VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 12 January 2015

Kerajaan PR Perlu Tawar Pekerjaan Kepada Mejar Zaidi, Atas Keberanian Beliau


PEMUDA PAS PERAK CADANG KERAJAAN PR TAWAR PEKERJAAN KEPADA MEJAR ZAIDI

Dewan Pemuda PAS Perak melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Mahkamah Tentera hari ini yang menjatuhkan hukuman buang kerja terhadap Mejar Zaidi.

Pemuda PAS Perak amat terkedu apabila keberanian Mejar Zaidi dalam menyatakan kebenaran, dianggap sebagai satu kesalahan yang serius, hukuman ini membuktikan bahawa penjawat awam tidak diberi kebebasan bersuara dan ini merupakan satu lagi malapetaka kepada negara.

Tindakan buang kerja terhadap Mejar Zaidi yang memiliki rekod cemerlang selama 26 tahun. Satu hari pun tiada masalah disiplin merupakan satu tindakan pelik dalam Institusi Mahkamah Tentera.

Dengan penganugerahan pingat Kesatria Angkatan Tentera - pingat tertinggi yang dikurniakan kepada pegawai berpangkat Leftenan Kolonel ke bawah juga membuktikan bahawa Mejar Zaidi bukanlah calang-calang pegawai didalam Tentera. beliau telah banyak berbakti kepada TUDM selama 26 tahun dan sewaktu berkhidmat di Bosnia. Rekodnya adalah cemerlang dan bersih.

Justeru,Pemuda PAS Perak berharap agar beliau dapat bersabar dengan ujian Allah ini, rezeki dan kemudahan hidup adalah milik Allah, maka pohonlah daripadaNya. Pemuda PAS Perak mencadangkan agar beliau ditawarkan pekerjaan di bawah negeri yang dipimpin oleh kerajaan Pakatan Rakyat, bersesuaian dengan pengalaman serta kepakaran beliau.

Akmal Haji Kamaruddin
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Perak

12 Januari 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.