditafsirkan perihal keselamatan, bukannya hasil bumi, tetapi yang turut termansuh ialah warta yang menghadkan kedaulatan wilayah laut Kelantan (juga negeri-negeri lain) hanya 3 batu nautika sahaja. Kerajaan persekutuan kini tidak mempunyai alasan lagi.

18 April 2012.

Apabila gerakan rakyat terus-menerus bergema, apatah lagi ketiadaan undang-undang 3 batu nautika, kerajaan persekutuan menggubal Akta Wilayah Laut 2012 (Akta 750). Dipromosi sebagai memenuhi piawaian laut antarabangsa (UNCLOS), tetapi tujuan utamanya ialah menjajah kedaulatan laut negeri-negeri melalui perundangan baru, setelah perundangan darurat dimansuhkan.

Bagaimanapun, perlembagaan Malaysia menyebut [Perkara 2 (b)], seandainya mahu mengubah sempadan negeri, ianya memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri dahulu. Kemudiannya kelulusan Majlis Raja-raja pula sebelum dikuatkuasakan.

Selain itu, Perkara 76 (2) jelas menyebut “tidak ada Rang Undang-Undang di bawah perenggan itu boleh dibentang ke dalam mana pun Dewan Parlimen sehingga Kerajaan atau mana-mana Negeri yang berkenaan telah dirundingi”.

25 September 2014

Jadikan anugerah mengundi PRK Pengkalan Kubor ini untuk menghantar isyarat kedaulatan wilayah laut Kelantan. Amaran maruah hasil bumi Kelantan kepada kerajaan persekutuan.

"Hidup mulia atau mati bermaruah. Tuntut sampai dapat."

Mohon Dua Ustaz Dari PAS Gugurkan Perkataan PMR di Banner Mereka



Bermula tahun 2014, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan di peringkat sekolah

Tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 seperti Peperiksaan Menengah RendaH (PMR) sebelum ini

Sistem Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan

Siapa Sebenarnya Pengkhianat Dalam Pakatan Rakyat?


Oleh EP

EP dengan ini MENJAWAB tuduhan Nik Mohamad Abduh yg kononnya Tuang Presideng dituduh pengkhianat oleh PKR dan DAP. Siapa Pengkhianat Nik Abduh kata.. NI EP lak kata..

Nik, bila masa 2 ADUN tu melompat?? Dan salahkah memberi sokongan kepada team seperjuangan? Beri sokongan pada Kerajaang PerpaduWang ngan UMNO x salah lak?

Ye ke PKR khianat?? Yg sebut dalam dialog di Terengganu tempoh hari "..setia pada PAS, x setia pada Pakatan. Ini kedahnya dalam kita berpolitik" tu Presideng PKR ka?? Atau DAP?? x setia tu maknanya apa??

2 ADUN tu lebih wala kepada Allah dan Rasul bukan Tuang Presideng. Ini hak mereka berdasarkan setiakawan dan konsensus PR 2008. PKR memutuskan setiakawan ngan PAS?? Bullshit!!! X tengok ke PEMUDA PAKATAN dan WANITA PAKTAN masih duduk semeja?? Jangan lontar fitnah!!

Mereka berdua pegang pada Keputusan Muktamar PAS! Mereka menghormati pengundi mereka, mereka wakil rakyat, bukan wakil Tuang Presideng! Dan mereka berdua dah kata, mereka berani tanggung akibatnya. Penentu kemenangaan mereka adaah rakyat, bukan Tuang Presideng!

Oh, Nik Abduh ada bgi beberapa soalan.. EP dengan ini menjawab..

1) Adakah PKE melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?

Jawapan EP: Adakah PAS melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PKR? Pun tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?

Jawapan EP: PKR banyak berdiam tetapi pemimpin tertentu PAS dan jentera siber pro-PAS hari2 lanyak PKR dan membangkitkan kemarahan jentera cyber pro-PKR. Siapa membawa ketegangan???

3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?

Jawapn EP: Tuan Presiden ada menyebut di hadapan ramai orang di Terengganu tempoh hari "..dalam hal ni kita mesti setia pada parti, x setia pada Pakatan. Ini kita kena faham. Ini KAEDAH kita berpolitik." Hellllooooo.. TINDAKAN BUDIMAN??

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

Ada!!! DAP berpegang teguh pada Konsensus Pakatan Rakyat 2008 yg ditandatangani oleh ketiga tiga Presiden!

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

Istana hanya nak yg terbaik. Nak solid! Tapi kalau PAS xnk bersatu dn bersama, bagaimana pihak Istana nak pastikan itu pilihan terbaik??

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya? Mari melihat kesimpulan EP pulak..

Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. Ok, Lagipun memang Presiden sendiri yg xnk berunding sbb banyak nipu fakta. Tuang Presideng sendiri pun jarang hadir meeting. Semua minit meeting sebelum ni ada, boleh rujuk!!

Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. PKR x pernah masuk campur urusan PAS selama ni.. Apa buktinya PKR mencampuri urusan PAS? Sbb Tuang Presideng cakap cmtu?? Allah beri akal utk kita guna, bukan letak dlm kepala jadi hiasan!

Beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP x pernah untuk mematikan langkah presiden PAS. Yg jelas disini cubaan beberapa pemimpin PAS yg cuba mematikan langkah Presiden PKR. Ini telah mengguris hati ramai pihak termasuk pengundi PAS sendiri. Mungkin suatu hari nanti DAP pulak kene...

Nik Abduh, Selamat bertarung di #akhiratmove kelak!!! Jumpa disana..

Sebab Kenapa Dalam PAS Berlaku Serangan dan Tidak Bersatu Seperti Dulu


Oleh Zulhazmi At-Takanan

Aku dok tengok ramai yang komen luahkan perasaan bimbang dengan kemelut yang sedang berlaku di dalam PAS. Katanya di dalam PAS sendiri sudah serang menyerang dan tidak bersatu seperti dulu. Aku setuju dan meh aku nak bagitau sebab apa.

Sebabnya ialah kegagalan "NAKHODA" mengawal Bahtera. Apabila bahtera berlayar, Nakhoda hilang entah ke mana tetapi hanya memberikan arahan dan keputusan dari jauh. Nakhoda tidak masuk mesyuarat untuk menjalankan tugasnya sebagai Nakhoda sedangkan tugas Nakhoda tersebut jelas disebut di dalam Fasal 26 juga seperti yang Nakhoda guna untuk mengatakan Nakhoda ada kuasa pemutus. Fasal 26(1)(d) memperuntukkan bahawa tugas Nakhoda ialah :

(d) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing. 

Kenapa Nakhoda hanya menggunakan Fasal 26(1)(a) sedangkan Fasal 26(1)(d) ditinggalkan oleh Nakhoda?? Fasal 26(1)(e) seterusnya menyatakan bahawa Nakhoda hendaklah menetapkan dan mempengerusikan mesyuarat tetapi sekarang mesyuarat pun Nakhoda tidak hadir. Sekarang AJK2 sudah nampaknya tidak berpadu, tidak sefahaman dan serang menyerang sindir menyindir. Mana Nakhoda??? Tengok saja? Kalau tengok saja apa guna jadi Nakhoda.

Bagaimana Nakhoda mengemudi kelasi kapal sedangkan Nakhoda duduk dalam bilik sorang-sorang dan kemudian utus perintah keluar supaya diikut dan ditaati. Adakah begitu pemahaman Nakhoda mengemudi Bahtera? Kelasi dan anak2 kapal tidak akan menebuk bahtera tetapi mungkin jika berterusan begini, bahtera akan tersasar haluan kerana masing-masing tiada hala tuju dan bercakaran tetapi Nakhoda dok tengok saja.

Mesti ada kelasi lain kata, mcmana Nakhoda nak laksana tugas kalau kuasa Nakhoda di Fasal 26(1)(a) pun dipertikai??? Hahahahaha jawapannya terletak pada kebijaksanaan Nakhoda. Sepatutnya Nakhoda hadir mesyuarat maklumkan kenapa nakhoda guna kuasa seperti itu supaya kelasi faham. Tetapi.... sambung sendiri la...

BN MENANG UMNO SENANG, SEWA DARI RM80 JADI RM200


BN MENANG KEDAH SENANG SUNGGUH!!!! ... Harga tapak Pasar Pasar Teluk Wanjah dulu hanya RM80 SEBULAN, TAPI SEKARANG SUDAH JADI RM200.. TERIMA KASIH DAN SYUKUR!!!!

APA NAK HERAN, Menteri UMNO Abdul Wahid Omar dah kata pendapatan purata rakyat M'sia pd tahun ini sudah MENINGKAT IAITU RM5,900... Naik RM120 apa lah sgt. Celah taik gigi Mukhriz aja 

SYUKUR NIKMAT DAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ... BN MENANG KEDAH SENANG!!!!! ... HIDUP BN!!!!

Wednesday, 10 September 2014

BN Menang Rakyat Tinggal di Bawah Longgokan Sampah Selama 30 Tahun




Seorang lelaki warga emas yang hidup bergelandangan dalam longgokan sampah sejak 30 tahun lalu diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dalam satu operasi bersepadu bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sekitar bandar Melaka, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Lelaki berusia lingkungan 80-an dikenali Lim Hiong Huat itu membina tempat tinggal di bawah longgokan sampah setinggi hampir dua meter.

Penyelaras Penguatkuasaan JKM negeri Hamzah Abu Hasan berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk dan pemandangan buruk di kawasan rumah mereka.

"Mengikut maklumat, lelaki itu sudah tinggal di bawah longgokan sampah selama hampir 30 tahun lalu, namun pihak JKM hanya menerima aduan seminggu lalu sebelum operasi ini dilakukan.

"Lelaki ini tidak memiliki pengenalan diri bersamanya namun kami akan mendapatkan perintah tahanan sementara selama 30 hari daripada mahkamah untuk melakukan siasatan lanjut," katanya ketika ditemui di tempat operasi di sini.

Genjatan Alam Maya Kepada Pimpinan dan Ahli PAS Berpuasa Keluarkan Kenyataan di Facebook, Twitter, WhatsApp


ada JEMBALANG dalam PAS...
ada PETUALANG dalam UMNO..
ada KAKI SAILANG dalam PKR..
ada HIDUNG BELANG dalam DAP..

maka,
ada yg MENGHALANG PAS bergabung dengan UMNO
ada yg SAYANG PAS dan UMNO demi melayu
ada yg nak buat PAILANG lawan ULAMA..
ada anak2 BELUKANG dalam PAS
ada jemaah yg dah HILANG pedoman
ada org UMNO menentang hukum ISLAM..

politik malaysia yg unik..

aku kata kat hang,hang kata kat aku..
aku tuduh hang..hang tuduh aku..
aku sokong hang,hang sokong aku..

sebaiknya...
letaklah Perlembagaan PAS sebagai wardah perjuangan,
ulama sebagai payung dan rujukan..
pemimpin profesional melengkapkan pentadbiran..
ust2 menjadi pemimpin dlm menyampaikan seruan ayat suci Al quran
kuasa dan pangkat itu sebagai amanah yg diberikan..
populariti itu hanya sebagai tarikan bukan untuk menunjuk kehebatan
rakyat jangan abaikan....

sekian

LRL

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014


KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Science 018 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi telah didapati bocor.

Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018 adalah pada 30 September 2014.

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
10 September 2014

Lawan sultan : Tabik kepada Wan Ji dan Ali.




Lawan sultan : Tabik kepada Wan Ji dan Ali.

Oleh : AdukaTaruna

Ulama akhir zaman menjadikan agama sebagai candu. Muhammad saw dan nabi-nabi lain mengajar kita bahawa agama adalah matlamat. Dan kebanyakan mereka mati di jalan matlamat. Nabi-nabi dahulu tidak menjadikan agama sebagai candu (ubat khayal dari masalah kesilapan / kerosakan) apatah lagi fasis (golongan hadapan) kepada regim sistem.

Nabi2 dahulu tidak benarkan Islam menjadi fasis kepada sistem kapitalisme. Fasis kepada sistem feudal. Kebanyakan mereka mati di tangan sistem yang ada. Tiba zaman Muhammad saw, sistem asas berjaya ditegakkan. Tanpa label negara Islam. Disambung oleh zaman sahabat. Malah terdapat sahabat yang 'menukar syariat'. Azan Jumaat 2 kali, tangguh hudud dan sebagainya. Perlu tahu Islam adalah progresif terhadap sistem. Dan beku terhadap akidah. Sistem suku. Akidah suku. Inilah asas sekular.

Kamu lihat hari ini ulama-ulama akhir zaman. Buih dilautan. Ketika zaman feudal kesultanan, mereka beradaptasi menjadikan agama sebagai fasis feudal. Ketika zaman kapitalisme, mereka beradaptasi menjadikan agama fasis kapitalisme. Nak lawan sistem, terpaksa lawan mereka dahulu. Nak lawan mereka, terpaksa lawan Allah dan nabi-nabi!

Nabi-nabi dahulu menjadikan agama sebagai motivasi. Ketika sakit, mati, derita revolt terhadap sistem, mereka ditawarkan imbuhan metafizik. Solat hajat. Syurga neraka. Bidadari. Ulama akhir zaman kemudiannya menjadikan agama sebagai candu. Pejuang agama fasis feudal, pejuang Tuhan fasis kapitalisme ditawarkan bidadari, syurga, ghanimah, mimpi jumpa nabi, derma jihad.

Tabik kepada Wan Ji dan Ali. Kami terlalu kerdil untuk kembali ke jalan-jalan nabi seperti anda.

Langkah Kajang: Siapa Petualang di Bawah Selimut?




Ini merupakan status yang di Update Oleh Tulang Besi

Langkah Kajang telah mendedahkan kepada kita blogger2/fb owner yang selama ini menjadi petualang di bawah selimut.

Mereka ini cukup marah dgn Langkah Kajang kerana kejahatan mereka terdedah kerananya.

Antaranya:

1) Posmen Hensem
2) Chor Sniper
3) Roslan Alan
4) Archidea Cronixx
5) Madie Abdul Halim
6) King Jason
7) Yusup Kamaruddin
8) Yah Koboi
9) Ina Sali
10) Hamzah Salleh
11) Zainal Abidin Azmann
12) Yusoff RhZaaba
13) Putra Adios
14) Atheros Athlon Radeon
15) Omak Kau
16) Cucu Tok Jah Mongey

Kerana wang yang sedikit segala prinsip perjuangan dicampak ke dalam longkang.
Sanggup menyokong Khalid Ibrahim yg penuh noda dan dosa itu.

~*Aku pon tak tau macam mana dia boleh kata mereka ini petualang.. hangpa sendiri nilai..

Tuesday, 9 September 2014

KEADILAN MEMBERI LALUAN KEPADA PAS DEMI KESEPAKATAN MENENTANG UMNO DI PRK PENGKALAN KUBUR


KENYATAAN MEDIA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

KEADILAN MEMBERI LALUAN KEPADA PAS DEMI KESEPAKATAN MENENTANG UMNO DI PRK PENGKALAN KUBUR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi

Saya ingin menyusul kenyataan saya semalam yang merujuk kepada pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di mana saya telah menekankan kepentingan kerjasama dan muafakat berterusan Pakatan Rakyat. Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno/Barisan Nasional.

Rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain dari adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan.

Untuk berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/Barisan Nasional. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.

Oleh yang demikian, KEADILAN telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.

Saya doakan Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

9 September 2014

Ahli PAS Kecewa Dengan Sikap Parti, Patahkan Kad Keahlian



Seramai 3 orang Ahli PAS, ada yang baru di daftarkan pada awal tahun 2014 telah mematahkan kad keahlian mereka. Difahamkan tindakan mereka dipengaruhi rasa kecewa dengan sikap angkuh Presiden dan Parti islam SeMalaysia. 

Mereka dipercayai begitu kecewa dan terkilan dengan sikap Presiden PAS bersama penyokong-penyokong taksubnya yang tidak lagi menghormati malah mencemuh parti rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Ramai yang menykong tindakannya dan dikatakan akan mengikut jejak langkahnya.

~*Kira ok lah, Baru daftar dah dapat kad ahli, Ayah aku dah berpuluh tahun daftar, bayar duit.. Haram kad Ahli PAS pon tak dapat..

Monday, 8 September 2014

Pesan Tuan Guru Ayah Chik Kepada Ahli PAS


PASMA BUKAN MUDARAT BESAR

Sejarah panjang PAS sebelum merdeka hingga ke hari ini mencatatkan pelbagai jatuh bangun dan sepak terajang dalam politik dan medan dakwah. Antaranya ialah isu perpecahan dalam PAS sehingga terpecah kepada parti baru.
Seperti isu MB Selangor hari ini, penubuhan Berjasa dan Hamim juga adalah bertitik tolak dari isu MB di Kelantan. Dato Nasir (bekas MB Kelantan) yang tidak puashati dengan langkah PAS menukar MB bertindak keluar PAS dan menubuhkan Berjasa tahun 1977. Dato Asri (bekas Presiden PAS) juga bertindak menubuhkan Hamim sejurus keluar PAS akibat kegagalan PAS mengambil kembali Kelantan tahun 1983.
Diakui PAS ada terkesan dengan langkah tersebut, tapi ia hanyalah dalam jangkamasa yang pendek. Tidak berapa lama, bahtera PAS kembali gah meluncur di lautan politik tanahair. Malangnya dua parti serpihan PAS itu telah menjadi seperti hidup segan mati tak mahu.

Kesan itu hanya ibarat ombak besar yang membadai sementara. Goncangan itu ada terasa, tetapi hanya sebagai peringatan supaya semua anak kapal mengambil langkah perlu untuk berani menongkahnya. Goncangan itu akan kembali reda dengan kebijaksanaan nakhoda membelah badai tersebut.

Mungkin kita yang baru ke lautan politik ini merasakan kuatnya gelombang yang sedang memukul. Ada yang mabuk, ada yang pitam sampai ada yang mahu terjun. Tapi bagi orang lama yang telah bersama PAS dan merasai sendiri gelombang-gelombang sebelum ini, gelombang kali ini adalah sangat kecil, sekadar nyamuk-nyamuk yang cuba hinggap di tubuh kita. Umno tetap musuh utama kerana pada umno berhimpun kejahilan dan kebatilan, mereka menolak untuk melaksanakan syariat di dalam Al-Quran dan As-sunnah, golongan berpura-pura ini yang telah merosakkan bangsa dan masyarakat selama ini.

Inilah antara pesanan Tuan Guru Ayah Chik pada kami. Penjelasan yang meredakan kembali gundah di hati.

Kronologi Isu MB, Langgar Perlembagaan dan Ikut Nafsu


Mula-mula sokong Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.

Tapi bila Azmin sokong Wan Azizah, Mustafa Ali cuba deal dengan Azmin dan tarik 3 ADUN PKR sertai kerajaan perpaduan dengan Azmin jadi MB dalam tempoh 6 bulan selepas Khalid letak jawatan.

Tiba-tiba Azmin maklumkan pada MPP PKR apa yang Hadi Awang dan Mustafa tawarkan padanya.

Hadi dan Mustafa jadi marah terus buang kedua-dua nama sedangkan itulah keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat 17 Ogos 2014 dan tidak pernah terbatal.

25 Ogos 2014, Hadi konon mengalah dan minta Mustafa buat kenyataan kata terpulang kepada sultan untuk menggunakan budi bicara baginda membuat keputusan.

Bila sultan titah calonkan lebih dari dua nama mula cari semula ADUN PKR tetapi tanpa nama Wan Azizah, Azmin dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang tolak tawaran Suhaizan Kaiat beberapa hari selepas itu.

Jadi cuma tinggal 10 ADUN PKR yang ada, mula pening sebab setengahnya bukan Islam (Elizabeth Wong dan Gan Pei Nei) dan yang beragama Islam wanita pula (Haniza Talha dan Daroyah Alwi) tapi kesemuanya dah tandatangan SD sokong Wan Azizah termasuk dua ADUN PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin.

Cari lagi dan cari lagi, tapi letak kesemua nama ADUN sendiri: Iskandar Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Mustafa dah terlepas cakap kata jawatan MB hak PKR, jadi batalkan surat pertama tanpa melalui mesyuarat AJK dan MSU sampai timbalan presiden sendiri, Mohamad Sabu pun tak tahu menahu.

Dibuat surat kedua, konon sebagai mematuhi titah sultan, sebab dah terlepas cakap MB hak PKR tapi khianat juga bila letak juga nama Iskandar pada ketiga-tiga calon selain Yaakob Sapari dan Dr Idris Ahmad.

Pun tanpa melalui mesyuarat tetapi kali ini atas alasan dari Setiausaha MSU Nik Zawawi Nik Salleh yang berkata ia sudah diperakui walaupun hanya 4 ahli sahaja hadir sedangkan minima ahli untuk membuat keputusan 9 ahli daripada 16, juga tanpa notis 14 hari memanggil mesyuarat (gagal patuhi syarat perlembagaan sendiri).

Pasti Hadi dan Mustafaw tahu apa pergerakan MSU sebab Hadi ialah ahli MSU dari 16 orang itu.

Tiba-tiba Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kata ia terpulang kepada mesyuarat AJK dan tak pernah kata ia hak MSU atau presiden buat keputusan.

Bila kesemua dah kantoi, Hadi mula kata Wan Azizah tak layak sebab dia tak boleh berbahas dan berhujah dengan baik serta itu keputusan budi bicara presiden memilih seperti mana Kelantan (Ahmad Yakob) dan Kedah (Azizan Abdul Razak, almarhum) dulu.

Ditambahnya lagi konon sultan hantar surat kepadanya, jadi hanya pejabat presiden saja boleh keluarkan surat balasan mengikut budi bicaranya, sekali lagi tanpa melalui AJK dan MSU.

Dan apabila tahu PASMA ditubuhkan sebagai satu NGO dan bukan parti, Hadi mula panik dan minta siapa yang tidak setuju supaya keluar PAS.

Hina presiden parti rakan dan perlekeh kredibilitinya sedangkan semasa dia sendiri jadi MB, keputusan jadi terbalik dari menang 28 dari 32 kerusi pada 1999, tapi pada 2004 cuma tinggal 4 kerusi dari 32.

Angka tersebut jelas membuktikan kredibilitinya sehingga ke hari ini.

Dari kronologi di atas, cuba anda kira berapa kali Hadi dan Mustafa khianat dan langgar perlembagaan sendiri dan letak keputusan ikut nafsu sendiri.

Isu MB Jelas Presiden PAS Boleh Diambil Tindakan Tatatertib


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2014 telah memutuskan seperti berikut :

a) Sebagaimana yang dipertegaskan sebelum ini, PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

b) Empat (4) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

c) PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar Selangor. Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua (2) nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah

(1) YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), dan
(2) YB Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR).

Keputusan tersebut telah ditandatangani oleh Dato' Seri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan dibaca di dalam sidang media oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Keputusan ini tidak pernah dibatalkan atau dipinda pada bila-bila masa walaupun JKPP telah bermesyuarat sekali lagi pada 25 OGOS 2014 yang mana dalam mesyuarat telah diputuskan bahawa keputusan 17 Ogos 2014 adalah kekal dan seterusnya menyerahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan Tuanku Sultan untuk memilih siapa pengganti Menteri Besar Selangor.

Pada 4 September 2014 Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali memberitahu media bahawa PAS telah menghantar tiga (3) calon Menteri Besar di mana dua (2) daripada PKR dan satu (1) daripada PAS bagi menjunjung titah Tuanku Sultan meminta lebih dari dua (2) nama. Setiausaha Agung juga memaklumkan bahawa surat ditandatangani oleh Presiden dan menjadi amalan biasa diuruskan oleh Pejabat Presiden.

Pada 5 September 2014, Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataanbahawa AJK PAS Pusat termasuk beliau tidak mengetahui perkara tersebut.

Persoalannya ialah :

a) Bila keputusan mesyuarat bertarikh 17 Ogos 2014 dibatalkan;
b) Siapa membatalkan keputusan mesyuarat bertarikh 17 Ogos 2014;
c) Siapa yang memutuskan menghantar tiga (3) nama calon;
d) Siapa yang memutuskan dua (2) calon PKR dan seorang calon daripada PAS.
e) Siapa memberikan mandat kepada Presiden untuk menghantar tiga (3) nama?

JAWAPAN DAN ULASAN.

Sehingga hari ini 5 September 2014 dan selaras dengan kenyataan media Timbalan Presiden PAS pada 5 September 2014, jelas bahawa keputusan mesyuarat JKPP pada 17 Ogos 2014 tidak pernah dibatalkan, justeru keputusan tersebut terus mengikat seluruh ahli PAS samada ahli tersebut Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Ahli Majlis Syura Ulamak, Presiden sehingga ahli biasa. Keputusan tersebut kekal sehingga ada keputusan lain yang membatalkannya.

Apabila Timbalan Presiden menafikan sebarang pengetahuan berkiatan tindakan Presiden menghantar tiga (3) nama kepada Istana maka JELAS bahawa tindakan tersebut adalah dilakukan oleh Presiden samada secara bersendiri atau bersama kumpulan penasihat beliau termasuk Timbalan Mursyidul Am.

Perlembagaan memperuntukkan tugasan bagi setiap jawatan di dalam PAS samada ianya Mursyidul Am taua Presiden atau siapa saja pemegang jawatan di dalam PAS. Semua tertakluk kepada Perlembagaan dan kuasa tertinggi iaitu Muktamar.

Fasal 26 (1) Perlembagaan PAS memperuntukkan tugas-tugas Presiden.

(a) Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya.

(b) Bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (c) Melantik Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihanraya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

(d) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing.

(e) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Peruntukkan Fasal 26 (1)(a) hingga (d) jelas bahawa Presiden berkuasa sebagai ketua melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS adalah berpandukan keputusan mesyuarat dan kekuasaan tertinggi PAS iaitu Muktamar. Presiden tidak diberikan kuasa veto menjalankan tugas kerana PAS menggunakan konsep SYURA yang seringkali dipertegaskan oleh Presiden sendiri.

Setiap ahli PAS termasuk Presiden juga tertakluk kepada Tatatertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 82 (1).

Fasal 82(1) memperuntukkan bahawa :

(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:
(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.
(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Berbalik kepada tindakan Presiden yang telah menghantar tiga (3) nama calon yang berlawanan dengan keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014, maka jelas ada perlanggaran tatatertib telah dilakukan oleh Presiden sendiri. Perlanggaran tersebut adalah di bawah Fasal 82 (1)(b),(c),(d) dan (g).

Fasal 82(1)(b) Presiden telah ingkar dengan Perlembagaan parti. Perlembagaan secara jelas menyatakan bahawa tugas Presiden hanya sebagai Ketua Eksekutif yang menjalankan tugas berpandukan keputusan mesyuarat JKPP bukan pendirian peribadi.

Fasal 82(1)(c) Presiden telah ingkar dan tidak patuh arahan dan perintah Parti. Arahan dan perintah parti ialah keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014 yang telah dilanggar oleh Presiden apabila menghantar tiga (3) nama.

Fasal 82(1)(d) Presiden telah gagal melaksanakan kewajipan yang ditugaskan oleh parti iaitu patuh kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos 2014.

Fasal 82(1)(g) Presiden telah gagal mengawal diri dan telah melakukan tindakan yang menyalahi atau merugikan parti. Jelas Presiden telah menyalahi keputusan parti dan tindakan Presiden telah menyebabkan parti rugi dari sudut persepdi masyarakat.

Berdasarkan peruntukkan-peruntukkan tersebut, jelas Presiden boleh diambil tindakan tatatertib.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.