VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 30 March 2014

MH370: Hasil Siasatan FBI Dalam Simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dalam simulator penerbangan yang dirampas dari rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan ia melegakan keluarga dan rakannya.

Menurut laporan, pegawai Amerika yang rapat dengan penyiasatan dan FBI berkata siasatan tidak  menemui sebarang petunjuk daripada peralatan komputer dan simulator Zaharie.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, juga berkata tiada petunjuk yang mencurigakan ditemui dalam simulator penerbangan milik juruterbang itu.

Sebelum ini, pelbagai dakwaan dihalakan kepada Zaharie termasuk beliau mempunyai motif membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar British melaporkan, Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah ketika hukuman itu dijatuhkan dan merupakan penyokong fanatik pembangkang.

Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal.

Sementara itu, CNN menyiarkan tulisan seorang juruterbang Boeing 777 yang berpengalaman selama 29 tahun dalam bidang penerbangan, Les Abend yang berpendapat, kedua-dua juruterbang dan pembantu pesawat MH370 tidak terlibat dalam menjatuhkan pesawat itu.

Beliau berkata, jika kedua-duanya terlibat sekalipun ia  bertujuan untuk menyelamatkan pesawat bukannya untuk menghempaskannya.

Beliau tidak yakin dengan teori yang mengatakan perampas atau juruterbangnya yang membawa kapal terbang itu sehingga jatuh.

Katanya, jika ia membabitkan perbuatan manusia, ia lebih kelihatan untuk cuba menyelamatkan pesawat itu, bukan menghempaskan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.