VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 8 September 2014

Pesan Tuan Guru Ayah Chik Kepada Ahli PAS


PASMA BUKAN MUDARAT BESAR

Sejarah panjang PAS sebelum merdeka hingga ke hari ini mencatatkan pelbagai jatuh bangun dan sepak terajang dalam politik dan medan dakwah. Antaranya ialah isu perpecahan dalam PAS sehingga terpecah kepada parti baru.
Seperti isu MB Selangor hari ini, penubuhan Berjasa dan Hamim juga adalah bertitik tolak dari isu MB di Kelantan. Dato Nasir (bekas MB Kelantan) yang tidak puashati dengan langkah PAS menukar MB bertindak keluar PAS dan menubuhkan Berjasa tahun 1977. Dato Asri (bekas Presiden PAS) juga bertindak menubuhkan Hamim sejurus keluar PAS akibat kegagalan PAS mengambil kembali Kelantan tahun 1983.
Diakui PAS ada terkesan dengan langkah tersebut, tapi ia hanyalah dalam jangkamasa yang pendek. Tidak berapa lama, bahtera PAS kembali gah meluncur di lautan politik tanahair. Malangnya dua parti serpihan PAS itu telah menjadi seperti hidup segan mati tak mahu.

Kesan itu hanya ibarat ombak besar yang membadai sementara. Goncangan itu ada terasa, tetapi hanya sebagai peringatan supaya semua anak kapal mengambil langkah perlu untuk berani menongkahnya. Goncangan itu akan kembali reda dengan kebijaksanaan nakhoda membelah badai tersebut.

Mungkin kita yang baru ke lautan politik ini merasakan kuatnya gelombang yang sedang memukul. Ada yang mabuk, ada yang pitam sampai ada yang mahu terjun. Tapi bagi orang lama yang telah bersama PAS dan merasai sendiri gelombang-gelombang sebelum ini, gelombang kali ini adalah sangat kecil, sekadar nyamuk-nyamuk yang cuba hinggap di tubuh kita. Umno tetap musuh utama kerana pada umno berhimpun kejahilan dan kebatilan, mereka menolak untuk melaksanakan syariat di dalam Al-Quran dan As-sunnah, golongan berpura-pura ini yang telah merosakkan bangsa dan masyarakat selama ini.

Inilah antara pesanan Tuan Guru Ayah Chik pada kami. Penjelasan yang meredakan kembali gundah di hati.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.