VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 2 December 2013

Dato' Fauzi Shaari Dalam Kenangan


TRIBUT BUAT DATO' FAUZI SHAARI

Oleh:Dr Riduan mohamad nor

'Ustaz kenal tak siapa ni...inilah yang tangkap enta dulu masa demonstrasi. ..tengok elok-elok'
Bob Lokman bercanda dengan nada nada serius. Saya mengamati perlahan wajah bersih berkumis di hadapan saya dan ingatan saya terus mekar dengan watak penting di Bukit Aman.'ohh..yang ini baik..kaki sembahyang ni..Dato Fauzi orang kuat JSJ..'tukas saya gembira. Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lepas di surau at taqwa seksyen 7 Shah Alam. Perbualan kami semakin rancak, Dato Fauzi saari sentiasa mengikuti kuliah-kuliah ilmu di sekitar Shah Alam selepas bersara daripada perkhidmatan polis yang disertai puluhan tahun sehingga menjawat jawatan orang nombor tiga paling penting dalam hirarki PDRM negara ini.


Beliau seperti ribuan anggota keselamatan yang lain begitu akrab dengan majlis ilmu di zaman persaraan. Saya difahamkan semenjak dalam uniform beliau agak akrab dengan agamawan dan majlis ilmu. Beliau juga tidak kekok untuk menjadi imam dan juga bilal, ini adalah kerana pendidikan agama yang disemai oleh ibubapa beliau semenjak kecil.

Dato Fauzi senang meramahi para asatizah dan berkongsi pengalaman. Saya teringat salah satu forum saya dengan selebriti di sebuah dewan orang ramai di Shah Alam beberapa tahun yang lepas, beliau secara peribadi telah menghubungi pihak IPD Shah Alam supaya memberikan permit. Mungkin kerana malu alah, pihak keselamatan meluluskan permit untuk saya, Bob Lokman, Catriona Ross beraksi di pentas forum yang penuh sendat pada malam tersebut.

Dalam perbualan dan perkongsian bersama beliau, sosok utama PDRM ini begitu cakna akan gejala sosial dan jenayah yang sedang mewabak dalam masyarakat. Banyak juga masjid dan surau memanggil beliau untuk berkongsi pengalaman dalam majlis forum dan sebagainya.

Beliau akhirnya telah mengistiharkan diri untuk bersama dengan PAS secara aktif dan sebelum ini sememangnya beliau telah bersama dan mengikuti perkembangan politik nasional.

'Saya bersama dengan perjuangan Islam ini bukan untuk mengejar pangkat kedudukan tetapi ingin menjadi penyumbang kepada perjuangan dengan degala kemampuan yang saya ada.Insyaallah...saya akan terus berjuang sehingga akhir nyawa saya,'ujarnya penuh semangat dalam satu ceramah di stadium Alor Setar dalam majlis himpunan hijau yang dipengerusikan oleh Dato Mahfuz Omar.

Tokoh kelahiran Perak ini membenarkan janjinya dalam perjuangan. Beliau bergerak ke seluruh negara untuk bertemu dengan anggota polis yang telah bersara, memberikan motivasi untuk pahlawan negara supaya bersama perjuangan Islam. PAS secara mendadak diminati oleh pesara polis dan tentera dehingga tertubuhnya KERABAT.

Mantan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman ini bukan sekadar berusaha menghimpunkan bekas anggota polis untuk mencurahkan bakti bersama PAS namun beliau juga tampil di ceramah politik.saban malam.
'Saya tak pandai ceramah....'katanya berseloroh, tetapi beliau tidak mengecewakan hajat pendokong PAS dan PR. Beliau hadir kemana-mana termasuk ke daerah saya di Besut yang akhirnya saya bertanding di kerusi Parlimen P033 .

Saya bermesej dengannya untuk menjemputnya hadir ke beberapa program, namun jadual beliau padat kerana banyak kawasan manfaatkan beliau untuk berkongsi pengalaman dan menerangkan isu-isu nasional.
Yang menarik juga ada penganjur ceramah ditelefon pihak polis kerana meletakkan pada poster ceramah gambar Dato Fauzi beruniform polis.

,'laaaa...dato'..ini polis betul ni...pangkat tinggi...yang pelakon-pelakon drama pakai uniform polis dan gambar mereka merata-rata tak apa pula'bantah seorang penganjur bila disoal polis berkaitan gambar Dato Fauzi. 

Kini, beliau telah pulang ke negeri abadi dengan kita semua menyaksikan penglibatan beliau yang serius hersama PAS. Disiplin kepolisan beliau tetap tinggi walaupun telah meninggalkan PDRM, antaranya sentiasa menjaga masa. Semoga Allah mencucuri rahmat atas pejuang ini yang istiqomah dengan solat berjemaah dan kelas pengajian agama . Saya menyeru juga agar anggota dan pegawai polis yang lain turut mengikuti jejak langkah Dato Fauzi saari, harakatul ummah ini tidak pernah menyekat pintu untuk.anda menabur jasa bakti . Sesungguhnya kita semua akan kembali ke negeri abadi. Alfatihah! 

Dr Riduan Mohamad Nor

2 comments:

  1. Ini lah penjawat awam ynag rakyat mahu. Tak sekongkol dengan pemerintah yang hanya tahu rasuah. Rakan beliau Tuan Kudus pergi dulu namun prinsip nya sama.Cuma pesan kepada ketua ketua penjawat awam, dapatkah jadi saperti Dato Fauzi, bila bersara terus bersama naikkan Islam.Jangan gelumang dengan pihak yang kotor dan jijik, yang cuma tahu rasuah sampai negara nak bangrup jadi nya.Al Fatihah untulk DatoFauzi moga Allah SWT bagi nya jannah.

    ReplyDelete
  2. Wahai Pejuang, semoga berjumpa di negeri yang abadi suatu hari nanti..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.