VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 12 September 2014

GST: Anwar Ibrahim Jawab Tuduhan Najib Razak


Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa dipersetujui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1992 itu jelas mengelirukan.

Ketua Pembangkang itu menegaskan pelaksanaan GST perlu memenuhi prasyarat tertentu terlebih dahulu serta dilakukan dengan telus dan cekap sebelum ia boleh diperkenalkan tahun depan.

"Dalam Parlimen, saya juga telah menekankan bahawa GST harus bermula pada tahap yang rendah.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran serta mengelakkan daripada berlakunya amalan rasuah.

"Prasyarat ini tidak dipenuhi, sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan ketika saya menjadi Menteri Kewangan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Rabu lalu, Najib berkata, Anwar semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1992 telah menyokong pelaksanaan sistem cukai itu di negara ini.

Jelas Najib, pelaksanaan GST telah disokong oleh Anwar ketika usul itu dibentangkan dalam bajet tahunan negara ketika itu.

Najib ketika membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu berkata GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.