VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 8 September 2014

Kronologi Isu MB, Langgar Perlembagaan dan Ikut Nafsu


Mula-mula sokong Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.

Tapi bila Azmin sokong Wan Azizah, Mustafa Ali cuba deal dengan Azmin dan tarik 3 ADUN PKR sertai kerajaan perpaduan dengan Azmin jadi MB dalam tempoh 6 bulan selepas Khalid letak jawatan.

Tiba-tiba Azmin maklumkan pada MPP PKR apa yang Hadi Awang dan Mustafa tawarkan padanya.

Hadi dan Mustafa jadi marah terus buang kedua-dua nama sedangkan itulah keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat 17 Ogos 2014 dan tidak pernah terbatal.

25 Ogos 2014, Hadi konon mengalah dan minta Mustafa buat kenyataan kata terpulang kepada sultan untuk menggunakan budi bicara baginda membuat keputusan.

Bila sultan titah calonkan lebih dari dua nama mula cari semula ADUN PKR tetapi tanpa nama Wan Azizah, Azmin dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang tolak tawaran Suhaizan Kaiat beberapa hari selepas itu.

Jadi cuma tinggal 10 ADUN PKR yang ada, mula pening sebab setengahnya bukan Islam (Elizabeth Wong dan Gan Pei Nei) dan yang beragama Islam wanita pula (Haniza Talha dan Daroyah Alwi) tapi kesemuanya dah tandatangan SD sokong Wan Azizah termasuk dua ADUN PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin.

Cari lagi dan cari lagi, tapi letak kesemua nama ADUN sendiri: Iskandar Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Mustafa dah terlepas cakap kata jawatan MB hak PKR, jadi batalkan surat pertama tanpa melalui mesyuarat AJK dan MSU sampai timbalan presiden sendiri, Mohamad Sabu pun tak tahu menahu.

Dibuat surat kedua, konon sebagai mematuhi titah sultan, sebab dah terlepas cakap MB hak PKR tapi khianat juga bila letak juga nama Iskandar pada ketiga-tiga calon selain Yaakob Sapari dan Dr Idris Ahmad.

Pun tanpa melalui mesyuarat tetapi kali ini atas alasan dari Setiausaha MSU Nik Zawawi Nik Salleh yang berkata ia sudah diperakui walaupun hanya 4 ahli sahaja hadir sedangkan minima ahli untuk membuat keputusan 9 ahli daripada 16, juga tanpa notis 14 hari memanggil mesyuarat (gagal patuhi syarat perlembagaan sendiri).

Pasti Hadi dan Mustafaw tahu apa pergerakan MSU sebab Hadi ialah ahli MSU dari 16 orang itu.

Tiba-tiba Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kata ia terpulang kepada mesyuarat AJK dan tak pernah kata ia hak MSU atau presiden buat keputusan.

Bila kesemua dah kantoi, Hadi mula kata Wan Azizah tak layak sebab dia tak boleh berbahas dan berhujah dengan baik serta itu keputusan budi bicara presiden memilih seperti mana Kelantan (Ahmad Yakob) dan Kedah (Azizan Abdul Razak, almarhum) dulu.

Ditambahnya lagi konon sultan hantar surat kepadanya, jadi hanya pejabat presiden saja boleh keluarkan surat balasan mengikut budi bicaranya, sekali lagi tanpa melalui AJK dan MSU.

Dan apabila tahu PASMA ditubuhkan sebagai satu NGO dan bukan parti, Hadi mula panik dan minta siapa yang tidak setuju supaya keluar PAS.

Hina presiden parti rakan dan perlekeh kredibilitinya sedangkan semasa dia sendiri jadi MB, keputusan jadi terbalik dari menang 28 dari 32 kerusi pada 1999, tapi pada 2004 cuma tinggal 4 kerusi dari 32.

Angka tersebut jelas membuktikan kredibilitinya sehingga ke hari ini.

Dari kronologi di atas, cuba anda kira berapa kali Hadi dan Mustafa khianat dan langgar perlembagaan sendiri dan letak keputusan ikut nafsu sendiri.

1 comment:

  1. TGHH dah lama tahu pasal Husam and the gang. Penubuhan PASMA dalam waktu yang kucar-kacir ini mengukuhkan lagi spekulasi dan tanggapan terhadap Husam and the gang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.