VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 12 September 2014

Apakah Misi Pencarian MH370 Dibayar Dengan 'Kebenaran' P8-A Poseidon Guna Fasiliti Tentera Laut Di Sabah?



Kenyataan Umum
12 September 2014

Sea Power Magazine telah mendedahkan pengakuan US Chief of Naval Operations (CNO) Admiral Jonathan W Greenert bahawa Malaysia telah menawarkan kemudahan pangkalan tentera laut di Sabah. Portal berita The Rakyat Post pula telah mendedahkan bahawa pengkalan tentera laut Sepanggar akan menempatkan pesawat rondaan maritim milik Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu P-8A Poseidon.

Pesawat keluaran boeing ini merupakan pesawat peperangan jarak jauh, peperangan anti-kapal selam, anti-permukaan, perisikan, pengawasan dan pesawat peninjau yang mampu menjangkau kawasan maritim yang luas dan operasi pesisir pantai.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan penuh berhubung pengakuan CNO Amerika Syarikat ini. Adakah benar Malaysia telah bersedia untuk membenarkan aset-aset ketenteraan Amerika Syarikat diletakkan di pangkalan-pangkalan tentera kita?

Kenyataan ini bukanlah dibuat oleh pegawai biasa Tentera Amerika Syarikat sebaliknya oleh seorang Pegawai Tentera Kanan, seorang Laksamana 4 Bintang di Jabatan Tentera Laut. CNO ini juga merupakan Penasihat Tentera Laut Utama Kepada Presiden Amerika Syarikat. Maka sudah pastilah kenyataan beliau ini tidak boleh dipandang ringan sahaja.

SAMM melihat isu ini berkait dengan kedaulatan negara. Sebagai sebuah negara Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM) seharusnya kita tidak menunjukkan satu sikap berpaksi kepada mana-mana kuasa besar terutamanya dalam aspek ketenteraan. Apatah lagi dalam pertembungan di antara Amerika Syarikat-China-Russia ketika ini. 

Malahan, membenarkan sebuah pesawat yang mempunyai kelebihan risikan ini juga membuka ruang lebih besar untuk negara “Polis Dunia” itu melakukan intipan dan risikan terhadap keselamatan dan kedaulatan Malaysia secara langsung.

Greenert juga mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia sangat menghargai usaha dan respon Amerika Syarikat dalam misi Mencari dan Menyelamat MH370. Adakah ini bermaksud bahawa terdapat satu perjanjian untuk membenarkan pengkalan tentera kita digunapakai oleh Amerika Syarikat sebagai membalas bantuan Amerika Syarikat dalam misi tersebut?

Jika perkara ini benar, maka timbul satu lagi kecurigaan apakah pula bentuk perjanjian Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Ukraine dalam menangani krisis MH17 tempohari. 

Sebelum ini pun kita telah didedahkan bahawa tidak ada sebarang perjanjian dengan mana-mana negara dalam misi MH370. Tetapi, dengan pendedahan CNO ini menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia tidak telus dalam memberikan maklumat kepada rakyat.

Ini merupakan satu lagi sikap kemunafikan pemerintah Malaysia yang sering tidak berlaku telus dan membuat keputusan yang membelakangkan rakyat walaupun menyedari sentimen majoriti rakyat Malaysia yang tidak suka Malaysia menjadi tunggangan mana-mana negara lain apatah lagi negara kuasa besar Amerika Syarikat.

Roslee Mohd Sharif
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.