VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 12 September 2014

SAMM Desak PM Lihat EPU Di Bawah Wahid Omar



Kenyataan Terbuka
26 Ogos 2014

SAMM Desak PM Lihat EPU Di Bawah Wahid Omar

Pada 26 Ogos 2014 SAMM telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa program Rasionalisasi Subsidi idea Perdana Menteri telah disabotaj dari dalam kabinetnya sendiri. SAMM telah bertemu sekumpulan ahli korporat dan mendengar sendiri bagaimana kegiatan menyalin kertas cadangan berlaku dibeberapa peringkat Kerajaan khususnya di EPU.

Lebih parah lagi dikatakan penyalinan (penyaduran) kertas kerja ini berlaku sehingga mengakibatkan kelewatan dan kecelaruan dalam hendak memulakan pelaksanaan Rasionalisasi Subsidi.

Desakan dan persoalan berkenaan perkara tersebut nampaknya tidak mendapat respon Datuk Sri' Wahid Omar iaitu Menteri yang bertanggungjawab. Namun keberanian SAMM ke depan menyatakan perkara ini telah menyebabkan beberapa maklumat berkenaan kecelaruan dalam EPU terus disalurkan.

SAMM kali ini mendesak Perdana Menteri Malaysia agar turun dan melihat sendiri apa yang berlaku di EPU, terlalu banyak sangat kecelaruan dan kekeliruan berlaku. Terbaru ada beberapa ahli korporat sendiri mengeluh mengenai Projek runding terus. Sekarang ini ramai pihak keliru tentang kaedah yang digunakapakai apabila mahu melaksanakan projek kerajaan sama ada secara inisiatif swasta atau tender terbuka. 

Difahamkan oleh kumpulan ahli korporat yang ditemui menyatakan pihak EPU, didapati sesuka hati sahaja tukar syarat peraturan bila  dilaksana secara direct nego / runding terus. Bukan sahaja peraturan boleh berubah - ubah menyusahkan tetapi runding terus membina kelompok kroni yang sama mendapat perbagai projek.

SAMM ingin mendesak agar semua kerajaan sama ada negeri atau pusat berhenti mengamalkan kaedah runding terus untuk mengelak amalan pilih bulu. maka SAMM ingin mencadangkan semua pemberian projek kerajaan dibuat secara tender terbuka supaya tidak ada kekeliruan.

Kepada YAB Perdana Menteri jangan ingat ini keluhan dari pembangkang tetapi ia keluhan dari kelompok korporat termasuk rapat dengan parti memerintah. Jangan nanti Perdana Menteri menuduh ini semua usaha pembangkang dan akan diambil kesempatan oleh pembangkang.

sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.