Kenyataan media ROYALTI.
Pendedahan laporan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti (JK Khas) oleh Putrajaya ibarat makanan basi dengan pembungkusan baru.
1. ROYALTI mengulangi pendirian menolak JK Khas yang diumumkan Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012, menjelang PRU (tekanan), sebagai kaedah penyelesaian tuntutan. ROYALTI tegas Petronas perlu bayar ikut perjanjian 9 Mei 1975.
2. JK Khas yang menjanjikan keputusan selepas 6 bulan kini memasuki lebih 2 tahun. Kini, diumumkan kerana tekanan PRK. Seperti diduga oleh majoriti rakyat, keputusan tetap sama. Yakni 3 batu nautika yang :
i. Tiada dalam perjanjian 9 Mei 1975.
ii. Tiada dalam Akta Pembangunan Petroliam 1974.
iii. Yang ditafsirkan sebagai had kuasa keselamatan bawah undang-undang darurat. Bukan had kedaulatan hasil bumi wilayah laut negeri-negeri.
iv. Dibantah oleh Tengku Razaleigh Hamzah sendiri. Orang yang masih hidup, yang menandatangani perjanjian itu sendiri.
v. Dibantah oleh Tun Saleh Abas. Orang yang masih hidup, yang merangka akta dan perjanjian itu sendiri.
vi. Had keselamatan 3 batu nautika yang sudah dimansuhkan melalui pemansuhan akta darurat 2011.
vii. Akta Wilayah Laut 2012 (Akta 750) yang tidak sah kerana tidak diluluskan di DUN dan mendapat perkenan Majlis Raja-raja (melibatkan sempadan negeri-negeri).
3. Laporan JK Khas yang bercanggah dengan amalan Perdana Menteri sendiri apabila :
i. Kecuali Kelantan, semua negeri pengeluar minyak (Terengganu, Sarawak dan Sabah) dibayar mengikut kiraan 5% (tidak kira apa pun istilahnya, bayaran tunai atau royalti); mempunyai telaga minyak lebih dari 3 batu nautika. Hanya Kelantan sahaja diberikan alasan 3 batu nautika.
ii. Telaga Bertam yang diumumkan Perdana Menteri pada 30 Oktober 2012, TANPA melalui JK Khas adalah bukti 'cakap tak serupa bikin'. Soalannya adakah JK Khas berniat mempermain-mainkan rakyat dan kedaulatan negeri hanya kerana tekanan pilihanraya?
4. Pengumuman Telaga Bertam sejauh 160 km milik Pahang, oleh Perdana Menteri, adalah bukti alasan 3 batu nautika adalah palsu.
5. Pengumuman Perdana Menteri anggaran RM100 juta milik Pahang berdasarkan pengeluaran (17500 - 20000 tong sehari) adalah bukti istilah wang ehsan adalah rekaan. Faktanya, setiap pengeluaran harus didarap 5% seperti mana perjanjian.
6. Pengumuman penubuhan JK Khas menjelang pilihanraya dan pendedahan keputusan JK Khas juga menjelang pilihanraya adalah bukti kerajaan BN bertindak berdasarkan tekanan pilihanraya. Bukan berdasarkan keadilan, fakta dan perundangan. Rakyat diseru dan dirayu bangkit menjadikan pilihanraya esok sebagai referendum tuntutan maruah hasil bumi dan kemerdekaan wilayah laut Kelantan. Kenakan tekanan yang berterusan kepada kerajaan persekutuan.
"PRK N01 adalah maruah setiap anak Kelantan."
Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Pengarah Operasi ROYALTI
24 September 2014
#N01R
No comments:
Post a Comment