VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 11 September 2014

APA YANG PERLU ANDA TAHU. Wahai Pengundi Pengkalan Kubor (N01)



Oleh : AdukaTaruna

15 Mei 1969 hingga 20 Februari 1971.

Kerajaan Persekutuan mengambil kesempatan pada peristiwa 13 Mei 1969 bagi mewartakan beratus-ratus undang-undang darurat. Di antaranya ialah sempadan penguatkuasaan keselamatan laut negeri-negeri Malaysia.

Untuk isu royalti petroliam, undang-undang darurat menghadkan sempadan laut negeri-negeri kepada 3 batu nautika (1 bn = 1.852 km) sedangkan darurat perkauman politik yang berlaku di Kuala Lumpur tiada kaitan dengan negeri-negeri pengeluar minyak (Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak).

09 Mei 1975.

Walaupun kerajaan pusat ‘sudah menjajah’ wilayah laut Kelantan melalui akta darurat, tetapi diadakan satu lagi perjanjian secara rasmi antara Kelantan (juga semua negeri) bersama Petronas pada 09 Mei 1975. Perjanjian Akta Petroliam 1974. Perjanjian jelas mencatatkan minyak yang ditemui dalam wilayah laut negeri akan diberikan 5% daripada hasil pengeluaran kepada negeri tersebut sebagai royalti (bayaran tunai). Kemudian perjanjian ini telah dikhianati sehingga sekarang. Antara alasannya ialah undang-undang darurat menghadkan kedaulatan laut Kelantan hanya 3 batu nautika.

24 November 2011.

Kerajaan persekutuan memansuhkan Akta Darurat. Ini bermakna, undang-undang dan warta-warta yang berlaku antara 15 Mei 1969 sehingga 20 Februari 1975 turut termansuh. Walaupun, ianya ditafsirkan perihal keselamatan, bukannya hasil bumi, tetapi yang turut termansuh ialah warta yang menghadkan kedaulatan wilayah laut Kelantan (juga negeri-negeri lain) hanya 3 batu nautika sahaja. Kerajaan persekutuan kini tidak mempunyai alasan lagi.

18 April 2012.

Apabila gerakan rakyat terus-menerus bergema, apatah lagi ketiadaan undang-undang 3 batu nautika, kerajaan persekutuan menggubal Akta Wilayah Laut 2012 (Akta 750). Dipromosi sebagai memenuhi piawaian laut antarabangsa (UNCLOS), tetapi tujuan utamanya ialah menjajah kedaulatan laut negeri-negeri melalui perundangan baru, setelah perundangan darurat dimansuhkan.

Bagaimanapun, perlembagaan Malaysia menyebut [Perkara 2 (b)], seandainya mahu mengubah sempadan negeri, ianya memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri dahulu. Kemudiannya kelulusan Majlis Raja-raja pula sebelum dikuatkuasakan.

Selain itu, Perkara 76 (2) jelas menyebut “tidak ada Rang Undang-Undang di bawah perenggan itu boleh dibentang ke dalam mana pun Dewan Parlimen sehingga Kerajaan atau mana-mana Negeri yang berkenaan telah dirundingi”.

25 September 2014

Jadikan anugerah mengundi PRK Pengkalan Kubor ini untuk menghantar isyarat kedaulatan wilayah laut Kelantan. Amaran maruah hasil bumi Kelantan kepada kerajaan persekutuan.

"Hidup mulia atau mati bermaruah. Tuntut sampai dapat."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.