VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Thursday, 11 September 2014

Kebocoran Soalan UPSR: Kelemahan Ketara Pengurusan Kementerian Pendidikan


Kebocoran soalan UPSR: kelemahan ketara Pengurusan Kementerian Pendidikan.

SAMM amat kesal dan memandang serius dengan kebocoran serta tersebarnya soalan Sains dan bahasa Inggeris 1/2 bocor yang mengakibatkan hampir 500 ribu murid darjah 6 terpaksa menanggung kesan dan perlu menduduki ujian semula Subjek Sains dan Bahasa In
ggeris UPSR.

Kebocoran soalan sains dan bahasa inggeris 1/2 di peringkat UPSR memperlihatkan kelemahan ketara sistem pengurusan peperiksaan di peringkat Kementerian Pendidikan. Menteri Pendidikan harus mengambil tanggungjawab bagi menjelaskan punca kelemahan ini.

Bagi memulihkan keyakinan orang awam, saya menggesa Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden. Tindakkan keras harus dikenakan kepada yang bertanggungjawab Pada masa yang sama, ketirisan dan kepincangan proses penyediaan soalan peperiksaan UPSR, malahan dalam peperiksaan yang lain wajib diperbetulkan dan dimaklumkan kepada rakyat. Biarpun peperiksaan UPSR akan dimansuhkan, keselamatan dan sistem pengurusan peperiksaan di Malaysia harus dikaji dan dinaiktarafkan sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin tinggi.

Bagi menangani krisis ini, SAMM  juga mengesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. SAMM berharap agar penyelesaian dan tindakan susulan dalam mengatasi isu ini tidak akan menambahkan lagi bebanan ibubapa, guru dan murid-murid.Penyelaras Kebangsaan SAMM

Azrizal Tahir
Ahli Majlis- Majlis Perbandaran Pulau Pinang MPPP
Penyelaras Kewangan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.