VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 4 April 2014

MH370: Najib Beri Imej Buruk Kepada Malaysia


Tindakan Najib Tun Razak yang mengelak daripada menjawab soalan media antarabangsa disifatkan sebagai pengecut sekaligus memberi imej buruk kepada Malaysia.

Najib seharusnya lebih bersikap terbuka dan profesional dalam mendepani media antarabangsa berhubung kes kehilangan pesawat MH370.

Bila mengelak,gambaran buruk kepada Malaysia bahawa kita mempunyai Perdana Menteri yang takut dan pengecut.

Jangan hanya sekadar membaca teks yang disediakan. Seorang perdana menteri perlu lebih bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa.

Macam mana sekalipun kalau tidak tahu jawapan yang tepat untuk menjawab soalan yang dikemukakan,terus terang, cakap ‘saya tak pasti dan akan memberi kenyataan dengan lebih lanjut nanti’.Itu lebih baik daripada terus mengelak daripada mereka.

Ketakutan Najib terhadap media asing disebabkan mereka lebih terbuka berbanding media arus perdana yang dikawal kerajaan di negara ini.

Thursday, 3 April 2014

KLIA 2: Semakin Dekat Tarikh Perasmian, Semakin Banyak Pulak Retak


SEMAKIN DEKAT TARIKH PEMBUKAAN KLIA2, LAGI BANYAK KERETAKAN DIKESAN !!!!

Siapa nak pindah klu byk sgt keretakan dikesan.. KENAPA setiap kali projek bawah BN mesti ada 'TAK KENA'... Spt ada 'sesuatu' yg tidak kena dgn projek KLIA2 ini... kalau di negeri BN Terengganu jgn cakapla...

MH370: UK Hantar Kapal Selam, Dimana Kapal Selam Scorpene?


GEMPAR... UK hantar kapal selam HMS Tirelesss bantu mencari MH370..

DI MANA KAPAL SELAM MALAYSIA SCORPENE !!!
Kapal selam UK dh berumur 30 tahun boleh lagi nak SELAM & turut serta bantu dlm operasi SAR MH370 wpun kapal selam tersebut tiada teknologi SAR..

Kalau kita cari kenyataan terdahulu semasa membeli scorpene kerjaaan menyatakan bahawa Scorpene ada peralatan untuk SAR.. Tapi kenapa sekarang baru di nafikan?

APA LAGI ALASAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL !!!!!
MASIH LAGI NAK PERBODOHKAN RAKYAT & DUNIA....

WANTED! AWASI LELAKI PENIPU INI


Assalamualaikum..
Harap boleh membantu saya dan kawan saya dalam menyelesaikan masalah ini.. saya minta pihak jasa baik tuan/puan untuk menyebarkan maklumat ini.. Terima Kasih..

Kes terdahulu pada tahun 2012

Kena tipu kat mudah.my MOHD MUIZZUDIN MANSOR
SALAM...DISINI SAYA NAK MINTAK TOLONG WARGA CG UNTUK CARI BUDAK PENIPU NI...TAPI SAYA HANYA ADE DETAIL2 NYE SAHAJE...TAKDE GAMBAR DIE...KISAHNYE CAMNI...SAYA NAK BELI NIKON DENGAN DIE..PAS TU DIE SUH WAT FULL PAYMENT...TP BINCANG2 BALIK DIE SETUJU SY DEPOSITKAN RM300 DULU...SO SMLM SY B.IN 300...PAS PADE BANK IN TERUS LENYAP...CALL TAK ANGKAT,MESEJ TAK REPLY...BILE SY CUBE TNYE PASAL NIKON GUNE NO FON LAIN DIE BALAS PLAK...DIE KATE 'camera stll ade'...SAH2 LA PENIPU...

NI DETAIL2 DIE :

-MOHD MUIZZUDIN MANSOR
-861008435589 FON NO : 0123001791

AKAUN NO (CIMB) :
14220076064521 MOHD MUIZZUDIN BIN MANSOR
SILA CALL SAYA JIKA ADE APE2 MAKLUMAT : 0199079916

Tuesday, 1 April 2014

MH370: Penemuan Menggemparkan


Hanya Pelampung dan Sampah..

Bagaimana seorang pemimpin no. 1 negara boleh TERUS buat 'kesimpulan' tanpa bukti-bukti kukuh & kekal semata-mata hanya berpandukan data satelit?

Sedangkan pihak INMARSAT sendiri TIDAK TERBABIT dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi"..

Adakah PM NAJIB lebih arif & bijak
daripada pihak INMARSAT?

Anda sendiri tahu kan tahap kebijaksanaan PM MALAYSIA kita..

MH370: Tiga Kelemahan Kerajaan Malaysia


Terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS)MH370.

Pertama,dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.

Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar,yang mendedahkan ketidak cekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.

Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas.

Percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.

Aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.

Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara.

Saifuddin Nasution Ismail

Monday, 31 March 2014

MH370: Antara Najib Dan MAS, Siapa Penipu Sebenar?


Bila Hishammuddin 'backup' sepupunya NAJIB, Najib Razak tidak pernah berkata yang pesawat MH370 terhempas dan semua penumpang terkorban...

Manakala Penerbangan Malaysia (MAS) pula kata kesemua 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370 terkorban...

Aduhhhh ... makin bertambah bercelaru haru biru dibuatnya ni weh!!!!! .. Janganlah berterusan berbelit-belit memberikan fakta.

~ Tanya Majlis Fatwa bila boleh buat solat ghaib...
~ Tv ulang baca Al- fatihah dan Yaasin...
~ Radio asyik bukak segmen utk pendengar ucap takziah...
~ Sesetengah negeri kibar bendera setengah tiang...

*Agak2 itu tanda apa?

Sunday, 30 March 2014

Minit Mesyuarat HANCURKAN Anwar Ibrahim Tersebar


Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.


Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012


Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran
Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1.Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.

Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.

Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.

2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.

Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.

Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.

Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.

Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid

En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan.Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.

Syed Abul Hussin Syed Kismas

Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam.

Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:

1) Lawatan ke Palestin

2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan

3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand

4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka.

YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.

3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.

Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.

~wargamarhaen

MH370: Pelajar Malaysia di China Tertekan


Pelajar China yang sedang mengikuti pengajian di Malaysia dan mereka yang pernah menuntut di negara ini, menggesa media China dan rakyat negara itu supaya tidak memburukkan imej Malaysia berikutan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370.

Presiden persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA) Adam Huang berkata persatuan itu telah menghubungi media di China melalui kedutaan negara mereka di sini untuk memintanya tidak lagi mengutuk Malaysia.

"Kami telah menghubungi media di China supaya berhenti daripada mengutuk dan memburukkan imej Malaysia. Kami juga minta mereka membantu memulihkan kepercayaan rakyat China terhadap Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Di samping itu, kata beliau, MACSA memulakan usaha memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar berhubung tragedi itu melalui media sosial.

"Sejak minggu pertama tragedi ini, kami menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada negara ini dan memberi penjelasan tentang keadaan sebenar di sini," katanya.

Huang berkata pengguna media sosial juga diminta tidak lagi melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa Malaysia, kerana perbuatan itu memburukkan lagi keadaan.

Ditubuhkan pada 5 Jan 2012, persatuan itu kini mempunyai lebih 1,000 anggota.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa penerbangan pesawat itu "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Ia berdasarkan analisis data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini oleh syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch.

MH370: Hasil Siasatan FBI Dalam Simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dalam simulator penerbangan yang dirampas dari rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan ia melegakan keluarga dan rakannya.

Menurut laporan, pegawai Amerika yang rapat dengan penyiasatan dan FBI berkata siasatan tidak  menemui sebarang petunjuk daripada peralatan komputer dan simulator Zaharie.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, juga berkata tiada petunjuk yang mencurigakan ditemui dalam simulator penerbangan milik juruterbang itu.

Sebelum ini, pelbagai dakwaan dihalakan kepada Zaharie termasuk beliau mempunyai motif membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar British melaporkan, Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah ketika hukuman itu dijatuhkan dan merupakan penyokong fanatik pembangkang.

Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal.

Sementara itu, CNN menyiarkan tulisan seorang juruterbang Boeing 777 yang berpengalaman selama 29 tahun dalam bidang penerbangan, Les Abend yang berpendapat, kedua-dua juruterbang dan pembantu pesawat MH370 tidak terlibat dalam menjatuhkan pesawat itu.

Beliau berkata, jika kedua-duanya terlibat sekalipun ia  bertujuan untuk menyelamatkan pesawat bukannya untuk menghempaskannya.

Beliau tidak yakin dengan teori yang mengatakan perampas atau juruterbangnya yang membawa kapal terbang itu sehingga jatuh.

Katanya, jika ia membabitkan perbuatan manusia, ia lebih kelihatan untuk cuba menyelamatkan pesawat itu, bukan menghempaskan,” katanya.

Memali: Report Polis Terhadap Mahathir Oleh NGO Panglima


Assalamualaikum

Satu report polis akan dibuat oleh NGO PANGLIMA ( Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama ) berdasarkan kenyataan dari Tun Musa Hitam berkenaan penipuan Tun Mahathir Mohammad Mantan Perdana Menteri Malaysia terhadap rakyat malaysia membabitkan kes pembunuhan di memali ( Baling ) .Tun Mahathir sebenarnya bukan berada di China semasa kejadian pembunuhan di memali melibatkan 14 nyawa termasuk Assyahid Ustaz Ibrahim Libya tetapi sebaliknya beliau berada di Kuala Lumpur ( Malaysia ) dan mengetahui semua perancangan kejadian tersebut pada 19 Nov 1985.

Sulaiman Ibrahim ( Leman RL )
Presiden PANGLIMA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.