VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 10 September 2014

BN Menang Rakyat Tinggal di Bawah Longgokan Sampah Selama 30 Tahun




Seorang lelaki warga emas yang hidup bergelandangan dalam longgokan sampah sejak 30 tahun lalu diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dalam satu operasi bersepadu bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sekitar bandar Melaka, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Lelaki berusia lingkungan 80-an dikenali Lim Hiong Huat itu membina tempat tinggal di bawah longgokan sampah setinggi hampir dua meter.

Penyelaras Penguatkuasaan JKM negeri Hamzah Abu Hasan berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk dan pemandangan buruk di kawasan rumah mereka.

"Mengikut maklumat, lelaki itu sudah tinggal di bawah longgokan sampah selama hampir 30 tahun lalu, namun pihak JKM hanya menerima aduan seminggu lalu sebelum operasi ini dilakukan.

"Lelaki ini tidak memiliki pengenalan diri bersamanya namun kami akan mendapatkan perintah tahanan sementara selama 30 hari daripada mahkamah untuk melakukan siasatan lanjut," katanya ketika ditemui di tempat operasi di sini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.